10.9.2010..syawal yang aku rasakan penuh hiba dan sedih sepanjang hidup aku..
sehari sebelum syawal aku sempat balik kerumah..bersahur dan berbuka bersama family..
mak dan ayah tak sihat..demam teruk..1st time aku rasa ayah aku demam teruk macam ni.. lansung tak dapat bangun..tak pernah aku tgk keadaan dia macam tu..
huhuhu..malam sebelum syawal..tiada langsung persiapan kat umah aku..lain dari kebiasaannya..
tapi dlm keadaan tak sihat pon mak aku mampu lagi gagahkan diri buat gulai daging untuk dimakan dengan ketupat..tp ketupat yang mak mampu buat tak sampai 50 biji pon..mmmm..
malam sebelum Syawal...aku tak tidur..wat preparation yang mana aku mampu..isi kuih dalam bekas n kemas2 rumah..nasib baik itu semua rutin yg biasa aku buat..overnight aku berjaga.. harapnya besok hari mak aku lega n tak kelam kabut tengok keadaan rumah..nak dijadikan cerita adik perempuan aku(kakngah) pon demam..mmm..
1 syawal..ayah mak still tak sihat..ayah x pergi pon solat aidilfitri pon..
then t.hari after solat jumaat..mak aku decide untuk balik kg..Kg Alor Kumbang, Bukit Jenun Pendang, Kedah..
kami 1 family balik kg mak. 2 biji kereta..kebiasaannya lepas solat raya kat sini (Pengkalan Hulu) kami 1 family akan ke kg ayah di Bukit Tok Haji, Sg Tiang ,Kedah..then baru ke kg mak.. Tp tahun ni 1st time sepanjang life aku, kami tak pi ke sana n ziarah kubur tok n tokwan sebelah ayah aku..
kami terus gerak pergi ke Bukit Jenun..kg mak aku..atas sebab kesihatan, mak ayah aku pon x pergi ziarah kubur tok(gambar) n tokwan sebelah mak aku..huhuhu..just aku n adik aku ja yang pergi ziarah..
3 malam kami tidur kat umah pak lang(except adik aku no 2,3,4)diaorang balik Pengkalan Hulu at malam raya ke-2..then just aku n adik bongsu(no 5) je kat kg. Mak ayah memang betul2 tak sihat..satu rumah pon kami tak pergi beraya except umah pak lang n pak ndak yang bersebelahan.. memang hiba sangat tengok keadaan depa(diaorang)..
macam2 terlintas dalam fikiran aku..adakah ini kali terakhir aku bersyawal bersama mak ayah aku..uhhhh..
ajal maut adalah rahsia Allah taala...aku tak boleh tak pk macam tu..sesiapa pon taknak kehilangan org yang terdekat apatah lagi yang tersayang!!..see video link
sepanjang kat umah pak lang, mak ayah aku terlantar baring..memang tak mampu bangun.. nasib baik la ada paklang Lah n lang Pishah(kakak kepada mak aku..) depa memang sangat baik n memahami..
hanya Allah yg mampu balas jasa depa..
walaupun 3 hari kami stay kat umah depa, langsung sikit pun depa tak bermasam muka..layanan depa selama 3 hari tu tak pernah berubah walaupun sedikit..memang cukup baik..aku sendiri pun tak mampu buat macam tu..pak lang,mak lang sendiri pon tak pi beraya mana2 sebab tgk keadaan mak ayah aku macam tu..
siang tadi, 12.9.2010.. keadaan ayah aku nampak makin sihat..alhamdulillah..ayah dah mampu jamah nasi..huu..lega sangat2 aku tgk keadaan dia..tp mak aku still tak ok..petang tu pak lang aku sempat bawak mak ayah aku pergi berubat tradisional kat area kg tu.. then ayah aku decide nak balik rumah malam ni(pengkalan hulu)..
malam..at 9pm.. kami siap2 n gerak balik..pertama kali aku tgk ayah aku menitis airmata.. dia menangis teresak2..setahu aku ayah aku memang seorg yg susah nak keluarkan airmata dia..suasana luar dari kebiasaan aku rasakan malam ni..dia sedih sebab pengorbanan paklang n maklang aku memang tak dapat digambarkan dengan kata kata..
aku pon sedih..memang aku tak nafikan paklang aku memang sukar dicari ganti.. walaupun life dia n family tak seberapa tapi dia tak pernah sedikit pon merungut especially bab makan minum..then kalau boleh dia tak mau seekor nyamuk pon hinggap kat mak ayah aku..huhuhu..terima kasih sangat2 paklang Lah n Lang Pishah..
sampai ayah aku kata ''adik beradik aku sendiri pon tak pernah layan aku macam tu malah aku sendiri pon belum mampu buat macam apa yang dia(paklang) buat'' huuu..
terkenang dosa dosa aku pada mak ayah aku selama ni..aku cuma berharap dapat buat yang terbaik pada mereka dengan masa yang aku ada sekarang ni..
Ya Allah!!, ampunkanlah dosa-dosa aku Ya Allah..dosaku pada kedua orang tuaku selama aku bernafas Ya Allah.. Engkau sihatkanlah kedua orang tuaku Ya Allah.. berikanlah kesakitan yang mereka deritai itu padaku Ya Allah agar dapat aku tebus dosa-dosaku pada mereka...amin ya rabbal alamin..
dengan izin Allah taala aku berharap sgt mak ayah aku sihat walafiat sebelum aku balik ke Langkap..
WASHINGTON :10 Sept 10: Di sebalik tekanan dari dalam dan luar Amerika, Pastor Terry Jones dari Florida membatalkan kempennya mahu membakar al-Quran yang dijadual untuk dilakukan esok sempena ulang tahun kesembilan memperingati serangan pengganas 11 September.
Jones, pastor sebuah gereja kecil di Gainesville mengumumkan keputusan itu pada sidang media di Florida semalam, yang turut dihadiri Imam Muhammad Musri dari Islamic Society of Central Florida. Beliau juga mendakwa pemimpin-pemimpin Islam telah bersetuju untuk menggugurkan projek membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001.
Dipetik Reuters, Jones (gambar) berkata beliau mendapat jaminan daripada Muhammad Musri tentang pendirian masyarakat Muslim. Jones turut meminta mana-mana kumpulan lain agar tidak membakar al-Quran dan beliau akan terbang ke New York esok untuk mengadakan pertemuan dengan Imam Feisal Abdul Rauf, yang mengetuai projek pembinaan itu.
Bagaimanapun laporan menyusul berkata, Feisal menafikan kenyataan Jones bahawa satu perjanjian telah dicapai untuk memindahkan tapak projek pembinaan pusat dan masjid. “Saya gembira kerana Pastor Jones telah memutuskan untuk tidak membakar al-Quran,” kata Feisal dalam satu kenyataan dikeluarkan di New York.
“Bagaimanapun, saya tidak bercakap dengan Pastor Jones atau Imam Muhammad Musri (dari Florida). Saya terkejut dengan pengumumman mereka.
“Kami tidak bermain-main dengan agama kami atau agama lain. Ataupun kami akan adakan perjanjian barter (sedemikian).
“Kami berada di sini untuk menghulur tangan bagi membina keamanan dan keharmonian,” kata Feisal lagi.
Laman web NBC melaporkan, pada sidang media kedua sejurus selepas penafian Feisal, Jones pula berkata, beliau “berbohong tetapi saya tetap akan mengadakan pertemuan dengan beliau.” Pada sidang media pertama, Jones bertemu dengan Muhammad Musri yang memberitahunya bahawa pegawai-pegawai masyarakat Islam memberi jaminan bahawa tapak pembinaan masjid akan dipindahkan.
“Saya ada bertanya beliau tiga kali, dan saya ada saksi,” kata Jones.
Bagaimanapun selepas sidang media pertama Muhammad Musri memberitahu beliau dijemput untuk mengadakan satu pertemuan bersama Jones dan imam New York berhubung cadangan memindahkan masjid. Jones juga memberitahu Setiausaha Pertahanan Amerika Robert Gates ada menghubunginya awal semalam.
Gates meminta Jones agar menggugurkan rancangan membakar al-Quran. Rancangan Jones itu menjadi kontroversi antarabangsa sejak awal minggu ini, yang turut dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertuduhan Persidangan Islam (OIC). Pelbagai pihak dari Malaysia juga mengecam tindakan sedemikian.
Awal semalam, Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negara Hillary Clinton telah merayu Jones akan mengkaji semula rancangannya. Pemimpin-pemimpin tentera Amerika menjelaksan pendirian mereka bahawa rancangan Jones akan membawa kesan buruk mendalam di luar negara.
Laporan Reuters juga menyebut pentadbiran Obama juga telah mengadakan perbincangan bagi menentukan sama ada mahu memanggil pastor itu bagi memintanya membatalkan rancangan membakar al-Quran. “Kemungkinna itu ada dibincangkan dengan mendalam oleh pentadbiran,” kata jurucakap Pentagon Geoffrey Morrell.
Pastor Jones membuat pengumuman itu ketika Interpol mengeluarkan kenyataan amaran kepada kerajaan di seluruh dunia berhubung kemungkinan peningkatan risiko tindakan pengganas jika pelan membakar al-Quran diteruskan.
“Jika rancangan untuk membakar al-Quran diteruskan di Amerika sebagaimana telah dirancang, ada kemungkinan besar serangan ganas akan menimpa mereka yang tidak berdosa,” kata kenyataan Interpol atas nasihat Pakistan, rakan pentadbiran White House.
Dengan rancangan mahu membakar al-Quran, sambutan Aidilfitri di Amerika kali ini agar tegang dengan bantahan terhadap pelan masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu.
Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sebelum ini mengatakan bahawa mereka menyokong hak bagi masyarakat Islam membina pusat itu manakala Republikan termasuk bekas calon jawatan Naib Presiden Sarah Palin menentangnya. Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu.
Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta). Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.
Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat. (AK)
Thursday, September 9, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR BATIN..
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad(gambar) menuntut kerajaan supaya menjelaskan rasional di sebalik tindakan membayar 'bonus hari raya' sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam.
Katanya, beliau tidak menentang tindakan itu, tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah "tidak logik."
Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan sebelum ini bertindak menarik balik subsidi berjumlah RM750 juta.
Kerajaan sebelum ini memberi alasan bahawa subsidi berkenaan tidak lagi efektif kerana hanya dapat memberi manfaat kepada golongan kaya, katanya.
Katanya lagi, tindakan itu bagaimanapun menyebabkan kenaikan harga barangan yang perlu ditanggung kepada semua peringkat masyarakat.
"Kerajaan tarik RM750 juta subsidi, tapi tiba-tiba dia beri RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat.
"Pengarah yang gaji besar pun dapat juga. Anda tarik (subsidi) daripada orang susah untuk bagi untuk bagi (bonus berjumlah) RM900 juta lebih.
"Jadi apa logiknya? Adakah semata-mata sebab kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dapat beri juga?," soal Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.
Katanya, pemberian 'bonus' hari raya itu juga diumumkan dalam keadaan kerajaan mengumumkan belanjawan defisit.
Tambahnya, Pulau Pinang dan Selangor mampu berbuat demikian kerana mempunyai bajet lebihan.
"Tapi (kerajaan pusat) kata bajet defisit hingga terpaksa tarik subsidi," katanya lagi.
wupppss..merdekakah aku...
persoalan yg setiap kali timbul setiap kali tanggal 31 Ogos menjelma dikala aku mengerti aku ini manusia..
adakah aku akan dianggap sebagai rakyat yg tidak mengenang jasa..rakyat yang angkuh??
arggghhh..pedulikan..
apa yang aku tahu, aku hanyalah rakyat biasa yang sentiasa menagih simpati dengan life yang sentiasa sempit ini..
huhuhu..mungkin aku seorg saja yang mengerti apa yg aku coretkan ini..hahaha..
tapi..apa yg penting sudah 53tahun kita (rakyat Malaysia) MERDEKA!!!
p/s : aku sangat simpati dengan kehidupan sebagai warga Merdeka