Monday, October 18, 2010

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu
antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah
itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah
yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan
solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan
lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan
dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu,
sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan
dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,
terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah
dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon
dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang
seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat
Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
  Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
  Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
  solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat
  di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Ke Mana Pergi Subsidi Kami?








4 tanda lelaki sedang curang..

Ini aku listkan 4 perkara yang mungkin korang boleh lihat bila si lelaki sedang berlaku curang. Signal lah senang cerita.


1- Handphone sentiasa ditangan. Waktu curang ni, handphone ibarat nyawa mereka. Kemana saja mereka pergi..handphone wajib dibawa. Paling best, bab nama dalam phone book ok. Jangan terperdaya! Teman saya, suaminya main asmaradana dengan sorang girl ni. Nama dalam handphone : Mohd Zaki. Nama selepas tertangkap dan mengaku: Zakiah. hahaha


2- Bila dapat gaji,5 hari lepas tuh dah pokai dah. muahaha. Kemana lagi duit tu kalau bukan melayan awek baru woo.


3- Bab dating pun dah kureng waktu ni. Kalau dulu, tiap-tiap malam ajak keluar makan sama-sama. Tapi, waktu curang ni…lelaki akan beri 1001 alasan kalau diajak dating woo. Paling tak tahan, pakwe kawan saya pernah buat alasan nak baca Yasin. Pleaselah. Padahal, rumit cakap…that guy keluar dengan bau perfume semerbak ok.hahaha. Dasar!


4- Kalau dulu, before nak tidur..awek say i love you..kemain suka. Siap jawab “I love you too yang”. Waktu curang harapan tinggal harapan. Sia-sia aja si awek tunggu dihujung talian. At last, talian sudah diputuskan begitu saja.


Sekian, terima kasih. hehehehe. Lelaki, janganlah marah ya. Ini kenyataan woo. Tapi bukan kamu lah. Lelaki lain. hahahaha

Bagi Kaum Wanita,,,Bacalah Dan Fahamilah..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di zaman Rasulullah,
di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW
untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.

Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'.
Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW.
Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini
lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? 
Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu tidak elok
yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1
  • Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, harta suami pun kena sumpah. 
Contoh 2
  • Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami. 
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham
apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. 

Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,
jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika,
disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,
"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab). 

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] 

Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata,
"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar: 

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari,
dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita. 

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah
dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita" 

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah 

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri.
Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. 
Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama,
tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. 
Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.
Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda. 
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." 

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita.
Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
Wallahualam..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Pahala yg kita tak nampak, tapi berterusan

Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!

1.Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4.Bantu mendidik seorang anak.
5.Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6.Berkongsi CD Quran atau Do'a.
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10.
"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Insyallah.

*"Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya.."

Sunday, October 17, 2010

'Jangan bergantung pada portal, baca Umno-Online'

dipetik dari..
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua anggota Kelab Umno Luar Negara supaya tidak lupa asal usul diri dan sejarah negara ketika berada di luar negara.
Beliau berkata ia adalah penting bagi memastikan jati diri di kalangan mahasiswa di luar negara akan terus dapat diperkukuhkan.

"Setiap daripada kita ini mempunyai sejarah dan sebelum ke luar negara ini, siapa kita (dan) di mana (kedudukan) kita. Tanya diri masing-masing dan barulah kita sedar.

"Kebanyakan kita ini lupa diri dan dah lupa kepada sejarah negara kerana sejarah itulah akan memperbaiki keadaan masa depan diri dan negara," katanya menutup kursus kepimpinan Kelab Umno Luar Negara yang berlangsung selama tiga hari, di Kuala Lumpur hari ini.



pss:
seelok-eloknya Tengku Nan perbaikilah dulu mana yang di dalam negara ni..
saya yakin ahli2 Umno luar negara lagi bijak dalam memilih sumber berita untuk mereka perbandingkan..
hmm..lagi satu.. sejauh manakah agaknya pembelajaran sejarah itu membuatkan kita untuk tidak lupa diri?
atau kita semakin dilupakan...hahahah..


bercakap memang senang(sebab ikut skrip)..tapi adakah Tengku Nan sendiri tau erti dan nilai sejarah itu?
aku pon dah lama tinggal sejarah ni.. lepas ni kena khatam balik laa nampaknya..
kah kah kah..



Adun Kuala Nerang- Pi Korek Telaga Lagi Baguih..

Hairan melihat segenap manusia daripada pihak pembangkang di negeri Kedah yang sekarang ni kelihatannya sangat seronok bermain dengan isu air..

Kalau tak silap aku Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan dah beri penjelasan yang terang lagi jelas berhubung isu kenaikkan tarif air tersebut. Akan tetapi, oleh kerana kebengapan otak kegerombolan ahli dacing ini telah membuatkan aku gelak ketawa sendirian.. kah kah kah..

Takdak siapa-siapa kot yang nak menyusahkan dan cari pasal dengan isu air ni.. Takkan exco-exco mahupun MB Kedah sendiri tak ada saudara mara kat area-area tu.. Pikiaq la guna kepala otak mu wahai manusia..

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berhasrat untuk mengadakan promosi mengajak rakyat memboikot pembayaran bil air berikutan kenaikan harga dan perkhidmatan air yang tidak memuaskan menerima reaksi pelbagai pihak.

Kepada Datuk Syed Sobri...sabaq la sat.. Jangan hampa reti hentam saja..
Kalau nak cepat siap, Datuk boleh rekemen untuk guna Doremon.. 
kah kah kah..

kalau nak cepat jugak.. Datuk boleh jugak pakat ajak orang-orang kg untuk korek telaga..
untung-untung boleh jumpa emas ka,tembaga ka.. itu lagi baik dan afdal daripada dok hentam2 dan menghasut sana-sini..
kah kah kah...

Tapi hairan jugak.. 
Hari tu bila minyak naik harga hampa tak hingaq pulak..
Boleh saja redha..isk3..
Macam-macam perangai manusia bila dah akhir zaman ni..
nauzubillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...