Friday, April 15, 2011

PERANCIS LARANG PURDAH DAN BURKA

Perancis kini dalam bahaya diserang militan (pss: ISLAM bukan militan!!)

 

LONDON: Larangan memakai purdah dan burka di Perancis telah mencetuskan ancaman bahawa negara itu akan diserang oleh anggota kumpulan militan.
Sarkozy - salah seorg dari geng2 musuh n dilaknat agama Islam
 Perkhidmatan pemantau pengganasan, Site, melaporkan ancaman itu dibuat di ruang sembang dan forum Internet yang khusus digunakan oleh anggota militan.

Berbeza daripada Britain dan Sepanyol, Perancis tidak pernah diserang oleh Al-Qaeda walaupun ia merupakan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), yang terlibat dalam serangan ke atas Afghanistan.
  
Para pegawai keselamatan Barat melahirkan keprihatinan gesaan dan ancaman yang dibuat anggota militan di ruang sembang dan forum Internet itu akan menggalakkan penyokong mereka melancarkan serangan.

Satu satu mesej di forum pengganas berbunyi:

'Sarkozy, jangan ganggu saudara perempuan kami atau kami benar-benar akan bertindak.'

Salah lagi mesej berbunyi:

'Dengan bertindak demikian, Perancis hanya akan membawa kemusnahan kepada diri sendiri.'

Jgn kita 'terlompat' sekiranya isu ini akan memungkinkan tercetusnya perang diantara Islam dan musuhnya. Tiada apa yg mustahil jika itu kehendak dan ketentuan Rabbil Alamin. ALLAH SWT pemilik segala yang ada dilangit dan bumi. Subhanallah. Allahuakbar..
 Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Encik Ekmeleddin Ihsanoglu, berkata tindakan Perancis melarang pemakaian purdah telah membesarkan isu yang hanya menjejas segelintir wanita Islam di Barat.

Perancis menjadi negara pertama di Eropah menguatkuasakan undang-undang yang melarang pakaian yang menutup muka termasuk purdah dan burka, Isnin lalu.


OIC Chief : Encik Ekmeleddin Ihsanoğlu
 'Mereka yang memakai burka, terutamanya di Eropah atau negara Barat, adalah minoriti yang sangat kecil dan saya tidak faham mengapa anda meluluskan undang-undang untuk melarangnya,' kata Encik Ihsanoglu kepada wartawan pada forum Amerika Syarikat-Dunia Islam di sini, pada Selasa lalu.

  
Katanya, larangan itu mengalihkan perhatian kepada sebilangan kecil orang dan menjadikannya isu besar.
  
'Saya fikir ini isu kecil dan tidak wajar diberi perhatian sebegitu rupa,' katanya.
 Pihak berkuasa Perancis menganggarkan hanya 2,000 wanita, berbanding jumlah penduduk Islam kira-kira enam juta orang, memakai purdah atau burka. -- AFP, Reuters.

Thursday, March 31, 2011

Indeks Rasuah Dunia berakhir tahun 2010. Malaysia di ranking? :((

Rank
1
Country
Denmark
Score
9.3
1
New Zealand
9.3
1
Singapore
9.3
4
Finland
9.2
4
Sweden
9.2
6
Canada
8.9
7
Netherlands
8.8
8
Australia
8.7
8
Switzerland
8.7
10
Norway
8.6
11
Iceland
8.5
11
Luxembourg
8.5
13
Hong Kong
8.4
14
Ireland
8.0
15
Austria
7.9
15
Germany
7.9
17
Barbados
7.8
17
Japan
7.8
19
Qatar
7.7
20
United Kingdom
7.6
21
Chile
7.2
22
Belgium
7.1
22
United States
7.1
24
Uruguay
6.9
25
France
6.8
26
Estonia
6.5
27
Slovenia
6.4
28
Cyprus
6.3
28
United Arab Emirates
6.3
30
Israel
6.1
30
Spain
6.1
32
Portugal
6.0
33
Botswana
5.8
33
Puerto Rico
5.8
33
Taiwan
5.8
36
Bhutan
5.7
37
Malta
5.6
38
Brunei
5.5
39
Korea (South)
5.4
39
Mauritius
5.4
41
Costa Rica
5.3
41
Oman
5.3
41
Poland
5.3
44
Dominica
5.2
45
Cape Verde
5.1
46
Lithuania
5.0
46
Macau
5.0
48
Bahrain
4.9
49
Seychelles
4.8
50
Hungary
4.7
50
Jordan
4.7
50
Saudi Arabia
4.7
53
Czech Republic
4.6
54
Kuwait
4.5
54
South Africa
4.5
56
Malaysia
4.4
56
Namibia
4.4
56
Turkey
4.4
59
Latvia
4.3
59
Slovakia
4.3




Rank Malaysia pada 2009


Rank Malaysia pada 2008

Rank Malaysia pada 2007




pss: Kedudukan Malaysia bagi negara2 paling corrupt nampaknya semakin merudum..
Jika di zaman Pak Lah dulu Malaysia berada pada rank ke-45 dunia, tapi sejak diambil alih oleh PM Najib nampaknya indeks rasuah semakin merosot bagi negara tercinta ini.. apa dah jadiiii




sumber..: transparency.com


kahkahkahkahkah..suma olang melayu kena tipu..bolo boloo bodooo

Duit ratusan ribu ditemui di rumah pegawai kastam


'Datuk' disyaki terlibat ubah wang terlarang dan elak cukai berbilion ringgit


PUTRAJAYA: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui ratusan ribu ringgit wang tunai berselerakan ketika menyerbu rumah seorang pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar 'Datuk' di Pahang, Isnin lalu, kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengubahan wang terlarang dan mengelakkan cukai bernilai berbilion ringgit.

Pegawai kastam itu dan isterinya, yang juga pegawai kastam, disyaki terlibat dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh Malaysia.

Sindiket terancang itu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan barangan import di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai pendapatan, pengubahan wang terlarang dan penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara dengan menggunakan pengurup wang serta perlakuan jenayah rasuah.

Sindiket itu dilumpuhkan oleh pasukan bertindak khas yang dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri serta dua agensi lain dan diketuai SPRM.

Pasukan itu melancarkan operasi serentak besar-besaran pada 10 pagi Isnin lalu di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata berikutan itu, pihak berkuasa sudah membekukan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan terbabit mengikut peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

'Kami menemui ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah yang diduduki pasangan pegawai kanan kastam berkenaan dan mereka kemudian ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pembersihan wang terlarang membabitkan lebih 100 premis yang diserbu kelmarin,' kata beliau dalam sidang media di sini kelmarin.

Datuk Mustafar berkata selain rumah pasangan itu, pasukan bertindak tersebut turut membuat serbuan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis kastam di seluruh Malaysia.

Menurutnya, siasatan itu membabitkan kesalahan Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 selain Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

Datuk Mustafar berkata operasi tersebut khusus bagi mencegah kegiatan terlarang yang menyebabkan kerugian hasil cukai kerajaan berbilion ringgit kerana kegagalan mengutip cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import dan penyeludupan wang keluar dari sempadan negara itu. -- BHM.


pss: masalah penyelewengan, rasuah, salahlaku etika ini tidak akan berkesudahan selagi mana pihak(kerajaan) yang mengepalai negara ini ''busuk''..




Saturday, March 26, 2011

Melayu makin susah, terus susah dan takkan senang dengan UMNOOOO!!!!

Wei UMNOOOOOOOOOOOOO dimana melayu melayu melayu yang kamu perjuanggggg>???????????????????????????????


Saham milik syarikat bumiputera cuma RM2b

Najib: Penyusutan daripada jumlah asal RM54 bilion disebabkan sikap tidak hargai peluang

KUALA LUMPUR: Saham milik syarikat bumiputera di Malaysia cuma tinggal RM2 bilion ($832 juta) iaitu penyusutan sebanyak RM52 bilion berbanding jumlah asal bernilai RM54 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata penyusutan ketara itu disebabkan sikap negatif masyarakat bumiputera sendiri yang tidak menghargai dan tidak mengoptimum peluang diberi, sebaliknya lebih gemar terperangkap dalam soal hak.

Katanya, kerajaan sedar banyak pihak akan marah apabila mereka dihadapkan dengan fakta tersebut sedangkan bagi menyelesaikan isu itu, masalah sebenar perlu dikenal pasti sebelum menyelesaikannya.

'Inilah kerugian dan pembaziran bukan sahaja kepada individu malah masyarakat bumiputera secara keseluruhan jika kita hanya memberi tumpuan terhadap hak tanpa mengoptimumkan peluang yang terbit daripada hak tersebut,' kata Datuk Seri Najib.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap sempena Anugerah ICT Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF)-Awani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kelmarin.

Mengambil iktibar daripada kesilapan tersebut, Datuk Seri Najib tidak mahu masyarakat bumiputera abad ke-21 berterusan terperangkap dengan polemik hak yang tidak berkesudahan.

Sebaliknya, beliau mahu golongan tersebut bangkit menjadi sebuah masyarakat yang berdaya tahan serta mampu mencipta kejayaan dengan menerokai pelbagai peluang dalam bidang yang masih belum diterokai.

Menurutnya, masyarakat bumiputera perlu berubah jika tidak mahu dilihat sebagai kaum yang gemar meminta-minta, cepat berpuas hati serta suka berada dalam zon selesa agar tidak berterusan ditinggalkan kaum lain.

'Pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa yang berilmu dan menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran. Oleh itu, jangan kita bersikap dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isi,' katanya

Menyentuh mengenai perkembangan ICT di Malaysia, Datuk Seri Najib bangga kerana Malaysia kini mempunyai asas yang kukuh dalam bidang tersebut, terutama dalam aspek pembangunan perisian, aplikasi serta sebagai pembekal.

Tambahnya, industri ICT memainkan peranan yang amat penting dalam memenuhi hasrat kerajaan bagi menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE) dengan berpaksikan pengetahuan serta inovasi. -- Utusan Malaysia.


Ceramah Cikgu Mala : Tolonglah download dan dengarkan..Takbir!!

Assalamualaikum..

Khas kepada kakitangan awam@ kakitangan kerajaan, aku suggest korang download dengar, hayati ucapan yang di sampaikan oleh Cikgu Mala (calon PAS PRK Tenang 2011).

download link


Contohilah semangat, keberanian dan ketelusan hatinya demi memperjuangkan martabat agama Islam dan ikutilah cerita beliau yang berdepan dengan pelbagai kesulitan, tentangan dalam usahanya menyampaikan usul dakwah Islamiah.

download link

Aku sangat kagum dengan keberanian beliau dan moga-moga semua kakitangan kerajaan akan mengambil semangat perjuangan Cikgu Mala sebagai modul n mentor.


Syabas Cikgu Mala!!! Takbir!!!!!

Isteri PM Negara Islam Malaysia..



Wahai Ulaqmak UMNO, tolong jawap soalan aku, kalau setakat pocoq-pocoq tak pakai tudung tu punya pasai laa.. tapi pic kat atas ni apa mau cerita? jawap jawap jawapppp


jahilnyaa isteri pemimpin Malaysia ni.. Aku rasa kak mah ni memang panaih la kalau pakai tudung.. Kalau gitu la rupenyee, 2x5 saja lah dengan wanita-wanita kafirun.. Nauzubillah..

Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Hadiid ayat 20



Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-Hadiid 57:20)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...