Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Salasiah Nabi dan Rasul

** klik pada gambar untuk view yang lebih jelas.

Manusia Pertama

Manusia merupakan makhluk Allah yang sempurna. Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah iaitu Adam AS (Alaihi Salam). Beliau yang juga dikenali sebagai bapa manusia dicipta daripada tanah liat yang kering, sebagaimana 

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran; 
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk'."
(Surah Al-Hijr, ayat 28). 

Dari diri Adam, Allah kemudiannya menciptakan Hawa, sebagaimana 

Firman Allah SWT; 
"Dialah yang menciptakan kamu semua dari jiwa yang satu (Adam) dan darinya Dia menciptakan pasangannya, agar dia merasa senang kepadanya."
(Surah Al-A'raf, ayat 189 )

Setelah Nabi Adam AS dan Hawa diturunkan ke dunia, zuriat mereka mula berkembang dan tersebar serta memenuhi seluruh pelusuk dunia dengan dialek yang berbeza-beza, padahal mereka dilahirkan dari rahim dan moyang yang sama. 

Firman Allah SWT;
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu dari pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNYA." 
(Surah Al-Hujurat, ayat 13).

Untuk menyempurnakan kehidupan manusia, para nabi dan rasul diutus sebagai pemimpin. Mereka adalah pemimpin kebenaran dan merupakan tonggak ketakwaan yang telah dipilih oleh Allah SWT dari seluruh makhluk-NYA. 

Mereka merupakan teladan yang sempurna, tanda keagungan Allah, serta ikutan bagi orang yang teguh imannya dan yang merenungi kebesaran-NYA. HK

Monday, December 20, 2010

Anjing-Anjing Neraka

~sekadar gambar hiasan~
Sabda Rasulullah SAW kepada Mu'az, "Wahai Mu'az, apabila, di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan:

Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
  1. Bacalah Al-Quran. 
  2. Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. 
  3. Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. 
  4. Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. 
  5. Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. 
  6. Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. 
  7. Jangan enkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. 
  8. Jangan engkau berasa tinggi dan mulia daripada orang lain. 
  9. Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. 
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. 
Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Demi (binatang-binatang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain." 

Sabda Rasulullah SAW;
"Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta mengigit tulangnya." 
Kata Mu'adz, "Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" 

Sabda Rasulullah SAW; 
"Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah SWT." HK

Kumpulan Syiah dan Sunni bergaduh di Madinah ketika sambutan Hari Asyura

Pasukan keselamatan Saudi meronda di jalan-jalan raya sekitar Masjid Quba untuk mencegah berlaku keganasan di kejiranan tersebut

RIYADH: Pasukan keselamatan Arab Saudi berjaya meleraikan pergaduhan antara sekumpulan pengikut puak Syiah dengan sekumpulan golongan Sunni di bandar Madinah.




Pergaduhan tersebut tercetus semasa puak Syiah itu menyambut Hari Asyura lewat kelmarin, kata sumber-sumber Syiah dan seorang wartawan tempatan.

Arab Saudi, sebuah negara pengeksport minyak utama di dunia, mengamalkan versi fahaman Sunnah Wal Jamaah atau Sunni yang tegar yang sering dikaitkan dengan fahaman Wahhabi.

Puak minoriti Syiah di Arab Saudi pula berkata, sedang layanan terhadap mereka bertambah baik di negara itu di bawah perubahan yang dilancarkan oleh Raja Abdullah, mereka masih lagi menghadapi banyak halangan dan diskriminasi.

Kerajaan Arab Saudi bagaimanapun menafikan dakwaan-dakwaan itu.

Sebuah laman web kumpulan Syiah, Rasid.com, berkata sekumpulan pengikut Sunni telah menyerang beberapa anggota kumpulan Syiah dengan batu-batu sedang mereka berada di luar untuk memperingati hari cuti Asyura di Madinah, salah satu daripada dua bandar suci Islam di Arab Saudi.

Potret Imam Ali dan 11 Imam Syiah yang lain
Seorang penduduk Syiah juga mengesahkan kejadian itu kepada agensi berita Reuters.

Beliau berkata, insiden itu terjadi dekat Masjid Quba.

Lazimnya, pada perayaan Hari Asyura, para pengikut puak Syiah memperingati pembunuhan cucu Nabi Muhammad, Imam Hussein, secara tradisional dengan menjalani satu upacara mencambuk diri sendiri sehingga berdarah.

Namun, para pengikut Syiah di Arab Saudi berkata, mereka tidak dapat memperingati hari tersebut di khalayak awam, di luar beberapa kawasan di wilayah timur negara tersebut, yang mana mereka merupakan penduduk majoritinya.

'Pasukan keselamatan tiba untuk meleraikan orang ramai,' kata seorang wartawan, yang bercakap dengan syarat namanya tidak didedahkan.

'Kakitangan pasukan keselamatan muncul dengan ramainya di Madinah sejak itu, dengan anggota polis meronda jalan-jalan rayanya,' tambah beliau.

Sebuah laman web ehwal semasa Arab Saudi, sabq.org, memetik seorang jurucakap polis sebagai berkata bahawa pihak polis telah campur tangan untuk menghentikan pertelingkahan antara dua kumpulan terdiri daripada orang muda yang terbabit dalam insiden melontar batu itu.

'Suasananya sekarang ini sudah reda sepenuhnya,' kata jurucakap itu, Encik Muhsin al-Radadi, yang dipetik oleh laman tersebut.

Ikutlah pada sunnah Rasulullah SAW
Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca pertelingkahan itu. Pasukan polis sudah ditempatkan di kawasan itu untuk mengelakkan berlaku keganasan dalam kejiranan itu,' kata Encik al-Raddadi, seperti yang dipetik oleh laman berita Arab News.

Kementerian Dalam Negeri di Riyadh tidak segera dapat dihubungi untuk memberi ulasannya mengenai insiden tersebut. Para pegawai berkata, puak Syiah membentuk sehingga 10 peratus penduduk di Arab Saudi, sementara para diplomat pula berkata golongan itu membentuk hampir 15 peratus keseluruhan penduduk negara yang kaya dengan minyak itu.

Golongan Syiah sering mengadu bahawa mereka biasanya diserang secara lisan oleh ulama-ulama Sunni dan sukar mendapat jawatan kanan dalam kerajaan dan jawatan dalam pasukan keselamatan.

Kerajaan Arab Saudi menafikan dakwaan itu. - Agensi.

Sunday, December 19, 2010

Kisah Teladan : Jangan Marah !!


Marilah kita cuba untuk mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW yang kita sanjungi ini kalau tidak sedikit pun cukuplah. Kalau hari ini kita terasa ingin marah, cubalah belajar untuk mengawalnya dengan mengingati kisah ini. InsyaAllah. 


Pada suatu hari, seorang Yahudi telah datang menemui Rasulullah SAW kerana hendak menuntut hutangnya.

Tetapi, cara orang Yahudi itu datang menuntut hutangnya amat kasar. Sebaik sahaja Yahudi itu menghampiri Rasulullah, dia terus merenggut baju Rasulullah sambil berkata, "Hai keturunan Abdul Mutalib, engkau sememangnya dari golongan orang yang suka menangguh-nangguhkan hutang." 


Sikap kasar serta tutur kata yang tidak sopan dari orang Yahudi itu amat menyakitkan hati Saidina Umar bin Khattab turut berada bersama-sama dengan Rasulullah ketika itu. 


~Doa Lembutkan Hati~(klik)
Dengan perasaan marah yang meluap-luap, Saidina Umar terus menengking Yahudi itu. Rasulullah SAW terkejut dengan sikap Saidina Umar yang tidak dapat mengawal perasaannya. Walaupun air muka Rasulullah terbayang kemarahan, tetapi baginda dapat mengawal perasaan itu.

Lalu baginda berkata berkata kepada Saidina Umar, "Wahai Umar, aku dan dia mempunyai urusan yang lebih layak. Biarlah kami berdua yang menyelesaikannya dan janganlah kau mencampurinya. Sebaik-baiknya, engkau menyuruh aku bayar hutang itu dengan baik dan menyuruh dia menuntut hutang dengan baik juga.

Sebenarnya, aku masih ada tempoh tiga hari lagi untuk membayar hutang tersebut." Malah, baginda juga menyuruh Saidina Umar membayar hutang baginda dengan memberi dua puluh gantang gandum kepada Yahudi itu sebagai balasan kerana Saidina Umar telah berlaku kasar terhadap Yahudi itu.
Amalkan.. :)
Apabila Yahudi itu melihat kejadian tersebut, tiba-tiba terkeluarlah kata-kata dari mulut Yahudi itu, katanya, "Wahai Umar, semua ini adalah tanda-tanda kenabian. Aku dapat melihat tanda-tanda tersebut terbayang di wajah Nabi SAW ketika aku memerhatikan wajahnya. 

Sebenarnya, aku ingin mengetahui apakah dia benar-benar seorang nabi. Kerana itulah aku menguji dia untuk mengetahui apakah dia seorang yang tinggi akhlaknya dan pemaaf. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 

Begitulah besarnya pengaruh sifat sabar Rasulullah SAW sehingga menyebabkan Yahudi Yang mengasari baginda terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam. HK

Menjaga lidah

Jom kita kongsi beberapa hadis-hadis Rasulullah SAW berkenaan 'lidah'. Mudah-mudahan dapat kita menjaga adab pertuturan kita seharian untuk hari-hari mendatang. InsyaALLAH..


Lihatlah betapa besarnya pengaruh kuasa mulut yang kita ada. Kalau tidak masakan ada pepatah Melayu mengatakan ''kerana mulut badan binasa''. 


Jauhilah percakapan yang sia-sia..
Dan teringat juga aku kata-kata daripada Hamka: kata-kata yang lemah dan beradap dapat melembutkan hati dan manusia yang 'keras'.

Dan kata-kata daripada Saidina Ali Abi Talib: Apabila sempurna akal, kurang perkataan.. Renungkanlah untuk sahsiahkan diri kita.. 




Hadis-hadis Rasulullah SAW tentang kepentingan dan kewajipan menjaga tutur kata dan percakapan agar tidak melanggar syariat dan agama.

1. Daripada Sahl bin Saad: Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjaga apa yang berada di antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (alat kelamin), maka aku jamin syurga kepadanya." 
(HR Bukhari dan Tirmidzi).

2. Daripada Abu Hurairah : Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah SAW tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab, "Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik." Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab, "Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)." 
(Fathu Bari, Jld 8: 316 ).

3. Daripada Uqbah bin Amir: Rasulullah SAW bersabda, "Kamu perlu menahan lidah, melapangkan keluargamu dan menangisi kesalahanmu."

(HR Tirmidzi).

4. Daripada Abu Said Al-Khudri: Rasulullah SAW bersabda, "Bila pagi telah tiba seluruh anggota badan anak Adam akan mengingkari lidahnya. Semuanya berkata: 'Hendaklah engkau (wahai lidah) bertakwa kepada Allah mengenai kami. Kami ini (anggota badan) bergantung kepadamu, jika engkau lurus, maka luruslah kami dan jika engkau bengkok, maka bengkoklah kami." 

(HR Tirmidzi).

5. Daripada Malik bin Dinar: Rasulullah SAW bersabda, "Apabila engkau merasakan kekerasan dalam hatimu, kelemahan pada tubuhmu dan kesempitan rezekimu, maka ketahuilah bahawa engkau telah berkata sesuatu yang tidak berguna bagimu," 

(Minhajul Abidin: 139 ).

6. Daripada Ibnu Mas'ud: "Demi Allah, di muka bumi ini tiada sesuatu pun yang memerlukan sujud lebih lama melainkan lidah." 

(Al-Targhib, Jld 3: 526 ).

Friday, December 17, 2010

Dialog antara Nabi SAW dan Iblis

Semoga kita sentiasa menginsafi segala tipudaya Iblis ini..

Soalan Nabi s.a.w : : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
  • Jawab Iblis : "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w : : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
  • Jawab Iblis : "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi s.a.w : : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"
  • Jawab Iblis : "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.
  • Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Soalan Nabi s.a.w : : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
  • Jawab Iblis : "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w : : "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
  • Jawab Iblis : "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w : : "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
  • Jawab Iblis : "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.
  • Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w : : "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
  • Jawab Iblis : "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

Soalan Nabi s.a.w : : "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“
  • Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannya itu".
  • "Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

Soalan Nabi s.a.w : : "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".
  • Jawab Iblis : "Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :
"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku". 

Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu t
aat kepada hamba dengan berbuat maksiat.
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan ;
  • Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka marah mereka kepada engkau (IBLIS) 
  • Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"


Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.

Diharap dapat kita menyampaikannya kepada seluruh umat Islam dari semasa ke semasa

Rasulullah s. a. w. bersabda ;
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"

Thursday, December 16, 2010

Tanda-tanda 100 hari sebelum sakratul maut



Firman Allah :
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. 
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).
Firman Allah lagi :
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)


Tanda 100 hari sebelum sakaratul maut. 
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. 

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 

renunga: Sabda Rasulullah SAW, “Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (seksa) kubur.” (Hadis riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)


Tanda 40 hari sebelum hari mati 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT. 

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari 
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

Tanda 1 hari 
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir 
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. 

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

Sesengguhnya mengingati mati itu adalah perkara bijak. Ingatlah ! Saling berpesan-pesanlah sesama kita. Amin.. 

Dapatkan sekarang!! Buku HAKIKI edisi Istimewa..

Alhamdulillah.. masih lagi ada hari dan masa untuk aku post untuk kongsi sesuatu dengan kawan-kawan kat luar sana. 1st, tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia setelah berjaya menewaskan Vietnam 2-0 tadi. Semoga kejayaan ini berterusan untuk skuad negara kita, InsyaALLAH.

Ok, berbalik kepada hajat post ni is suggestion. Actually dah seminggu aku nak suggest majalah Hakiki ni kat kawan-kawan. Tapi aku ambik peluang ni untuk aku baca dulu isi kandungnya walaupun tajuk dan isi cerita kali ni 'mantop' dan sangat2 berguna untuk dakwah Islamiah pada diri kita sendiri.

Berharga RM 9.90 di Semenanjung dan + lagi RM2.00 untuk kawan-kawan di Sabah Sarawak. Memang tak rugi pun beli. Sebabnya terbitan kali ni ''Edisi Istimewa"


Jadi, untuk tahu isi cerita lebih lanjut, pergilah ushar-ushar di kedai-kedai buku berhampiran dengan anda. Lagi senang, lepas beli tu, terus saja anda langgan untuk setahun. Tak rugi pun kalau niat untuk ilmiah yang kita hajatkan.

Dan, lagi satu, aku dah berjaya memiliki buku Furu' Al-Masail (kitab kuning) terjemahan Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani@ Tok Syeikh Daud dan alhamdulilah disusun semula oleh Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz. 

Buku ni aku beli at hentian rehat jambatan Sg. Buloh. Aku dah pi cari kat kedai buku Popular, Jusco Ipoh tapi tak ada. huhu. Nak order internet takut kena tipu lagi.. (aku order buku @ cartooncafe tp mungkin sedikit kecuaian dalaman kot.)

Erm..buku Furu Al-Masail ni sangat sesuai untuk mereka yang gemar menelaah secara soal-jawab berkaitan hal-hal agama. Aku pun tak baca lagi ni. Siapa-siapa nak pinjam boleh request dengan aku sementara aku blom baca. Harga buku ni RM75.00 (Semenanjung), RM80.00 (Sabah,Sarawak). Jangan sayang wang anda untuk ilmu akhirat.

Wednesday, December 15, 2010

Jadikan Iktibar: Saat di talkinkan. MasyaAALLAH..

Assalamualaikum wr wb

Sebak dada bila membaca cerita dan kisah ini. Tetapi sangat-sangat bagus untuk di hayati. Semoga kita insaf dan menjadikan cerita ini sebagai pengajaran. InsyaAllah...

.. hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh, nafasku sesak.


Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. 
"Mengucap sayang,, mengucap....... Asyhaduallailahaillallah.........
"ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. 
Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor? " Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang.
Mungkin abang baru sampai.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah?


Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah.....
Tapi mataku..... semakin gelap. Adakah aku sudah buta?
Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara tu ?
Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau  lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja, dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu..... aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku.


"Yassin......".  Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu ???

Apakah aku sudah menghampiri maut ??????? Aku takut !!!!!!! 
Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi Malaikat Maut datang. 
Aku di ambang sakaratul maut......  

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang,  aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak ? 

Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan "panas, dahaga, haus, panas........" .tapi tiada siapa pun yang peduli.


Nenekku datang, "Nenek...........".
"Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
"Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....".

"Ayah.......kau datang ayah.......".  
"Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi ?? Kenapa kau berubah laku ?? 
Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku !!?? "

“Mengucap sayang, mengucap. Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.

Itu suara ibu !. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang. 
"Mari ikut kami". 
Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya 
"Mari ikut kami".


Cahaya putih datang, datang hitam, datang sinaran kuning. Cahaya merah datang.

"Apa ini,apa ini?.
Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.

Dan kemudian datanglah Malaikat Maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......".

Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. 
Lalu, "innalillahi wainnailaihi rajiuun...."
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.
"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?
Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......!!".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu ?".
"Aku !!".
"Kau siapa wahai pemuda ???".

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. 

Aku tidak pernah melihat  orang yang sehodoh, sekotor,dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.

Tanpa di pedulikannya...... jijik, loya, aku rasa teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik  ini".
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. 

Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

"Aku tak kenal engkau!! Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.

Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah Kau kurniakan.

Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah  terlambat untuk bertaubat.

Apa yang aku harus lakukan!!!!!? Surah Yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.

Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini ?????!
"Tolong....sejuk!!!! 
Kenapa air ini berbau air kapur barus. 
Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!

Kenapa ramai orang melihat aku ??? 
Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti, tunggu !! Jangan bungkus aku !". 
Kenapa kalian semua buat aku macam ini?
“Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk Tok Imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.

Tapi kenapa aku di sembahyangkan ?!
Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri !?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".

Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat. 
Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

“Kotak apa ini?" Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.
“Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah !" Kedengaran suara Tok Imam. 
Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. Tapi kemana dia bawanya aku ?".

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku dibawanya?
"Tolong turunkan aku, aku takut !!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan", aku terdengar suara Tok Imam memberitahu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat diwaktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya sambil berkata,
'Keluarkanlah nyawamu! Di hari ini, kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah perkataan yang tidak benar, dan kerana kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya"
(Surah Al-An'am Ayat 93)

"Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!".
Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......
Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari Tok Imam.

"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar........".
Sayup sayap aku terdengar Tok Imam terus membaca talkin. 

Tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku semakin kabur dan terus tidak kelihatan.
Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ...... aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. 
Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!! -end-


MasyaALLAH.. Walaupun ini hanyalah sekadar cerita namun, semoga kita jadikanlah ia sebagai pedoman dan keinsafan untuk kita yang pasti jua akan menghadapinya.

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK... DAN SAKITNYA HINGGA KE  AKHIRAT ". Nuazubillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...