Tuesday, December 7, 2010

Adab Sebelum Musafir

~ Niat yang baik. Setiap perjalanan yang disertakan dengan niat yang ikhlas akan membuahkan pahala dan dinilai sebagai ibadah.

~ Tidak bermusafir dengan tujuan maksiat.

~ Lakukan istikharah. Meminta petunjuk daripada Allah dalam setiap perkara mubah yang dilakukan adalah antara adab yang amat dianjurkan dalam Islam.

Musyawarah
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"...jika ia meminta nasihat, maka berikanlah nasihat kepadanya." 
(Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)

Melunaskan semua hak-hak manusia yang terbeban pada seseorang. Jika ada hutang maka langsaikan dahulu dan jika ada amanah maka kembalikanlah kepada pemiliknya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum hijrah. Selain itu juga, mohonlah juga kemaafan daripada mereka yang berkenaan.

Meminta izin. Seorang anak hendaklah meminta izin kedua-dua orang tua atau penjaganya, manakala seorang isteri pula perlu meminta izin daripada suaminya.

~ Berwasiat amat dianjurkan melalui 
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 
"Tidaklah dibenarkan seorang Muslim yang memiliki sesuatu untuk diwasiatkannya, ia bermalam dua malam melainkan wasiat itu sudah tertulis di sisinya." 
(Muttafaq 'alaih) 
Jika berwasiat digalakkan dalam keadaan bermukim, maka apatah lagi dalam keadaan bermusafir, ia amat digalakkan.

Melantik orang yang boleh menguruskan keluarga yang terdiri daripada orang yang boleh dipercayai dan meninggalkan nafkah yang mencukupi untuk keluarga yang ditinggalkan.

Mempersiapkan diri dan bekal dan membawa wang yang secukupnya sehingga tidak perlu meminta-minta daripada sesiapa.

Mendoakan keluarga dan saudara-mara yang ditinggalkan. Ikutilah sunah Rasulullah s.a.w., apabila Baginda ingin meninggalkan ahli keluarganya, Baginda mendoakan : 
"Aku menitipkan kalian kepada Allah yang tidak akan hilang titipan-Nya." 
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah).

  • Dipetik dan diubah suai daripada Ensiklopedi Adab Islam Menurut al-Quran dan as-Sunnah karangan Abdul Aziz bin Fathi al-Sayid Nada.

Bosan! Boring!

Muhasabah..
Boring! Bosan! bla bla blaaaa

Ada suara yang mengungkapkan: "Boring la hidup ni!" Kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya.'

Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

Seorang lelaki berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah). Ingatlah..



Firman Allah SWT yang bermaksud : 
"Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." 
(Surah al-Dhariyat ayat 51: 56)

Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud : 
"Ingatlah kepada Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." 
(Surah al-Baqarah ayat 2: 30)

Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.

Tip Menutup Aurat.

Menutup aurat adalah perintah daripada Allah SWT. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki.

Di bawah disertakan beberapa kaedah praktikal menjadi Muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi.

1. Tahu. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum-hakam berkenaan aurat dan sebagainya.

2. Sedar bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. Syiar. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. Fungsi cermin. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?" Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.

5. Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.


6. Malu. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Bersahabat dengan wanita yang solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang patuh kepada syariah.

8. Eksklusif. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik ekslusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. Banyak manfaat. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini.

Tafsir Surah Al-Alaq

Surah Al-‘Alaq
Surat Al 'Alaq terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah. Ayat 1 sampai dengan 5 dari surat ini adalah ayat-ayat Al Quran yang pertama sekali diturunkan, yaitu di waktu Nabi Muhammad s.a.w. berkhalwat di gua Hira'. Surat ini dinamai Al 'Alaq (segumpal darah), diambil dari perkataan Alaq yang terdapat pada ayat 2 surat ini. Surat ini dinamai juga dengan Iqra atau Al Qalam.

 Pokok-pokok isinya:

Perintah membaca Al Quran; manusia dijadikan dari segumpal darah; Allah menjadikan kalam sebagai alat mengembangkan pengetahuan; manusia bertindak melampaui batas karena merasa dirinya serba cukup; ancaman Allah terhadap orang-orang kafir yang menghalang-halangi kaum muslimin melaksanakan perintah-Nya.
Surat Al 'Alaq menerangkan bahwa Allah menciptakan manusia dari benda yang hina kemudian memuliakannya dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Tetapi manusia tidak ingat lagi akan asalnya, karena itu dia tidak mensyukuri nikmat Allah itu, bahkan dia bertindak melampaui batas karena melihat dirinya telah merasa serba cukup.
HUBUNGAN SURAT AL 'ALAQ DENGA SURAT AL QADR
Pada surat Al 'Alaq Allah memerintahkan agar Rasulullah s.a.w. membaca Al Quran, sedang pada surat Al Qadr Allah menerangkan tentang permulaan turunnya Al Quran.

Isi Surat

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ            
[96.1] Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ     
[96.2] Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ       
[96.3] Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ       
[96.4] Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ      
[96.5] Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
كَلا إِنَّ الإنْسَانَ لَيَطْغَى           
[96.6] Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,
أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى     
[96.7] karena dia melihat dirinya serba cukup.
إِنَّ إِلَى رَبِّكَ الرُّجْعَى            
[96.8] Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali (mu).
أَرَأَيْتَ الَّذِي يَنْهَى        
[96.9] Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang,
عَبْدًا إِذَا صَلَّى      
[96.10] seorang hamba ketika dia mengerjakan salat,
أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ عَلَى الْهُدَى      
[96.11] bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran,
أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَى          
[96.12] atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)?
أَرَأَيْتَ إِنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّى        
[96.13] Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling?
أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَى     
[96.14] Tidakkah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?
كَلا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ      
[96.15] Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya,
نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ     
[96.16] (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
فَلْيَدْعُ نَادِيَهُ      
[96.17] Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya),
سَنَدْعُ الزَّبَانِيَةَ           
[96.18] kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah,
كَلا لا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ            
[96.19] sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)

Tafsir Surah 92. Al-Lail

Surah 92. Al-Lail سورة الليل Surat ini terdiri atas 21 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah, diturunkan sesudah surat Al A'laa. Surat ini dinamai Al Lail (malam), diambil dari perkataan Al Lail yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Pokok-pokok isinya:

Usaha manusia itu berlainan, karena itu balasannya berlainan pula; orang yang suka berderma, bertakwa dan membenarkan adanya pahala yang baik dimudahkan Allah baginya melakukan kebaikan yang membawa kepada kebahagiaan di akhirat, tetapi orang yang dimudahkan Allah baginya melakukan kejahatan-kejahatan yang membawa kepada kesengsaraan di akhirat, harta benda tidak akan akan memberi manfaat kepadanya; orang yang bakhil merasa dirinya cukup dan mendustakan adanya pahala yang baik.
Surat Al Lail menerangkan bahwa amalan-amalan yang dikerjakan dengan tulus ikhlas semata-mata mencari keridhaan Allah itulah yang membawa kebahagiaan di akhirat kelak.

Hubungan Surat Al Lail dengan Surat Adh Dhuha

Pada surat Al Lail diterangkan bahwa orang yang taqwa akan dimudahkan Allah mengerjakan prbuatan taqwa sehingga memperoleh kebahagiaan. Sedang pada surat Adh Dhuhaa diterangkan bahwa keberuntungan di akhirat lebih baik dari keberuntungan di dunia

 Isi Surat

وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى
[92.1] Demi malam apabila menutupi (cahaya siang),
وَالنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّى
[92.2] dan siang apabila terang benderang,
وَمَا خَلَقَ الذَّكَرَ وَالأنْثَى
[92.3] dan penciptaan laki-laki dan perempuan,
إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّى
[92.4] sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda.
فَأَمَّا مَنْ أَعْطَى وَاتَّقَى
[92.5] Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa,
وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى
[92.6] dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga),
فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَى
[92.7] maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.
وَأَمَّا مَنْ بَخِلَ وَاسْتَغْنَى
[92.8] Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup,
وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَى
[92.9] serta mendustakan pahala yang terbaik,
فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرَى
[92.10] maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.
وَمَا يُغْنِي عَنْهُ مَالُهُ إِذَا تَرَدَّى
[92.11] Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa.
إِنَّ عَلَيْنَا لَلْهُدَى
[92.12] Sesungguhnya kewajiban Kami-lah memberi petunjuk,
وَإِنَّ لَنَا لَلآخِرَةَ وَالأولَى
[92.13] dan sesungguhnya kepunyaan Kami-lah akhirat dan dunia.
فَأَنْذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظَّى
[92.14] Maka Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala.
لا يَصْلاهَا إِلا الأشْقَى
[92.15] Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka,
الَّذِي كَذَّبَ وَتَوَلَّى
[92.16] yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (dari iman).
وَسَيُجَنَّبُهَا الأتْقَى
[92.17] Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu,
الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى
[92.18] yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya,
وَمَا لأحَدٍ عِنْدَهُ مِنْ نِعْمَةٍ تُجْزَى
[92.19] padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya,
إِلا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الأعْلَى
[92.20] tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridaan Tuhannya Yang Maha Tinggi.
وَلَسَوْفَ يَرْضَى
[92.21] Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.

Tafsir Surah Adh Dhuha

 Surat Adh Dhuha (سورة الضحى) adalah surat ke-93 dalam Al Qur'an dan terdiri atas 11 ayat. Surat ini termasuk golongan surat-surat Makkiyyahdan diturunkan sesudah surat Al Fajr. Nama Adh Dhuhaa diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama, yang artinya "waktu matahari sepenggalahan naik".
Surat Adh Dhuhaa, menerangkan tentang bimbingan pemeliharaan Allah SWT terhadap Nabi Muhammad SAW dengan cara yang tak putus-putusnya dan mengandung pula perintah kepada Nabi supaya mensyukuri segala nikmat itu.

Pokok-pokok Isinya

  1. Allah SWT sekali-kali tidak akan meninggalkan Nabi Muhammad SAW.
  2. Isyarat dari Allah SWT bahwa kehidupan Nabi Muhammad SAW dan dakwahnya akan bertambah baik dan berkembang.
  3. Larangan menghina anak yatim dan menghardik orang-orang yang minta-minta.
  4. Perintah menyebut-nyebut nikmat yang diberikan Allah sebagai tanda bersyukur.

 Isi Surat

  1. وَالضُّحَى Demi waktu matahari sepenggalahan naik,
  2. وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى dan demi malam apabila telah sunyi,
  3. مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu,
  4. وَلَلآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الأولَى dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan.
  5. وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.
  6. أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.
  7. وَوَجَدَكَ ضَالا فَهَدَى Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
  8. وَوَجَدَكَ عَائِلا فَأَغْنَى Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
  9. فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلا تَقْهَرْ Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.
  10. وَأَمَّا السَّائِلَ فَلا تَنْهَرْ Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu menghardiknya.
  11. وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).

EPL n Spanish League da latest update..5, 6, 7 Dis 2010


England - Premier League
December 4 
 FTArsenal2 - 1Fulham
 FTBirmingham C.1 - 1Tottenham H.
 FTBlackburn R.3 - 0Wolverhampton W.
 FTChelsea1 - 1Everton
 FTManchester C.1 - 0Bolton W.
 FTWigan Athletic2 - 2Stoke C.
 Postp.Blackpool? - ?Manchester U.
December 5 
 FTWest Bromwich A.3 - 1Newcastle U.
 FTSunderland1 - 0West Ham U.
 21:52December 6 
 FTLiverpool3 - 0Aston Villa




Spanish - Primera Division



Spain - Primera Division
 December 4 
 FTLevante2 - 0Atletico Madrid
 FTOsasuna0 - 3Barcelona
 FTReal Madrid2 - 0Valencia
 December 5 
 FTAlmeria1 - 1Zaragoza
 FTEspanyol1 - 0Sporting Gijon
 FTGetafe3 - 0Mallorca
 FTMalaga4 - 1Racing Santander
 FTVillarreal1 - 0Sevilla
 FTReal Sociedad2 - 0Athletic Bilbao
 22:58December 6 
 FTDeportivo La Coruna1 - 0Hercules

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...