Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Monday, January 17, 2011

Ground Zero- Ketua projek pusat Islam di New York letak jawatan

NEW YORK: Imam dan isterinya yang bertanggungjawab terhadap pelan kontroversi membina pusat kebudayaan Islam dan masjid berdekatan kawasan serangan 11 September di New York meletak jawatan sebagai ketua projek itu.


Imam Abdallah Adhami
Imam Feisal Abdul Rauf dan isterinya, Cik Daisy Khan, menjadi tumpuan apabila mereka mengumumkan pembinaan pusat itu di lokasi sensitif dan seterusnya mencetuskan tentangan sejak tahun lalu.

Pusat yang dicadangkan itu setinggi 13 tingkat bernilai AS$100 juta ($128 juta) dikenali sebagai Park51.

Imam Feisal dan isteri, Daisy Khan (kenapa tak bertudung?)
Ia hanya terletak dua blok dari kawasan Ground Zero - lokasi serangan pengganas pada 11 September 2001 yang menyebabkan kemusnahan bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia dan kematian hampir 3,000 orang.

Imam Feisal dan Cik Daisy Khan tidak lagi bercakap mewakili Park51 atau mengutip dana untuk projek ini, kata Park51 dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Imam Feisal masih kekal sebagai ahli lembaga pengarah pusat itu.

Beliau menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat untuk berceramah bagi membetulkan salah tanggapan terhadap tujuannya dan Islam secara am.

Jawatan itu kini diambil alih oleh Imam Abdallah Adhami, rakyat Amerika yang dilahirkan di Washington, dan telah berdakwah sejak 20 tahun lalu.

Beliau dikatakan turut mempunyai kelulusan sarjana muda dalam bidang arkitektur daripada Institut Pratt di Brooklyn. -- Reuters, AFP.



pss: alhamdulillah, usaha dakwah mereka yang bertakwa ini tidak pernah putus asa walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan yang sangat2 dasyat daripada rakyat Amerika dan ini sangat berbeza dengan keadaan kita hari ini di tanah tumpah darah sendiri, Malaysia. Hukum Allah SWT dan suruhan Rasulullah saw ditolak hidup-hidup oleh mereka yang dari kalangan Islam itu sendiri..nauzubillah.




Sedikit kuliah daripada Syeikh Abdallah Adhami



anasir jahat! : Video yang di putarbelit untuk menakut-nakutkan bukan Islam daripada mendekati Islam!!!





lagi cerita..

Wednesday, December 22, 2010

Speaker Dewan Rakyat yang sangat berat sebelah!!

Aku rasa bersalah sangat sebab tak post pasal related issue (sebab dah beberapa hari isu ni di warwarkan di media), tindakan speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bersetuju dengan keputusan majoriti untuk menggantung tiga ahli Parlimennya selama enam bulan. Tindakan speaker sangat jelas dan nyata bersikap berat sebelah.


Tengoklah gelagat speaker yang sangat memalukan. Menggunakan kuasanya untuk menyebelahi Barisan Nasional secara terang-terangan.


lagi cerita:


Berita ini juga turut disiarkan di akhbar Sinar Harian bertarikh 16 Dis 2010 (Khamis)


Thursday, December 16, 2010

Ceramah DSAI di Wangsa Maju

Wednesday, December 15, 2010

Jadikan Iktibar: Saat di talkinkan. MasyaAALLAH..

Assalamualaikum wr wb

Sebak dada bila membaca cerita dan kisah ini. Tetapi sangat-sangat bagus untuk di hayati. Semoga kita insaf dan menjadikan cerita ini sebagai pengajaran. InsyaAllah...

.. hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh, nafasku sesak.


Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. 
"Mengucap sayang,, mengucap....... Asyhaduallailahaillallah.........
"ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. 
Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor? " Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang.
Mungkin abang baru sampai.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah?


Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah.....
Tapi mataku..... semakin gelap. Adakah aku sudah buta?
Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara tu ?
Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau  lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja, dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu..... aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku.


"Yassin......".  Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu ???

Apakah aku sudah menghampiri maut ??????? Aku takut !!!!!!! 
Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi Malaikat Maut datang. 
Aku di ambang sakaratul maut......  

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang,  aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak ? 

Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan "panas, dahaga, haus, panas........" .tapi tiada siapa pun yang peduli.


Nenekku datang, "Nenek...........".
"Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
"Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....".

"Ayah.......kau datang ayah.......".  
"Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi ?? Kenapa kau berubah laku ?? 
Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku !!?? "

“Mengucap sayang, mengucap. Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.

Itu suara ibu !. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang. 
"Mari ikut kami". 
Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya 
"Mari ikut kami".


Cahaya putih datang, datang hitam, datang sinaran kuning. Cahaya merah datang.

"Apa ini,apa ini?.
Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.

Dan kemudian datanglah Malaikat Maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......".

Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. 
Lalu, "innalillahi wainnailaihi rajiuun...."
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.
"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?
Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......!!".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu ?".
"Aku !!".
"Kau siapa wahai pemuda ???".

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. 

Aku tidak pernah melihat  orang yang sehodoh, sekotor,dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.

Tanpa di pedulikannya...... jijik, loya, aku rasa teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik  ini".
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. 

Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

"Aku tak kenal engkau!! Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.

Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah Kau kurniakan.

Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah  terlambat untuk bertaubat.

Apa yang aku harus lakukan!!!!!? Surah Yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.

Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini ?????!
"Tolong....sejuk!!!! 
Kenapa air ini berbau air kapur barus. 
Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!

Kenapa ramai orang melihat aku ??? 
Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti, tunggu !! Jangan bungkus aku !". 
Kenapa kalian semua buat aku macam ini?
“Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk Tok Imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.

Tapi kenapa aku di sembahyangkan ?!
Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri !?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".

Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat. 
Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

“Kotak apa ini?" Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.
“Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah !" Kedengaran suara Tok Imam. 
Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. Tapi kemana dia bawanya aku ?".

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku dibawanya?
"Tolong turunkan aku, aku takut !!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan", aku terdengar suara Tok Imam memberitahu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat diwaktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya sambil berkata,
'Keluarkanlah nyawamu! Di hari ini, kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah perkataan yang tidak benar, dan kerana kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya"
(Surah Al-An'am Ayat 93)

"Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!".
Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......
Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari Tok Imam.

"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar........".
Sayup sayap aku terdengar Tok Imam terus membaca talkin. 

Tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku semakin kabur dan terus tidak kelihatan.
Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ...... aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. 
Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!! -end-


MasyaALLAH.. Walaupun ini hanyalah sekadar cerita namun, semoga kita jadikanlah ia sebagai pedoman dan keinsafan untuk kita yang pasti jua akan menghadapinya.

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK... DAN SAKITNYA HINGGA KE  AKHIRAT ". Nuazubillah..

Monday, December 13, 2010

aku dedah..- Konspirasi illuminiti !!!


bahaya illuminiti @ freemason..
satu kepercayaan yang secara tidak sedar adalah merupakan musuh utama kepada umat ISLAM. Golongan ini sedang menunggu-nunggu keluarnya Dajjal. Mereka ini lebih mempercayai Matahari dan dianggap Matahari itu sebagai sesuatu yang harus mereka sembah. Nauzubillah- Cepat kita mengucap dua kalimah syahadah dan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi SAW.


Sudah tentulah ini adalah kepercayaan syirik yang boleh menjadikan kita murtad @ terkeluar daripada ISLAM secara tidak lansung. Link yang perlu kita lihat untuk waspada dan yang mungkin tidak kita sedari. Mereka sentiasa mengkaji dan berusaha untuk menjayakan propaganda yang mereka cetuskan iaitu The New World Order sedangkan kita di lalaikan dengan pelbagai hidangan HIBURAN.

  sabda Nabi Muhammad SAW ;
  طَلَبُ الْعِلْمَ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ
  Ertinya :
  “Menuntut Ilmu diwajibkan atas orang Islam laki-laki dan perempuan”
Mu’adz bin Jabbal berkata : “Tuntutlah ilmu, kerana mempelajari ilmu kerana mengharapkan wajah Allah itu mencerminkan rasa Khasyyah, mencarinya adalah ibadah, mengkajinya adalah tasbih, menuntutnya adalah Jihad, mengajarnya untuk keluarga adalah Taqarrub.”


Perlu kita fikirkan kenapa WAJIB KITA LAKSANAKAN HUDUD!!!!

Sekarang kita dikelilingi idealogi barat, sekularisme, liberalisme, dan negara kita yang di istihar sebagai negara Islam tetapi mengamalkan Demokrasi @ kebebasan. Apakah sebenarnya kebebasan ini? 

Oleh itu perlu kita peka pada Hak Asasi Manusia@ Suhakam. Perencanaan daripada Barat ini sangat-sangat teliti sebagaimana janji-janji syaitan kepada Allah Taala untuk menyesatkan sebanyak mungkin umat Adam dan Hawa mengikut ke jalannya yakni Neraka jahannam.. Dan kenapa Barat sangat pentingkan Kebebasan ini ataupun FREEDOM? Klik link ini dan fahami (baca dan fahami - istighfar pada ALLAH SWT untuk elak kita terjerumus kepada mempercayainya)


ISLAM ditindas DEMOKRASI

Assalamualaikum.. Video di bawah untuk dijadikan sekadar renungan kuasa yang kita damba untuk hidupan seharian di tanah air kita kala ini. Entah bagaimana nasib kita di akhirat kelak kiranya kita dalam hidup hari ini tidak lansung ingin berjuang pada agama ALLAH SWT.

Tidak pernah damai hati aku sebelum tidur jika tidak sekali (walaupun sehari) memperjuangkan agama-NYA. Gunakanlah kemudahan media yang masih dan agak bebas ini untuk kita dakwah dengan berani memartabatkan Agama-NYA. ISLAM. Amin..



Sunday, December 12, 2010

Chong Wei juara Hong Kong Super Series 2010

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini menambah satu lagi koleksi medal 'champions' dan lebih manis lagi beliau berjaya mempertahankan gelaran juara yang dimilikinya di kejohanan dan vanue yang sama pada tahun 2009.


Chong Wei seperti berada pada 'level' terbaiknya ketika ini kerana dengan mudah menewaskan jaguh badminton no.1 Indonesia Taufik Hidayat dengan kemenangan mudah 21-19 dan 21-9. 

Chong Wei yang diketahui antara pemain yang 'lambat panas' kelihatan tercari-cari rentaknya yang sebenar di pentas akhir itu apatah lagi lawan yang dihadapinya juga merupakan musuh 'regular' beliau.

   
13Smash winner6
2Net winner1
4Clear winner7
23Other14
7Most consecutive points4
5Game points0
70Rallies played70
42Rallies won28
 
 
 


Sekurang-kurangnya kejayaan pemain no.1 dunia dari Malaysia ini berjaya mengubat duka kekalahan beliau kepada Lin Dan pada final Sukan Asia 2010 China baru-baru ini. Jaguh utama China itu menarik diri di peringkat suku akhir dan memberi kemenangan percuma kepada pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh. 

Queen Elizabeth Stadium - Court 1
  1.Starting at 1:30 PMWD
Xiaoli Wang
Yang (F) Yu
-
Wen Hsing Cheng [1]
Yu Chin Chien
21-11 21-120:24
  2.Followed byWS
Saina Nehwal [2]
-
Shixian Wang [3]
15-21 21-16 21-171:11
  3.Followed byMS
Chong Wei Lee [1]
-
Taufik Hidayat [3]
21-19 21-90:31
  4.Followed byXD
Joachim Fischer Nielsen [6]
Christinna Pedersen
-
Nan Zhang [5]
Yunlei Zhao
  5.Followed byMD
Sung Hyun Ko [6]
Yeon Seong Yoo
-
Markis Kido [2]
Hendra Setiawan


lagi cerita..


Lihat juga video final men singles Hong Kong Super Series 2009
Chong Wei(MAS) vs Peter Gade(DEN)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...