Monday, December 6, 2010

Tafsir Surah Al-Qaariah

 Surat Al Qaari'ah سورة القارعة adalah surat ke-101 dalam Al Qur'an. Surat ini terdiri atas 11 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah, diturunkan sesudah surat Quraisy. Nama Al Qaari'ah diambil dari kata Al Qaari'ah yang terdapat pada ayat pertama, artinya mengetok dengan keras, kemudian kata ini dipakai untuk nama hari kiamat.
Pokok isi surat ini adalah kejadian-kejadian pada hari kiamat, yaitu manusia bertebaran, gunung berhamburan, amal perbuatan manusia ditimbang dan dibalasi.

Isi surat

  1. الْقَارِعَةُ Hari Kiamat,
  2. مَا الْقَارِعَةُ apakah hari Kiamat itu?
  3. وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu?
  4. يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran,
  5. وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.
  6. فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan) nya,
  7. فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.
  8. وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan) nya,
  9. فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.
  10. وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?
  11. نَارٌ حَامِيَةٌ (Yaitu) api yang sangat panas. 

Setelah 31 tahun : Akhirnya Samyvellu berundur juga..

Datuk Seri S. Samyvellu
Setelah 31 tahun akhirnya Datuk Seri S. Samy Vellu(Presiden MIC sejak tahun 1979) sedar diri untuk melepaskan jawatan secara rasmi di dalam parti MIC. 
Beliau secara tak langsung telah mencipta rekod sebagai Presiden a.k.a Ketua paling lama berkhidmat yang mengalahkan Sir Alex Ferguson sebagai manager Manchester United(memimpin MU sejak 1986) apatah lagi Tun Mahathir..hahaha.
Sir Alex Ferguson
Memang hebat orang tua ni.. Entah berapa banyak kekayaan yang dah dia kumpul selama berjawatan dalam Kerajaan Malaysia selama 31 tahun. Lu pikir la sendiri..


KUALA LUMPUR, 6 Dis — Datuk Seri S. Samy Vellu secara rasmi melepaskan jawatan sebagai presiden MIC yang disandangnya sejak 31 tahun lalu.
Pada sidang media yang menjadi tumpuan wartawan di ibu pejabat MIC tengah hari ini, Samy Vellu memberitahu, beliau telah menyerahkan surat meletak jawatan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat yang mengadakan mesyuarat khas pagi ini.

“Sebaik sahaja saya meninggalkan bilik ini, saya bukan lagi presiden (MIC),” kata beliau.


lihat profile : 

Kandungan memo air kepada Agong



Memorandum
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan

Kepada:
Duli Yang Maha Mulia 
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin 
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan

2010

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (“SYABAS”), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini. 

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan. 

Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.

-sumber -MK-

Lari takut nak berkhatan..

Hanya dikhatan@bersunat@masuk jawi bila dipegang 10 orang

JASIN (Melaka): Ngeri melihat jarum suntikan yang digunakan dalam majlis berkhatan, seorang murid darjah dua Sekolah Kebangsaan (SK) Bemban di sini terpaksa dipegang 10 lelaki apabila cuba lari daripada dikhatankan.

~sekadar gambar hiasan~
Mohd Asyraff Malek, lapan tahun, yang turut menyambut hari jadinya kelmarin bertindak melompat turun daripada katil setelah terpandang jarum suntikan yang digunakan oleh pegawai perubatan untuk memulakan acara itu.

Dia merupakan antara 90 kanak-kanak berusia lapan hingga 11 tahun yang menyertai program khatan beramai-ramai sempena program Juara Rakyat 1Malaysia di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bemban di sini.

Menurut ibu Mohd Asyraff, Cik Alimah Aman, 38 tahun, sewaktu beratur menunggu giliran, anaknya itu seperti tidak sabar untuk berkhatan dan kerap bertanyakan tentang gilirannya.

'Mohd Asyraff kelihatan tenang sahaja apabila dipanggil masuk ke dalam bilik dan terus baring di atas katil tetapi ketika pegawai perubatan mengeluarkan jarum, dia terus terjun dan keluar daripada bilik serta tidak mahu berkhatan,' katanya.

Kata Cik Alimah, selepas hampir sejam memujuk Mohd Asyraff, akhirnya kanak-kanak itu dipaksa memasuki bilik berkhatan dan dengan bantuan 10 lelaki memegangnya, akhirnya dia selamat dikhatankan.

Wanita itu hairan melihat gelagat anaknya itu kerana sebelum ini Mohd Asyraff seperti tidak sabar untuk berkhatan.

'Sebelum ini dia asyik mengira hari dan waktu dia akan dikhatankan dan bersiap lebih awal untuk ke majlis ini,' katanya.

Semak Saman Anda Sekarang - Less 50% !!!

Sekarang polis@PDRM tengah buat DISKAUN untuk saman.(aku lambat dapat info..huhuhuh) Aku tak pasti samada diskaun tu untuk semua saman ataupun untuk saman speedtrap@saman ekor. Tapi yang aku kompom saman speedtrap@ saman ekor memang ada less 50%.(Diskaun ini sah hingga sebelum tahun 2011 )


Setakat hari ni saman speedtrap aku dah ada 8.(aku memang champion..) Nasib baiklah senarai blacklist di postpone sampai bulan 2 tahun depan, so aku masih berkesempatan la untuk sambung roadtax sebab nama belum di blacklist kan (roadtax aku dah expired pun 3hb Dis baru ni..hukhukhuk)..


ini detail saman aku kat MyEg

VEHICLE NOISSUED
DISTRICT
SUMMONS NOOFFENSE DATE/TIMEOFFENSE DETAILSSUMMONS AMOUNT (RM)INCENTIVE AMOUNT(RM)BLOPS
PHE9418S/RIVER(B/PADANG)01DH1243342010-10-04 10:59:00
SPEEDING
300.00150.00NONO
PHE9418KERIAN01DG8586032010-07-28 12:27:00
SPEEDING
300.00150.00NONO
PHE9418KAMPAR(KINTA)01DG2916992010-07-05 11:36:00
SPEEDING
300.00150.00NONO
PHE9418HILIR PERAK(T/INTAN)01RR0504822010-02-24 12:26:00
SPEEDING
300.00150.00YESNO
PHE9418KAMPAR(KINTA)01DE5318772010-01-13 12:23:00
SPEEDING
300.00150.00YESNO
PHE9418KAMPAR(KINTA)1BBB3378902009-02-24 01:18:00
SPEEDING
300.00150.00YESNO
PHE9418SPU(BUTTERWORTH)01TT7732972008-06-08 09:21:00
SPEEDING
300.00150.00YESNO
PGK1703KUBANG PASU(JITRA)01ZZ0697272006-01-07 05:10:00
SPEEDING
150.0070.00NONO


Untuk semakan saman, korang boleh layari laman web :

melalui SMS dengan cara :

No.IC : POLIS SAMAN[jarak]no IC] atau,

No Kenderaan : POLIS SAMAN[jarak]no kenderaan

Contoh:

No. IC : POLIS SAMAN 810121012121 dan

No. Kenderaan : POLIS SAMAN ABC4321

Hantar SMS ke DAPAT | 32728.  Kos untuk satu SMS ialah 15 sen dan kos setelah anda menerima jawapan ialah 50 sen.


sedikit info ringkas..

Kompaun dan Saman

Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Bermotor 1987 memberi kuasa kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis trafik dan pihak berkuasa lain seperti majlis tempatan memberikan notis saman seperti dalam peruntukan Seksyen 53 & 115 RTA 1987 dan untuk Seksyen 45A VLBA 1987.

Sesiapa yang telah melakukan kesalahan yang melanggar Akta berkemungkinan akan diberikan notis untuk hadir ke Mahkamah. Pihak JPJ dan Polis Diraja Malaysia boleh mengeluarkan saman berdasarkan kedua-dua akta - Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Bermotor 1987.

Sunday, December 5, 2010

Bina badan is bahaya..hohoho



















Jawapan Kepada Masalah Yang Bukan Islam Membaca Al-Quran..renungkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...