Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, March 26, 2011

Petua-petua untuk TAHAN LAMA

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.


BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang... hahaha!


PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach... Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach... Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuc i guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.


KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama...


KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... doa dan ucap alhamdullillah. . Jangan jadi macam setan...


UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... Rokok nak tahan lama?... Jangan Hisap!...

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang... sendiri mau ingat aaaa...


TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.


HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan. .. Jujur dan ikhlas.


KUEH RAYA
Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.


KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama " jangan asyik nak facebook aje macam korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang.

Wednesday, March 16, 2011

Buah petai penuh khasiat


MUNGKIN tidak ramai yang meminati ulam Petai. Ada yang mengatakan baunya menusuk hidung. Namun tahukah anda Petai mengandungi pelbagai khasiat.

Anaemia
Petai mengandungi zat besi dan boleh menyemarakan pengeluaran haemoglobin (what is this) dalam dalam dan justeru boleh membantu pesakit yang kekurangan darah.


Tekanan Darah
Ulam tropika ini mengandungi bahan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula adalah rendah. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) baru-baru ini membenarkan industri Petai menyenaraikan khasiatnya untk mengurangkan risiko tekanan darah dan serangan angin ahmar.

Tenaga Minda
Seramai 200 pelajar di Sekolah Twikenham Middlesex dibantu menjalani peperiksaan mereka dengan memakan petai semasa sarapan, masa rehat dan makan tengah hari. Kajian menunjukkan ulam yamg tinggi dengan potasium itu boleh membantu pembelajaran dengan membuat pelajar lebih awas dan segar.

Sembelit
Petai juga mengandungi serat dan boleh membantu menyempurnakan pembuangan air.

Gigitan Nyamuk
Jika anda digigit nyamuk cuba gosokkan bahagian dalam kulit petai pada bahagian yang digigit. Ramai dapati ia dapat mengurangkan lebam dan rasa gatal akibat gigitan serangga tersebut.

Kandungan Vitamin
Petai mengandungi zat vitamin B. Antara lain vitamin B boleh membantu mengamankan sistem saraf.

Kandungan B6 dan B12 dalam Petai juga boleh membantu mereka yang ingin membuang tabiat merokok. Ini kerana bahan tersebut dengan bahan potasium dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keingingan untuk merokok.

Jelas Petai menawarkan pelbagai khasiat. Jika dibandingkan dengan buah epal, ia mengandugai empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat, lima kali kandungan Vitamin A dan dua kali kandungan vitamin lain.

Tuesday, December 7, 2010

Adab Sebelum Musafir

~ Niat yang baik. Setiap perjalanan yang disertakan dengan niat yang ikhlas akan membuahkan pahala dan dinilai sebagai ibadah.

~ Tidak bermusafir dengan tujuan maksiat.

~ Lakukan istikharah. Meminta petunjuk daripada Allah dalam setiap perkara mubah yang dilakukan adalah antara adab yang amat dianjurkan dalam Islam.

Musyawarah
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"...jika ia meminta nasihat, maka berikanlah nasihat kepadanya." 
(Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)

Melunaskan semua hak-hak manusia yang terbeban pada seseorang. Jika ada hutang maka langsaikan dahulu dan jika ada amanah maka kembalikanlah kepada pemiliknya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum hijrah. Selain itu juga, mohonlah juga kemaafan daripada mereka yang berkenaan.

Meminta izin. Seorang anak hendaklah meminta izin kedua-dua orang tua atau penjaganya, manakala seorang isteri pula perlu meminta izin daripada suaminya.

~ Berwasiat amat dianjurkan melalui 
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 
"Tidaklah dibenarkan seorang Muslim yang memiliki sesuatu untuk diwasiatkannya, ia bermalam dua malam melainkan wasiat itu sudah tertulis di sisinya." 
(Muttafaq 'alaih) 
Jika berwasiat digalakkan dalam keadaan bermukim, maka apatah lagi dalam keadaan bermusafir, ia amat digalakkan.

Melantik orang yang boleh menguruskan keluarga yang terdiri daripada orang yang boleh dipercayai dan meninggalkan nafkah yang mencukupi untuk keluarga yang ditinggalkan.

Mempersiapkan diri dan bekal dan membawa wang yang secukupnya sehingga tidak perlu meminta-minta daripada sesiapa.

Mendoakan keluarga dan saudara-mara yang ditinggalkan. Ikutilah sunah Rasulullah s.a.w., apabila Baginda ingin meninggalkan ahli keluarganya, Baginda mendoakan : 
"Aku menitipkan kalian kepada Allah yang tidak akan hilang titipan-Nya." 
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah).

  • Dipetik dan diubah suai daripada Ensiklopedi Adab Islam Menurut al-Quran dan as-Sunnah karangan Abdul Aziz bin Fathi al-Sayid Nada.

Bosan! Boring!

Muhasabah..
Boring! Bosan! bla bla blaaaa

Ada suara yang mengungkapkan: "Boring la hidup ni!" Kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya.'

Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

Seorang lelaki berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah). Ingatlah..



Firman Allah SWT yang bermaksud : 
"Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." 
(Surah al-Dhariyat ayat 51: 56)

Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud : 
"Ingatlah kepada Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." 
(Surah al-Baqarah ayat 2: 30)

Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.

Tip Menutup Aurat.

Menutup aurat adalah perintah daripada Allah SWT. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki.

Di bawah disertakan beberapa kaedah praktikal menjadi Muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi.

1. Tahu. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum-hakam berkenaan aurat dan sebagainya.

2. Sedar bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. Syiar. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. Fungsi cermin. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?" Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.

5. Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.


6. Malu. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Bersahabat dengan wanita yang solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang patuh kepada syariah.

8. Eksklusif. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik ekslusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. Banyak manfaat. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini.

Friday, December 3, 2010

8 Things Men Want Women To Do In Bed

Contrary to popular belief, guys aren’t satisfied with just getting laid. They want it to be good and exciting too. I know—sodemanding. But I aim to please and with that in mind, I convinced a couple of guys I know to confess what they really wish women did more of in the sack.
1. Tell Him What To Do: This was the most common request from the guys I talked to—they’re dying for a little instruction. Guy parts are different from girl parts and sometimes they need to hearwhat you want. “A lot of the time, mind and body reading is the only way to know what a woman wants,” said one dude. “That’s an art that young men like myself are working on but won’t be able to perfect without some direction or just lots of trial and error.” Likewise, another hunky male friend of mine said, “Every girl is a little different about what they like, how they like it, and at what frequency and pressure. It’s okay to just shout out ‘Hey! Put your tongue here!’ It helps everybody.”
2. Leave A Little Hair: For now, Brazil has won the pubic battle, but some guys don’t want going bare to win the war. “Too many women are too bald,” said one guy. “There are lots of guys that like the ‘70s porn star look. Goddamn, I’ll take a ‘70s porn star—who actually looks like a real woman—over a contemporary porn star—who looks like a plastic cyborg Barbie—any day.” Just a sec, I need to replace my waxer’s number in my phone with this guy’s digits.
3. Channel Your Inner Truck Driver: While you’re telling him what you want him to do and how to do it, get a little filthy with your vocabulary. “I love it when women use any combination of the words ‘c**k, p**sy, wet, come, and all over,’” said one potty-mouthed hottie.
4. Swallow: I would explain this one further, but my mouth is full.

5. Masturbate: I’ll admit it. I kind of like watching a dude jerk off, but sometimes they’re shy about it. Likewise, gals can be bashful about diddling in front of their man—don’t be. Dudes like to watch. Rubbing one out for his viewing pleasure also gives him visual instruction to go along with the verbal mentioned in #1.
6. Rub Him Everywhere Else Too: “I would seriously love the occasional back rub or any unsolicited massage,” said Derek. Yes, his penis is his number one erogenous zone. But don’t neglect his less boneriffic parts—a back rub shows you care abouthim, not just getting him off.
7. Be Open-Minded: “Humor us when we want to try something you think is different or weird,” said Tom. “Don’t immediately say no and dismiss it. We’re boys, we’re curious and chances are we’ll try it once and lose interest anyways.” That’s not to say you should give up anal if you absolutely hate it, but if he’s interested in playing with handcuffs or role-playing, for example, don’t automatically dismiss the idea as him being pervy.
8. Don’t Hold Back: With the exception of being on top, most standard sexual positions put the dude in the driver’s seat, in that they’re doing all the thrusting—but that is not any excuse for just lying there. “If you want to be on top, get on top,” said Paul. “If you want it to be more rough, get rough with us. We don’t mind doing the work, but we don’t want to be the only ones who put in the effort.”
Now that we’ve read through that laundry list of requests, what do you wish men did more of in the sack?
pss : opppppss ! really? hehe..

Sunday, November 28, 2010

Ur SOULMATE

1. Dia adalah orang yang membuat anda tertarik. Pada pertemuan pertama anda dapat merasakan keserasian dengannya.


2. Dia adalah orang yang sentiasa membuat anda berasa tenang dan selesa. Tiada kekusutan semasa bersamanya. Perasaan dan jiwa tidak akan bertahan lama serta membiarkan anda bersama dengan seseorang yang membuat anda tidak tenang.


3. Dia menyukai anda seadanya. Apapun yang anda lakukan, tanggapannya terhadap anda tidak akan berubah sama sekali.....kerana anda telah terikat secara spiritual.


4. Dia adalah orang yang tidak akan membuat anda bosan. Walaupun anda berdua, tidak bersuara, tidak berkata, itu tidak bermakna dia tidak menyinta.



5. Dia adalah orang yang anda boleh ketahui apa yang disukainya dan tidak disukainya dengan cepat. Anda boleh mengenal apa permintaannya melalui matanya, itulah cinta......




6. Dia adalah seorang pendengar yang baik. sentiasa mendengar luahan kamu, masalah kamu, dan ketidak puas hatian kamu, yang kamu tidak ceritakan kepada orang lain. Percayalah....dialah spiritual kamu.



7. Dia adalah orang yang boleh membuat anda berbicara dari hati ke hati. Kadang kala anda memikirkan perkara yang sama pada masa yang sama. Berbual mengenai masa depan............misalnya....



8. DAN YANG PALING PENTING DIA MEMPUNYAI RASA CEMBURU APABILA ADA TEMAN LAIN BERSAMA KITA, WALAUPUN HANYA KAWAN....

Wanita dan hari lahirnya


ISNIN 

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya. 



SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara. 

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara. 


KHAMIS 

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.


JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa. 


SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan. 


AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Logik..

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L). Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. 

Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...





M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar, tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.

Sunday, November 14, 2010

Lelaki juga perlu jaga muka

Nota: Penulis jurudandan dan pereka stail.

Kita sering dengar tentang kaum Adam masa kini yang prihatin akan wajah mereka.
Ada yang sanggup mengeluarkan belanja untuk produk mekap atau coverage wajah mereka.
Dan tidak kurang juga mereka yang mengamalkan penjagaan kulit muka agar kelihatan lebih bersih dan segar.
Namun untuk memastikan seseorang itu mempunyai kulit muka yang sentiasa sihat, dia perlu mencuci muka dengan kerap - terutamanya selepas coverage yang dipakai sehari suntuk.
Produk pencuci muka yang baik juga penting. Biasanya produk yang baik, harganya agak tinggi tetapi berbaloi.

Buat diri saya, produk yang saya gunakan termasuk pencuci muka, pelembap dan lain-lain.
Setiap hari di bahagian muka, pada waktu pagi dan malam saya gunakan:

Produk pencuci muka yang mengandungi Aloe dan Sage Leaf.
Pencuci dua dalam satu ini mampu menghilangkan kotoran dan minyak jauh di dalam kulit untuk memastikan kulit muka jadi bersih, licin dan sedia dicukur.
Ia juga tidak mengeringkan dan ini bermakna kulit muka anda menjadi lebih basah dan segar.
Selepas itu saya akan menyapu pula pelembap yang mengandungi asid buah-buahan asli.
Asid buah-buahan asli serta vitaminnya mengurangkan kedutan halus dan memastikan warna kulit tidak terjejas. Ini mampu menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan licin.

Mereka yang mempunyai kulit berminyak, saya sarankan anda gunakan losen yang mengandungi bahan seperti vitamin E.
Vitamin dan bahan antioksidan mampu membaiki kulit agar kelihatan lebih muda.
Di bahagian bibir pula, saya gunakan sejenis produk yang mengandungi lemon dan kamomil.
Bahan ini boleh membuat bibir rasa selesa.

Sekiranya anda prihatin dengan bagaimana wajah anda kelihatan, cuba amalkan memakai mask muka sebelum anda tidur.

p/s
tambahan.. petua awet muda penyanyi Nasir Wahab : mengamalkan sapu minyak zaitun pada muka setiap kali sebelum tidur. Selawat 3 kali dan sapu pada seluruh wajah anda. 
Minyak zaitun jenis :BRECOLIN.

Wednesday, November 3, 2010

Tips Penjagaan Pakaian


Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

Pakaian Terkena Dakwat
-Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
-Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
-Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat

Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas

Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

Memutihkan Kain

Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-

* Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
* Campurkan dengan air.
* Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
* Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
-Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
-Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Mengeringkan Kasut Sekolah

Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian
-Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
-Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.


Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
-Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
-Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian

Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik
-Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
-Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain Sutera

Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Melancarkan Perjalanan Zip
jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

Mengilatkan Kasut Kulit
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit

* Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
* Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
* Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

12 Kata-kata Motivasi untuk tingkatkan keyakinan diri dan emosi anda..

Apa kata-kata anda dan strategi anda bagi membina kekuatan dalaman diri anda apabila anda rasa tertekan, gagal atau lemah? Ketika anda rasa risau, rasa was-was atau tidak yakin, gementar atau takut, apa kata-kata terhadap diri anda yang anda boleh gunakan untuk menghadapi segala arus negatif dan gelap itu?



Berikut adalah 12 pilihan kata-kata motivasi, keyakinan, kekuatan dalaman dan kata-kata yang boleh menguatkan kekuatan jati diri yang dipilih dari lebih 2000 kata-kata motivasi dan semangat. Bacalah dengan mata fikiran, dan biarkan setiap satu darinya memberi kekuatan dan semangat kepada anda. Cuba hayati
maknanya:

  1. Esok jadi tahun – Jika anda boleh lakukannya sekarang, ambilnya dan – Buat!
  2. Apa yang anda hendak takutkan? 'Ahh.. tidak tahulah saya boleh lakukannya atau tidak', mungkin itu yang anda kata. Baiklah. Itu bukan bermakna anda 'tidak boleh', itu hanya bermakna yang anda hanya tidak tahu bahawa anda boleh lakukannya atau tidak. Jadi bagaimana untuk tahu anda boleh buat atau tidak? Anda lakukan sahaja! Ayuh, sahabatku – Lakukannya!!
  3. Adakah kamu sebatang pokok yang memerlukan 'hutan'? Atau, kamu mahu berdiri sendirian?
  4. Di mana kamu bermula bukanlah satu isu – di mana kamu berakhir…ya.
  5. Biar diri kamu yang sebenar menyinar - "Dan diri kamu yang sebenar sedang berada di dalam hati kamu, hanya menanti waktunya untuk tampil ke depan...dan dia adalah sekuat dirinya yang bersuara itu – Bagaimana dia telah menyentuh hidup kamu, bahkan, telah menjadi hidup kamu? Jadilah diri kamu sendiri, percayakan diri kamu, dan turuti apa yang kamu rasakan dan fikirkan betul di dalam hati kamu… Kamu akan dapati kamu yang sebenar di dalam diri tidak akan sekali-kali mengecewakan kamu; dia hanya lakukan apa yang betul, dan apa yang diperlukan oleh kamu...selalu..."
  6. Kecantikan kamu juga tersemat bersama sentuhanmu, keprihatinanmu, belas kasihanmu, senyumanmu, pandanganmu yang baik dan positif yang telah kamu berikan kepada yang lain, kemahuanmu untuk melakukan sebagaimana kamu mahu diperlakukan – dan kemesraan dan kesejatian rasa yang kamu labuhkan, dan hulurkan tanpa bayaran kepada yang lain...dan kamu lihatlah sendiri, cantik bukan rupa sahaja, cantik sebenarnya datang dari jiwa.
  7. Sepanjang perjalanan ini kamu akan temui kekuatan, kamu akan temui dan bina kebolehan diri, kamu akan kenali kuasa diri dan kamu akan lebih mengenal lebih banyak tentang diri kamu. Sebagaimana perjalanan itu berterusan, begitulah juga dengan penemuannya.
  8. Gerakkan diri kamu dari dalam, dan terus gerakkannya sehinggalah kamu tiba – kerana hanya satu jalan sahaja untuk mendapatkan apa yang kamu mahukan, ia adalah dengan terus berusaha, terus 'mahu'…dan terus berjuang!
  9. Saya tidak boleh membuat kesilapan dalam saya berusaha untuk maju, meningkatkan diri, dan berjaya dengan jayanya; saya hanya membuat kesilapan, jika saya tidak membuatnya!
  10. Kamu mungkin tidak sehebat yang kamu mahukan…tetapi kamu sememangnya sudah cukup kuat SEKARANG!!
  11. Apa yang mereka tahu? Adakah sang burung risau tentang apa yang bakal mereka makan setiap hari – atau dapatkah mereka makan hari ini? Adakah mereka merasa risau di mana mereka bakal tidur setiap hari – atau di mana mereka hendak tuju jika dan bila hujan mulai turun? Adakah mereka risau tentang bagaimana, dan di mana mereka hendak membuat sarangnya – atau tentang mampukah mereka memberi secukupnya makan kepada anak-anak mereka? Risau? Aduh – sang burung memulakan hari-hari mereka dengan menyanyi setiap hari – betul bukan?!! Perhatikan burung itu, dan apa yang kamu rasa burung itu faham yang kamu tidak faham?
  12. Andai hidup itu sememangnya sangat sukar dan 'mustahil', kamu tentu sudah 'putus asa' sekarang, betul? Tetapi kamu tidak. Dan jika didalam kotak fikiran kamu masih ada kemahuan, dan maka kamu, boleh berubah, harapan yang ianya akan berlaku, dan kemahuan untuk melakukan apa yang anda termampu, maka ia akan berubah… Apa pendapat kamu tentang kenyataan ini nyatakan tentang hidup, dan KAMU?

    Saturday, October 30, 2010

    Bagaimana jerawat terbentuk? Tips mengatasinya?

    Masalah jerawat sering muncul pada bahagian-bahagian kulit yang sensitif seperti muka dan juga badan. Jerawat biasanya terbentuk apabila liang pada kulit tersumbat dengan sebum, bakteria, hormon dan juga sel kulit mati.

    Sebum dihasilkan oleh folikel rambut dan semakin banyak sebum dikeluarkan semakin tinggi kebarangkalian jerawat akan muncul. Jika liang yang tersumbat kekal tertutup membengkak, ia dikenali sebagai jerawat putih manakala jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya menjadi gelap, ia dipanggil jerawat hitam.
    Antara faktor yang menyebabkan pembentukan jerawat adalah kerana tekanan psikologi, faktor kelembapan persekitaran, penggunaan kosmetik, ubat-ubatan dan juga jenis pekerjaan. Terlalu banyak mengambil makanan yang mengandungi kalori juga antara faktor yang meransang pertumbuhan jerawat atau anda sendiri yang malas cuci muka. haha.


    Dibawah ada beberapa tips dan petua mengubati jerawat tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak, safe budget la sikit daripada membeli kosmetik yang mahal-mahal.
    Bukan hanya digunakan untuk meredakan rasa sakit tetapi juga mampu mencegah jerawat menjadi parah. Caranya: Ambil sebutir aspirin dan hancurkan hingga halus, kemudian basahkan sedikit dengan air hingga ia agak kental(macam guna bedak sejuk). Tampalkan cairan kental aspirin pada jerawat selama beberapa minit hingga kering. Kemudian bersihkan dengan air. Cara ini akan mengurangkan kemerahan dan meredakan rasa sakit jerawat.
    Buat ramuan dengan mencampurkan 4 sudu garam dan 3 sudu minyak zaitun(sudu besar). Sapu dan usap ramuan tersebut pada wajah menggunakan jari jemari anda. (important! Kulit muka sangat sensitif pada kuku, sebab tu tak digalakkan picit picit jerawat.)
    Biarkan selama 1-2 minit, kemudian bilas dengan air suam dan sabun.
    Lakukan cara ini 2-3 kali seminggu. InsyaAllah anda akan lihat perubahan nyata pada kulit wajah anda.
    fakta- Garam boleh membersihkan pori-pori dengan eksfoliasi. Kandungan mineralnya membuat kulit lebih sihat dan minyak zaitun boleh mengembalikan kelembapan semulajadi kulit.
    Sapukan sedikit ubat gigi pada jerawat(jgn plak sapu ubat gigi satu muka;) .Biarkan semalaman. Sebaiknya sebelum tidur. Ini adalah petua emergancy sekiranya jerawat membuatkan keyakinan diri anda 'down' untuk menghadiri sesuatu majlis atau date pada keesokkan harinya. Tetapi ini bergantung pada jenis kulit muka anda.


    Ok? Diharapkan tips dan petua ini membawa manfaat kepada anda. Tawakal pada Allah taala. Selamat mencuba.


    pss: Wudhuk itu adalah sebaik-baik penawar pada kesucian wajah.

    Ciri-ciri ketagihan facebook

    Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga, mencari kawan lama atau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dgn tel.Adakalanya pada waktu2 kritikal facebook amat diperlukan utk menghubungi seseorang.

    Selain itu,Faebook juga amat berguna untuk mereka yang ingin mengembangkan perniagaan atau menjalankan bisnes kerana facebook menerima jutaan pelawat setiap hari.

    Ciri-ciri ketagihan facebook:

    1. Tidak dapat berenggang dg. internet

    2. Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.

    3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline,

    4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline

    5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv

    6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.



    7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.

    8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.

    9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.



    10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet.

    Sesuatu yang baik itu boleh digunakan untuk keburukan jika kita mahu. Sesuatu yang buruk itu boleh juga digunakan untuk kebaikan sekiranya kita mahu. Hanya akal yang terpimpin dengan prinsip agama saja yang mampu menjadikan setiap sesuatu itu menjadi berharga untuk dirinya, orang lain dan alam seluruhnya.

    Friday, October 29, 2010

    10 petanda dia adalah JODOH kita.

    Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyaAllah akan menemukan anda dengan pasangan anda.


    Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

    1.Bersahaja

    Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

    2.Senang bersama

    Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

    3.Terima kita seadanya

    Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

    4.Sentiasa jujur

    Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan


    BMW sports car
    5.Percaya Mempercayai


    Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

    6.Senang Bekerjasama


    Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

    7.Memahami diri kita

    Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

    8.Tampilkan kelemahan


    Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

    9.Kata hati

    Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

    10.Solat Istikharah dan Tawakkal

    Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. InsyaAllah:)

    Wednesday, October 20, 2010

    Apakah penyebab rabun malam?


    Pasti anda pernah mendengar perkataan rabun malam di mana penghidapnya rabun semasa matahari terbenam.

    Sebenarnya rabun malam merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin A dalam makanan yang menyebabkan sel mata yang kering dan menghadkan keupayaan untuk menguruskan intensiti (ketumpatan) cahaya.

    Kesan sampingan yang lain termasuk kulit menjadi kasar dan bersisik di tangan dan kaki.

    Pembentukan gigi dan pertumbuhan badan juga mendapat gangguan dan dalam beberapa kes kornea sangat kering dan legap dan membawa kepada buta.

    Mereka yang menghidapi rabun malam perlu mengambil lebih banyak sayuraan berdaun terutama bayam, hati, mentega, buah-buahan, lobak merah, labu, susu dan ikan di dalam diet bagi mendapatkan lebih banyak vitamin A. - estidotmy
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...