Saturday, February 5, 2011

Makkah seperti Las Vegas?

Inikah tanda-tanda akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat? 
Renunglah wahai sahabat-sahabat..
Sampai bila kita akan terus lalai dan bila pula kita akan sedar..


Pembinaan bangunan-bangunan komersial menimbulkan rasa kurang senang 

Berita terkini ialah fasa pertama pembinaan landasan monorel yang menghubungkan Makkah, Mina, Arafah dan Muzdalifah bagi melancarkan pergerakan jemaah haji telah dimulakan Disember lalu sebaik musim haji berakhir. 

Setiap tahun dianggarkan lebih empat juta umat Islam sedunia berkumpul di Makkah. Suasana penuh sesak dengan manusia berhimpit-himpit, bak sardin disumbat dalam tin, ketika melakukan tawaf di keliling Kaabah, sai dan melontar jamrah. Setiap tahun umat Islam berdoa agar tidak akan berulang insiden yang meragut nyawa ratusan jemaah. 

Memang satu tugas yang sukar untuk menguruskan jutaan jemaah yang perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat. 

Justeru, segala usaha untuk memperbaiki prasarana di sana untuk kemudahan jemaah amat dialu-alukan. Usaha renovasi dan perluasan besar-besaran memang giat dijalankan di kawasan sekitar Masjidil Haram dan seluruh lokasi ibadah haji lainnya sejak beberapa tahun lalu. 

Bagaimanapun, pada masa yang sama terdapat juga suara-suara yang meluahkan rasa tidak senang apabila pembangunan mengubah profil kota suci itu sehingga mereka turut melihat Starbucks, Cartier dan Tiff any, H&M dan Topshop. 

Pusat membeli-belah Abraj Al-Bait, salah satu pusat membeli-belah yang terbesar di Arab Saudi, dilengkapi dengan panel monitor yang besar, lampu-lampu neon, pusat hiburan, restoran makanan segera dan kedai pakaian dalam wanita sedang dibina bertentangan dengan tanah paling suci dalam Islam. 

Pusat membeli-belah ini, yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini, adalah yang pertama dalam rancangan pembinaan yang menelan belanja AS$13 bilion ($20 bilion). Ia terletak di Menara Abraj Al Bait, menara yang dijangka diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia. Ia bakal mempunyai 76 tingkat merangkumi keluasan 1,455,000 meter persegi. Menara itu akan mempunyai enam bangunan untuk perumahan, dewan solat yang boleh memuatkan 3,800 orang, pusat konvensyen untuk 1,500 orang, dua pangkalan helikopter dan bangunan empat tingkat tempat meletak kereta untuk 780 kereta dan 10 bas serta keluasan untuk banyak lagi hotel-hotel lima bintang. 

Ia merupakan bangunan pencakar langit yang bakal merubah wajah kota Makkah.

HARGA PEMBANGUNAN 

Adakah ini pembangunan dan kemajuan dalam Islam? Tidak semua orang menganggap ia satu kemajuan.

Dalam satu laporan, Ali al-Ahmed, pengarah Institut Hal Ehwal Teluk di Washington, sebuah pertubuhan penyelidikan pembangkang Saudi, dipetik berkata: "Makkah sedang menjadi seperti Las Vegas dan ini satu bencana. Ia akan menjadi bencana kepada umat Islam kerana apabila ke Makkah, mereka tidak akan mempunyai perasaan lagi. Tiada lagi daya tarikan. Semua yang dilihat hanyalah kaca dan simen."

Ada juga jemaah yang sekembali daripada menunaikan ibadah haji tahun lalu menyoal kenapa Hotel Hilton dibina begitu dekat dengan Masjidil Haram?

Menurutnya, jemaah yang berada di hotel itu boleh membuka saluran TV, yang menyiarkan waktu solat secara langsung, untuk sama-sama berjemaah di Masjidil Haram walau masih dalam Hotel Hilton.
Ia satu perkara yang aneh, katanya.

Adakah Hilton sudah menjadi sebahagian kawasan Masjidil Haram atau kawasan masjid itu kini menjadi sebahagian Hilton? Ia menimbulkan satu perasaan yang kurang enak, katanya.


PERUBAHAN DRAMATIK 

Berdekatan Jabal Omar, seluruh bukit itu diratakan untuk memberi laluan bagi pembinaan kompleks dan hotel pencakar langit. Di mana-mana tedapat kren pembinaan dengan 130 menara baru yang dirancang di kawasan itu.

"Ini merupakan tanda berakhirnya kegemilangan Makkah," kata Irfan Ahmed yang membentuk Yayasan Warisan Islam (IHF) khusus untuk mencuba memelihara sejarah Islam Makkah, Madinah dan tapak agama penting yang lain di Arab Saudi.


"Sebelum ini, malah di zaman Uthamaniyah, tidak ada bangunan di Makkah yang menaranya lebih tinggi daripada Masjidil Haram. Kini semakin tinggi dan lebih tidak dihormati," ujarnya dalam satu laporan.

Meskipun rombakan besar-besaran ini diiringi dengan pembangunan infrastruktur, bagi sebahagian ahli sejarah, perubahannya terlalu besar. Salah seorang daripada mereka ialah Encik Sami Angawi, arkitek Saudi. "Seharusnya landskap tradisional kota Makkah ini tetap dipertahankan. Jangan hanya memikirkan bagaimana menampung sebanyak mungkin orang dan seberapa banyak wang yang boleh diperolehi," katanya.

Pegawai kerajaan Saudi pula berkata lebih AS$19 bilion telah dibelanjakan untuk memulihara warisan Islam negara.

Mereka menolak kritikan-kritikan itu sebagai tidak mengikuti perkembangan.


Sementara itu, pemaju dan ejen hartanah berkata pembinaan itu memberi lebih banyak ruang bagi lebih ramai umat Islam mengambil bahagian mengerjakan haji dalam keadaan yang lebih baik.

Ia menunjukan perubahan yang berlaku jauh daripada berakhir. "Makkah tidak pernah berubah seperti mana yang berlaku sekarang, kata Encik Sami Angawi lagi. "Apa yang anda lihat sekarang hanyalah 10 peratus daripada apa yang akan datang (bakal terjadi). Apa yang akan datang (adalah) lebih buruk (lagi)."



Aku rekemen buku ni pada sahabat-sahabat sekalian yang ingin sedar. Sedar untuk kehidupan yang kekal abadi selama-lamanya iaitu Hari Akhirat.
atau baca di link ini.. 40 Hadits Peristiwa Akhir Zaman



Wednesday, January 19, 2011

PM tolong jangan ber'alasan' jika penakut

Assalamualaikum w..w .. pada semua Muslimin & Muslimat..
Selamat hari-hari Malaysia pada semua rakyat sekalian..

Aku tak tahan nak mengata
Apa pendapat kalian jika mengikuti isu debat yang dicabar Ketua umum Pembangkang@ Pakatan Rakyat(PR), Dato' Seri Anwar Ibrahim ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak??

Secara tulus mulus PM Malaysia menolak cabaran debat yang diusul oleh DSAI ke atasnya dengan alasan yang sama sekali pada aku tidak rasional.


Tempoh hari PM Malaysia menempelak DSAI dan PR khususnya berhubung pelan rancangan pembaharuan 100 hari PR. PM Malaysia dengan kuasa vetonya melalui saluran media yang sememangnya berpihak kepada kerajaan Malaysia dengan angkuh memperlekehkan pelan yang dirancang tersebut.

Ekoran daripada itu, lantas Ketua Umum PR, DSAI mencabar apa yang dikatakan PM Malaysia itu dengan berwadah di khalayak dengan usul debat. Namun PM Malaysia sama sekali mendukacitakan kerana hanya berani berkata-kata di luar gelanggang.

Lawak paling bodoh
Aku yakin bahawa PM Malaysia tidak akan berani sama sekali untuk menerima cabaran tersebut. Apa yang peliknya ialah PM bersikap mengacah-acah lawannya itu dengan mendakwa dirinya dan Kerajaan Malaysia khasnya mengetahui segala maklumat-maklumat sulit tentang DSAI. Kononnya maklumat tersebut boleh membuatkan DSAI demam sama sekali. 
Cerita ini memang sangat-sangat melucukan. Jika benar terdapat maklumat atau sumber yang boleh mendedahkan aib kepada DSAI kenapa tidak dihebahkan saja kepada rakyat? Walhal Kerajaan, gabungan BN mahupun UMNO sendiri disaat ini berada pada situasi 'sesak nafas' untuk meraih kembali kepercayaan rakyat yang semakin luntur pada kepimpinan sedia ada (kerajaan Malaysia).


Lihat saja berapa banyak dana@fulus yang dikeluarkan daripada kantong kerajaan untuk menyogok sokongan daripada pengundi-pengundi Felda khususnya di kawasan pilihanraya kecil Tenang. 
Untuk terus menipu dan mendapat undi belas kasihan, serta merta bajet kepada kemajuan Felda diagih-agihkan. Tidak mungkin sama sekali masyarakat Felda di kawasan itu akan menikmati curahan wang ringgit jika tidak kehilangan (meninggal dunia-Al-Fatihah) ADUN kawasan tersebut.

Rakyat mana yang bodoh?
Pelbagai janji bodoh, menjengkelkan mula disuarakan oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Segala projek-projek kononnya untuk kemajuan mula disusun dengan harapan memancing undi. Helah demi helah kedengaran di corong-corong televisyen yang terus menerus menidakkan apa saja kebajikan yang dilakukan oleh pihak lawannya yakni Pakatan Rakyat.


Entahlah, aku kadangkala binggung dengan kebodohan, kebanggangan rakyat di negara ini yang masih lagi tidak nampak segala penipuan, pembohongan, dan segala macam perkara keji yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dibawah pimpinan kabinet 'haprak'.

Cukuplah wahai rakyat Malaysia sekalian!!! Sampai bila anda mahu ditipu. Sedangkan kaum Cina pun sudah makin sedar dengan penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh mereka yang rakus ini. Lihat saja DAP menjadi pilihan dengan menolak terus barisan MCA. Tetapi kaum Melayu, masih seperti dulu kala.. Sangat mudah ditipu. Bermodalkan kain pelekat dan beras 10kg sudah memadai untuk mendapat satu undi X satu keluarga.


Hahaha. Fikirlah!! Kuasa di tangan rakyat. 53 tahun merdeka rakyat makin fakir. Apa saja yang dinikmati dulu, makin hari makin tiada. Aku sama seperti aku yang miskin. Aku tidak memiliki apa-apa harta melainkan fikiran yang tidak dungu seperti mereka-mereka itu. Wassalam.

Pilihan raya umum awal jika BN raih 5,000 undi

Najib dikatakan jadikan pilihan raya kecil DUN Tenang kayu ukur


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin memutuskan tarikh pilihan raya umum akan datang di negara itu berdasarkan kepada keputusan majoriti yang bakal dimenangi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan ini.

Satu laporan laman berita The Malaysian Insider semalam berkata pihaknya difahamkan bahawa Datuk Seri Najib sedang berusaha agar BN meraih sekurang-kurangnya majoriti 5,000 undi daripada kubu Umno Johor itu sebelum membuat keputusan sama ada akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 Malaysia itu tahun ini.

Beliau berkunjung ke Felda Tenang semalam menjelang hari penamaan calon di kawasan DUN itu Sabtu ini.

Pilihan raya DUN Tenang yang bakal diadakan pada 30 Januari ini adalah pilihan raya kecil ke-14 di Malaysia sejak pilihan raya umum ke-12 negara itu pada Mac 2008.

Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusinya, Datuk Sulaiman Taha, dari Umno, pada 17 Disember lalu.

Ia juga pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008.

Tenang adalah salah satu daripada dua kerusi negeri di kawasan undi parlimen Labis, yang dipimpin ahli parlimen daripada Pesatuan Cina Malaysia (MCA), Encik Chua Tee Yong.

Allahyarham Datuk Sulaiman, 59 tahun, mengalahkan calon Parti Islam SeMalaysia (PAS), Encik Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya 2008.

Namun, Datuk Seri Najib difahamkan bahawa Umno pernah mencapai kelebihan majoriti 5,517 undi, dan ia dicapai dalam pilihan raya 2004.

'Tenang akan digunakan sebagai kayu ukur. Jika Umno boleh menang dengan majoriti antara 5,000 dengan 6,000 undi, maka pilihan raya mungkin diadakan Jun ini.


'Tetapi, jika Umno gagal mencapai sasarannya itu, maka pilihan raya mungkin ditangguhkan ke tiga bulan terakhir tahun ini atau mungkin juga tahun depan,' kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider.

Pakatan Rakyat (PR) pula akan menggunakan pilihan raya kecil itu sebagai satu ujian keyakinan pengundi terhadap Datuk Seri Najib, kata para pembangkang.

Para pemimpin PR mengaku bahawa adalah sukar untuk memenangi kerusi DUN Tenang itu, tetapi mendakwa bahawa mengurangkan majoriti undi kemenangan BN akan menjejas kepopularan Datuk Seri Najib sebagai seorang perdana menteri.

Sementara itu, Datuk Seri Najib dipetik oleh laman berita Malaysiakini sebagai berkata beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ketua pembangkang itu terlebih dahulu perlu 'menyelesaikan masalah peribadinya', khususnya tuduhan liwat, sebelum campur tangan dalam urusan lain.

'Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,' perli beliau yang disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang, semalam.

Datuk Seri Anwar telah mencabar Datuk Seri Najib supaya berdebat dengannya apabila perdana menteri itu memperlekehkan rancangan pembaharuan '100 Hari' PR, yang dijadual dilaksanakan PR sekiranya mereka menawan Putrajaya.

Datuk Seri Najib juga menafikan dakwaan bahawa kerajaannya sengaja memerangkap Datuk Seri Anwar dalam kes liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri Malaysia itu.

'Bukan kerajaan yang membuat laporan polis. Saiful yang membuat laporan itu,' katanya merujuk kepada pengadu kes berkenaan, Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan.

'Anwar kata Saiful adalah budak pembancuh teh. Saya tidak tahu jenis teh yang dihidangkan. Mungkin teh jenis khas,' kata Datuk Seri Najib, sekali lagi disambut gelak ketawa hadirin.

'Ini adalah masalah peribadi. Dia ada masalah peribadi. Tolong selesaikan masalah peribadi anda sebelum membuat perkara lain,' tambahnya.

IKLAN JAWATAN KOSONG ( PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF / PEMBANTU TADBIR P/O)

IKLAN JAWATAN KOSONG
Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini

A. PERIHAL JAWATAN :
Bil
Jawatan
Gred
Klasifikasi Perkhidmatan
Kumpulan Perkhidmatan
Taraf Jawatan
Jadual Gaji
1
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF
N27
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Sokongan
Tetap
P1T1 RM1204.55 -P1T26 RM3027.10
2
PEMBANTU TADBIR
[P/O]
N17
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Sokongan
Tetap
P1T1 RM830.28 -P1T20 RM2151.35

B. SYARAT LANTIKAN

1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
( Gaji Permulaan pada gred N27 : P1T1 )

ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,
( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T5 )

(iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, ( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T6 ,)

(b) Syarat Kenaikan Pangkat secara Lantikan.
( i) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir ( Perkeranian & Operasi ), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan ), Pembantu Tadbir ( Kewangan ) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila :-

a) telah disahkan dalam perkhidmatan, atau
b) mempunyai kelayakan di perenggan (a)(i),
c) lulus peperiksaan khas.

c) Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
d) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.


2. PEMBANTU TADBIR [Perkeranian & operasi]
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan,
( Gaji permulaan pada gred N17 – P1T1 ),

(ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari UiTM yang diiktiraf oleh Kerajaan setaraf dengannya,
( Gaji permulaan pada gred N17 – P1T6 ),

(iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan
( Gaji permulaan pada Gred N17 – P1T8 ),

(iv) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Ukur Tanah atau
Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan dari Politeknik-Politeknik Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan pada Gred N17 – P1T9 )

(v) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-Politeknikserta kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan pada Gred W17 : P1T9)

(b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan,
( Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer ),

(c) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(i) atau (ii) diatas hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d) Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

e) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.

C : UMUR
1. Calon bagi lantikan hendaklah berumur
a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

D : BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang CUEPACS yang boleh didapati di Ibu Pejabat CUEPACS, Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu 55100 Kuala Lumpur.

E : ALAMAT PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-

Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.


F : TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas sebelum atau pada 14 Februari 2011.Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.

G : DOKUMEN SOKONGAN
Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.


Maklumat asal boleh di dapati di.. K L I K

Keutamaan mempelajari dan mengajar Al-Qur'an


a. Mendapatkan syafa'at di hari qiamat
Dari Abi Umamah ra, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : 
"Bacalah oleh kamu sekalian Al-Qur'an, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiamat sebagai penolong bagi para pembacanya."   (HR. Muslim)

b. Mendapatkan derajat yang tinggi
Dari Aisyah ra, ia berkata : Telah Rasulullah saw bersabda :
"Orang yang membaca Al-Qur'an dengan mahir, akan bersama-sama malaikat yang mulia lagi taat, dan yang membaca Al-Qur'an dengan terbata-bata dan merasa berat, maka dia mendapat dua pahala."   (HR. Bukhari)

c. Merupakan ciri keimanan seseorang
Dari Abu Musa Al-Asy'ari ra., ia berkata : Telah Rasulullah saw bersabda :
"Perumpamaan orang-orang mukmin yang membaca Al-Qur'an, bagaikan buah Utrujjah, harum baunya dan lazat rasanya. Dan perumpamaan orang mu'min yang tidak membaca Al-Qur'an, bagaikan buah kurma, tidak harum baunya dan rasanya manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur'an, bagaikan bunga, haram baunya dan pahit rasanya. Dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Qur'an bagaikan buah Hamdzalah, tidak harum dan rasanya pahit." (HR. Bukhari dan Muslim)

d. Allah akan mengangkat darjatnya
Dari Umar Bin Khatab ra., ia berkata : Telah Rasulullah saw bersabda : 
"Sesungguhnya Allah Ta'ala dengan kalam ini, mengangkat beberapa kaum dan merendahkan kaum lainnya." (HR. Muslim)

e. Mendapat kebaikan
Dari Ibnu Mas'ud ra., ia berkata : telah Rasulullah saw bersabda : 
"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan setiap kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan Alif Lam mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan mim satu huruf."  (HR. At-Tirmidzi)

f. Mendapatkan kedudukan yang tinggi pada hari Qiamat
Dari 'Abdullah bin Umar dan dari Ibnu 'Ash ra., Rasulullah saw bersabda : 
"Dikatakan kepada pembawa Al-Qur'an "Bacalah dan naiklah, bacalah sebagaimana kamu membaca di dunia, maka sesungguhnya (tingginya) kedudukan (dicapai) pada akhir ayat yang kamu baca."  (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, dan An-Nasai)


2. Keutamaan belajar dan mengajar Al-Qur'an

a. Merupakan amal terbaik
Dari 'Utsman Bin 'Afan ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : 
"Sebaik-baik kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Qur'an dan mengajarkannya." (HR. Bukhari)


b. Terhindar dari kehancuran
Dari Ibnu 'Abas ra, ia berkata : Rasulullah saw bersabda : 
"Sesungguhnya orang yang tidak ada sedikitpun dari Al-Qur'an pada rongga mulutnya, bagaikan rumah yang rapuh."  (HR. At-Tirmidzi)

c. Mendapat sebaik-baik anugerah Allah
Rasulullah saw bersabda : Allah SWT berfirman : 
"Barangsiapa yang sibuk dengan Al-Qur'an (melebihi daripada sibuk) dengan zikir dan memohon (berdoa) kepada-Ku, pasti aku akan berikan kepadanya kurnia yang lebih utama dari yang Ku berikan kepada orang-orang yang memohon (berdoa). Dan keutamaan Kalam Allah di atas semua ungkapan, laksana keagungan Allah di atas semua makhluk-Nya" (HR. Tirmidzi)


d. Mendapat keistimewaan dihadapan makhluk
Dari Ibnu Umar ra., dari Rasulullah saw bersabda : 
"Tidak ada hasud yang benar kecuali kerana dua hal. Seseorang yang diberi Allah Al-Qur'an , maka ia mengamalnya siang mahupun malam. Dan seseorang yang diberi harta, maka ia menginfakannya siang dan malam." (HR. Bukhari dan Muslim)


Tuesday, January 18, 2011

Said Nursi harmonikan sains dan Islam

Bersama kita menghayati sejarah kehebatan ilmuwan Islam seperti Said Nursi..
Sebelum itu sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Said Nursi..

Selami kata-katanya..
"Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa"
~Bediuzzaman Said Nursi~


BADIUZZAMAN Said Nursi atau ebih dikenali sebagai Said Nursi dilahirkan 1876 Masehi bersamaan 1293 Hijrah di sebuah perkampungan kecil bernama Nurs di wilayah Bitlis, tenggara Turki.

Dilahirkan dalam keluarga yang menitikberatkan amalan beragama, nama Said diberikan oleh ibu bapa beliau yang membawa maksud bahagia dengan harapan Said Nursi menjadi manusia yang membahagiakan agamanya.

Ketika berusia sembilan tahun, Said Nursi mula merantau dan menuntuut ilmu ke seluruh pusat pengajian di Turki sehinggalah umurnya 14 tahun.

Kelebihan daya ingatan dan hafalan yang kuat yang dianugerahkan Allah kepadanya menjadikan beliau terkenal dan diberi gelaran Badiuzzaman oleh gurunya, Syeikh Fathullah.

Allahyarham Said Nursi
Gelaran Badiuzzaman yang diterima amat berrepatan dengan pengabdian seluruh hidupnya untuk mendaulat dan mempertahankan Islam semasa Turki mula diserang anasir sekularisme.

Said Nursi merupakan pemikir dan ulama yang hidup semasa era zaman kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah.

Pada tahun 1897, Said Nursi berhijrah ke bandar Van, dimana beliau mentelaah kitab-kitab yang terdapatdi perpustakaan dan membuat kajian terhadap tahap kefahaman masyarakat tempatan, khususnya Kaum Kurdi terhadap Islam.

Berkat iltizam dan keazaman, Said Nursi dapat menguasai bukan sahaja ilmu sains tetapi ilmu-ilmu moden yang lain seperti sejarah, geografi, matematik, falsafah serta pengetahuan Islam. Di zamannya pernah tersiar di akhbar ucapan kontroversi Menteri Tanah Jajahan British, William Ewart Gladstone (gambar bawah) ketika satu perhimpunan rasmi British berkata sambil memegang Al-Quran.

"Selagi Al-Quran berada di tangan-tangan orang Islam, selagi itu kita tidak akan mampu menguasai mereka."Oleh itu, kita perlu jauhkan Al-Quran daripada mereka."

Said Nursi amat terkesan dengan kata-kata William berusaha menghadapi ancaman Barat dengan menubuhkan sebuah universiti di Timur Turki yang dinamakan Madrasah Al-Zahra.

Pusat ilmuwan berkenaan dibina bertujuan menggabungkan ilmu agama dan sains moden bagi memperkukuhkan keyakinan beragama.

Tetapi amat malang kerana pembinaan universiti tidak dapat disiapkan disebabkan Perang Dunia Pertama meletus.

Pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi dalam menyebarkan syariat Islam bersama-sama pengetahuan saintifik tidak langsung melemahkan semangatnya.

Beliau pernah ditangkap, dipenjarakan malah cuba diracun beberapa kali namun sempat menghasilkan karyanya Buah Buah Iman semasa dipenjara.


Berpandukan pengetahuan saintifik, Said Nursi menegaskan bahawa tiada pertentangan antara ilmu sains dan kebenaran agama, mala Al-Quran merupakan pembuka jalan ke arah ilmu-ilmu alam semesta.

Pandangan beliau diluahkan dalam karya agungnya, Rasail An-Nur yang terdiri daripada 130 Risalah semasa dalam penjara.

Risale-i Nur, yang menerangkan dan menghuraikan asas-asas keimanan dari kebenaran Al-Quran kepada manusia moden.

Kitab berkenaan juga menunjukkan bahawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat hanya boleh diperolehi dalam keimanan dan ilmu ketuhanan.


Karya agung beliau turut mempengaruhi penulis Turki, Harun Yahya yang kini telah menghasilkan beratus buku yang menghuraikan sains moden dari perpekstif Al-Quran.

Said Nursi menghembuskan nafas terakhir pada 25 Ramadhan 1379 bersamaan 23 Mac 1960 di Urfa.

Di sini dilampirkan dua petikan komen cendekiawan Islam terhadap Badiuzzaman dan Risale-I Nur:

"Dalam sejarah Islam, tiga perkara pergerakan Islam berikut telah bangkit dan menyerupai satu dengan yang lain di mana setiap satunya telah memainkan peranan yang besar dalam memelihara keimanan orang-orang Islam

ï‚· Pergerakan Imam Rabbani, Shaykh Ahmad Sirhindi di India.

ï‚· Pergerakan Abdulhamid ibnu Badis di Algeria

ï‚· Pergerakan Badiuzzaman Said Nursi di Turki."
Risale-I Nur
Prof. Abdul Wadud Celebi dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Saya percaya bahawa penulisan dalam Risale-I Nur sahaja yang melihat dengan cukup dan menyeluruh kepada kosmos seperti keadaan yang sebenar, menyampaikan keimanan dengan pentafsiran Al-Quran seperti yang dikehendaki oleh Rasulullah, mencari sebab penyakit yang menjangkiti manusia moden dan menawarkan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit dengan sepenuhnya.

Malaysia daripada terjemahan Thomas Fuller

Malaysia has long prided itself as a model of ethnic harmony. But the country's three main races Malays, Chinese and Indians now find themselves at an uneasy turning point. The post-independence political formula of race-based parties united in a common coalition is breaking down, with Chinese and Indians withdrawing their support. An affirmative action program favoring Malays has been extended indefinitely and is widely resented among non-Malays. Add religious tensions to the mix and the notion of a common Malaysian identity is looking fragile. Malay Muslims are asserting their rights to be judged by a separate Islamic legal system in matters pertaining to marriage, divorce and inheritance. The civil courts have so far ruled in their favor.

Yet as the country searches for a common identity, some parts of the country are thriving. Construction is booming in the heart of the commercial capital, Kuala Lumpur. The government is reaping billions of dollars from the surge in commodity prices, mainly oil and gas and palm oil and rubber. Malaysia continues to build world-class highways and other physical infrastructure. But the quality of its universities and education system remains middling to poor.

In February 2008, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi called for general elections. The campaign was a barometer of a soured national mood, with voters in opinion polls saying their greatest concerns were ethnic tensions, income inequality, rising prices of fuel and food and a surge in crime. Contested vigorously by the opposition, the elections were also a test of Mr. Abdullah's popularity. He came to power in 2003 promising sweeping reforms and a crackdown on corruption, but his administration has been widely seen as ineffectual. When opposition party members and activists wanted to send a message about the state of Mr. Abdullah's administration, they delivered a present to his office -- a pillow.




Thomas Fuller is a journalist who writes about Asia for the New York Times and International Herald Tribune

General Information on Malaysia

Official Name: Malaysia
Capital: Kuala Lumpur (Current local time)
Government Type: Constitutional monarchy
Population: 24.82 million
Area: 127,316 square miles; roughly the size of New Mexico
Languages: Bahasa Malaysia (official), English, Chinese, Tamil, Telugu, Malayalam, Panjabi, Thai
Literacy: Total Population: [89%] Male: [92%]; Female: [85%]
GDP Per Capita: $12,900
Year of Independence: 1957
Web site: Parlimen.gov.my In Bahasa Malaysia 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...