Sunday, November 14, 2010

22 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Takziah di ucapkan kepada ke semua jemaah haji Malaysia serta pada keluarga yang terlibat. Marilah kita semua lapangkan 1 minit untuk sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham jemaah haji yang telah meninggal dunia. Mudah-mudahan Allah taala menempatkan mereka di kedudukan yang baik disisi-Nya. Amin..

MEKAH: Seramai 22 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci manakala 85 masih dirawat di hospital menjelang jemaah haji dari seluruh dunia mula bergerak ke Arafah hari ini untuk berwukuf di Arafah esok.
Mudah-mudahan roh jemaah yang meninggal dunia dicucuri rahmat-Nya. Amin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun tidak memberikan pecahan jemaah lelaki dan wanita yang meninggal dunia.

Bagaimanapun, katanya, Lembaga Tabung Haji (TH) telah memaklumkan kematian mereka kepada keluarga masing-masing sambil menambah bahawa mereka sakit sebelum meninggal dunia.


Bercakap kepada pasukan media TH yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah selepas meninjau operasi TH Mekah di Hotel Al-Janadriyyah petang semalam, Jamil Khir berkata TH akan membayar dam haji sebagai penghormatan kepada jemaah yang meninggal dunia bagi menyempurnakan haji mereka.

Dalam tinjauan itu, beliau disertai Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor serta Pengarah Urusan kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail.

Taklimat disampaikan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Salleh Abdul Mubin mengenai persiapan agensi itu menghadapi wukuf.

Jamil Khir berkata empat jemaah yang meninggal dunia berumur 80 tahun ke atas; 70-79 tahun (lapan orang); 60-69 tahun (empat orang); dan 50-59 tahun (enam orang).

"Lapan puluh lima jemaah yang sakit tidak akan dihalang dari mengerjakan rukun haji. Mereka akan dibawa terus dengan ambulans ke Arafah dan dibantu urusan melontar jamrah serta tawaf haji dan saie haji," katanya.

Jamil Khir berkata 71 orang dirawat di dua hospital Malaysia dan 14 lagi di hospital Arab Saudi di Madinah dan Mekah.

Mereka yang dirawat terdiri daripada 46 lelaki dan 39 perempuan. Kebanyakan mengalami penyakit kulit dan sendi dan batuk.

Katanya 28 jemaah yang lemah daya ingatan, kelainan upaya atau uzur akan dibantu secara satu pesakit satu petugas TH sehingga selesai mengerjakan rukun haji.

"Saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat....marilah sama-sama berdoa agar semua jemaah kita kuat dari segi mental dan fizikal supaya ibadah mereka lengkap dan mendapat haji mabrur," kata Jamil Khir. - BERNAMA

Punca berkurangan tanah Melayu di Pulau Pinang

Ketua Penerangan Pas Parit Buntar, Fakhrurrazi Khalid berkata punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang sebenarnya berlaku di zaman UMNO dan BN memerintah Pulau Pinang. 
Fakhrurrazi Khalid
Sikap tidak amanah dan kelalaian kepimpinan UMNO ketika berkuasa cukup dikesali yang menyebabkan kehilangan tanah hak milik orang Melayu di Pulau Pinang. Sikap tidak bertanggungjawap pemimpin UMNO itu diakui sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Pulau Betong, Faris Saad dari Barisan Nasional.
Faris Saad - ADUN Pulau Betong(BN)
Pengakuan ADUN Pulau Betong ini dibuat semasa menjadi ahli panel debat perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang - Apakah Jalan Penyelesaian
Selama ini UMNO tidak henti-henti membuat dakwaan bahawa DAP mengambil tanah orang-orang Melayu di Pulau Pinang. 

Hakikatnya ADUN UMNO sendiri mengakui bahawa kehilangan dan pengurangan tanah orang Melayu bukan semasa zaman pemerintahan Pakatan Rakyat sebaliknya semasa zaman BN memerintah Pulau Pinang. 

Fakhrurrazi berkata rakyat perlu peka dalam hal ini kerana ia membabitkan maruah bangsa dan agama Islam. Rakyat juga perlu mengajar kepimpinan yang bersalah dan mengangkat parti yang mampu mengambilalih tugasan UMNO. Beliau juga tidak menolak kemungkinan pengambilalihan tanah orang Melayu di Perak semasa zaman pemerintahan BN di Perak. 

Sebaliknya mereka lantang menuduh Datuk Seri Dr Nizar Jamaludin menjual hak Melayu ketika 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat.  "Pengakuan ADUN UMNO ini menggambarkan sikap pentingkan diri kepimpinan UMNO sehingga gagal mempertahankan tanah orang Melayu," katanya. "Pemimpin UMNO perlu mencermimkan diri sendiri dulu sebelum menuduh pemimpin Pas menjual hak Melayu," katanya.

keratan daripada akhbar Sinar Harian  7 Zulhijjah 1431

pss: Sesiapa pun kita, kepada-Nya jua bakal kita kembali!!!

Laptop boleh rendahkan kualiti sperma lelaki

NEW YORK - Penggunaan komputer bimbit di atas riba mungkin bukan sesuatu yang baik bagi kesuburan lelaki, menurut kajian terbaru. 
Cara terbaik mengatasi masalah itu adalah dengan meletakkan komputer bimbit di atas meja, menurut ketua penyelidik dari Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin.

Dalam kajian itu, pengukur haba digunakan bagi mengukur suhu skrotum 29 lelaki muda yang menggunakan komputer bimbit di atas riba. 
Walaupun pelapik diletakkan di bawah komputer, suhu skrotum peserta didapati meningkat dengan cepat. 

"Jutaan pengguna komputer bimbit adalah lelaki dalam lingkungan umur yang mempunyai kesuburan tinggi dan penggunaan komputer di atas riba dalam tempoh 10 minit mampu merendahkan kualiti sperma," katanya.

2 Nigeria bolos diri tidak bahaya - Menteri KDN

Kejadian dua warga Nigeria lolos diri tidak jejas keselamatan negara - Hishamuddin

KLUANG -- Kejadian dua tahanan warga Nigeria yang berjaya meloloskan diri dari kenderaan Jabatan Imigresen dua hari lepas, tidak menjejaskan keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein(gambaq).

Beliau berkata bagaimanapun, kementeriannya memandang serius perkara itu dan siasatan terperinci sedang dijalankan terhadap dua pegawai Imigresen yang mengiringi kedua-dua tahanan berkenaan.

"Dalam hal berkaitan negara, saya sudah kata, kita (KDN) akan mengambil tindakan tegas, tidak kira orang luar atau pegawai kita sendiri sekiranya tindakan mereka menjejaskan keselamatan negara.

"Sudah tiba masanya kita serius hal-hal berkaitan pintu masuk negara dan saya cukup yakin mereka yang terlibat bukan sahaja bertaubat, tetapi menjadi pengajaran kepada pegawai lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Deepavali anjuran Parlimen Sembrong dekat di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong berkata, kedua-dua pegawai berkenaan kini digantung tugas bagi membolehkan siasatan dilakukan, dan pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut.

Insiden pada 11.30 malam itu berlaku ketika dua warga Nigeria berkenaan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.

Sebelum itu, mereka ditahan di Depoh Tahanan Imigresen KLIA atas kesalahan penyalahgunaan pas pelajar dan dikenakan tindakan pengusiran. Dalam perkembangan lain, Hishammuddin meminta anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis, supaya kekal di kedua-dua negeri untuk tempoh seminggu lagi bagi menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir.

"Kebanyakan anggota ini datang dari negeri lain. Kalau air sudah surut, kita izinkan mereka pulang, tetapi kita juga tidak menghadapi masalah untuk menggerakkan mereka semula sekiranya diperlukan," katanya.

Beliau berkata anggota polis, JPAM dan Rela yang berada di Kedah dan Perlis kini menumpukan usaha membersihkan tempat ibadat, sekolah dan taman perumahan di kedua-dua negeri. -- BERNAMA
berita yang sebenaq, klik sini.


pss: Difahamkan seorang daripada Pegawai Imigresen yang terlibat telah pun diperintah bertukar serta merta ke Putrajaya.

EPL da latest update..

21:08November 13 
 FTAston Villa2 - 2Manchester U.
 FTManchester C.0 - 0Birmingham C.
 FTNewcastle U.0 - 0Fulham
 FTTottenham H.4 - 2Blackburn R.
 FTWest Ham U.0 - 0Blackpool
 FTWigan Athletic1 - 0West Bromwich A.
 FTWolverhampton W.2 - 3Bolton W.
 FTStoke C.2 - 0Liverpool
 November 14 
 14:00Everton? - ?Arsenal
 16:10Chelsea? - ?Sunderland

Projek mewah boleh, bantu PENJAWAT AWAM tak boleh

di petik dari Cuepac
PARLIMEN KUALA LUMPUR: Seorang tokoh pembangkang hari ini menyelar keputusan kerajaan tidak memberikan elaun khas kepada penjawat awam tetapi sebaliknya mampu berbelanja mewah.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, untuk membantu penjawat awam kerajaan selalu menggunakan hujah masalah kewangan tapi pada masa yang sama, kerajaan sanggup berbelanja besar untuk projek-projek lain.

"Kos untuk ubahsuai dan membina bangunan tambahan di kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana sahaja kerajaan sanggup membelanjakan sebanyak RM65 juta.


"Rumah ini dibina pada 1997 atau 1999 dengan kos R24 juta. Ketika pentadbiran Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kos ubahsuai ialah RM6 juta.

"Apa keperluan kehidupan Perdana Menteri untuk keluarga yang tidak sebesar mana tapi mempunyai rumah sebesar itu?," soal beliau ketika sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Pusara RM140,000 bagi orang sudah mati?

Beliau mengulas jawaban Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam dewan semalam bahawa kerajaan tidak mampu memberi elaun khas kepada pejawat awam kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun, mereka hanya menerima RM500 sahaja seorang bagi meringankan beban kehidupan.

Mahfuz juga mengulas mengenai cadangan kerajaan membina Pusara Warisan berdekatan Tugu Negara untuk golongan kenamaan yang bernilai RM70 juta.

"Jika pusara itu untuk 500 orang bermakna seorang menelan belanja RM140,000. Sama dengan harga sebuah rumah rakyat, jadi apa perlunya orang yang sudah mati untuk mempunyai pusara seperti itu," katanya.


pss : saya sangat menyokong Datuk Mahfuz Omar!
Inilah pemimpin yang rakyat perlukan. 
Pemimpin seharusnya meringankan beban rakyat..dan bukannya menambah derita rakyat!!!! jika penjawat awam pun tidak di bela, bagaimana pula dengan pekerja di sektor swasta.? tentulah mereka lebih azab daripada penjawat awam.. 

Lelaki juga perlu jaga muka

Nota: Penulis jurudandan dan pereka stail.

Kita sering dengar tentang kaum Adam masa kini yang prihatin akan wajah mereka.
Ada yang sanggup mengeluarkan belanja untuk produk mekap atau coverage wajah mereka.
Dan tidak kurang juga mereka yang mengamalkan penjagaan kulit muka agar kelihatan lebih bersih dan segar.
Namun untuk memastikan seseorang itu mempunyai kulit muka yang sentiasa sihat, dia perlu mencuci muka dengan kerap - terutamanya selepas coverage yang dipakai sehari suntuk.
Produk pencuci muka yang baik juga penting. Biasanya produk yang baik, harganya agak tinggi tetapi berbaloi.

Buat diri saya, produk yang saya gunakan termasuk pencuci muka, pelembap dan lain-lain.
Setiap hari di bahagian muka, pada waktu pagi dan malam saya gunakan:

Produk pencuci muka yang mengandungi Aloe dan Sage Leaf.
Pencuci dua dalam satu ini mampu menghilangkan kotoran dan minyak jauh di dalam kulit untuk memastikan kulit muka jadi bersih, licin dan sedia dicukur.
Ia juga tidak mengeringkan dan ini bermakna kulit muka anda menjadi lebih basah dan segar.
Selepas itu saya akan menyapu pula pelembap yang mengandungi asid buah-buahan asli.
Asid buah-buahan asli serta vitaminnya mengurangkan kedutan halus dan memastikan warna kulit tidak terjejas. Ini mampu menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan licin.

Mereka yang mempunyai kulit berminyak, saya sarankan anda gunakan losen yang mengandungi bahan seperti vitamin E.
Vitamin dan bahan antioksidan mampu membaiki kulit agar kelihatan lebih muda.
Di bahagian bibir pula, saya gunakan sejenis produk yang mengandungi lemon dan kamomil.
Bahan ini boleh membuat bibir rasa selesa.

Sekiranya anda prihatin dengan bagaimana wajah anda kelihatan, cuba amalkan memakai mask muka sebelum anda tidur.

p/s
tambahan.. petua awet muda penyanyi Nasir Wahab : mengamalkan sapu minyak zaitun pada muka setiap kali sebelum tidur. Selawat 3 kali dan sapu pada seluruh wajah anda. 
Minyak zaitun jenis :BRECOLIN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...