Wednesday, November 10, 2010

Peraduan Halloween, melayu no 3..fasha sandha?

Sambutan halloween ini dah mula disambut oleh melayu pulak dah..
isk..pelik-pelik la manusia nama melayu Islam ni.. semuanya nak sambut..
baru-baru ni dah heboh cerita tentang artis wanita popoloq tu, apa nama ntah, sambut halloween dengan pakwe dia, Jejai. turut serta ialah, Joe Flizzow >>link cerita asal<<
Ni lah akibat kalau agama Islam tu digelapkan. Di Malaysia sambutan ini memang ada disambut oleh melayu dan hanya menjadi ikutan sesetengah anak muda kerana ia agak bertentangan dengan budaya dan masyarakat melayu, apatah lagi Islam!!!
Satu lagi kes ialah di Seri Kembangan. Dua gadis melayu, Norhafiza Abu Hassan 28 dan Noor Sharwine Halim 15 berasa sangat seronok dengan kemenangan yang diraih walaupun mendapat tempat ke-3 dalam aktiviti sambutan Halloween yang diadakan di The Mines baru-baru ini. Mereka mengenakan kostum pontianak. (berita ini disiarkan dalam surat khabar Sinar Harian selasa,09 November 2010 slot advertorial@sinar)
Dianjurkan oleh pemaju terbesar Asia, CapitaMalls Asia Ltd yang dinamakan "Peraduan Kostum Halloween Berkembar".
Mengulas kemenangan yang diraih, idea yang kami peroleh adalah spontan dan kami hanya berlatih tidak sampai 24jam kerana hanya diberitahu pada saat-saat akhir."kata Norhafiza.

Huyoo..dasat diaorang ni. Mungkin diaorang tak tau asal usul sejarah sambutan halloween ni kot. So, meh kita baca dan tahu..



Sejarah Halloween
Halloween atau Hallowe’en adalah tradisi perayaan malam tanggal 31 Oktober, dan terutama dirayakan di Amerika Syarikat. Tradisi ini berasal dari Irlandia, dan dibawa oleh orang Irlandia yang bermigrasi ke Amerika Utara. 
Halloween dirayakan dengan anak-anak memakai kostum seram,aneh dan mengelilingi dari pintu ke pintu rumah tetangga meminta gula-gula atau coklat sambil berkata "Trick or treat!"
Ucapan tersebut adalah semacam "ugutan" yang bererti "Beri kami (gula-gula) atau kami membuat kacau." Di zaman sekarang, anak-anak biasanya tidak lagi membuat kacau bilau dirumah orang yang kedekut/tidak memberi apa-apa. Sebahagian anak-anak masih membuat kacau dirumah orang yang kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.

Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.
Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow). Hari raya agama Katolik bernama All Saints Holy Day yang dirayakan 1 November pernah dikenal sebagai All Hallows' Day yang merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus (Saints).

Tuesday, November 9, 2010

Bakal Menteri Besar baru Kelantan..insyaAllah:)


Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah adalah nama yang disebut-sebut bakal menggalas jawatan Menteri Besar Kelantan bagi menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam tempoh beberapa bulan lagi. Suka saya merujuk kepada video pertelingkahan Nik Aziz dengan Bekas Ketua Penerangan PAS, Mohd Nor Deris, tetapi bukan kerana keceluparan Nik Aziz atau Mohd Nor Deris tetapi kerana ketenangan Mohd Amar.

Ketenangan Mohd Amar adalah satu-satu nilai positif yang ada boleh kita ambil iktibar di dalam video ini.


Syabas Dato’! Ini nafas baru untuk rakyat Kelantan.



Tok Guru, Datuk Mustapha iringi Baginda Sultan

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji pada Rabu yakni hari esok. Perkara ini di sahkan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.
Baginda akan berangkat bersama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed.
Ini jelas menunjukkan sikap tawadduk Baginda yang begitu memberi perhatian kepada hal agama.
Baginda Sultan, Tuan Guru dan Datuk Mustapha akan menaiki pesawat Malaysia Airlines(MAS) dan dijangka pulang ke tanah air pada 23 November ini.
Marilah kita berdoa semoga Allah merahmati dan sentiasa melindungi semua para jemaah haji selamat pergi dan pulang ke tanah air. 


Dijangkakan lebih 2 JUTA jemaah haji akan bergerak ke Padang Arafah pada 14 Nov dan wukuf pada keesokkan harinya  

Malang nasib pegawai kerajaan ni..

Salam,

Pembuka bicara : ISLAM ADALAH JAWAPAN SEGALANYA!!!

Takziah diucapkan kepada ketiga-tiga insan berbangsa melayu ini. Berkenaan isu kenyataan rasis pegawai Biro Tata Negara (BTN),dan dua lagi pegawai kerajaan yang berkhidmat sebagai Guru Besar dan Pengetua sekolah. <<(klik link untuk berita penuh)

Terimalah bahawa sesungguhnya, inilah ragam duniawi dan itulah Qada dan Qadar dari Illahi. Menyatakan yang benar tetapi menyentuh perihal perkauman itu telah menjadi sesuatu yang sangat menakutkan di negara kita sekarang.
Pasti sesiapa pun tidak menginginkan perkara seperti digantung tugas apatah lagi diberhentikan perkhidmatannya.
Yang pasti dulu mungkin mereka dianggap hero atau heroin, tetapi sekarang pasti berbeza tanggapan orang pada mereka..(ex: itulah hang! kan dah kena.nak jadi hero konon.hahaha)

Akibat mulut, badan binasa..
Mungkin marah, sensitif, atau dendam yang menjadi punca mereka berkata-kata sebegitu. Tidak mungkin menyatakan perkara berkaitan perkauman yang tercatit dalam sejarah negara itu pun bersifat perkauman. Paling malang bagi mereka, dihujung-hujung kerjaya inilah juga yang terjadi perkara buruk dalam berbakti pada nusa bangsa ini.
Dendam
Takut aku pada perkataan ini. Sesuatu yang mungkin tercetus tanpa disedari. Siapa tahu apa sebenarnya maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh mereka. Mungkin juga mereka tidak berniat sedemikian. Bagaimanapun ceritanya aku harapkan mereka redha pada apa yang telah tersurat itu.     

Redha
Telah tersusun didalam buku kehidupan yang telah Allah Taala sediakan untuk kita. Tidak ada perjalanan kehidupan yang sentiasa indah dan tidak ada hari yang selalunya cerah. Terimalah segalanya dengan hati yang luhur dan redha. Kepada guru-guru dan mereka yang berkhidmat dalam sektor awam, gunakanlah topik Islam sebagai wacana bicara. Secara tidak langsung kita mendapat pahala kerana menyampaikan sunnah Nabi SAW.

Islam
Bagaimana jika Islam yang mereka(kerajaan) pilih dan yang mereka katakan? Itulah sebenarnya yang harus kita sedar. Inilah sebenarnya hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang berlaku.
Tidakkah Islam itu menyuruh umat manusia menerima sesama mereka?
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai manusia, sesungguhnya kami menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." - surah al-Hujurat ayat 13.
Tiada siapa tahu bahawa apa yang menimpa mereka itu dijadikan contoh balasan daripada Allah untuk menyedarkan kita.
Berbuat baiklah kita sesama kita untuk memudahkan jalan jihad melalui berdakwah pada jalan Allah SWT.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Amal-amal yang paling disukai (dicintai) Allah ialah, sembahyang pada awal waktu, berbuat baik kepada ibu-bapa dan berjihad pada jalan Allah."(Hadis diriwayatkan oleh Baihaki, al-Hakim dan Abu Daud r.a)
Pelbagai ragam manusia dapat di lihat pada masa kini yang makin membinasakan diri sendiri. Tidak mengejutkan jika selepas ini makin ramai yang menjadi mangsa disebabkan mahu membela anak bangsa sendiri dan sudah sampai masanya sekarang kita sama-sama umat manusia memahami dan bertolak-ansur dalam perkara-perkara yang melibatkan perbezaan budaya, kaum, keistimewaan, mahupun pandangan. 


Penting sebagai umat dan Melayu Islam berkata-kata tentang Islam daripada kita berbalah kerana ia hanya memberi kesan yang negatif kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dengan Islam. Mohon semoga Allah Taala tidak menarik nikmat iman dan nikmat hidayah daripada kita. Azabnya amat berat jika kita dibutakan hati oleh Allah yang Maha Esa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan sesiapa yang buta hatinya di dunia ini, nescaya di akhirat nanti ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari (jalan yang benar)" -Surah al-Isra', ayat 72.
Jangan kita mengatakan tidak sebelum melaksanakan dakwah. Lihat saja contoh apa yang terjadi di Barat walaupun kutukan dan kritikan oleh pihak Barat hanya memberi kemenangan kepada Islam. Berdakwahlah, mencuba dan terus mencuba dan bukannya terus menolak ataupun melalui paksaan.


Dapat hidayah selepas hina Rasulullah SAW
Ada satu kisah di Barat  melalui bacaan tentang keperibadian Rasulullah yang tidak pernah berdendam  telah membawa seseorang terbuka hati dan mendapat hidayah.
Cerita ini berlaku baru-baru ini ketika heboh mengenai 'kartun yang menghina Rasulullah' dan penghinaan tersebut telah membuat seorang insan membeli buku mengenai kisah hidup Rasulullah dan dia terbaca tentang Rasulullah dibaling batu oleh seorang Yahudi setiap hari. Tetapi Rasulullah tetap menziarahinya ketika ia sakit. Ini telah membuat hatinya tertarik dengan Islamdan beliau memeluk Islam. Walaupun beliau telah diperkenalkan kepada Islam melalui kutukan dan cacian tetapi beliau telah mendapat hidayah.

Bersabarlah dalam berdakwah. 
Semoga segalanya di jadikan iktibar kepada kita semua.

Sebagai pengakhir kata sedarilah isu perkauman juga dijadikan senjata Yahudi untuk menghapuskan lebihan rakyat Palestin.

kata-kata Goldman dalam Perhimpunan Intelektual Yahudi.
''Jika kita mahunegara Israel tetap kekal dan berterusan di Timur Tengah, kita perlu cerai beraikan kaum minoriti yang tinggal di sekitar negara Israel kepada beberapa golongan kecil yang saling curiga mencurigai. Negara Israel pula perlu memainkan peranannya dalam membentuk kaum minoriti tersebut. Ini boleh dijalankan dengan memberi galakan yang berterusan ke arah kewujudan wilayah Syiah Alawiyyah di Syria, Maruniyah di Lubnan, Kristianisasi di Jordan, semangat Kurdis di Iraq serta PERKAUMAN qibtiyyah di Mesir."

nauzubillah.. Wassalam..
TAKBIR!!!!


Islam itu Benar


Prof. Dr. Joe Leigh Simpson Ketua Jurusan Ilmu Kebidanan dan Ginekologi dan Prof. Molecular dan Genetika Manusia, Baylor College Medicine, Houston, Amerika Syarikat.
“Agama dapat menjadi petunjuk yang berhasil untuk pencarian ilmu pengetahuan. Dan agama Islam dapat mencapai sukses dalam hal ini. Tidak ada pertentangan antara ilmu genetika dan agama. Kenyataan di dalam al-Quran yang ditunjukkan oleh ilmu pengetahuan menjadi valid. AI-Qu…ran yang berasal dari Allah mendukung ilmu pengetahuan.

Prof. Marshall Johnson Guru Besar ilmu Anatomi dan Perkembangan Biologi, Universitas Thomas Jefferson, Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
“Nabi Muhammad SAW sebagai buku ilmu pengetahuan dari Allah.

Prof. TVN Persaud Ahli anatomi, ahli kesihatan anak-anak,dan ahli ginekologi kebidanan dan ilmu reproduksi di Universitas Manitoba, Winnipeg, Menitoba, Kanada.
“AI-Quran adalah sebuah kitab, petunjuk, kebenaran, bukti,” dan kebenaran yang abadi bagi kita sampai akhir zaman. "

Prof. Tejatat Tejasen Ketua Jurusan Anatomi Universitas Thailand, Chiang Mai
“Semua yang tertulis di dalam al-Quran pasti sebuah kebenaran, yang dapat dibuktikan dengan peralatan ilmiah. ”

Prof. Alfred Kroner Ketua Jurusan Geologi Institut Geosciences, Universitas Johannnes Gutterburg, Maintz, Jerman.
“…metode ilmiah modern sekarang membuktikan apa yang telah dikatakan Muhammad 1400 tahun yang lalu. AI-Quran adalah buku teks ilmu pengetahuan yang simpel dan sederhana untuk orang yang sederhana. ”

Prof. Palmer Ahli Geologi ternama Amerika Syarikat.
“AI-Quran adalah kitab yang menakjubkan yang menggambarkan masa lalu, sekarang, dan masa depan. ”

Prof. Shroeder Ilmuwan kelautan dari Jerman
“llmuwan itu sebenarnya hanya menegaskan apa yang telah tertulis di dalam al-Quran beberapa tahun yang lalu. Para ilmuwan sekarang hanya menemukan apa yang telah tersebut di dalam al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu.”

Prof. Yoshihide Kozai Guru Besar Universitas Tokyo dan Direktur The National Astronomical Observatory, Mikata, Tokyo, Jepun
“Dengan membaca al-Quran, saya dapat menemukan jalan masa depan saya untuk investigasi alam semesta,"

PENGETAHUAN YANG BENAR HARUS DITEGASKAN DENGAN AGAMA YANG BENAR
Walaupun Rasulullah SAW memiliki banyak mukjizat fisik seperti menyembuhkan orang lumpuh, membelah bulan, berbicara dengan binatang seperti Nabi Sulaiman, para sahabat berjalan diatas laut, memberi makan pada ribuan orang walaupun sedikit makanannya, dan masih ada 300 mukjizat lain, tetapi paling utama al-Qur’an ialah Mukjizat terbesar & sepanjang masa.
Itulah mengapa al-Qur’an disebut mukjizat terbesar & sepanjang masa kerana banyak ayat Qur’an yang telah dapat dibuktikan oleh peralatan moden abad terakhir. Bermula dari bidang Astronomi, Geology, Biology, Math, Chemistry, Oceanography dan segala bidang.
Sebuah Mukjizat terbesar berupa sebuah buku teks yang diturunkan melalui seorang Al-Amin (tidak pernah berbohong) yang tidak dapat membaca dizaman lalu kepada umat terakhir yang pintar dan selalu membaca di zaman modern dan telah dapat dibuktikan oleh peralatan akhir zaman. Siapa lagi yg mewahyukan al-Quran jika bukan PENCIPTA ALAM SEMESTA? ALLAH Subha Nahu Wataala
Jadi,,, 1 lagi membuktikan… ISLAM TERBUKTI BENAR….
Qs.3 Ali Imran:85 "Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka SEKALI-KALI TIDAK AKAN DITERIMA daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi"
Qs.3 Ali Imran:19 "Sesungguhnya agama disisi Allah HANYALAH Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya"

Lazimnya, pada awalnya, kita beragama cuma mengikut keturunan dan ibu bapa sahaja. Tak pernah terfikit samada agama itu benar ataupun salah.
Jika kita lahir di timur dari keluarga Islam, maka kita menganut Islam.
Jika kita lahir di barat dari keluarga Kristian, maka kita menganut Kristian.
Jika kita lahir di Himalaya dari keluarga Buddha, maka kita menganut Buddha.

1 Tuhan bermakna 1 Agama yg sebenar, dan bagaimana kita boleh buktikan sesebuah agama itu benar???
Jadi, dalam soalan ini kita tidak membicarakan tentang keyakinan, tetapi kita hujahkan BUKTI KEBENARAN.
Jika Islam Benar, apa buktinya?
Jika Christian Benar, apa buktinya?
Untuk membuktikan sesebuah agama itu benar, maka tidak seharusnya dilihat daripada kesalahan yang dilakukan oleh penganutnya, kerana penganut sesuatu agama tetap manusia yang tidak sempurna.
Jika negara itu mempunyai ramai bilangan orang miskin yg beragama Islam, maka itu tidak bererti Islam itu buruk, contohnya ialah negara Filipina yang sangat miskin dan majoriti penganutnya beragama Kristian Katholik.
Jika di negara yang ramai pesalah muslim/penjaranya ramai yang beragama Islam, maka tidak bererti Islam itu  buruk, kerana di Brazil, Venezuela, Mexico, Argentina terdapat ramai pesalah/yang di lokap dan di penjara ialah mereka yang beragama Kristian atau Katholik.
Pembuktian sebuah agama itu benar pun tidak boleh ditentukan daripada pendapat seseorang, kerana lain orang lain fikirannya, & punya pelbagai pendapat manusia dimuka bumi ini yang satu sama lain jelas berbeza.
Pembuktian sebuah agama itu benar perlu dibuktikan dari kitabnya, jika memang kitab itu dari Tuhan, maka TIDAK BOLEH ada kesalahan walau sedikitpun.
Mari kita bersama buktikan 2 hal sahaja:
1. Bukti nyata Qur’an ialah mukjizat terbesar & sepanjang masa
2. Bukti nyata alkitab(Injil) Kristian banyak kesalahan soalan ajaran & ayatnya
Banyak ayat yang terkandung di dalam al-Qur’an menyebut Taurat & Injil yang harus kita imani, tetapi Taurat & Injil itu sudah tidak suci, maknanya, ayat yang betul itu tetap ada, tetapi yang salah pun tidak kurang banyaknya, jumlah yang dijumpai mencecah RIBUAN KESALAHAN.
Dan, banyak ajaran di dalam alkitab Kristian yang tidak diketahui, disembunyikan, tidak dilaksanakan, diingkari & bahkan diejek pula oleh kaum Kristian sendiri.
Banyak bukti kebenaran al-Quran & kesalahan Alkitab Kristian.
Telah terbukti dari kitab Kristian sendiri jika:
1. Nabi Isa Menyuruh menyembah cuma pada ALLAH sahaja
2. Nabi Isa Tidak pernah menyuruh orang menyembah dirinya
3. Nabi Isa mengajarkan Syahadat, tidak mengajarkan baptis
4. Nabi Isa mengajarkan solat dengan sujud
5. Nabi Isa mengajarkan solat menghadap kiblat
6. Nabi Isa mengajarkan berwudhu sebelum solat
7. Nabi Isa mengajarkan membuka kasut jika masuk ke rumah ibadah
8. Nabi Isa mengajarkan sunat/khatan
9. Nabi Isa mengajarkan berdoa pada ALLAH
10. Nabi Isa mengajarkan menuruti hukum Taurat
11. Nabi Isa melarang menghapus hukum Taurat walau setitik kecilpun
12. Nabi Isa mengharamkan semua jenis babi
13. Nabi Isa mengajarkan Solat Tahajjud
14. Nabi Isa mengajarkan minta ampun cuma pada ALLAH
15. Nabi Isa tidak pernah ajarkan minta ampun melalui tiang salibnya
16. Nabi Isa mengajarkan dosa waris itu tidak betul
17. Nabi Isa mengajarkan jika TUHAN itu cuma 1, yaitu ALLAH
18. Nabi Isa mengajarkan jika dia cuma utusan ALLAH
19. Nabi Isa mengajarkan jika dia ialah Nabi bagi bani Israel sahaja
20. Dan banyak hal lainnya…. termasuk yang belum diposting.
Dan berbahagialah kita sebagai muslim kerana kitalah yang mengamalkan semua itu, al-Qur’an telah memurnikan ajaran-ajaran yang telah hilang & yang tidak dilaksanakan oleh ummat terdahulu yang ingkar pada kitabnya sendiri.
Jadi,,, ada baiknya jika semua kaum Kristian meninggalkan ajaran gereja yang bertentangan sama sekali dengan ajaran Nabi Isa a.s.
(Bible)Yohanes 14:15. “Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintahku.
Masih banyak BUKTI ayat untuk soalan ini, tetapi untuk BUKTI persoalan diatas cukuplah untuk seseorang itu berfikir. gunalah AKAL FIKIRAN.
(Bible)Markus 12:30 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap HATIMU dan dengan segenap JIWAMU dan dengan segenap AKAL budimu dan dengan segenap kekuatanmu.
(Bible)Matius 22:37 Jawab Yesus kepadanya: “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap HATIMU dan dengan segenap JIWAMU dan dengan segenap AKAL budimu.
(Bible)Lukas 10:27 Jawab orang itu: “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap HATIMU dan dengan segenap JIWAMU dan dengan segenap kekuatanmu dan dengan segenap AKAL budimu, dan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.”

Beruntunglah wahai saudaraku yang bukan Islam, jika kamu memeluk ISLAM, maka SEMUA dosa kamu yang telah lalu PASTI diampuni ALLAH SWT.
Qs.8 Anfaal:38. Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu: “Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), NESCAYA/PASTI Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu; dan jika mereka kembali lagi sesungguhnya akan berlaku sunnah orang-orang dahulu “.
Dan… Siapakah yang ingin masuk,memeluk Islam?
Qs.2 Baqarah:256. Tidak ada paksaan untuk agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Segeralah kita minta dan mohon keampunan pada ALLAH SWT, Sesungguhnya ALLAH Maha Pemaaf, dan hanya ALLAH sahaja yang boleh mengampuni dosa-dosa hambaNya.
Qs.39 Zumar:53. Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Qs.29 ‘Ankabuut:7. Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.
Panduan yang perlu untuk muslim/muslimat dengan tujuan:
1. Melindungi ummat dari Missionaries Christian
2. Menguatkan Islam & akidah dengan bukti nyata Kitab-kitab yg ada.
3. Menyedari dan melawan missionaries dakwah kafir yang cuba menarik dengan budaya, fikiran, busana dan fesyen, media massa, dan muzik agar golongan muda Islam menjadi kafir dan murtad….
4. Memutuskan hujah para Pluralism, Liberalism yang mengatakan semua agama adalah sama, semua agama itu baik, semua agama juga boleh masuk syurga.
5. Kebangkitan Islam, kerana Islam tidak akan bangkit selama mana ummatnya masih tidak yakin pada ISLAM dan tidak  dapat membuktikan ISLAM sebagai satu-satunya agama sebenar

Sampaikanlah seruan Allah SWT yang sebenar.. Berdakwahlah pada jalanNya.. 
Firman Allah SWT 
Qs. 25 Furqaan:57. "Katakanlah: “Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhan nya."
Tidak sempurna iman seorang muslim sehingga ia mencintai muslim lain seperti mencintai diri sendiri. Salah satu bentuk cinta ini ialah Amar Ma’ruf Nahi Munkar.
Dan kemunkaran yang banyak terjadi masa dan ketika ini ialah ramai orang disekitar kita berkata “Semua agama itu baik”, “Semua agama itu benar”, “Semua agama sama”, “Semua agama masuk surga”, “Semua agama dari TUHAN”.
Betulkah ISLAM yang mulia ini disamakan dengan agama-agama lain???
Kita kena BUKTIKAN cuma Islam sahaja yang benar.
Sila copy paste dan sebarkanlah apa sahaja untuk menyatakan sesungguhnya ISLAM IALAH SATU-SATUNYA AGAMA YANG BENAR.
Dakwahkanlah walau cuma 1 ayat, mulakan dari saudara dan rakan2 sekeliling kita. Biar hanya 1 ayat tapi disampaikan, lebih baik daripada  berilmu tetapi hanya berkongsi dengan diri sendiri.

Monday, November 8, 2010

EPL da latest update 8 Nov..

England - Premier League
 November 6 
 FTBolton W.4 - 2Tottenham H.
 FTBirmingham C.2 - 2West Ham U.
 FTBlackburn R.2 - 1Wigan Athletic
 FTBlackpool2 - 2Everton
 FTFulham1 - 1Aston Villa
 FTManchester U.2 - 1Wolverhampton W.
 FTSunderland2 - 0Stoke C.
 18:15November 7 
 FTArsenal0 - 1Newcastle U.
 FTWest Bromwich A.0 - 2Manchester C.
 FTLiverpool2 - 0Chelsea

Sunday, November 7, 2010

Aku pun Melayu Islam:(

Apa dah jadi sebenarnya pada kualiti org Islam daripada puak melayu. Kebanyakannya masih binggung dan tak faham kepentingan diantara

  • Agama dan bangsa.
  • Bangsa dan politik.
  • Politik dan agama.

Ringkasnya pecah belah bangsa kaum di Malaysia hari ni adalah kerana mahu menuntut keADILan.

Masing-masing menyuarakan itu ini, tuduh menuduh, maki hamun, aku dapat hang tak dapat, hang istimewaH dan aku tak istimewaH dan macam macam macam masalah yang semuanya setakat awal tahun 2010 hingga sekarang tak ada yang baik pun kedengaran.

Kenapa?
Melayu Islam kena jawap soalan ini. Sekiranya tak tahu janganlah jadi bodoh maha sombong. Pergi bertanya ustaz-ustaz, tokoh agama, ulamak, geng cerdik pandai yang ada tauliah Islam.

Adakah melayu Islam kenal siapa itu Nabi Muhammad SAW? Politk jenis apa yang Rasulullah SAW amalkan ketika itu? Adakah politik berasaskan Perlembagaan versi British?

Setahu aku British ini kebanyakannya penganut agama Kristian dan sejarah Malaysia tidak pernah menyebut bahawa merekalah yang menyebarkan Islam di Tanah Melayu.Justeru, kesan peninggalanya pun masih diguna pakai oleh negara kita hingga ke hari ini.

Kebangkitan Islam
Walaupun penganut Islam ketika ini di label pengganas dan  “fobia kepada Islam” makin ramai dan bertambah bilangan bukan Islam yang telah memeluk Islam(bukan di Malaysia). Seharusnya kita menyedari hakikat bahawa yang ganas itu bukan Islam, tetapi segelintir penganutnya.

Islam itu agama Allah SWT. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa lagi Maha Agung dan mana mungkin agama yang diciptaNya itu tidak sempurna. Dikurniakan Al-Quran dan As-sunnah kepada kita sebagai panduan yang cukup lengkap. DiutusNya Nabi Muhammad SAW kepada kita. Dan hari ini kita mengaku beragama Islam tetapi kita langsung tidak sepenuhnya menerima Islam.

Benar atau tak? Sekiranya kita mengakui bahawa kita adalah Islam wajarkah kita menerima panduan selain Al-Quran dan As-Sunnah. Tidakkah itu bergelar sebagai munafik?

Hari ini dalam era pemerintahan negara kita, ada dikalangan pemimpin melayu Islam yang terusnya dan terangnya mengakui undang-undang Islam tidak releven dan tidak wajar dilaksana kerana kepelbagaian kaum.
Terlalu jauh pemikiran seorang yang mengaku Islam untuk menuju ke jalan jihad.

Jelaslah hari ini Islam di negara kita hanya diguna sebagai panduan untuk solat hajat dan solat jenazah sahaja. Islam di Malaysia bukan di tolak oleh penganut yang beragama lain tetapi terang lagi bersuluh di tolak oleh melayu Islam itu sendiri.

1 Malaysia
Mana mungkin Islam tidak releven untuk dilaksana dalam kepelbagaian kaum. Kerajaan sebenarnya secara sengaja atau tidak telah memberi idea dan mencetus  jalan untuk menyatu padukan  kaum. Kenapa tidak boleh kita mara lagi selangkah kehadapan atas nama jihad Islam sebagai kesinambungan formula 1 Malaysia untuk melaksanakan hukum dan undang-undang Islam. Mungkin...Insya Allah

Tidakkah kita melihat Makkah itu sebagai contoh. Lihat saja pada musim haji ini, perpusu-pusu umat Islam dari seluruh dunia sehala menuju ke Makkah. Berjuta-juta umat Islam daripada pelbagai bangsa, keturunanan, pangkat, gelaran, kaum akan sujud menyembah Allah dengan hanya lafaz La ila haillalah.

Islam is universal
Ini menunjukkan Islam itu sangat sederhana. Islam itu sangat mesra. Islam tidak memilih bangsa dan rupa. Islam tidak memilih kaya dan miskin. Islam tidak menolak baik dan jahat. Bahkan Islam tidak perlu dibayar dengan wang untuk berdaftar. 
Tetapi hanya dengan lafaz dua kalimah syahadah dan izin Allah akan diterimanya sebagai Islam.

Menyerah kalah
Kita langsung tidak pernah mencuba untuk menuju kearah Islam tetapi sudah beranggapan bahawa Islam itu tidak akan diterima. Awal-awal lagi kita sudah mengaku kalah. Melayu Islam mengaku kalah didalam gelanggang sendiri. Bagaimana kelak kita berada di gelanggang Allah??      
Bersambung..

pss: aku manusia biasa. lemah dan cetek ilmu. tegur aku jika aku salah.  jihad!! Islam itu benar!! Takbir!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...