Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Indeks Rasuah Dunia berakhir tahun 2010. Malaysia di ranking? :((

Rank
1
Country
Denmark
Score
9.3
1
New Zealand
9.3
1
Singapore
9.3
4
Finland
9.2
4
Sweden
9.2
6
Canada
8.9
7
Netherlands
8.8
8
Australia
8.7
8
Switzerland
8.7
10
Norway
8.6
11
Iceland
8.5
11
Luxembourg
8.5
13
Hong Kong
8.4
14
Ireland
8.0
15
Austria
7.9
15
Germany
7.9
17
Barbados
7.8
17
Japan
7.8
19
Qatar
7.7
20
United Kingdom
7.6
21
Chile
7.2
22
Belgium
7.1
22
United States
7.1
24
Uruguay
6.9
25
France
6.8
26
Estonia
6.5
27
Slovenia
6.4
28
Cyprus
6.3
28
United Arab Emirates
6.3
30
Israel
6.1
30
Spain
6.1
32
Portugal
6.0
33
Botswana
5.8
33
Puerto Rico
5.8
33
Taiwan
5.8
36
Bhutan
5.7
37
Malta
5.6
38
Brunei
5.5
39
Korea (South)
5.4
39
Mauritius
5.4
41
Costa Rica
5.3
41
Oman
5.3
41
Poland
5.3
44
Dominica
5.2
45
Cape Verde
5.1
46
Lithuania
5.0
46
Macau
5.0
48
Bahrain
4.9
49
Seychelles
4.8
50
Hungary
4.7
50
Jordan
4.7
50
Saudi Arabia
4.7
53
Czech Republic
4.6
54
Kuwait
4.5
54
South Africa
4.5
56
Malaysia
4.4
56
Namibia
4.4
56
Turkey
4.4
59
Latvia
4.3
59
Slovakia
4.3




Rank Malaysia pada 2009


Rank Malaysia pada 2008

Rank Malaysia pada 2007




pss: Kedudukan Malaysia bagi negara2 paling corrupt nampaknya semakin merudum..
Jika di zaman Pak Lah dulu Malaysia berada pada rank ke-45 dunia, tapi sejak diambil alih oleh PM Najib nampaknya indeks rasuah semakin merosot bagi negara tercinta ini.. apa dah jadiiii




sumber..: transparency.com


kahkahkahkahkah..suma olang melayu kena tipu..bolo boloo bodooo

Thursday, March 24, 2011

Penting untuk dibaca : KEJAYAAN KELANTAN UNTUK RAKYAT


-menerajui kerja 5 hari oleh kakitangan kerajaan dan cuti 2 hari seminggu

-menerajui cuti bersalin 60 hari

-takaful kifalah untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas apabila meninggal, waris si mati akan mendapat wang rm2`500.00

-zaman bn memerintah kelantan, kelantan adalah no 2 termiskin tetapi sekarang kelantan adalah negeri ke-6 termiskin di malaysia.

-melunaskan hutang kerajaan pusat sehingga 2010 ialah rm 220 juta.
hutang umno tinggal tahun 1990 rm 718 juta.
sekarang berbaki rm 498 juta

-melancarkan bulan SOLAT untuk menghadapi/mengatasi gejala sosial

-pinjaman untuk kakitangan kerajaan tanpa riba


-dasar rumah 3 bilik untuk mengasingkan anak perempuan dan lelaki daripada tidur bilik yang sama

-sejak menang tahun 1990 menutup semua premis judi

-projek ladang rakyat. sahamnya diagih kepada penduduk miskin tanpa mengira kaum, agama dan parti.
mereka diberikan dividen dalam bentuk kewangan secara bulanan.

-memperuntukkan rm1.5 juta untuk skim "al-ziwaj" untuk membantu belia mendirikan perkahwinan

-pajak gadai islam untuk mengelak rakyat menjadi mangsa penindas.

-pegawai halaqat setiap daerah untuk mengembangkan ilmu agama di kalangan rakyat

-kadar kemiskinan di kelantan menurun pada 4.1% 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007. pada tahun 2004 kadar kemiskinan 10.4%.

pss: Ingatlah, hidup kita di dunia ini tidak selamanya dan tidak sesiapapun mampu menjamin kemanakah kita 10 minit selepas ini. 
Janganlah kita takut dengan ugutan dan ancaman duniawi kerana segala-galanya yang Maha Berkuasa hanyalah ALLAH SWT!!!!

ALLAH SWT berfirman dalam Surah Al-'Ankabut(29) ayat 64 :

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). 

Wednesday, March 23, 2011

Anda mesti DOWNLOAD dan DENGAR..

Wacana Perdana - PRU13 Tergugatkah Kuasa Melayu (link download di bawah sanaaa)

Aku suggest pada muslimin-muslimat, tidak mengira bangsa mahupun warganegara mana-mana pun asalkan faham akan dialog bahasa Melayu. Tolonglah download, dan spend lah sedikit daripada masa anda untuk mengikuti wacana perdana ini sebagai asas untuk kita dalam menilai siapa bakal pemimpin yang akan kita pilih dan kita stand untuk hari esok..

Beringatlah kita bahawasanya kenikmatan kemungkaran yang kita tempuh setiap saat ini akan diadili pada hari Akhirat dan kepastian yang nyata kita ketahui ialah Pintu Syurga dan Neraka sahaja akan jadi habuan setelah menempuh ujian duniawi.

Jauhilah Pemimpin-pemimpin bersifat Taghut
Kehidupan akhirat jua yang akan kekal selama-lamanya sedang kehidupan dunia ini mahu tidak mahu pasti akan melaui saat kematian DAN jangan kita lupa dan alpa bahawa tiada jaminan 10 minit dari sekarang kita masih lagi bernyawa @ sebaliknya. Wallahualam.


          Firman ALLAH swt dalam Surah Al-Mu'minuun(23) ayat 33-34
Dan (bagi menolak seruan itu), ketua-ketua dari kaumnya yang kafir serta mendustakan pertemuan hari akhirat, dan yang Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia, berkata (sesama sendiri) "Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia makan dari apa yang kamu makan, dan meminum dari apa yang kamu minum. (34)"Dan demi sesungguhnya, jika kamu taati manusia yang seperti kamu, tentulah kamu dengan membuat demikian, menjadi orang-orang yang rugi.
 


pss: Prof Ibrahim Abu Shah diganti oleh Datuk Abdul Azeez -Pengerusi Kelab Putera 1 Melayu ke Malaysia?


PLS DOWNLOAD LINK DI BAWAH -dengar dan compare la..

Wacana Perdana - PRU13 Tergugatkah Kuasa Melayu

---> Part1
Part2
------->Part3
-->Part4
------->Part5
---------->Part6

Saturday, February 5, 2011

Makkah seperti Las Vegas?

Inikah tanda-tanda akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat? 
Renunglah wahai sahabat-sahabat..
Sampai bila kita akan terus lalai dan bila pula kita akan sedar..


Pembinaan bangunan-bangunan komersial menimbulkan rasa kurang senang 

Berita terkini ialah fasa pertama pembinaan landasan monorel yang menghubungkan Makkah, Mina, Arafah dan Muzdalifah bagi melancarkan pergerakan jemaah haji telah dimulakan Disember lalu sebaik musim haji berakhir. 

Setiap tahun dianggarkan lebih empat juta umat Islam sedunia berkumpul di Makkah. Suasana penuh sesak dengan manusia berhimpit-himpit, bak sardin disumbat dalam tin, ketika melakukan tawaf di keliling Kaabah, sai dan melontar jamrah. Setiap tahun umat Islam berdoa agar tidak akan berulang insiden yang meragut nyawa ratusan jemaah. 

Memang satu tugas yang sukar untuk menguruskan jutaan jemaah yang perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat. 

Justeru, segala usaha untuk memperbaiki prasarana di sana untuk kemudahan jemaah amat dialu-alukan. Usaha renovasi dan perluasan besar-besaran memang giat dijalankan di kawasan sekitar Masjidil Haram dan seluruh lokasi ibadah haji lainnya sejak beberapa tahun lalu. 

Bagaimanapun, pada masa yang sama terdapat juga suara-suara yang meluahkan rasa tidak senang apabila pembangunan mengubah profil kota suci itu sehingga mereka turut melihat Starbucks, Cartier dan Tiff any, H&M dan Topshop. 

Pusat membeli-belah Abraj Al-Bait, salah satu pusat membeli-belah yang terbesar di Arab Saudi, dilengkapi dengan panel monitor yang besar, lampu-lampu neon, pusat hiburan, restoran makanan segera dan kedai pakaian dalam wanita sedang dibina bertentangan dengan tanah paling suci dalam Islam. 

Pusat membeli-belah ini, yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini, adalah yang pertama dalam rancangan pembinaan yang menelan belanja AS$13 bilion ($20 bilion). Ia terletak di Menara Abraj Al Bait, menara yang dijangka diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia. Ia bakal mempunyai 76 tingkat merangkumi keluasan 1,455,000 meter persegi. Menara itu akan mempunyai enam bangunan untuk perumahan, dewan solat yang boleh memuatkan 3,800 orang, pusat konvensyen untuk 1,500 orang, dua pangkalan helikopter dan bangunan empat tingkat tempat meletak kereta untuk 780 kereta dan 10 bas serta keluasan untuk banyak lagi hotel-hotel lima bintang. 

Ia merupakan bangunan pencakar langit yang bakal merubah wajah kota Makkah.

HARGA PEMBANGUNAN 

Adakah ini pembangunan dan kemajuan dalam Islam? Tidak semua orang menganggap ia satu kemajuan.

Dalam satu laporan, Ali al-Ahmed, pengarah Institut Hal Ehwal Teluk di Washington, sebuah pertubuhan penyelidikan pembangkang Saudi, dipetik berkata: "Makkah sedang menjadi seperti Las Vegas dan ini satu bencana. Ia akan menjadi bencana kepada umat Islam kerana apabila ke Makkah, mereka tidak akan mempunyai perasaan lagi. Tiada lagi daya tarikan. Semua yang dilihat hanyalah kaca dan simen."

Ada juga jemaah yang sekembali daripada menunaikan ibadah haji tahun lalu menyoal kenapa Hotel Hilton dibina begitu dekat dengan Masjidil Haram?

Menurutnya, jemaah yang berada di hotel itu boleh membuka saluran TV, yang menyiarkan waktu solat secara langsung, untuk sama-sama berjemaah di Masjidil Haram walau masih dalam Hotel Hilton.
Ia satu perkara yang aneh, katanya.

Adakah Hilton sudah menjadi sebahagian kawasan Masjidil Haram atau kawasan masjid itu kini menjadi sebahagian Hilton? Ia menimbulkan satu perasaan yang kurang enak, katanya.


PERUBAHAN DRAMATIK 

Berdekatan Jabal Omar, seluruh bukit itu diratakan untuk memberi laluan bagi pembinaan kompleks dan hotel pencakar langit. Di mana-mana tedapat kren pembinaan dengan 130 menara baru yang dirancang di kawasan itu.

"Ini merupakan tanda berakhirnya kegemilangan Makkah," kata Irfan Ahmed yang membentuk Yayasan Warisan Islam (IHF) khusus untuk mencuba memelihara sejarah Islam Makkah, Madinah dan tapak agama penting yang lain di Arab Saudi.


"Sebelum ini, malah di zaman Uthamaniyah, tidak ada bangunan di Makkah yang menaranya lebih tinggi daripada Masjidil Haram. Kini semakin tinggi dan lebih tidak dihormati," ujarnya dalam satu laporan.

Meskipun rombakan besar-besaran ini diiringi dengan pembangunan infrastruktur, bagi sebahagian ahli sejarah, perubahannya terlalu besar. Salah seorang daripada mereka ialah Encik Sami Angawi, arkitek Saudi. "Seharusnya landskap tradisional kota Makkah ini tetap dipertahankan. Jangan hanya memikirkan bagaimana menampung sebanyak mungkin orang dan seberapa banyak wang yang boleh diperolehi," katanya.

Pegawai kerajaan Saudi pula berkata lebih AS$19 bilion telah dibelanjakan untuk memulihara warisan Islam negara.

Mereka menolak kritikan-kritikan itu sebagai tidak mengikuti perkembangan.


Sementara itu, pemaju dan ejen hartanah berkata pembinaan itu memberi lebih banyak ruang bagi lebih ramai umat Islam mengambil bahagian mengerjakan haji dalam keadaan yang lebih baik.

Ia menunjukan perubahan yang berlaku jauh daripada berakhir. "Makkah tidak pernah berubah seperti mana yang berlaku sekarang, kata Encik Sami Angawi lagi. "Apa yang anda lihat sekarang hanyalah 10 peratus daripada apa yang akan datang (bakal terjadi). Apa yang akan datang (adalah) lebih buruk (lagi)."



Aku rekemen buku ni pada sahabat-sahabat sekalian yang ingin sedar. Sedar untuk kehidupan yang kekal abadi selama-lamanya iaitu Hari Akhirat.
atau baca di link ini.. 40 Hadits Peristiwa Akhir Zaman



Wednesday, January 19, 2011

Keutamaan mempelajari dan mengajar Al-Qur'an


a. Mendapatkan syafa'at di hari qiamat
Dari Abi Umamah ra, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : 
"Bacalah oleh kamu sekalian Al-Qur'an, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiamat sebagai penolong bagi para pembacanya."   (HR. Muslim)

b. Mendapatkan derajat yang tinggi
Dari Aisyah ra, ia berkata : Telah Rasulullah saw bersabda :
"Orang yang membaca Al-Qur'an dengan mahir, akan bersama-sama malaikat yang mulia lagi taat, dan yang membaca Al-Qur'an dengan terbata-bata dan merasa berat, maka dia mendapat dua pahala."   (HR. Bukhari)

c. Merupakan ciri keimanan seseorang
Dari Abu Musa Al-Asy'ari ra., ia berkata : Telah Rasulullah saw bersabda :
"Perumpamaan orang-orang mukmin yang membaca Al-Qur'an, bagaikan buah Utrujjah, harum baunya dan lazat rasanya. Dan perumpamaan orang mu'min yang tidak membaca Al-Qur'an, bagaikan buah kurma, tidak harum baunya dan rasanya manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur'an, bagaikan bunga, haram baunya dan pahit rasanya. Dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Qur'an bagaikan buah Hamdzalah, tidak harum dan rasanya pahit." (HR. Bukhari dan Muslim)

d. Allah akan mengangkat darjatnya
Dari Umar Bin Khatab ra., ia berkata : Telah Rasulullah saw bersabda : 
"Sesungguhnya Allah Ta'ala dengan kalam ini, mengangkat beberapa kaum dan merendahkan kaum lainnya." (HR. Muslim)

e. Mendapat kebaikan
Dari Ibnu Mas'ud ra., ia berkata : telah Rasulullah saw bersabda
"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan setiap kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan Alif Lam mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan mim satu huruf."  (HR. At-Tirmidzi)

f. Mendapatkan kedudukan yang tinggi pada hari Qiamat
Dari 'Abdullah bin Umar dan dari Ibnu 'Ash ra., Rasulullah saw bersabda : 
"Dikatakan kepada pembawa Al-Qur'an "Bacalah dan naiklah, bacalah sebagaimana kamu membaca di dunia, maka sesungguhnya (tingginya) kedudukan (dicapai) pada akhir ayat yang kamu baca."  (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, dan An-Nasai)


2. Keutamaan belajar dan mengajar Al-Qur'an

a. Merupakan amal terbaik
Dari 'Utsman Bin 'Afan ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda
"Sebaik-baik kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Qur'an dan mengajarkannya." (HR. Bukhari)


b. Terhindar dari kehancuran
Dari Ibnu 'Abas ra, ia berkata : Rasulullah saw bersabda
"Sesungguhnya orang yang tidak ada sedikitpun dari Al-Qur'an pada rongga mulutnya, bagaikan rumah yang rapuh."  (HR. At-Tirmidzi)

c. Mendapat sebaik-baik anugerah Allah
Rasulullah saw bersabda : Allah SWT berfirman : 
"Barangsiapa yang sibuk dengan Al-Qur'an (melebihi daripada sibuk) dengan zikir dan memohon (berdoa) kepada-Ku, pasti aku akan berikan kepadanya kurnia yang lebih utama dari yang Ku berikan kepada orang-orang yang memohon (berdoa). Dan keutamaan Kalam Allah di atas semua ungkapan, laksana keagungan Allah di atas semua makhluk-Nya" (HR. Tirmidzi)


d. Mendapat keistimewaan dihadapan makhluk
Dari Ibnu Umar ra., dari Rasulullah saw bersabda
"Tidak ada hasud yang benar kecuali kerana dua hal. Seseorang yang diberi Allah Al-Qur'an , maka ia mengamalnya siang mahupun malam. Dan seseorang yang diberi harta, maka ia menginfakannya siang dan malam." (HR. Bukhari dan Muslim)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...