Friday, December 3, 2010

woi!!!!! rakyat buta perut lagi ka woi!!!!!!!!

hahahahaha...


ni lah padah sapa yang sokong umno/bn..
ambik laaa natijah ni sebagai pedoman...
hahahahaha
jangan jadi banggang lagi laaa wahai rakyat yang papa kedana, yang miskin dan bahalul...
cermin la diri...
banyak sangat ka duit hampa dari dok sokong umno keparat ni...!!!!


RM500 yang di beri kepada kakitangan awam tak sampai 2 hari pon lagi, sekarang kerajaan dah mintak balik!!!
hahahahahaa..
ni la kerajaan tak guna...
hahahaha
sokong laaa.. sokong laaa...sokong la kerajaan!!!!!


kerajaan sepatutnya bantu rakyat!! kerajaan sepatutnya tolong rakyat!!!!
bukannya dera rakyat!!!
woi !!! buta lagi ka woi!!!!
hahahaha..sangat mudah tipu rakyat!!!!!
banggang punya rakyat!!!! tukar la kerajaan woi!!!!
kalau minyak naik confirm semua barang akan naik harga woi!!!!


woi!!!! lepas ni kedai maple, kedai mamak parpu pon akan naik harga teh tarik woi!!!!
woi pakcik2 tua yang dok sojkong umno/barisan nasional... lepas ni hampa lepak minum ayaq suam la plak woi..
semua barang jadi mahal woi!!!!
Woi!! rakyat tak guna otak!!!
Woi!!!!! lepas ni semua bapak2 mak2 nak kena beli baju baru untuk anak sekolah woi!!!!
hahahahaa..cukup ka duit tu woi!!!!?
woi.. 5 sen banyak tu woi!!!!!
woi..kerajaan haprak woi!!!!!
woi!!! rakyat bodoooo
woi..lepas ni makin ramai rakyat/ penjawat awam akan makan rasuah woi!!!!!
woi!!!!!!!! banggang..


\kerajaan saja nak tambah dosa aku untuk maki hamun hampa woi!!!!!
tak guna punya kerajaan woi!!!!!!!!
tolonglah kerajaan untuk Permata..hahahahaha


@#$%$^^*(%^*&*)**$%)&*)&*()_&*&W#%&$%%#$*()_*()_&*!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naii mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
azlanSemua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
 turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

-sumber- MK

Anwar ramal pilihan raya Mac

Pembangkang kritik penangguhan pemilihan parti Umno

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meramalkan Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan pilihan raya umum tergempar sekitar Mac depan ekoran keputusan Umno menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan.

Datuk Seri Anwar berkata, beliau sebenarnya telah menjangkakan pilihan raya umum lebih awal ekoran perkembangan sejak kebelakangan ini.

'Saya telah meramalkan pilihan raya umum awal. Tetapi penangguhan menunjukkan Umno hanya bagus untuk menyerang PKR,' kata beliau kelmarin.

Pilihan raya umum terakhir diadakan Mac 2008 dan mandat ini hanya akan berakhir Mei 2013.

Umno sepatutnya mengadakan pemilihan pertama tahun depan selepas pindaan perlembagaan tahun lalu.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata Umno memutuskan menangguhkan pemilihan itu selama 18 bulan sehingga April 2013 bagi mengelakkan tahun depan berubah menjadi tahun 'medan pergelutan politik'.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pula berkata penangguhan itu bukan untuk tujuan Pilihan Raya Umum Ke-13 tetapi bagi mengukuhkan kedudukan parti.

Mengulas, Datuk Seri Anwar menggesa Datuk Seri Najib sepatutnya menyatakan tarikh awal mengenai kemungkinan pembubaran Parlimen.

'Beliau mesti beri kita tarikh awal, Mac atau April, dan kita serahkan kepada rakyat buat keputusan... saya letakkan persoalan ini dan cabar perdana menteri kerana sudah ada petanda bahawa beliau mahukan pilihan raya umum lebih awal,' katanya.

Dengan merujuk kepada kecaman Umno-BN mengenai kekecohan dan kelemahan PKR mengadakan pemilihan secara langsung yang pertama baru-baru ini, Datuk Anwar menambah, Umno hanya pandai mengkritik parti pembangkang tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Mahfuz Omar, berkata Datuk Seri Najib mungkin takut hilang sokongan sebagai Presiden Umno sekiranya pemilihan secara langsung dilaksanakan seperti yang dijadualkan awal tahun depan.
'Najib sebenarnya nak pastikan bahawa selepas pilihan raya umum ke-13 nanti, beliau kekal sebagai Perdana Menteri.

'Mungkin selepas beberapa dasar liberalisasi ekonomi dan politik yang dilaksanakannya sebelum ini dia sedang menerima protes dalaman Umno sendiri,' katanya. -- Agensi.

Ustazah kena tipu RM15,000 dalam Facebook

KOTA BHARU - Seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook. 

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, kejadian itu berlaku selepas guru wanita dari Taman Uda Murni, dekat sini, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq. 

Selepas berkenalan beberapa minggu, pada 30 November lalu, suspek menghantar khidmat pesanan ringkas melalui laman sosial itu kepada mangsa mengenai hasratnya untuk mempelajari agama Islam. 

"Bagaimanapun, suspek menghubungi mangsa kelmarin dan memaklumkan bahawa dia menghadapi masalah dengan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kerana membawa sejumlah besar wang pound sterling yang tidak diisytiharkan," katanya kepada pemberita, di sini, semalam. 

Selepas menerima panggilan daripada suspek, mangsa sekali lagi menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan bertanya sama ada mangsa mengenali suspek. 

Mazlan berkata, wanita itu memperkenalkan diri sebagai Fatimah dan dia dikatakan telah menawarkan diri untuk membantu membebaskan suspek dengan syarat mangsa membuat bayaran RM15,000. 

“Selepas membuat transaksi, mangsa menghubungi pihak Imigresen KLIA untuk memaklumkan kemasukan wang itu tetapi mangsa dimaklumkan bahawa wanita yang mendakwa sebagai Fatimah itu bukan kakitangan jabatan itu di KLIA,” katanya. 

Mazlan berkata, selepas menyedari dirinya tertipu, mangsa cuba menghubungi suspek tetapi tidak berjaya, lalu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu. - Bernama

Imigresen Akan Tubuh Unit Pematuhan Bagi Perkukuh Integriti

Perkukuh Intergriti? .. baca laaa

KUALA LUMPUR, 2 Dis - Jabatan Imigresen Malaysia akan menubuhkan Unit Pematuhan bagi memperkukuh integriti serta penguatkuasaan dalaman terhadap kakitangannya yang melanggar peraturan atau undang-undang.

Ketua Pengarahnya Datuk Alias Ahmad(gambar) berkata selain itu jabatan itu juga turut menggunakan penggunaan sistem teknologi atas talian dalam usaha membantu meminimumkan bebanan tugas anggota jabatan itu.
Ini adalah antara usaha yang dijalankan oleh jabatan itu dalam mentransformasikan jabatan itu bersesuaian dengan program transformasi di peringkat nasional seperti yang disarankan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hishammuddin pada majlis sambutan Hari Imigresen di Putrajaya pada Rabu berkata kepimpinan baru Jabatan Imigresen turut diberi tempoh sebulan untuk menggariskan perancangan, pembaharuan dan penambahbaikan yang akan dilakukan terhadap jabatan itu, yang perlu dibentangkan kepadanya pada Januari depan.

Alias yang turut menyambut baik saranan Hishammuddin itu berkata: "Program transformasi Imigresen memberi fokus kepada tiga aspek utama iaitu semangat dan gagasan 1Malaysia yang berkonsep "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", perubahan paradigma dalam memahami fungsi dan peranan Jabatan Imigresen dan prinsip Istiqamah dalam melaksanakan slogan jabatan "Perkhidmatan Berkualiti dan Berintegriti."

Katanya melalui teras ini, jabatan itu sedang merangka perkhidmatan yang menjurus kepada gagasan tersebut dan antara usahanya ialah untuk mempergiatkan usaha yang mampu menarik tenaga pakar dan pelabur asing untuk berkhidmatan di negara ini dengan pelbagai kemudahan termasuk kelulusan automatik permohonan pegawai dagang yang bergaji RM8,000 ke atas.
Alias berkata jabatan itu juga turut merancang insentif baru dalam menjaga kebajikan kakitangannyan pada masa hadapan seperti menyelaraskan elaun-elaun, selain keperluan logistik dan kuarters kakitangan yang turut menjadi perhatian.

"Penganugerahan pangkat kepada kakitangan Imigresen yang berkhidmat dengan penuh integriti merupakan satu modal insan yang diharapkan dapat memberi motivasi kepada pegawai-pegawai tersebut," katanya.

- BERNAMA

JANGAN MAKI PENJAWAT AWAM

SEREMBAN 30 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya bersikap bersopan apabila berurusan dengan penjawat awam dan tidak mengeluarkan kata-kata keji apabila sesuatu urusan lewat atau tergendala. Katanya, sebagai ketua kerajaan di negeri ini, beliau melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap ADUN yang memaki hamun, mengeji mahupun menghina pegawai kerajaan dan kakitangan awam.



''Sampai ada yang menyebut perkataan 'binatang' dan dilemparkan kepada penjawat awam ini.
''Kadang-kala yang menjadi mangsa ialah kerani yang bertugas di kaunter dan paling banyak menerima ucapan sedemikian ialah petugas di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri selepas penangguhan Sidang DUN, di sini hari ini.Mohamad memberitahu, sepatutnya ADUN yang bergelar Yang Berhormat menjaga status sesuai dengan kedudukan mereka di dalam dewan yang mulia ini.


''Saya melihat penjawat awam di semua jabatan kerajaan merupakan pekerja yang baik. Begitu juga yang berkhidmat di JKM. Banyak yang telah dijayakan oleh mereka.''Semua maklumat yang mereka peroleh dihantar ke ibu pejabat bagi tujuan pemprosesan tetapi malangnya kerja mereka ini tidak dihargai, sebaliknya menerima kejian, maki hamun dan kutukan daripada ahli Yang Berhormat ini," katanya.Katanya, kalau ADUN mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa, apa bezanya mereka yang tinggal di bawah jambatan, tentulah tidak menunjukkan profesional dalam mengendalikan tugas masing-masing.


''Saya harap, jagalah kemuliaan dewan ini dan selaku ahli Yang Berhormat, andainya kita tidak bersetuju dengan penjawat awam berkenaan, sampaikan perasaan itu dengan cara terhormat.''Kita faham semua ADUN menjalankan tugas masing-masing. Begitu juga saya dan mereka yang digelar penjawat awam," katanya.Pada sidang akhbar itu juga, Mohamad memberitahu, dengan kejayaan Dasar Jaringan Keselamatan Sosial (DJKS), pihaknya mendapati ada penduduk dari Selangor yang datang ke sini dan sanggup menukar alamat, semata-mata inginkan bantuan yang disalurkan oleh JKM ini.


''Apabila kita siasat, individu ini tidak ada di alamat berkenaan. Mereka mahu mengambil kesempatan dari kerajaan negeri ini yang cekap membantu rakyat miskin. Kita tidak mahu, DJKS ini disalahgunakan oleh pihak berkepentingan," katanya.Terdahulu ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2010, Mohamad (BN-Rantau) berkata, sejumlah RM9,998,396 dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk menjelaskan beberapa emolumen.''Di bawah butiran itu peruntukan sebanyak RM6,675,896 bertujuan menampung keperluan gaji kerana kenaikan gred jawatan, elaun dan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, selain bagi tujuan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 kepada kakitangan awam.


''Peruntukan tambahan sebanyak RM1,222,500 juga dipohon di bawah butiran Perkhidmatan dan Bekalan untuk tujuan bayaran tuntutan perjalanan, penyelenggaraan kenderaan, bayaran kontrak dan kawalan serangga Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.''Ia juga adalah peruntukan untuk bayaran elektrik, air, Internet dan telefon untuk bangunan Wisma Negeri dan Kompleks Pentadbiran Daerah seluruh negeri," tegas Mohamad.Selain itu juga, Mohamad memberitahu, atas rasa prihatin kerajaan negeri terhadap golongan berpendapatan rendah, kurang berkemampuan dan yang menerima musibah bencana alam, penambahan peruntukan RM2,100,000 bagi JKM diperlukan.


''Ini untuk menampung keperluan tambahan bagi bantuan am daripada 5,316 kes sedia ada kepada 6,276 kes dan bantuan bencana alam yang melibatkan 1,037 keluarga," jelasnya.


sumber : Cuepacs

pss: duit RM 500 tak sempat pun untuk penjawat awam beli peralatan persekolahan untuk anak2..huhuhu..

Perkara Ingatan !! Jangan buat..

Adat Melayu dan Nusantara ni memang banyak dihiasi dengan budaya ketimuran yang penuh dengan pantang larang. Samada ia diwarisi daripada zaman nenek moyang atau agama Islam itu sendiri sukar untuk dijelaskan melainkan kita bandingkannya dengan nas-nas kitab Quran ataupun sunnah Nabi S.A.W. 
Tetapi apa yang aku tahu, semuanya yang lain dan tidak bukan hanyalah untuk kebaikan kita..
So, meh kita tengok ayat2 kurangkan dan jangan kat bawah ni.. 

Kurangkan..
  • Kurangkan makan bawang besar 
  • Kurangkan makan berempah 
  • Kurangkan makan ketumbar kering 
  • Kurangkan menonton hiburan 
  • Kurangkan membaca majalah hiburan 
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak 
  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2) 
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2 

Jangan..
  • Jangan makan kepala ikan 
  • Jangan minum air yang ada semut 
  • Jangan tidur selepas subuh 
  • Jangan tidur selepas asar 
  • Jangan tidur selepas makan 
  • Jangan makan terlalu kenyang 
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam 
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam 
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan 
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan 
  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam 

Perkara-perkara yang perlu diamalkan 
  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2 
  • Selalu makan makanan yang panas2 
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2 
  • Selalu minum air masak 
  • Selalu makan ulam2 
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau 
  • Selalu bersenam 
  • Selau menggunakan imajenasi otak 

Banyakkan!!
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya 
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit 

Jangan, jangan jangan

  • Jangan ego 
  • Jangan dengki pada orang lain 
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal 
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal 
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna 
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet 
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali 
  • Jangan mandi selepas 9.00malam 

dan yang paling penting dibawah ini..

  • Jangan sengaja lewatkan solat..Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. 
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa....
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" 
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...