Sunday, October 17, 2010

Adun Kuala Nerang- Pi Korek Telaga Lagi Baguih..

Hairan melihat segenap manusia daripada pihak pembangkang di negeri Kedah yang sekarang ni kelihatannya sangat seronok bermain dengan isu air..

Kalau tak silap aku Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan dah beri penjelasan yang terang lagi jelas berhubung isu kenaikkan tarif air tersebut. Akan tetapi, oleh kerana kebengapan otak kegerombolan ahli dacing ini telah membuatkan aku gelak ketawa sendirian.. kah kah kah..

Takdak siapa-siapa kot yang nak menyusahkan dan cari pasal dengan isu air ni.. Takkan exco-exco mahupun MB Kedah sendiri tak ada saudara mara kat area-area tu.. Pikiaq la guna kepala otak mu wahai manusia..

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berhasrat untuk mengadakan promosi mengajak rakyat memboikot pembayaran bil air berikutan kenaikan harga dan perkhidmatan air yang tidak memuaskan menerima reaksi pelbagai pihak.

Kepada Datuk Syed Sobri...sabaq la sat.. Jangan hampa reti hentam saja..
Kalau nak cepat siap, Datuk boleh rekemen untuk guna Doremon.. 
kah kah kah..

kalau nak cepat jugak.. Datuk boleh jugak pakat ajak orang-orang kg untuk korek telaga..
untung-untung boleh jumpa emas ka,tembaga ka.. itu lagi baik dan afdal daripada dok hentam2 dan menghasut sana-sini..
kah kah kah...

Tapi hairan jugak.. 
Hari tu bila minyak naik harga hampa tak hingaq pulak..
Boleh saja redha..isk3..
Macam-macam perangai manusia bila dah akhir zaman ni..
nauzubillah..

LU PIKIAQ LA SENDIRI !!!

 *PM, Datuk Seri Najib Razak dipetik berkata...


 "Jika ikutkan hati, memang saya mahu berikan bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta penjawat awam"
Kerajaan bermurah hati, kita panjangkan pemberian berkenaan kepada pesara kerajaan, walaupun mereka barangkali tidak ada anak di sekolah,".


*Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dipetik berkata...


"Keputusan pemberian bonus kepada penjawat awam bergantung kepada situasi semasa ekonomi negara.
Kerajaan tidak memasukkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada Bajet 2011 kerana kekangan kewangan yang sedang dihadapi.


ulasan Perdana Menteri a.k.a Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan Kedua tersebut sudah cukup jelas bahawa penjawat awam boleh berhenti mengharap adanya bonus seperti yang dimohon melalui Cuepacs baru-baru ini..
Ini secara tidak langsung menceritakan betapa keadaan ekonomi negara yang dikatakan semakin pulih, baik dan lancar sebenarnya adalah sebaliknya..
Maksudnya.. Kita di TIPU??? kah kah kah...


Kerajaan sebenarnya bersikap taksub kepada pembangunan..


"Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2011 semalam.


"Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.

Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya.



pss:
Apakah manfaat yang bakal diperoleh rakyat daripada projek mega ini.?
Kemanakah rakyat Malaysia mampu pergi? hahahaha..
Aku nak balik kampung sebulan sekali pun penat..itu baru jaraknya dlm 200km..
untung sana sini tapi apa pon tarakkkk..kih kih kih..





Happiness is ... opportunity, good health, relationships, and the freedom

The ability to freely move, worship, and choose one’s way in life matter more to people’s sense of satisfaction than how tolerant they feel their country is. 

People's capacity to participate in their political systems affects their levels of personal wellbeing more than how much corruption they perceive in their local government and businesses. 

The ability to build trusting relationships and participate in social networks contributes more to life satisfaction than being helped by a stranger through donations or volunteering.

Personal safety has a greater effect on one’s sense of wellbeing than the protection of material possessions. All in all, countries in which people can freely pursue opportunity amidst high levels of trust and safety are also the happiest, most prosperous countries.

Tok Him masuk hospital

Ibrahim Ali Presiden Perkasa yang juga ahli Parlimen Pasir Mas, telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri hari ini kerana diserang sakit jantung. Beliau dijadualkan menjalani pembedahan jantung Isnin ini.


Sebab musabab beliau diserang sakit jantung ni sudah semestinya lah HIGH ATTACK yang tak perlulah kita perkatakan.. seeloknya kita tunggulah apa kata orang2 kanan belia:)


Sama-sama kita semua berdoa moga-moga beliau kembali sihat dan kembali men'cachamerba'kan persada politik negara dengan kelancangannya.


amin..






pss: ----->>>http://www.pribumiperkasa.com/cgi-sys/suspendedpage.cgi---

"My Account Has Been Suspended"

kah kah kah..

Sekadar renungan..

Dunia hari ini memang makin sukar untuk dijangka.. Kita harus bijak dan membijak atau buat2 bijak dengan diri sendiri supaya kita tidak merasakan diri kita ini bodoh walaupun nyata kita diperbodohkan..

Hari ini sangat misteri kerana memikirkan hari esok.. Kemisteriaan ini sangat menyelubungi hidup aku hinggakan pernah aku lupa apa makanan yg aku jamah pagi tadi walaupun hari masih petang..ataupun hasil dari rezeki aku yang menyebabkan aku menjadi pelupa..huh.. Banyak persoalan bila aku menyentuh bab keberkatan ni..

Para Jemaah Haji sudah pun berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu haji . Bilalah pulak agaknya turn mak ayah aku.. Kalau kita perasan bila sampai musim haji, para Jemaah haji pasti kebanyakkannya mereka yang berumur lingkungan 50tahun dan keatas.

Factor masa,duit,keluarga,komitmen kerja dan sebagainya mungkin menjadi penghalang untuk muslimin muslimat mengerjakannya diusia kuat atau muda.. Yang pastinya setiap orang ada alasan dan masalahnya sendiri. Lebih-lebih lagi penjawat awam, dimana masa yang paling free ialah masa pencen. tapi dari sudut lain, bersyukur kerana bila sampai gred umur end level ni kita masih di landasan keIslaman.. hari ni orang berduit pun tak boleh mengerjakan haji ikut kehendak sendiri.. kalau esok kita pergi register haji kat Tabung Haji, turn untuk kita pergi kesana ialah tahun 2034 dan keatas sahaja. Huhu..kalau tak ada duit,mmg kirim salamlah.
pss: org2 muda elok sgtlah pergi register kat Tabung Haji.

Sekali sekala bila tengok Negara tercinta ni kat peta dunia memang terasa takut sangat kalau kalau Allah taala timpakan musibah pada bumi Nusantara ni.. tapi sekiranya terjadi apakan daya kita sebagai hamba dan penumpang untuk melawan akan kehendak Maha Pencipta.. Allah taala berikan Islam sebagai agamaNYA yang benar. Al-Quran dan sunnah diberi untuk dijadikan ikutan dan panduan pada kita. Tapi hari ini sedih sekali kerana ada diantara kita yang terang-terangan menolak agamaNya.

Di Negara tercinta ini golongan yang membawa nama dan imej Islam akan diklasifikasikan sebagai musuh dek kerana asas perjuangan politik yang berbeza.. bahkan akhir-akhir ini orang bukan Islam di Negara kita sendiri dah sewenang wenang berani mengutuk dan mempersendakan agama Allah taala ini..nauzubillah..

Manakan tidak, sang pemerintah sendiri pun walaupun beragama Islam pun terang terangan bersikap menolak Islam.. Alim ulama, cerdik pandai agama makin lama makin disempitkan wadah pada mereka dalam meneruskan dakwah Islam. Sang pemerintah sangat ego hingga lansung tidak boleh ditegur mengenai perihal agama sampaikan insan berlevel Tok Guru pun boleh diperlekehkan.

Sangat munafik perilaku sang pemerintah.. bila berdiri dihadapan pemimpin dunia Islam, mereka kelihatan sangat teruja dalam membincangkan mengenai wacana dan pembangunan Islam. Lakonan mereka sangat Berjaya dan mereka akan dipuji puji oleh sekalian pemimpin Islam dan bukan Islam kerana keprihatinan dan kepekaan sang pemerintah terhadap Islam. Lakonan itu akan terjadi sebaliknya jika berhadapan dengan kepimpinan Islam di negaranya sendiri.

Setiap apa sahaja idea, pembangunan, perubahan, kemajuan yg Berjaya dilaksana kepimpinan Islam akan ditolak bulat-bulat oleh sang pemerintah rakus ini. Perjuangan bangsa yang dibawa oleh sang pemerintah pun sebenarnya telah berani di cabar oleh kaum kaum lain. Inikan pula kita mengharapkan sang pemerintah ini menerima Islam..hahaha. adakah kita masih mahu menerima perlakuan sang pemerintah yang sebegini rupa?? Nauzubillah..sedarlah kita bahawa sekarang ini dunia berada diakhir zaman..

Allah S.W.T berfirman “sesiapa yang menolak agamaku nescaya dialah musuhku”. Adakah kita sanggup mengadai agama demi kesetiaan dan akur pada sang pemerintah. Kemanakah kita selepas ditalkinkan?

Kita sanggup mengiyakan apa yang tidak benar kerana tidak sanggup kehilangan sesuap nasi. Kita sangat bongkak sebenarnya. Pernahkah kita renung dimanakah agaknya tempat kita diakhirat kelak? Tepuk dada Tanya iman..

Mahukah kita tergolong sebagai golongan yang diceritakan didalam hadis hadis sebagai golongan pendusta diakhir zaman ini.. golongan yang berjalan beriringan bersama sama Dajjal kelak?

Dunia adalah segalanya bagi mereka yang dibutakan oleh Allah taala. Bertaubatlah kita supaya tidak ditarik nikmat Islam dan keimanan itu. Sesungguhnya kita sangat kesuntukkan masa untuk beribadah jadi gunakanlah seadanya masa yang sangat singkat ini untuk mengabdikan diri dan kembali sedar bahawa kita hanyalah debu dimataNya. Nauzubillah.. Wallahualam..

pss: kata2, luahan2 dalaman masih lagi under cover kerana sebab musabab tertentu..harap maklum..

Saturday, October 16, 2010

CUEPACS HARAP KERAJAAN TIMBANG SEMULA BONUS 2 BULAN
disunting daripada laman Cuepacs


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berterima kasih atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam, namun berharap kerajaan akan mempertimbang semula pemberian bonus kepada 1.2 juta penjawat awam tahun ini. Presidennya, Omar Osman(gambar), berkata pemberian bonus sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam setiap kali pembentangan bajet kerana ia dapat meringankan beban mereka.

"Kalau tidak dua bulan sepatutnya dapat menikmati sekurang-kurangnya sebulan atau setengah bulan bonus atau RM1,000 hingga RM1,200," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Omar berkata, beliau akan membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin ini bagi memohon pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam. Secara keseluruhannya, Omar menyifatkan Bajet 2011 sebagai komprehensif kerana memberikan beberapa insentif lain kepada penjawat awam termasuk menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan pemansuhan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Mengenai pemansuhan PTK, beliau berkata: "Pemansuhan PTK amat diharapkan, ia menjadi "ubat hati" kepada ketiadaan pemberian bonus kepada penjawat awam tahun ini". Beliau turut mencadangkan dengan pemansuhan itu, kerajaan dapat menggunakan kos yang diperuntukkan untuk pengurusan peperiksaan PTK kepada pelbagai perkara lain. "Apabila tiada peperiksaan PTK, kita harap tidak berlaku banyak birokrasi dalam urusan kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat dapat dinilai berdasarkan penilaian prestasi serta kecekapan, menghadiri kursus, melihat sumbangan seseorang penjawat awam dan mengikut kekananan," katanya. Peperiksaan PTK diperkenalkan pada November 2002 yang bertujuan menghapuskan budaya mengampu ketua jabatan dan memastikan hanya mereka yang layak menerima pengiktirafan. Mengenai perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini disambung untuk tempoh setahun lagi, Omar berkata agensi yang terlibat perlu mematuhinya dan mengharapkan pegawai berkenaaan diserap sebagai penjawat awam tetap.

Omar turut menyambut baik kemudahan penjawat awam memiliki rumah serta memperbaiki syarat membuat pinjaman perumahan dengan menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, berkuatkuasa 1 Januari 2011. "Ini dikira baik, cuma perlu memastikan pelaksanaan berlaku dengan betul dalam kemudahan pinjaman perumahan termasuk kepada keluarga penjawat awam dan tiada pilih kasih termasuk Skim Rumah Pertamaku dapat dinikmati oleh golongan muda yang baru bekerja," katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata kerajaan sentiasa prihatin kepada golongan pesara yang pernah berbakti kepada negara. Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani, pula berkata bantuan RM500 itu adalah pemberian istimewa terutama kepada bekas tentera.

pss
aku yang baik berkata.."alhamdulillah..InsyaALLAH moga-moga dapat bonus ni.. pakat-pakat la kita doa.. amin.."

aku yang kureng baik berkata.."pooooooorahhhhh..poooraaahhh...pigiiiiiiidaaaaaaa....jangan dok mimpi la kerajaan nak bagi bonus..



 

Friday, October 15, 2010

Belanjawan 2011

serba sedikit aku list down pasal bajet yang Tok Jib bentang tadi..

gaji kakitangan@ penjawat awam yang sebelum ini ramai dok jangka naik rupa-rupanya tidak menjadi kenyataan.. hanya mimpi disiang hari saja..

dan ku rasakan disaat dan ketika ni jugak mungkin hancur luluh hati para para gomen sekalian..
kah kah kah..padan muka ku.. tapi kerajaan 1 Malaysia kata nak jadi negara berpendapatan tinggi..

hmmmm..
nampaknya negara aje kot yang berpendapatan tinggi, tapi kakitangan kerajaan masih akan kekal dan maintain dan steady ditakuk lama.. kah kah kah..

bajet yang dibentangkan tadi lebih memberi faedah kepada kakitangan awam dalam aspek kebajikan (kununnya)..ataupun long term benefit.. 
cnth..
*menaikan jumlah pinjaman perumahan.. 

suma ni ku lihat macam isyarat kerajaan supaya kakitangan awam jangan dok bising-bising nak request macam-macam dah.. 
kah kah kuah kuah kuah..
tapi diharapkan Ceupacs tetap akan pulun seperti sediakala.. Tok Man pujuklah Tok Jib sementara masih ada masa ni..

dan yang aku taw, aku list down kat bawah ni pasal bajet tadi.. haria haria haria..
  • kos urus pengebumian telah ditambah kepada RM3000 daripada RM1000. 
  • RM500 akan diberikan kepada semua kakitangan awam Gred 54 dan kebawah sebagai wang untuk meringankan beban mak bapak sebelum sesi persekolahan anak-anak bermula. 
  • pinjaman perumahan dinaikkan(tapi cukai perkhidmatan naik gak..huhuhu..) 
  • Sistem penilaian tahap kecekapan(PTK) akan dimansuh dan diganti dengan satu sistem baru.(sistem apa?)
  • cuti bersalin up to 90hari.. mana2 jabatan/kementerian yang majoriti kaum ibu lebih dari kaum bapa tu rancang2 dan pakat2 lah sesama korang. boleh cacamerba nanti kalau semua pakat duk pregnant.. kah kah kah... 
apa-apa pun.. bersyukur la dengan apa yang dah diberikan kerajaan ni.. nak pot pet pot pen pon tak guna..
menambahkan uncang dosa saja..
coming soon, make sure kan lah kalian semua membuat pilihan yang bijak dan cerdik dalam PRU 13 nanti..

takbir..takbir..takbir.. Allahu akbar.. wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...