Saturday, March 26, 2011

Memang Allah sengaja....


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIKHANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH
sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA


Petua-petua untuk TAHAN LAMA

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.


BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang... hahaha!


PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach... Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach... Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuc i guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.


KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama...


KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... doa dan ucap alhamdullillah. . Jangan jadi macam setan...


UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... Rokok nak tahan lama?... Jangan Hisap!...

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang... sendiri mau ingat aaaa...


TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.


HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan. .. Jujur dan ikhlas.


KUEH RAYA
Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.


KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama " jangan asyik nak facebook aje macam korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang.

Friday, March 25, 2011

Penduduk Mexico 'temui' bulatan tanaman aneh

BEBERAPA orang penduduk setempat meninjau salah satu daripada lima 'bulatan tanaman' aneh yang dikesan di sebuah ladang bijirin di bandar Tlapanoloya, berdekatan Mexico City, kelmarin.

Lima bulatan yang serupa turut dikesan di sebuah ladang berdekatan.



Bulatan-bulatan itu mula dikesan hujung minggu lalu. -- Foto REUTERS


pss: Dunia akhir zaman..

Israel balas serangan roket Hamas

BAITULMAKDIS: Pesawat-pesawat perang Israel menyerang sasaran- sasaran Hamas di Gaza awal semalam, sebagai membalas serangan roket ke atas bandar-bandar Israel, dalam ketegangan yang memuncak ekoran satu letupan bom pertama yang telah menjadikan warga Israel sasaran di Baitulmakdis sejak beberapa tahun kebelakangan.


Satu letupan yang dikatakan angkara militan Palestin di sebuah perhentian bas di Baitulmakdis kelmarin membunuh seorang wanita dan mencederakan 24 orang.

Kejadian itu meningkatkan kebimbangan bahawa satu tempoh tenang akan berakhir dengan pudarnya harapan rundingan damai.


Keganasan meningkat baru-baru ini sejak insiden sekeluarga penduduk Yahudi ditikam mati ketika mereka tidur pada awal bulan ini dan kelmarin pula, tindakan Israel membalas serangan roket ke kawasan Hamas yang turut mengorbankan beberapa orang awam di Gaza.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, telah memberi amaran kepada militan supaya jangan mencabar 'azam kukuh' Israel, dan berikrar melancarkan serangan hebat bagi membalas pengeboman itu.


Sejak pemerintah ini dibentuk, kami ada dasar keselamatan yang jelas iaitu balasan yang segera dan agresif terhadap apa sahaja langkah membunuh warga Israel,' katanya.

Sebagai balasan, pesawat perang Israel telah menyerang beberapa kemudahan Hamas dan terowong penyeludupan di Gaza, kata Hamas.





pss: Dimanakah peranan kita sebagai umat Islam dalam membantu sesama Islam? Israel sangat kejam, kejam dan pasti akan terus kejam jika umat Islam keseluruhannya tidak bangkit menentang mereka. Jika semangat Islam di Malaysia ini diambil kira, aku yakin kita hanya lebih mampu untuk melihat dan mendengar sahaja.. Tiada langsung kekuatan pada pemimpin-pemimpin negara/kerajaan pusat dalam bersuara apatah lagi menentang musuh Islam yang nyata ini, Israel laknatullah!!

Thursday, March 24, 2011

Penting untuk dibaca : KEJAYAAN KELANTAN UNTUK RAKYAT


-menerajui kerja 5 hari oleh kakitangan kerajaan dan cuti 2 hari seminggu

-menerajui cuti bersalin 60 hari

-takaful kifalah untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas apabila meninggal, waris si mati akan mendapat wang rm2`500.00

-zaman bn memerintah kelantan, kelantan adalah no 2 termiskin tetapi sekarang kelantan adalah negeri ke-6 termiskin di malaysia.

-melunaskan hutang kerajaan pusat sehingga 2010 ialah rm 220 juta.
hutang umno tinggal tahun 1990 rm 718 juta.
sekarang berbaki rm 498 juta

-melancarkan bulan SOLAT untuk menghadapi/mengatasi gejala sosial

-pinjaman untuk kakitangan kerajaan tanpa riba


-dasar rumah 3 bilik untuk mengasingkan anak perempuan dan lelaki daripada tidur bilik yang sama

-sejak menang tahun 1990 menutup semua premis judi

-projek ladang rakyat. sahamnya diagih kepada penduduk miskin tanpa mengira kaum, agama dan parti.
mereka diberikan dividen dalam bentuk kewangan secara bulanan.

-memperuntukkan rm1.5 juta untuk skim "al-ziwaj" untuk membantu belia mendirikan perkahwinan

-pajak gadai islam untuk mengelak rakyat menjadi mangsa penindas.

-pegawai halaqat setiap daerah untuk mengembangkan ilmu agama di kalangan rakyat

-kadar kemiskinan di kelantan menurun pada 4.1% 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007. pada tahun 2004 kadar kemiskinan 10.4%.

pss: Ingatlah, hidup kita di dunia ini tidak selamanya dan tidak sesiapapun mampu menjamin kemanakah kita 10 minit selepas ini. 
Janganlah kita takut dengan ugutan dan ancaman duniawi kerana segala-galanya yang Maha Berkuasa hanyalah ALLAH SWT!!!!

ALLAH SWT berfirman dalam Surah Al-'Ankabut(29) ayat 64 :

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). 

Istimewa : TAFSIR AL-QUR'AN PER KATA


TAFSIR AL-QUR'AN PER KATA Dilengkapi Dengan Asbabun Nuzul & Terjemah



Keistimewaan Tafsir Qur'an Per Kata

 Tafsir ijmali yang ringkas, tidak hanya sekadar terjemahan, yang disusun berasaskan kata per kata dari setiap ayat Al-Qur'an.
 Mudah dibaca dan difahami, sama ada secara kata demi kata atau pun secara ayat demi ayat.
 Disusun dengan merujuk kepada kitab-kitab Tafsir yang mu'tabar (diakui).
 Lengkap dengan Asbabun Nuzul, yang boleh memberi penjelasan tentang keadaan dan latar belakang turunnya tiap-tiap ayat.
 Ditambah dengan adanya terjemahan dari Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada pengertian Al-Qur'an.
 Saiz: A5 Berat: 1.5 kg




DAPATKAN SEGERA !!!!

atau hubungi/sms saya di talian

013-4665358 (Wan)

janganlah kita berkira untuk mengeluarkan sedikit wang untuk mendalami agama Islam dan Al-Quran. InsyaALLAH

Wednesday, March 23, 2011

Anda mesti DOWNLOAD dan DENGAR..

Wacana Perdana - PRU13 Tergugatkah Kuasa Melayu (link download di bawah sanaaa)

Aku suggest pada muslimin-muslimat, tidak mengira bangsa mahupun warganegara mana-mana pun asalkan faham akan dialog bahasa Melayu. Tolonglah download, dan spend lah sedikit daripada masa anda untuk mengikuti wacana perdana ini sebagai asas untuk kita dalam menilai siapa bakal pemimpin yang akan kita pilih dan kita stand untuk hari esok..

Beringatlah kita bahawasanya kenikmatan kemungkaran yang kita tempuh setiap saat ini akan diadili pada hari Akhirat dan kepastian yang nyata kita ketahui ialah Pintu Syurga dan Neraka sahaja akan jadi habuan setelah menempuh ujian duniawi.

Jauhilah Pemimpin-pemimpin bersifat Taghut
Kehidupan akhirat jua yang akan kekal selama-lamanya sedang kehidupan dunia ini mahu tidak mahu pasti akan melaui saat kematian DAN jangan kita lupa dan alpa bahawa tiada jaminan 10 minit dari sekarang kita masih lagi bernyawa @ sebaliknya. Wallahualam.


          Firman ALLAH swt dalam Surah Al-Mu'minuun(23) ayat 33-34
Dan (bagi menolak seruan itu), ketua-ketua dari kaumnya yang kafir serta mendustakan pertemuan hari akhirat, dan yang Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia, berkata (sesama sendiri) "Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia makan dari apa yang kamu makan, dan meminum dari apa yang kamu minum. (34)"Dan demi sesungguhnya, jika kamu taati manusia yang seperti kamu, tentulah kamu dengan membuat demikian, menjadi orang-orang yang rugi.
 


pss: Prof Ibrahim Abu Shah diganti oleh Datuk Abdul Azeez -Pengerusi Kelab Putera 1 Melayu ke Malaysia?


PLS DOWNLOAD LINK DI BAWAH -dengar dan compare la..

Wacana Perdana - PRU13 Tergugatkah Kuasa Melayu

---> Part1
Part2
------->Part3
-->Part4
------->Part5
---------->Part6
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...