Monday, December 20, 2010

Pemuda parah dan kehilangan bapa angkara nyamuk

Kaherah, Mesir : Seorang pemuda berusia 29 tahun mengalami kecelakaan hingga menyebabkannya patah tulang dan paling memilukan beliau ialah kehilangan bapanya Raphael Zahir, 64 tahun apabila kereta yang di pandunya terbabas.



Beliau mendakwa kejadian itu disebabkan oleh nyamuk yang memasuki matanya hingga menyebabkan kemalangan. Bapanya meninggal dunia disebabkan mengalami pendarahan pada otak.


''Tiada unsur-unsur jenayah yang dikaitkan dengan kemalangan itu,'' kata Mejar Jenaral Adel Mehanna hasil daripada laporan bedah siasat hospital.


Al-fatihah kita sedekahkan kepada mangsa. Lihatlah kebesaran Allah. Pasti ada hikmahnya di sebalik kecelakaan itu. 

Sumber - Al-Ahram

Kumpulan Syiah dan Sunni bergaduh di Madinah ketika sambutan Hari Asyura

Pasukan keselamatan Saudi meronda di jalan-jalan raya sekitar Masjid Quba untuk mencegah berlaku keganasan di kejiranan tersebut

RIYADH: Pasukan keselamatan Arab Saudi berjaya meleraikan pergaduhan antara sekumpulan pengikut puak Syiah dengan sekumpulan golongan Sunni di bandar Madinah.




Pergaduhan tersebut tercetus semasa puak Syiah itu menyambut Hari Asyura lewat kelmarin, kata sumber-sumber Syiah dan seorang wartawan tempatan.

Arab Saudi, sebuah negara pengeksport minyak utama di dunia, mengamalkan versi fahaman Sunnah Wal Jamaah atau Sunni yang tegar yang sering dikaitkan dengan fahaman Wahhabi.

Puak minoriti Syiah di Arab Saudi pula berkata, sedang layanan terhadap mereka bertambah baik di negara itu di bawah perubahan yang dilancarkan oleh Raja Abdullah, mereka masih lagi menghadapi banyak halangan dan diskriminasi.

Kerajaan Arab Saudi bagaimanapun menafikan dakwaan-dakwaan itu.

Sebuah laman web kumpulan Syiah, Rasid.com, berkata sekumpulan pengikut Sunni telah menyerang beberapa anggota kumpulan Syiah dengan batu-batu sedang mereka berada di luar untuk memperingati hari cuti Asyura di Madinah, salah satu daripada dua bandar suci Islam di Arab Saudi.

Potret Imam Ali dan 11 Imam Syiah yang lain
Seorang penduduk Syiah juga mengesahkan kejadian itu kepada agensi berita Reuters.

Beliau berkata, insiden itu terjadi dekat Masjid Quba.

Lazimnya, pada perayaan Hari Asyura, para pengikut puak Syiah memperingati pembunuhan cucu Nabi Muhammad, Imam Hussein, secara tradisional dengan menjalani satu upacara mencambuk diri sendiri sehingga berdarah.

Namun, para pengikut Syiah di Arab Saudi berkata, mereka tidak dapat memperingati hari tersebut di khalayak awam, di luar beberapa kawasan di wilayah timur negara tersebut, yang mana mereka merupakan penduduk majoritinya.

'Pasukan keselamatan tiba untuk meleraikan orang ramai,' kata seorang wartawan, yang bercakap dengan syarat namanya tidak didedahkan.

'Kakitangan pasukan keselamatan muncul dengan ramainya di Madinah sejak itu, dengan anggota polis meronda jalan-jalan rayanya,' tambah beliau.

Sebuah laman web ehwal semasa Arab Saudi, sabq.org, memetik seorang jurucakap polis sebagai berkata bahawa pihak polis telah campur tangan untuk menghentikan pertelingkahan antara dua kumpulan terdiri daripada orang muda yang terbabit dalam insiden melontar batu itu.

'Suasananya sekarang ini sudah reda sepenuhnya,' kata jurucakap itu, Encik Muhsin al-Radadi, yang dipetik oleh laman tersebut.

Ikutlah pada sunnah Rasulullah SAW
Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca pertelingkahan itu. Pasukan polis sudah ditempatkan di kawasan itu untuk mengelakkan berlaku keganasan dalam kejiranan itu,' kata Encik al-Raddadi, seperti yang dipetik oleh laman berita Arab News.

Kementerian Dalam Negeri di Riyadh tidak segera dapat dihubungi untuk memberi ulasannya mengenai insiden tersebut. Para pegawai berkata, puak Syiah membentuk sehingga 10 peratus penduduk di Arab Saudi, sementara para diplomat pula berkata golongan itu membentuk hampir 15 peratus keseluruhan penduduk negara yang kaya dengan minyak itu.

Golongan Syiah sering mengadu bahawa mereka biasanya diserang secara lisan oleh ulama-ulama Sunni dan sukar mendapat jawatan kanan dalam kerajaan dan jawatan dalam pasukan keselamatan.

Kerajaan Arab Saudi menafikan dakwaan itu. - Agensi.

Sunday, December 19, 2010

Apa yang menyebabkan kodok jantan menjadi betina?

ATRAZIN, satu dari jenis racun perosak yang kerap digunakan di dunia, mengubah alat kelamin kodok menjelang dewasa.


Hasilnya satu dari sepuluh kodok jantan berubah menjadi betina berdasarkanpenyelidikan yang dijalankan oleh ahli biologi Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat (AS).

Sebanyak 75 peratus racun makhluk perosak atrazin menyebabkan kurang kemampuan dalam pembiakan di dalam habitat semulajadi.

Profesor dari universiti berkenaan, Tyrone B Hayes, berkata kodok jantan kehilangan hormon dan semua fungsi kawalan pada testesteron.

"Kemampuan mereka membiak turun sehingga sepuluh peratus tetapi kodok jantan berkenaan masih boleh membiak jika terdapat kodok betina," kata Hayes.

Bagaimapun jika kodok berkenaan diletakkan bersama-sama kodok jantan lain, ia tidak berpeluang untuk membiak.

Sebelum ini, keadaan berkenaan dianggap biasa dalam alam haiwan amfibia mempunyai gen yang memungkinkan mereka membiak dengan kodok jantan.

"Ketika kodok jantan meningkat dewasa, kami dapati bahawa di mana-mana 10 sampai 50 peratus kodok adalah betina".

"Dalam populasi, gen jantan betina dapat doseimbangkan mengikut keperluan populasi," kata Hayes.

Kajian lapangan ke atas African clawed frog (Xenopus laevis) menunjukkan atrazin mungkin menjadi sebagai salah satu penyebab perubahan gen amfibia.

Kajian menunjukkan atrazin mempengaruhi kemampuan hormon pembiakan binatang seperti ikan, amfibia, burung dan reptilia.

EPL da latest update..18, 19 Dis 2010

Tahniah kepada pasukan kebangsaan Malaysia kerana berjaya menempah tiket ke final Piala Suzuki. Lawan yang menanti di final ialah samada Indonesia ataupun Filipina. Sama-sama kita memberi sokongan kepada negara !! :)


 England - Premier League
 19:04December 18 
 FTSunderland1 - 0Bolton W.
 Postp.Arsenal? - ?Stoke C.
 Postp.Birmingham C.? - ?Newcastle U.
 FTBlackburn R.1 - 1West Ham U.
 Postp.Wigan Athletic? - ?Aston Villa
 Postp.Liverpool? - ?Fulham
 December 19 
 12:00West Bromwich A.? - ?Wolverhampton W.
 13:30Blackpool? - ?Tottenham H.
 Postp.Chelsea? - ?Manchester U.
 December 20 
 20:00Manchester C.? - ?Everton

Tok Guru Nik Aziz temui blogger jelaskan isu semasa

Adakah anda seorang penulis blog. Peluang terbaik untuk mereka yang bergelar blogger menghadiri majlis makan malam dan dialog bersama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program anjuran kerajaan negeri itu turut melibatkan kesemua anggota Exco kerajaan negeri dijangka diadakan pada awal tahun depan. Program berkenaan dijangka diadakan di Kuala Lumpur.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus berkata, pertemuan tersebut terbuka kepada semua blogger tanpa mengira ideologi politik mereka.


“Diharap melalui pertemuan terbabit blogger akan mendapat gambaran sebenar perkembangan semasa di Kelantan sepanjang di bawah pentadbiran PAS,” katanya di sini.

Oleh itu blogger yang berminat boleh menghubungi pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di talian 09 7433529 (Puan Hazami) atau email: mnyahya65@gmail.com.
sumber: HD

Kisah Teladan : Jangan Marah !!


Marilah kita cuba untuk mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW yang kita sanjungi ini kalau tidak sedikit pun cukuplah. Kalau hari ini kita terasa ingin marah, cubalah belajar untuk mengawalnya dengan mengingati kisah ini. InsyaAllah. 


Pada suatu hari, seorang Yahudi telah datang menemui Rasulullah SAW kerana hendak menuntut hutangnya.

Tetapi, cara orang Yahudi itu datang menuntut hutangnya amat kasar. Sebaik sahaja Yahudi itu menghampiri Rasulullah, dia terus merenggut baju Rasulullah sambil berkata, "Hai keturunan Abdul Mutalib, engkau sememangnya dari golongan orang yang suka menangguh-nangguhkan hutang." 


Sikap kasar serta tutur kata yang tidak sopan dari orang Yahudi itu amat menyakitkan hati Saidina Umar bin Khattab turut berada bersama-sama dengan Rasulullah ketika itu. 


~Doa Lembutkan Hati~(klik)
Dengan perasaan marah yang meluap-luap, Saidina Umar terus menengking Yahudi itu. Rasulullah SAW terkejut dengan sikap Saidina Umar yang tidak dapat mengawal perasaannya. Walaupun air muka Rasulullah terbayang kemarahan, tetapi baginda dapat mengawal perasaan itu.

Lalu baginda berkata berkata kepada Saidina Umar, "Wahai Umar, aku dan dia mempunyai urusan yang lebih layak. Biarlah kami berdua yang menyelesaikannya dan janganlah kau mencampurinya. Sebaik-baiknya, engkau menyuruh aku bayar hutang itu dengan baik dan menyuruh dia menuntut hutang dengan baik juga.

Sebenarnya, aku masih ada tempoh tiga hari lagi untuk membayar hutang tersebut." Malah, baginda juga menyuruh Saidina Umar membayar hutang baginda dengan memberi dua puluh gantang gandum kepada Yahudi itu sebagai balasan kerana Saidina Umar telah berlaku kasar terhadap Yahudi itu.
Amalkan.. :)
Apabila Yahudi itu melihat kejadian tersebut, tiba-tiba terkeluarlah kata-kata dari mulut Yahudi itu, katanya, "Wahai Umar, semua ini adalah tanda-tanda kenabian. Aku dapat melihat tanda-tanda tersebut terbayang di wajah Nabi SAW ketika aku memerhatikan wajahnya. 

Sebenarnya, aku ingin mengetahui apakah dia benar-benar seorang nabi. Kerana itulah aku menguji dia untuk mengetahui apakah dia seorang yang tinggi akhlaknya dan pemaaf. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 

Begitulah besarnya pengaruh sifat sabar Rasulullah SAW sehingga menyebabkan Yahudi Yang mengasari baginda terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam. HK

Menjaga lidah

Jom kita kongsi beberapa hadis-hadis Rasulullah SAW berkenaan 'lidah'. Mudah-mudahan dapat kita menjaga adab pertuturan kita seharian untuk hari-hari mendatang. InsyaALLAH..


Lihatlah betapa besarnya pengaruh kuasa mulut yang kita ada. Kalau tidak masakan ada pepatah Melayu mengatakan ''kerana mulut badan binasa''. 


Jauhilah percakapan yang sia-sia..
Dan teringat juga aku kata-kata daripada Hamka: kata-kata yang lemah dan beradap dapat melembutkan hati dan manusia yang 'keras'.

Dan kata-kata daripada Saidina Ali Abi Talib: Apabila sempurna akal, kurang perkataan.. Renungkanlah untuk sahsiahkan diri kita.. 




Hadis-hadis Rasulullah SAW tentang kepentingan dan kewajipan menjaga tutur kata dan percakapan agar tidak melanggar syariat dan agama.

1. Daripada Sahl bin Saad: Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjaga apa yang berada di antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (alat kelamin), maka aku jamin syurga kepadanya." 
(HR Bukhari dan Tirmidzi).

2. Daripada Abu Hurairah : Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah SAW tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab, "Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik." Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab, "Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)." 
(Fathu Bari, Jld 8: 316 ).

3. Daripada Uqbah bin Amir: Rasulullah SAW bersabda, "Kamu perlu menahan lidah, melapangkan keluargamu dan menangisi kesalahanmu."

(HR Tirmidzi).

4. Daripada Abu Said Al-Khudri: Rasulullah SAW bersabda, "Bila pagi telah tiba seluruh anggota badan anak Adam akan mengingkari lidahnya. Semuanya berkata: 'Hendaklah engkau (wahai lidah) bertakwa kepada Allah mengenai kami. Kami ini (anggota badan) bergantung kepadamu, jika engkau lurus, maka luruslah kami dan jika engkau bengkok, maka bengkoklah kami." 

(HR Tirmidzi).

5. Daripada Malik bin Dinar: Rasulullah SAW bersabda, "Apabila engkau merasakan kekerasan dalam hatimu, kelemahan pada tubuhmu dan kesempitan rezekimu, maka ketahuilah bahawa engkau telah berkata sesuatu yang tidak berguna bagimu," 

(Minhajul Abidin: 139 ).

6. Daripada Ibnu Mas'ud: "Demi Allah, di muka bumi ini tiada sesuatu pun yang memerlukan sujud lebih lama melainkan lidah." 

(Al-Targhib, Jld 3: 526 ).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...