Friday, September 25, 2009

Minyak punya pasai.. 2

Dah 5 hari Syawal berlalu.. Aku pun balik smula ke tempat kerja -->Langkap..setelah 2 hari off..
huhuhu...ok laa..dapat gak beraya dengan family..full time driver lak aku untuk raya kali ni..
tp ni bukan aku nak cerita pasal raya..
tp!!.. minyak punya hai...hohohoho...

setelah hampir sebulan lebih harga minyak petrol naik...ni la yang aku rasa.. kereta aku jadi 'lembab' sangat..
'dah la kereta yg memang dok lembab dah..'
<--- my car 'perodua myvi s.e 1.3'
memang aku terasa sangat perbezaannya kalau compare dari dulu dengan sekarang... huhuhu..ni baru sebulan pakai..dah rasa semput semacam..
mmm..

Satu masa dulu..
Datuk Shahrir Samad pernah berkata bahawa kerajaan bakal menggalakkan semua pemilik stesen minyak di negara kita menjual petrol tanpa plumbum jenis RON 95.

Galakkan ini dibuat kerana harga petrol RON 95 dikatakan lebih murah berbanding RON 97 yang dijual dengan harga RM2 seliter sekarang. Beliau juga berkata RON 95 sesuai dengan semua jenis kenderaan ringan yang digunakan di negara ini dan kualitinya tidak jauh berbeza dengan petrol RON 97.

Jadi apa perbezaan antara RON95 dan RON 97? Tak bahaya ka kalau tiba-tiba kita bertukar daripada RON97 kepada RON 95?  Aku pun buat sedikit research pasal benda ni.

RON = Research Octane Number.

Semakin tinggi RON = Lagi lambat meletus = Lagi kurang ‘Knocking’ = Lagi selamat enjin hangpa.

Untuk enjin pulak, semakin tinggi RON, Advance lagi banyak (so tingkatkan performance enjin).

Beza RON 95 dan RON 97 tak banyak sangat. Tapi disyorkan kalau kereta tu pakai RON97, jangan pakai RON rendah seperti RON 95. Sebab benda ni tak baik untuk enjin hangpa (cepat rosak).

Jadi ini bermaksud tak semua kreta boleh pakai RON 95.  Cek kat penutup minyak hangpa atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang hangpa boleh pakai. Kalau nampak RON97 nasib la hangpa. Buat masa ni, banyak kereta ringan-ringan seperti Kancil, Kelisa, dan Viva, semuanya tak da masalah kalau nak guna RON 95 ni. Untuk jangka masa panjang, ianya tidak dapat dipastikan kebenarannya. Tp kereta aku?? Tengok saja la macamana nanti. Cuma kereta-kereta mewah seperti Mercedes dan BMW ja digalakkan jangan pakai RON 95. Kalau pakai jugak, nanti rosak enjin karang.

Galakkan kerajaan menggunakan RON 95 ni seolah-olah macam serampang dua mata. Mereka yang guna kereta-kereta biasa ni dapat la rasa minyak yang lagi murah. Manakala mereka yang guna kereta mewah kena la bayar minyak lebih (lagi-lagi sekarang ni kerajaan dah tak bagi subsidi minyak). Dah pakai pakai kereta besar, so tanggung la sendiri. kecian kecian.. Tapi ni semua sekadar luahan aku je lah.. Tidak ada
kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah tiada..

info lebih detail.. klik disini

Monday, September 21, 2009

Malaysia a Paradise of Scandals – from Sex to Stadium

Amazing, isn’t it? Just when you thought the dust has settled another surprise, or rather scandal, appears and screaming for your attention. Unlike BMF scandal that saw a whooping RM2.5 billion vaporized into thin air back in 1980s the same cannot be said about PKFZ’s scandal which has eaten RM7.453 billion of taxpayers’ money and is about to put the whole project in the country’s Guinness Record – a staggering RM12.453 billion. 

The country has indeed made her progress at an astounding rate – not only the quality of scandal or corruption (in terms of value) has increased, the quantity has also skyrocketed exponentially since then.

Going by the rate the scandals are queuing waiting to explode, now is perhaps the best time for Najib’s administration to prepare a long list, assign a queue-number to each of them with the most critical given priority and release it one after another. 

The reason is pretty simple. Bombard and overload the people or taxpayers with the scandals and chances are high they’ll forget about it the next day because before they can debate and digest the first scandal at their favorite coffee-shop, the next scandal would be front-paged and then the third, the fourth, the fifth and the list continues. 

Remember I said the most critical has to go first? So by the time the last scandal (if there would be a last scandal in the first place) makes its appearance the scale of it would probably amounting to a few thousands of ringgit that eventually people will ignore it. Great strategy isn’t it?

So, why are we so surprise about Malaysian government allegedly cover-up in Kelantan prince’s scandal over Indonesian babe 17-year-old Manohara Odelia Pinot and the latest RM300 million stadium named after the King – Sultan Mizan Zainal Abidin, which collapsed just a year after it opened? 

Point your gun at my head but I’m still betting my last dollar that corruption was involved. But in Malaysia corruption is OK as long as the project does not “collapse” but unfortunately the stadium did collapse one year after it was officially opened by the King himself, and that’s embarrassing enough. At least during Mahathir’s era the Penang bridge (built by Korean construction company), PLUS highway, Putrajaya and Petronas Twin Towers (Japanese and Korean contractor) have not collapse. 

This leave the preliminary question if the politicians should start pointing the finger at the Korean contractor the moment the stadium collapsed, unless of course this Korean contractor did not even qualified for such project in the first place.


You don’t have to be a rocket scientist to know that corruption in Malaysia is so serious that there were abundant jokes about the situation. A bunch of Malaysians paid a visit to their Korean friend’s house hoping to taste homemade “kim-chi”.

  • Malaysians: Whoa!!! Your house is like a palace … Is that the latest Benz model? Just how on earth could you afford this? No wonder you won’t go back to Korea *laugh*
  • Korean: Come here and I’ll show you my little secret … Can you see that Penang bridge?
  • Malaysians: Yes? *scratching their head” …
  • Korean: Well, it was supposed to be two Penang bridges because our study showed a single bridge will be insufficient to cater for the traffic …
  • Malaysians: So? *getting more confuse*
  • Korean: So? So there you have it – a single bridge built with the cost of two …
  • Malaysians: *it took them several minutes to digest what the Korean told them* … then burst into laughter as if they’ve found the holy grail …
Some years later, this Korean decided to pay a visit to one of his old Malaysian friends.
  • Korean: Whoa! Your house is triple the size of my palace … Is that the latest Lambo model? Simply Amazing! How did you do it?
  • Malaysian: Come here my friend and I’ll show you my little secret …
  • Korean: OK, OK, I’m coming … *was about to orgasm*
  • Malaysian: Can you see that bridge over there?
  • Korean: *staring for a couple of minutes* … but I don’t see any bridge …
  • Malaysian: *burst into laughter* … precisely …
Now, do you understand why Malaysian politicians are so eager to start mega-projects almost on daily basis? It doesn’t matter if the bridge is “crook” or to be built halfway to nowhere but most importantly the project has to be awarded (you know to whom). 

In Malaysia you’re untouchable even if the writing is on the wall that you blatantly squandered millions or even billions of taxpayer money but you’re asking for trouble if you wear black, mentioned the word Altantuya or even protest about escalating cost of living or police brutality. Malaysia is indeed a paradise of scandals – from Sex to Stadium.

Saturday, September 19, 2009

  


huwaaa...raya lagiiii..
huh..raya kali ni la aku rasa yang paling
xdak hapa hapa.. juz beli baju
melayu sepasang..tu pon leh pakai
raya ke 2 je sebabnyaaaaaaa.....
jeng jeng jeng.. raya ni kena keja lagi  ..
Crying 2
(ni dah tahun ke-5 takdan cium tgn mak
ayah time pagi raya 1st)..huhuhuuh....
tp naseb bek la umah dekat...
neway..aku nak uchapkan
semua kawan taulan..geng geng kayuh n
anybody who visit my badblog.. wawawa

SOLAT AKHIR WAKTU!!!

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya
Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya?..
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga
Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan

Tapi jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah?.

Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi? penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua
Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan
Dilangit ketiga,
La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai?.
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi

Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa
Ish?.
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti
Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.
Amin.

Friday, September 18, 2009

Jangan mengeluh.. 0

Kita selalu bertanya pelbagai hal tetapi ingatlah Al-Quran punya segala jawapannya untuk segala kehidupan dan kejadian di alam semesta ini.. Renungkanlah.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB..
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB..
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB..
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB..
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB..
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB..
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB..
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB..
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB..
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Kalu hampa nak mengeluh lagi …………jom gi ngaji..hehehe

Thursday, September 17, 2009

meh lawan taip...

Wednesday, September 16, 2009

Osama Bin Laden sudah meningal dunia? 0

AS,Britain sengaja sembunyikan maklumat..

Pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden dipercayai sudah meninggal dunia pada 13 Disember 2001 akibat penyakit buah pinggang tetapi pemerintah Amerika Syarikat dan kerajaan Britain dipercayai menyembunyikan kematiannya bagi meneruskan perang terhadap keganasan.

Pervez Musharraf semasa menjadi Presiden Pakistan pernah memberitahu stesen telivisyen CNN di AS pada
Januari 2002 bahawa Osama sudah meninggal dunia kerana sakit buah pinggang iaitu beberapa bulan selepas serangan pengganas berlaku di New York.

Kenyataan itu dibuat selepas akhbar Al-Wafd di Mesir menyiarkan satu laporan pada 26 Disember 2001 yang menyatakan seorang tokoh terkenal kumpulan Taliban Afghanistan mengumumkan bahawa Osama sudah dikebumikan pada 13 Disember 2001.

Osama menghadapi komplikasi yang serius dan telah meninggal dunia. Dia dikebumikan di Tora Bora dalam satu pengebumian yang dihadiri oleh 30 pejuang Al-Qaeda, rakan-rakan rapat dari keluarga dan rakannya dari Taliban.
Berdasarkan tradisi fahaman Wahabi, tidak ada tanda dibuat di kubur Osama.

Teori yang mendakwa Osama sudah meninggal dunia dibuat pada awal tahun ini apabila bekas pegawai perisikan asing AS yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Boston, Profesor Angelo M.Codevilla berkata semua rakaman pita video dan suara yang didakwa sebagai Osama tidak pernah meyakinkan pemerhati.

Menurut profesor itu, wajah lelaki yang muncul dalam beberapa rakaman video tidak kelihatan seperti Osama. Beberapa rakaman video menunjukkan lelaki seperti Osama itu mempunyai hidung bengkok manakala rakaman lain menunjukkan hidung yang lebih pendek serta lebar.

Menurut Ketua Jabatan Kajian Agama Universiti Duke, Profesor Bruce Lawrence, imej dalam beberapa rakaman suara dan video yang didakwa Osama tidak konsisten dengan fahaman Islam Wahabi pegangan ketua Al-Qaeda itu.

Dalam satu video, Osama memakai cincin emas iaitu perhiasan yang diharamkan oleh pengikut Wahabi.
Lebih banyak persoalan ditimbulkan berikutan penerbitan sebuah buku di Amerika dan Britain yang berjudul
Osama bin Laden: Dead or Alive.

Buku yang ditulis oleh penganalisis politik dan falsafah di AS, Profesor David Ray Griffin.
Buku itu mendakwa Osama sudah meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang berfungsi atau penyakit yang berkaitan dengannya pada 13 Disember 2001 semasa dia tinggal di kawasan pergunungan Tora Bora, Afghanistan.

Pengebumiannya diadakan dalam tempoh 24 jam mengikut tradisi agama Islam dan kuburnya tidak mempunyai sebarang tanda,mengikut amalan Wahabi. Menurut Griffin, banyak pita rakaman Osama yang disiarkan selepas hari pengebumiannya telah dibuat oleh Barat bagi mempengaruhi penduduk dunia bahawa ketua Al-Qaeda itu masih hidup.

Profesor itu berkata, tujuan pita rakaman palsu itu diadakan adalah bagi meningkatkan sokongan terhadap perang menentang keganasan di Iraq dan Afghanistan. Tentera AS dan Britain yang melancarkan serangan besar-besaran ke atas Tora Bora,Afghanistan mengabaikan kenyataan Osama yang mendakwa dia tidak terlibat dalam serangan 11 September 2001 di AS.

Dalam satu daripada empat pengakuannya, Osama berkata: "Saya sudah menyatakan saya tidak terlibat. Sebagai seorang Islam, saya cuba sedaya upaya saya mengelak untuk menyatakan satu pembohongan. Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan.. atau saya menimbangkan untuk membunuh wanita yang tidak bersalah, kanak-kanak dan manusia lain sebagai satu perbuatan yang dihargai."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...