Wednesday, November 3, 2010

12 Kata-kata Motivasi untuk tingkatkan keyakinan diri dan emosi anda..

Apa kata-kata anda dan strategi anda bagi membina kekuatan dalaman diri anda apabila anda rasa tertekan, gagal atau lemah? Ketika anda rasa risau, rasa was-was atau tidak yakin, gementar atau takut, apa kata-kata terhadap diri anda yang anda boleh gunakan untuk menghadapi segala arus negatif dan gelap itu?



Berikut adalah 12 pilihan kata-kata motivasi, keyakinan, kekuatan dalaman dan kata-kata yang boleh menguatkan kekuatan jati diri yang dipilih dari lebih 2000 kata-kata motivasi dan semangat. Bacalah dengan mata fikiran, dan biarkan setiap satu darinya memberi kekuatan dan semangat kepada anda. Cuba hayati
maknanya:

  1. Esok jadi tahun – Jika anda boleh lakukannya sekarang, ambilnya dan – Buat!
  2. Apa yang anda hendak takutkan? 'Ahh.. tidak tahulah saya boleh lakukannya atau tidak', mungkin itu yang anda kata. Baiklah. Itu bukan bermakna anda 'tidak boleh', itu hanya bermakna yang anda hanya tidak tahu bahawa anda boleh lakukannya atau tidak. Jadi bagaimana untuk tahu anda boleh buat atau tidak? Anda lakukan sahaja! Ayuh, sahabatku – Lakukannya!!
  3. Adakah kamu sebatang pokok yang memerlukan 'hutan'? Atau, kamu mahu berdiri sendirian?
  4. Di mana kamu bermula bukanlah satu isu – di mana kamu berakhir…ya.
  5. Biar diri kamu yang sebenar menyinar - "Dan diri kamu yang sebenar sedang berada di dalam hati kamu, hanya menanti waktunya untuk tampil ke depan...dan dia adalah sekuat dirinya yang bersuara itu – Bagaimana dia telah menyentuh hidup kamu, bahkan, telah menjadi hidup kamu? Jadilah diri kamu sendiri, percayakan diri kamu, dan turuti apa yang kamu rasakan dan fikirkan betul di dalam hati kamu… Kamu akan dapati kamu yang sebenar di dalam diri tidak akan sekali-kali mengecewakan kamu; dia hanya lakukan apa yang betul, dan apa yang diperlukan oleh kamu...selalu..."
  6. Kecantikan kamu juga tersemat bersama sentuhanmu, keprihatinanmu, belas kasihanmu, senyumanmu, pandanganmu yang baik dan positif yang telah kamu berikan kepada yang lain, kemahuanmu untuk melakukan sebagaimana kamu mahu diperlakukan – dan kemesraan dan kesejatian rasa yang kamu labuhkan, dan hulurkan tanpa bayaran kepada yang lain...dan kamu lihatlah sendiri, cantik bukan rupa sahaja, cantik sebenarnya datang dari jiwa.
  7. Sepanjang perjalanan ini kamu akan temui kekuatan, kamu akan temui dan bina kebolehan diri, kamu akan kenali kuasa diri dan kamu akan lebih mengenal lebih banyak tentang diri kamu. Sebagaimana perjalanan itu berterusan, begitulah juga dengan penemuannya.
  8. Gerakkan diri kamu dari dalam, dan terus gerakkannya sehinggalah kamu tiba – kerana hanya satu jalan sahaja untuk mendapatkan apa yang kamu mahukan, ia adalah dengan terus berusaha, terus 'mahu'…dan terus berjuang!
  9. Saya tidak boleh membuat kesilapan dalam saya berusaha untuk maju, meningkatkan diri, dan berjaya dengan jayanya; saya hanya membuat kesilapan, jika saya tidak membuatnya!
  10. Kamu mungkin tidak sehebat yang kamu mahukan…tetapi kamu sememangnya sudah cukup kuat SEKARANG!!
  11. Apa yang mereka tahu? Adakah sang burung risau tentang apa yang bakal mereka makan setiap hari – atau dapatkah mereka makan hari ini? Adakah mereka merasa risau di mana mereka bakal tidur setiap hari – atau di mana mereka hendak tuju jika dan bila hujan mulai turun? Adakah mereka risau tentang bagaimana, dan di mana mereka hendak membuat sarangnya – atau tentang mampukah mereka memberi secukupnya makan kepada anak-anak mereka? Risau? Aduh – sang burung memulakan hari-hari mereka dengan menyanyi setiap hari – betul bukan?!! Perhatikan burung itu, dan apa yang kamu rasa burung itu faham yang kamu tidak faham?
  12. Andai hidup itu sememangnya sangat sukar dan 'mustahil', kamu tentu sudah 'putus asa' sekarang, betul? Tetapi kamu tidak. Dan jika didalam kotak fikiran kamu masih ada kemahuan, dan maka kamu, boleh berubah, harapan yang ianya akan berlaku, dan kemahuan untuk melakukan apa yang anda termampu, maka ia akan berubah… Apa pendapat kamu tentang kenyataan ini nyatakan tentang hidup, dan KAMU?

    lawak lawak lawak..kah kah kah..

    video bodoss bodos lawak..

    Heronya PeRKASA ni..

    Aku makin tak faham dengan PERKASA ni.
    Kenapalah kamu wahai PERKASA mencampuri perihal politik.
    Katanya kamu hanyalah wira bangsa.
    Jadi janganlah tunjuk hero atau berlagak pahlawan.

    Pengecut
    Aku malu la bila tengok wirawan PERKASA ni(kononnya)
    Sikit-sikit hal mau repot polis.
    Kecik-kecik hal mau repot polis.
    Wat da hel la puok puok ni weh..

    Rasuah
    Suka-sukanya menuduh orang rasuah.
    Kalau PERKASA tau itu PAS rasuah, pigi la repot sama SPiRm aka Spotrim tu haa.
    Malu-malulah weh wira PERKASA.
    Mahu tunjuk hero buat apa. Duduk rumah diam-diam lagi bagus dari kamu menunjukkan kebodohan kamu.
    Udah la kamu tu mewakili melayu.
    Aku pon turut sama malu ni!!
    Sebab aku pon melayu la wahai PERKASA.
    Insaflah.

    Pengucut? erkk.. Pungucut!
    Kalau masih budak budak, jangan terus menyampuk orang tua-tua..
    Sekurang-kurangnya bagilah salam. Jangan terus mau repot sama bapak saja.
    Itukan pungucut namanya? 

    baca keratan dibawah..link
    PERKASA sedang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada empat mualaf Orang Asli semalam.

    Laporan tersebut dibuat oleh naib ketua wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris(gambaq) di balai polis Gua Musang.

    Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 minit tadi dan masih berada di dalam.

    Difahamkan, bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz.

    Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama.MK

    pss: Kristian dok bagi org yg murtad beribu-ribu ringgit. Kristian dok bagi beratus ratus ringgit pada sapa yang bawak orang masuk ajaran dia. 

    pss: Aku dulu pon UNMO_BN bagi duit jugak masa balik mengundi! Aku ingat lagi sapa yang bagi duit tu.! Itu SPR, SPRM, PERKASA mau cakap apa? rasue? rasua? rasuk?

    Jadilah orang yang CERDIK..

    Salam..


    Sedar tak sedar pilihanraya kecil sabah dan kelantan dah sampai ke kemuncaknya. Esok penduduk di Batu Sapi dan Galas akan keluar menunaikan kewajipan mereka sebagai pengundi. Bahkan pengundi yang berdaftar di DUN tersebut juga akan pulang untuk memangkah undi.


    Itu adalah keWAJIPan. Jadi tunaikanlah kewajipan anda sepatutnya. Undi anda akan menentukan siapa yang bakal menang dan siapa yang bakal menjadi wakil suara masalah anda.


    Bijak anda memilih maka bonus lah pada anda. Jangan hanya percaya pada janji-janji manis lagi syahdu parti-parti yang bertanding. Ambil kira isu-isu yang lepas sebagai tauladan dan panduan.


    Kelakar atau geli hati?
    Kelakar sebenarnya aku tengok suasana berkempen parti-parti yang bertanding ni. Apabila wakil rakyat di tempat tu dah 'goodbye' maka rakyat-rakyat di kawasan tu sudah boleh mencongak apakah yang mereka inginkan dikawasannya:)
    Rasanya jika diminta, jambatan terpanjang di dunia pun mungkin boleh dibina:)


    Ini sebenarnya bonus pada penduduk di kawasan itu. Mohon saja apa-apa pun. InsyaAllah akan dijanjikan. Ditunaikan belum pasti. Tetapi dapat atau tak, bergantung pada keputusan undian kelak. Pada situasi sebelum, parti yang bertanding ni berjanji saja lebih.. 


    Katanya rakyat diutamakan(tetapi jika dia menang laa..kalau kalah, padan muka kau.. kah kah kah) Jadi, anda harus menjadi seorang yang cerdik, bijak, pandai dan maha bijaksana dalam satu hari!! Buatlah solat istiqarah. Buatlah 'lai lai li lai tamplum'. Putarkanlah dadu.. kah kah kah. Ini bukan gurauan. Jadi, ingatlah!!!


    KEPUTUSAN ANDA MENENTUKAN SEGALANYA..


    Jangan jadi barua.
    Jangan jadi bangsat.
    Jangan jadi banggang.
    Jangan jadi bodoss.
    Jangan jadi bongok.
    Jangan jadi belang-belang idong.
    Kah Kah Kah Kah..


    Kelakar jugak aku tengok bila kampung-kampung yang berjam jauhnya di ziarah. Bahasa yang tak pernah disebut dah jadi pemanis mulut (ex:Mangan tak mangan, kita kurun-kurun undian noh BN…). Rakyat yang tak biasa ditegur menjadi kawan. Rumah rakyat yang tak dipandang dilawat. Kedai kopi jadi tempat melepak(bukan kedai kopi atas KLCC tau). Ini semua hanya bertujuan untuk memancing undi kan? Jadi.. Jadilah yang cerdik dari yang tercerdik!!


    Mudah mudahan janji yang ditabur itu dikotakan.
    Mudah mudahan rakyat tidak diperbodohkan.
    Mudah mudahan rakyat tidak diperkotak katikkan.
    Mudah mudahan yang kalah harus terima kenyataan.


    Jangan diimpikan menara KLCC dibina ditempat anda.
    Jangan diimpikan jambatan penang dibina ditempat anda.
    Jangan diimpikan felda anda ada airport.
    Jang jang jang jang...JANGAN


    Anda lebih tahu apa yang anda inginkan dari apa yang anda impikan!!
    Apa jua pun isunya, NAWAITU kita mestilah padaNYA. Kerana apa jua pun yang kita janji tidak akan termakbul jika tidak dengan izinNYA.


    amin ya rabbal alamin...
    pss: Mangan tak mangan, kita kurun-kurun undian noh BN… ('o')



    Pewaris Harta Bill Gates

    Gadis ini bernama, Jennifer Katharine dan yang lahir pada tahun 1996. Beliau adalah anak perempuan sulong daripada 3 adik beradik hasil perkahwinan antara Bill Gates dan isterinya, Melinda French. Bolehlah dikatakan bahawa gadis ini bakal pmewarisi harta billionaire milik bapanya.



    Bill Gates Family
    pss: kalaulah aku dapat..mmmm


    Cikgu lesbian

    Helen Goddard

    Seorang hakim sebuah mahkamah di London menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadap seorang guru wanita yang berumur 26 tahun, Helen Goddard (gambar) kerana menjalin hubungan seks dengan pelajar perempuan di bawah umur, lapor sebuah akhbar semalam. Namun, dia dibenarkan oleh hakim itu untuk menemui pelajar wanita tersebut selepas dibebaskan dari penjara.

    Goddard membuat tumbukan ke udara sebagai isyarat kemenangan kerana hubungannya dengan mangsa dapat diteruskan berikutan keputusan hakim itu.Hakim Anthony Pitts yang menjatuhkan hukuman itu berkata: "Kes ini amat serius dan satu hukuman penjara yang segera tidak dapat dielakkan."

    Pitts menolak permintaan daripada pendakwa raya yang meminta guru itu dilarang daripada menghubungi mangsa selama lima tahun.Guru itu turut dilarang untuk mengajar kanak-kanak.

    Hubungan intim antara mereka sebelum ini hangat diperkatakan di sekolah di kalangan pelajar. Ibu mangsa kemudian membuat perangkap dengan mengekori anaknya yang didapati pergi ke rumah guru itu untuk bermalam.

    Polis kemudian dihubungi oleh ibu mangsa menyebabkan pelajar perempuan itu membuat pengakuan dengan menyatakan dia mencintai gurunya. Semasa kes itu didengar pada bulan lalu, Goddard mengaku melakukan hubungan seks dengan pelajar tersebut.

    Bahaya Percaya pada Facebook..

    cun kan? hehe
    Lihat gambar ini dan gambar seterusnya. Inilah sebabnya kenapa lelaki perlu berhati-hati apabila melayan perempuan di Facebook



    pon pon pon..

    pss: peringatan pada lelaki lelaki tulen!!makan nasik turun ke perut, bukan naik ke muka..jadi, janganlah cepat tergoda dengan wajah yang cun meletup pom pom pom.. kahkahkah..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...