Saturday, September 11, 2010

U want burn urself?? ur u sure??????

WASHINGTON :10 Sept 10: Di sebalik tekanan dari dalam dan luar Amerika, Pastor Terry Jones dari Florida membatalkan kempennya mahu membakar al-Quran yang dijadual untuk dilakukan esok sempena ulang tahun kesembilan memperingati serangan pengganas 11 September.
Jones, pastor sebuah gereja kecil di Gainesville mengumumkan keputusan itu pada sidang media di Florida semalam, yang turut dihadiri Imam Muhammad Musri dari Islamic Society of Central Florida. Beliau juga mendakwa pemimpin-pemimpin Islam telah bersetuju untuk menggugurkan projek membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001.


Dipetik Reuters, Jones (gambar) berkata beliau mendapat jaminan daripada Muhammad Musri tentang pendirian masyarakat Muslim. Jones turut meminta mana-mana kumpulan lain agar tidak membakar al-Quran dan beliau akan terbang ke New York esok untuk mengadakan pertemuan dengan Imam Feisal Abdul Rauf, yang mengetuai projek pembinaan itu.
Bagaimanapun laporan menyusul berkata, Feisal menafikan kenyataan Jones bahawa satu perjanjian telah dicapai untuk memindahkan tapak projek pembinaan pusat dan masjid. “Saya gembira kerana Pastor Jones telah memutuskan untuk tidak membakar al-Quran,” kata Feisal dalam satu kenyataan dikeluarkan di New York.
“Bagaimanapun, saya tidak bercakap dengan Pastor Jones atau Imam Muhammad Musri (dari Florida). Saya terkejut dengan pengumumman mereka.
“Kami tidak bermain-main dengan agama kami atau agama lain. Ataupun kami akan adakan perjanjian barter (sedemikian).
“Kami berada di sini untuk menghulur tangan bagi membina keamanan dan keharmonian,” kata Feisal lagi.
Laman web NBC melaporkan, pada sidang media kedua sejurus selepas penafian Feisal, Jones pula berkata, beliau “berbohong tetapi saya tetap akan mengadakan pertemuan dengan beliau.” Pada sidang media pertama, Jones bertemu dengan Muhammad Musri yang memberitahunya bahawa pegawai-pegawai masyarakat Islam memberi jaminan bahawa tapak pembinaan masjid akan dipindahkan.
“Saya ada bertanya beliau tiga kali, dan saya ada saksi,” kata Jones.
Bagaimanapun selepas sidang media pertama Muhammad Musri memberitahu beliau dijemput untuk mengadakan satu pertemuan bersama Jones dan imam New York berhubung cadangan memindahkan masjid. Jones juga memberitahu Setiausaha Pertahanan Amerika Robert Gates ada menghubunginya awal semalam.
Gates meminta Jones agar menggugurkan rancangan membakar al-Quran. Rancangan Jones itu menjadi kontroversi antarabangsa sejak awal minggu ini, yang turut dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertuduhan Persidangan Islam (OIC). Pelbagai pihak dari Malaysia juga mengecam tindakan sedemikian.
Awal semalam, Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negara Hillary Clinton telah merayu Jones akan mengkaji semula rancangannya. Pemimpin-pemimpin tentera Amerika menjelaksan pendirian mereka bahawa rancangan Jones akan membawa kesan buruk mendalam di luar negara.
Laporan Reuters juga menyebut pentadbiran Obama juga telah mengadakan perbincangan bagi menentukan sama ada mahu memanggil pastor itu bagi memintanya membatalkan rancangan membakar al-Quran. “Kemungkinna itu ada dibincangkan dengan mendalam oleh pentadbiran,” kata jurucakap Pentagon Geoffrey Morrell.
Pastor Jones membuat pengumuman itu ketika Interpol mengeluarkan kenyataan amaran kepada kerajaan di seluruh dunia berhubung kemungkinan peningkatan risiko tindakan pengganas jika pelan membakar al-Quran diteruskan.
“Jika rancangan untuk membakar al-Quran diteruskan di Amerika sebagaimana telah dirancang, ada kemungkinan besar serangan ganas akan menimpa mereka yang tidak berdosa,” kata kenyataan Interpol atas nasihat Pakistan, rakan pentadbiran White House.
Dengan rancangan mahu membakar al-Quran, sambutan Aidilfitri di Amerika kali ini agar tegang dengan bantahan terhadap pelan masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu.
Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sebelum ini mengatakan bahawa mereka menyokong hak bagi masyarakat Islam membina pusat itu manakala Republikan termasuk bekas calon jawatan Naib Presiden Sarah Palin menentangnya. Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu.
Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta). Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.
Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat. (AK)


Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR BATIN..


15 Sebab Kenapa Lelaki Sentiasa HAPPY


1.      Tak perlu mengandung
2.      Boleh kencing merata-rata
3.      Kerjanya sama tapi gaji lebih
4.      Kedut dan boroi lambing kejantanan
5.      Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan mereka
6.      Berbual di telefon 30 saat je
7.      Boleh pakai sepasang seluar dan sepasang baju untuk cuti selama lima hari
8.      Dipuji sebab Berjaya keluarkan satu idea ciput
9.      Boleh pakai seluar dalam RM9.90 sekotak(ada 3 helai)
10.   Boleh pakai baju berkedut
11.   Apa yang ada dimukanya semua ori
12.   Stail rambut sama saja selama bertahun-tahun, mungkin berdekat;)
13.   Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking, sampai koyak
14.   Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam….?!!?
15.   Misai berserabut? No hallahhhh…



Saturday, September 4, 2010

KHALID : BONUS TANPA SUBSIDI, TAK MASUK AKAL

Petikan dari Malaysiakini


Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad(gambar) menuntut kerajaan supaya menjelaskan rasional di sebalik tindakan membayar 'bonus hari raya' sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam.
Katanya, beliau tidak menentang tindakan itu, tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah "tidak logik."

Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan sebelum ini bertindak menarik balik subsidi berjumlah RM750 juta.

Kerajaan sebelum ini memberi alasan bahawa subsidi berkenaan tidak lagi efektif kerana hanya dapat memberi manfaat kepada golongan kaya, katanya.

Katanya lagi, tindakan itu bagaimanapun menyebabkan kenaikan harga barangan yang perlu ditanggung kepada semua peringkat masyarakat.

"Kerajaan tarik RM750 juta subsidi, tapi tiba-tiba dia beri RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat.

"Pengarah yang gaji besar pun dapat juga. Anda tarik (subsidi) daripada orang susah untuk bagi untuk bagi (bonus berjumlah) RM900 juta lebih.

"Jadi apa logiknya? Adakah semata-mata sebab kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dapat beri juga?," soal Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Katanya, pemberian 'bonus' hari raya itu juga diumumkan dalam keadaan kerajaan mengumumkan belanjawan defisit.


Tambahnya, Pulau Pinang dan Selangor mampu berbuat demikian kerana mempunyai bajet lebihan.

"Tapi (kerajaan pusat) kata bajet defisit hingga terpaksa tarik subsidi," katanya lagi.

nananana.. 
p/s.. duet bonus gua dah abeh dah pon..huahuahua..


Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!!! 0

wupppss..merdekakah aku...
persoalan yg setiap kali timbul setiap kali tanggal 31 Ogos menjelma dikala aku mengerti aku ini manusia..
adakah aku akan dianggap sebagai rakyat yg tidak mengenang jasa..rakyat yang angkuh??
arggghhh..pedulikan..

apa yang aku tahu, aku hanyalah rakyat biasa yang sentiasa menagih simpati dengan life yang sentiasa sempit ini..
huhuhu..mungkin aku seorg saja yang mengerti apa yg aku coretkan ini..hahaha..

tapi..apa yg penting sudah 53tahun kita (rakyat Malaysia) MERDEKA!!!



p/s : aku sangat simpati dengan kehidupan sebagai warga Merdeka

Friday, August 27, 2010

Dinar Kelantan...Allahuakbar..

Bonus raya rm500

hua hua hua...syukran jazilan kerana dapat gak bantuan daripada kerajaan rm500.. tak sia-sia usaha daripada Cuepacs lebih2 lagi Presiden Cuepacs sendiri iaitu Omar Osman yang tak putus asa memperjuangkan hak penjawat-penjawat awam..
Sekurangnya duit tu dapat la sikit sebanyak tampung apa2 yang terbeban selama ni..Alhamdulillah..
petikan dari web Cuepacs


CUEPACS BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN ATAS BANTUAN KHAS KEWANGAN

Sinar Harian
26/8/2010


KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Okt ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini, mengumumkan pemberian bantuan khas itu yang akan melibatkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan dan 590,000 pesara kerajaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata, pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan.

"Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara," katanya.

Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

p/s : harap2 bonus hujung tahun pon dapat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...