Thursday, July 23, 2009

kayuhan kroh-kupang 0

hohohoh... kayuhan pertama selepas UUM XC Race 09... kul 8 pg aku,nizam n yus kuaq dari umah. mmg dah plan dari semalam pun. macam best ja...tp distance takla jauh sgt hari ni..50km ja.. tp angka tu cukup memadai la bg pengayuh tak tegar mcm aku ni.. kami sampai balik ke kroh jam 12tghari.. besa laa..kayuhan 'makan teh' @ kayuhan 'menggoteh'..hahaha jalan baru kupang-baling yg fresh air nizam n yus 'peace'.. pakcik kat sebelah ni ajak aku race

Monday, June 29, 2009

RAHSIA TARIKH LAHIR ANDA 0

1. Tarikh lahir 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan
orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh
ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang
tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap
serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal
percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala
keinginan pasangannya.
Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada
percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan
yang telah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri
membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul
denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika
cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar
dicintainya.
Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam
bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering
mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak
terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan
yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia
akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan
bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam
bergaul.
Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di
mengertikan.


4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka
bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan
diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata
keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang
tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat
dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor
penyebab timbulnya masalah.
Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap
keanak-anakkan.


5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita
tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah
seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.
Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi
sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta,
berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.


6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.
Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.

Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah
mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.
Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara
mudah.
Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa
bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau
pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.


8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat
lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana
rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang
seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.

Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan
khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia
seorang yang tabah dan rela berkorban.


9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai
cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah
tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam
menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia
mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia
sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.


10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia
berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya
dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering
membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan
sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat
kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam
pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah
untuk dipercayai.


11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh
ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap B***h dalam
menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian
bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara
yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal
percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang
mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh
kawan-kawan.


12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana
kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat
teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi
dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan
kelebihannya pada orang lain.
Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman

Saturday, June 20, 2009

Lelaki Handsome vs Lelaki Tak Handsome 0

Kalau lelaki handsome pendiam
-Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...

Kalau lelaki tak handsome pendiam
-Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
-Perempuan akan kata: nobody's perfect

Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
-Perempuan akan cakap:
memang.... muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
-Perempuan akan cakap:
wah.. machonya.. macam hero filem!

Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
-Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
-Perempuan akan kata:
sepadan sangat...

Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
-Perempuan akan kata:
mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
-Perempuan akan kata:
jangan sedih, kan saya ada..

Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
-Perempuan akan kata:...
(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah,
patutlah, tengok saja luarannya)...

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
-Perempuan akan cakap:
perasaannya halus...penuh kasih sayang kalau lelaki tak handsome
penyayang binatang perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
-Perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam

Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
-Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
-Perempuan akan cakap:
pasti takut kalau2 gambarnya tersebar kalau lelaki tak handsome tak mau
bergambar perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
-Perempuan akan cakap:
ini barulah lelaki gentlemen

Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
-Perempuan akan cakap:
naluri pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
-Perempuan akan cakap:
let me be your shoulder to cry on

Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
-Perempuan akan kata:
kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Tuesday, June 2, 2009

Berbagai Petua untuk 'tahan lama' 0

KELAPA PARUT

  • Untuk lebih tahan lama... selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2009. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2010. Wah?... tahan sampai 2 tahun kan ?... Amazing GresteQuer! Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau...

NASI/LAUK
  • Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
  • Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka hampa... hahaha!

PAKAIAN TAHAN LAMA
  • Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach... Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach... Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuc i guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.

KERETA
  • Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama...

KENYANG
  • Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... doa dan ucap alhamdullillah. . Jangan jadi macam setan...

UMUR
  • Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... Rokok nak tahan lama?... Jangan Hisap!...
  • P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang... sendiri mau ingat aaaa...
TIDUR
  • Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.

HUBUNGAN
  • Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan. .. Jujur dan ikhlas.

KUEH RAYA
  • Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.

KERJA
  • Kerja kalau nak "tahan lama " jangan asyik nak baca email aje macam korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang.


MORAL: Ada petua yang tak ada kat sini ke...? Macam cari-cari je... OK... Faham, faham... Kalau nak tahan lama, kena sabarlah, jangan gelojoh! Apa pun kalau tak sabar memanglah tak tahan lama!

Sunday, March 29, 2009

Maksud "BYE" 0

Bahasa Arab : "fi hafzil baba"

Bahasa Melayu : "di bawah naungan pope (paderi)"


sebaik2 cara hidup ialah yang di praktikkan oleh junjungan besar Nabi
Muhammad saw... dan Nabi Muhamad saw mengucapkan salam bukannya 'bye',
'hello', 'hi' etc... mengapakah aku baru tau ini semuaaa?? tidakkkkkkk!!
perkataan merupakan jarum sulit org kristian... didlm bahasa
Arab b'maksud "fi hafzil baba" manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di
bwh naungan pope (paderi). jd foward dan sebarkan kepada semua shbt2
anda. semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org lain. wassalam.
Wallahualam...

Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum...
Kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan
besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan
sehingga ke akhir zaman... Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya
barat... (Budaya orang kapir laknat Nauzubillah...)

Wednesday, March 25, 2009

Memancing ikan at Tg Tualang.. 0

mmm...aktiviti hari ni...mancing ikan..hahaa..sebenaqnya aku ni bukan laa kaki pancing pon.. ikut mood ja.. hari ni off day..so aku dgn member group 2 org (fariz n fizi) dah setuju nak p mancing... hohoo.. bermulalahhhh..kat belah2 perak ni banyak lombong dan kawan aku si fizi niplak dh memang org perak..so dia arif la bab2 lombong kat perak ni.. dan untuk tidak memayahkan keadaan,fizi ajak p mancing kat tempat dia..tanjung tualang...hehe.. dipendekkan cerita..lombong ni ok gak laa..mmm..dah 2 jam dok mancing ni..tp bayang ikan pon tadak...hehhe.. oleh kerana umah fizi dekat dgn port ni, dia pon balik umah ambik jala..mmg baguih sangat laa..bukan apa.. geram btoi dengan ikan2 ni.. jamu punya jamu hampa tak maw makan nooo...jadi dengan bangganya kami lempaq jala jaa...huh..mmg memberansangkan laa..sekali lempaq, 10 ekoq sangkut kat jala..tp ikan yang kami buleh ni sumanya talapia laa... bagi geng2 pancing ni,ikan talapia ni kira 'low class' laa..pejam mata pon bleh dapat..tp 2 jam kami dok mengadap,sekoq talapia pon tak dapat..hahaha.. kira haprak btoi la kami ni...hehehe.. posing time mancing..eksyen mau lebeyyy aku n fizi aku n fariz..
ni ikan yang kami jala..tak nampak sangat laa
port mmg cantekk..
snap..
ni dia talapia..
fizi the 'penabaq jala'
ini last minit punya action..
fariz pon dapat...wawawa
pemancing kecil kecilan..haha..
ok tak port ni??

Tuesday, March 24, 2009

20 cara untuk jadikan roomate anda gila... 0

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? Get ready for the payback
time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate
anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw
takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah
balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya
dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku
berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar
melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2
tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu
setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari.
Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup
sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn
kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung
roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2.
Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar,
bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald.
Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata
"Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate " Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2
pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu.
Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan
menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat
roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon
balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis.
Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok
gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus.
Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali
gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai
roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera
sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali
sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding
bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu
sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri
makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut
sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau
hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding... ". Sekali-sekala
buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu
panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan
(siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia
terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

buat lah.. hahahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...