Tuesday, November 30, 2010

Mak bapak kita tak reti ajar anak-anak


kat bawah ni ada lagi jenis-jenis kaum dan bangsa aku yang kuat mengata.. meh tengok..

Ok, this is my Auntie, tapi dia tak register kot dengan persatuan Melayu, apatah lagi PERKASA.
Nama dia ialah Shahrizat dan seorang menteri dan seorang pemimpin dan seorang pengata Melayu.
-dia garang skit, so korang melayu register ke tak register ke memang dia hentam je..tambah2 kalau korang melayu Islam pakai kopiah putih..

Macamana untuk kita mengelakkan perpecahan dalam kaum Melayu sekiranya pemimpin kita pon kuat mengat kat kaum dia sendiri?

Pemimpin seharusnya memimpin, mendidik, menegur, menasihati..dan bukannya dok join sekaki dengan yang dok mengata.. Ciri-ciri mak bapak kita yang baguih dan baik, tegur anak dia, adik beradik dia kalau mereka kuat mengata dan kuat kuat kuat.. Bukannya mak bapak kita pun pi join semangkuk sekawah dengan orang yang 'tak reti' tu.

Barulah budi pekerti kita di sanjungi.. Barulah orang lain senang untuk mendekati kita.. Ciri-ciri tak elok tu hanya golongan2 pengadu domba, pembodek, perosak saja yang berani mendekati kita.

Jangan kita harapkan anak-anak jadi mesra kalau kita sebagai mak bapak ni tak pernah mesra.. Mana pi etika-etika, sifat-sifat baik pekerti, sopan santun bangsa Melayu tu?

'Anak-anak' takkan suka dok mencari pasai kalau mak bapak bagi susu yang cukup untuk semua.. Tapi 'anak-anak' yang suka membodek, menchachamerba saja yang dapat 'sedap-sedap..' - sebab tu la anak-anak yang tak dapat makan sedap-sedap selalu 'menangis, dan melaung pom pam pom pam'.. 

'Mak bapak' dah lama jadi "MAK BAPAK" [kot?], takkan la tak faham-faham kot perangai 'anak-anak'.. - kalau tak mampu, nyanyok ka, bagi la 'anak-anak' pulak yang jaga 'mak bapak'.. kami sedia membantu..
my Auntie yang 'sporting' kata-mengata.

My Uncle ni nampak macam kurang mesra je dengan bukan Melayu
Uncle Nazri pon boleh tahan jugak mengata ni

Tp, anak Uncle Nazri very close dengan Melayu - bapak u tak marah ke bro?
pss : aku pon Melayu jugak, sebab tu aku pun 'rindu-rinduan' je untuk mengata, tapi oleh kerana aku Melayu register aku kena tapis-tapis la. Untuk mengelakkan aku dari terus mengata-gata aku akan kuatkan pendirian ISLAM aku, kerana ISLAM loved to nasihat menasihati, rendah diri.. mesti aku akan lebih bersopan santun dan berbudi berbahas.
lagi cerita my Auntie vs n love n i n my Melayu

Abang Wira PERKASA ka PERKOSA ?

Wahai my brother awat la abang pakai kopiah tinggi sangat, tak berat kepala ka?


alkisah:
cerita berkenaan "Wan Azizah Pelacur Politik"


aku bukan nak membela atau mengutuk secara rasmi dari hati. Jadi switch kepada tu aku cuma nak menegur sikap sesama kita a.k.a MELAYU dengan MELAYU berDAFTAR.
awat ada mikropon RTM ja? - ada baikk punya kot

mulut orang ni tak kira bangsa memang best, sedap, lunak merdu kalau mengata kat orang tanpa perlu pi latihan vokal atau uji bakat test pitching pon..


So, clue-clue Allah taala tu ialah kita kembali la pada ajaran Al-Quran, agama ALLAH !!! - ambik contoh MAKKAH la saudara saudari weh, berjuta-juta orang boleh faham ayat Quran walaupon mai daripada bermacam-macam bangsa, kerabat, suku, puak, daerah, negeri, negara,.. 
My Bro and friend
Bahkan MAKKAH jadi maju yang teramat sangat. Banggunan pencakar langit sat sat ja dok pacak. Makkah tak pernah mundur pon.. - orang melayu siap 'saving' lagi haa untuk pi Makkah padahal motor sebiji pon tak ada..- tak pikir ka kita ni?
huh..


ISLAM tak suruh kita pi maki hamun orang, TEGUR MENEGUR tu lebih elok daripada abang WIRA yang 'Chengey'..


Abang WIRA jangan la garang sangat, nanti orang2 dari bangsa-bangsa bersatu jadi takut.. 
Kalau abang WIRA nak mengata ka hamun ka, buang la kopiah Mamu Maidin tu, nanti kot-kot orang lain jadi salah faham tentang ISLAM.. Islamophobia{betoi ka ayat tu?}


Saya mintak maaf kalau kawan-kawan abang WIRA, adik-beradik lain marah dan murka pada saya. Saya sebagai adik bongsu ni tak suka sangat dok jadi pencacai, pembodek, penganguk, pengentuk, dan pendakap  badan tu..
ni gamabr bro ziarah ayahda kot- "no mikropon, no kopiah"
Masa SOI LEK dok hentam mengata kat ISLAM hari tu sorang pun tak berani mengadap mikropon. Takkan kita nak jadi hero kaum ja kot.. malu la kat bangsa-bangsa bersatu..


Lagipun, Ayahda kita baru ja nak sihat tu abang WIRA weyh, takkan nanti abang WIRA pulak yang nak sakit. Makin suram la rumah kita yang PERsona ni..


post sebelum ni - MY AYAHDAKU

Gambar baru Ibrahim Ali a.k.a ..?

Antara gambar-gambar terbaru Presiden PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) a.k.a my boss (aku ahli berdaftar la), Saudara Ibrahim Ali yang terbaru. Semoga beliau sembuh dan sihat sekiranya benar dakwaan sesetengah pihak mengenai tahap kesihatannya yang kurang 'enak' kebelakangan ni. 

Kalau boss tak sihat tu bermakna tanda Allah taala masih sayangkan kita dan mungkin juga itu petanda supaya kita lantang bersuara tentang kaum untuk menjaga maruah ISLAM. 

[jika ISLAM itu dijadikan asas perjuangan pasti semua akan bersatu padu dan bermuafakat kerana ISLAM sudah punya segala-galanya. Al-Quran, al-Kitab, as-Sunnah.]

[Kerana kaum juga Israel Yahudi menjadi angkuh kerana DENDAM.]

[Bukankah kita ini kaum yang RUGI? Kita mengakui Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW tetapi kita tidak beramal dengannya.]

[Sekarang kita lebih mengutamakan ciri-ciri falsafah Yunani yang mengutamakan logik atau akal lebih tinggi daripada ketentuan agama]

[Jika suruhan agama ditolak, pastinya kita akan menurut jalan FIKIRAN yang BEBAS]

[ISLAM disusahkan, dipayahkan oleh kita sendiri - sedangkan kita harus berbangga dan bersyukur kerana diberikan ISLAM secara baka@azali.]

[Kita rugi kan??]

Hendaknya kita perbetulkan perjuangan kita. Di Eropah pun sudah bangkit dengan penerimaan ISLAM, tetapi kita di Malaysia masih lagi bergelut dengan masalah perkauman..- amaran bala sudah Allah SWT tiupkan di Indonesia dan tidak terlalu jauh untuk kita rasakan azab-Nya.
Semoga kita tidak menjadi kaum yang di telan bumi..
Semoga kita sedar untuk kembali bertaubat..(Ya Allah, jauhakanlah kami dari bala-Mu)
dan
Semoga Sdr Ibrahim Ali sihat sediakala..
Sihat untuk ISLAM.. amin..
gambar aku copt paste dari papagomo







pss : Boss - harapnya lepas ni hamburkanlah kata-katamu lebih kepada nas hadis dan nas Quran. Nas Melayu takkan didengar oleh bangsa-bangsa lain, apatah lagi Bangsa-Bangsa Bersatu-PBB

Monday, November 29, 2010

Kabel komputer ka kabel politik - LGE

Ini yang rakyat perlu sedar, sekurang-kurangnya melayu masih lagi terbela di bawah DAP. Bukan isu kaum yang aku nak katakan, tetapi proses kesaksamaan untuk wujudkan ketelusan tu. Alhamdulillah, mana yang baik harus kita sokong. Sekurang-kurangnya Melayu Pulau Pinang tak kena belah macam depa kena masa pemerintahan Gerakan/BN dulu.


Melayu perolehi 70 peratus kontrak kerajaan P Pinang


Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri itu tidak 'lembik', apatah lagi 'dayus'.

NONEDi sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Lim (pertama dari kanan) berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja,

“Malah, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang,

second penang bridge 091108 pilling“Biarlah Umno dan BN menerusi lidahnya,Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum,” kata Lim dalam kenyataan baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus pada masa depan, jelasnya.

NONETambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Lim dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini.

Daripada jumlah itu, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, katanya lagi.

second penang bridge 091108 artist impressionKerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd., IJM Contructions Sdn Bhd., HRA Teguh Sdn Bhd.

-MK-

Menteri pilih kasih..macam ni ka Pemimpin?

Beginikah sikap pemimpin? Bagaimana rakyat khususnya Melayu mampu bersatu padu jika pemimpin sendiri yang dari dulu bersikap sebaliknya. Sepatutnya pemimpin perlulah menunjukkan tauladan yang baik untuk dijadikan contoh. Tetapi kenyataan pemimpin a.k.a menteri ni tak habis-habis seperti nak ajak bergaduh ja. teruk sangatkah sampai tak boleh toleransi? Inikah nilai-nilai murni yang kerajaan nak bentuk kepada belia negara?
Shahrizat Setuju Bantuan Kebajikan Diurus Oleh Satu Pentadbiran

BANTING, 26 Nov -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersetuju dengan cadangan supaya agihan bantuan kebajikan di Selangor diuruskan oleh pentadbiran tunggal.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan persekutuan menerusi kementeriannya tidak akan menyalurkan agihan bantuan kepada kerajaan negeri Selangor.

"Buat masa ini bantuan kebajikan oleh kementerian kepada Selangor adalah tinggi...Sekiranya bantuan kebajikan diuruskan oleh kerajaan Selangor, saya khuatir ramai orang akan kelaparan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Gempur' dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dekat sini.
AURAT !??!
Shahrizat berkata beliau bersetuju dengan satu pentadbiran supaya agihan bantuan tidak bertindih tetapi ia tidak bermakna kementeriannya akan menyalurkan wang kepada kerajaan negeri untuk mengagihkan bantuan itu.

Pada Selasa lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembayaran bantuan kebajikan akan lebih cekap dan berkesan sekiranya ia diuruskan oleh kerajaan persekutuan sahaja.

Khalid juga mencadangkan supaya kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan kebajikan kepada kerajaan negeri supaya diagihkan kepada rakyat Selangor.

Malaysia belum cukup bagus pun

Hanya sedikit peningkatan yang dicapai Malaysia jika dibandingkan dengan pencapaian pada edisi-edisi sebelumnya. Bahkan jumlah wang yang diperuntukkan untuk atlet olahraga langsung tidak menampakkan sebarang kilauan medal.

teruskan membaca..

GUANGZHOU: Malaysia tidak seharusnya mula mendabik dada dengan pencapaian sembilan pingat emas dalam kempen Sukan Asia Ke-16 di sini walaupun ia merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah sukan itu.

Selepas Majlis Sukan Negara (MSN) menabur jutaan ringgit menyediakan barisan atlit, kontinjen Malaysia meraih sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa untuk menduduki tangga ke-10 dalam carta pungutan pingat di Guangzhou.

Berdasarkan persiapan selama empat tahun, Malaysia hanya menunjukkan peningkatan sedikit selepas merangkul lapan emas, 17 perak dan 17 gangsa untuk menduduki tangga ke-11 pada edisi 2006 di Doha, Qatar.

Bagaimanapun, pencapaian Malaysia itu jauh berbeza dengan apa yang dicapai tuan rumah, China, sejak edisi Doha dan 199 butir emas, 119 perak dan 98 gangsa yang dikumpul membuktikan negara Tembok Besar itu adalah kuasa besar dalam sukan di rantau Asia.

Di Doha, China mengumpulkan 166 emas, 87 perak, 63 gangsa dan jumlah pungutan emas kali ini adalah tambahan 33 emas berbanding hanya satu untuk Malaysia.

Korea Selatan pula menunjukkan peningkatan ketara dengan menjadi naib johan selepas mengutip 76 emas, 65 perak dan 91 gangsa berbanding 58 emas, 53 perak dan 82 gangsa pada saingan di Doha.

Walaupun mengekalkan kedudukan ketiga dalam carta pungutan pingat, persembahan Jepun secara keseluruhan merosot sedikit berbanding di Doha apabila merekodkan 48 emas, 74 perak dan 94 gangsa, iaitu kekurangan dua emas yang dicapai pada 2006.

Kilauan emas Malaysia dihadiahkan oleh sukan squash iaitu tiga emas, bowling (2), karate (2), wushu (1) dan berbasikal (1) manakala beberapa sukan yang disandarkan emas terlepas, khususnya dalam sukan badminton, iaitu antara sukan yang diharap membawa pingat emas pertama dari Sukan Olimpik.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, dan beregu utama, Koon Kien Keat-Tan Boon Heong, sekadar berpuas hati dengan pencapaian pingat perak.

Persembahan pemain wanita pula amat mengecewakan selepas gagal layak ke peringkat memburu pingat.

Prestasi beberapa jenis sukan seperti olahraga, sepak takraw, memanah, menembak, kriket, tinju, golf, lawan pedang, catur dan skuad hoki wanita bertambah parah.

Namun, kekecewaan beberapa jenis sukan itu diubati dengan pencapaian cemerlang skuad hoki lelaki yang julung kali layak ke final sebelum meraih pingat perak dalam sejarah sukan itu.

Dalam acara olahraga, atlit Noraseela Khalid, yang berlatih di luar negara hampir sedekad lalu, gagal mewajarkan perbelanjaan besar dan masa yang dicurahkan apabila hanya menduduki tempat kelima dalam acara 400m lari berpagar.

Prestasi atlit lompat tinggi, Lee Hup Wei, dan atlit lompat bergalah wanita, Roslinda Samsu, juga amat mengecewakan.

Malaysia gagal menampilkan atlit dalam acara pecut, larian jarak sederhana dan jauh, lontar peluru, lempar cakera, merejam lembing, lompat jauh, lompat kijang dan lontar tukul besi.- Bernama.

lagi cerita sukan..

EPL da latest update..27,28 Nov 2010


 England - Premier League
November 27 
 FTAston Villa2 - 4Arsenal
 FTBolton W.2 - 2Blackpool
 FTEverton1 - 4West Bromwich A.
 FTFulham1 - 1Birmingham C.
 FTManchester U.7 - 1Blackburn R.
 FTStoke C.1 - 1Manchester C.
 FTWest Ham U.3 - 1Wigan Athletic
 FTWolverhampton W.3 - 2Sunderland
 00:41November 28 
 FTNewcastle U.1 - 1Chelsea
 FTTottenham H.2 - 1Liverpool
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...