Sunday, December 19, 2010

Tok Guru Nik Aziz temui blogger jelaskan isu semasa

Adakah anda seorang penulis blog. Peluang terbaik untuk mereka yang bergelar blogger menghadiri majlis makan malam dan dialog bersama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program anjuran kerajaan negeri itu turut melibatkan kesemua anggota Exco kerajaan negeri dijangka diadakan pada awal tahun depan. Program berkenaan dijangka diadakan di Kuala Lumpur.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus berkata, pertemuan tersebut terbuka kepada semua blogger tanpa mengira ideologi politik mereka.


“Diharap melalui pertemuan terbabit blogger akan mendapat gambaran sebenar perkembangan semasa di Kelantan sepanjang di bawah pentadbiran PAS,” katanya di sini.

Oleh itu blogger yang berminat boleh menghubungi pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di talian 09 7433529 (Puan Hazami) atau email: mnyahya65@gmail.com.
sumber: HD

Kisah Teladan : Jangan Marah !!


Marilah kita cuba untuk mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW yang kita sanjungi ini kalau tidak sedikit pun cukuplah. Kalau hari ini kita terasa ingin marah, cubalah belajar untuk mengawalnya dengan mengingati kisah ini. InsyaAllah. 


Pada suatu hari, seorang Yahudi telah datang menemui Rasulullah SAW kerana hendak menuntut hutangnya.

Tetapi, cara orang Yahudi itu datang menuntut hutangnya amat kasar. Sebaik sahaja Yahudi itu menghampiri Rasulullah, dia terus merenggut baju Rasulullah sambil berkata, "Hai keturunan Abdul Mutalib, engkau sememangnya dari golongan orang yang suka menangguh-nangguhkan hutang." 


Sikap kasar serta tutur kata yang tidak sopan dari orang Yahudi itu amat menyakitkan hati Saidina Umar bin Khattab turut berada bersama-sama dengan Rasulullah ketika itu. 


~Doa Lembutkan Hati~(klik)
Dengan perasaan marah yang meluap-luap, Saidina Umar terus menengking Yahudi itu. Rasulullah SAW terkejut dengan sikap Saidina Umar yang tidak dapat mengawal perasaannya. Walaupun air muka Rasulullah terbayang kemarahan, tetapi baginda dapat mengawal perasaan itu.

Lalu baginda berkata berkata kepada Saidina Umar, "Wahai Umar, aku dan dia mempunyai urusan yang lebih layak. Biarlah kami berdua yang menyelesaikannya dan janganlah kau mencampurinya. Sebaik-baiknya, engkau menyuruh aku bayar hutang itu dengan baik dan menyuruh dia menuntut hutang dengan baik juga.

Sebenarnya, aku masih ada tempoh tiga hari lagi untuk membayar hutang tersebut." Malah, baginda juga menyuruh Saidina Umar membayar hutang baginda dengan memberi dua puluh gantang gandum kepada Yahudi itu sebagai balasan kerana Saidina Umar telah berlaku kasar terhadap Yahudi itu.
Amalkan.. :)
Apabila Yahudi itu melihat kejadian tersebut, tiba-tiba terkeluarlah kata-kata dari mulut Yahudi itu, katanya, "Wahai Umar, semua ini adalah tanda-tanda kenabian. Aku dapat melihat tanda-tanda tersebut terbayang di wajah Nabi SAW ketika aku memerhatikan wajahnya. 

Sebenarnya, aku ingin mengetahui apakah dia benar-benar seorang nabi. Kerana itulah aku menguji dia untuk mengetahui apakah dia seorang yang tinggi akhlaknya dan pemaaf. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 

Begitulah besarnya pengaruh sifat sabar Rasulullah SAW sehingga menyebabkan Yahudi Yang mengasari baginda terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam. HK

Menjaga lidah

Jom kita kongsi beberapa hadis-hadis Rasulullah SAW berkenaan 'lidah'. Mudah-mudahan dapat kita menjaga adab pertuturan kita seharian untuk hari-hari mendatang. InsyaALLAH..


Lihatlah betapa besarnya pengaruh kuasa mulut yang kita ada. Kalau tidak masakan ada pepatah Melayu mengatakan ''kerana mulut badan binasa''. 


Jauhilah percakapan yang sia-sia..
Dan teringat juga aku kata-kata daripada Hamka: kata-kata yang lemah dan beradap dapat melembutkan hati dan manusia yang 'keras'.

Dan kata-kata daripada Saidina Ali Abi Talib: Apabila sempurna akal, kurang perkataan.. Renungkanlah untuk sahsiahkan diri kita.. 




Hadis-hadis Rasulullah SAW tentang kepentingan dan kewajipan menjaga tutur kata dan percakapan agar tidak melanggar syariat dan agama.

1. Daripada Sahl bin Saad: Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjaga apa yang berada di antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (alat kelamin), maka aku jamin syurga kepadanya." 
(HR Bukhari dan Tirmidzi).

2. Daripada Abu Hurairah : Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah SAW tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab, "Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik." Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab, "Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)." 
(Fathu Bari, Jld 8: 316 ).

3. Daripada Uqbah bin Amir: Rasulullah SAW bersabda, "Kamu perlu menahan lidah, melapangkan keluargamu dan menangisi kesalahanmu."

(HR Tirmidzi).

4. Daripada Abu Said Al-Khudri: Rasulullah SAW bersabda, "Bila pagi telah tiba seluruh anggota badan anak Adam akan mengingkari lidahnya. Semuanya berkata: 'Hendaklah engkau (wahai lidah) bertakwa kepada Allah mengenai kami. Kami ini (anggota badan) bergantung kepadamu, jika engkau lurus, maka luruslah kami dan jika engkau bengkok, maka bengkoklah kami." 

(HR Tirmidzi).

5. Daripada Malik bin Dinar: Rasulullah SAW bersabda, "Apabila engkau merasakan kekerasan dalam hatimu, kelemahan pada tubuhmu dan kesempitan rezekimu, maka ketahuilah bahawa engkau telah berkata sesuatu yang tidak berguna bagimu," 

(Minhajul Abidin: 139 ).

6. Daripada Ibnu Mas'ud: "Demi Allah, di muka bumi ini tiada sesuatu pun yang memerlukan sujud lebih lama melainkan lidah." 

(Al-Targhib, Jld 3: 526 ).

Friday, December 17, 2010

Dialog antara Nabi SAW dan Iblis

Semoga kita sentiasa menginsafi segala tipudaya Iblis ini..

Soalan Nabi s.a.w : : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
  • Jawab Iblis : "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w : : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
  • Jawab Iblis : "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi s.a.w : : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"
  • Jawab Iblis : "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.
  • Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Soalan Nabi s.a.w : : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
  • Jawab Iblis : "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w : : "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
  • Jawab Iblis : "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w : : "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
  • Jawab Iblis : "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.
  • Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w : : "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
  • Jawab Iblis : "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

Soalan Nabi s.a.w : : "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“
  • Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannya itu".
  • "Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

Soalan Nabi s.a.w : : "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".
  • Jawab Iblis : "Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :
"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku". 

Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu t
aat kepada hamba dengan berbuat maksiat.
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan ;
  • Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka marah mereka kepada engkau (IBLIS) 
  • Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"


Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.

Diharap dapat kita menyampaikannya kepada seluruh umat Islam dari semasa ke semasa

Rasulullah s. a. w. bersabda ;
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"

Thursday, December 16, 2010

PERKASA bakal gulong tikar?


Akhbar tabloid milik Perkasa, Suara Perkasa akan menghentikan penerbitannya mulai pertengahan Januari tahun depan.

Seorang kakitangan editorial berkata, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali telah memberitahu kakitangan mengenai perkara itu.


"Kakitangan diberi tempoh bekerja hingga 10 Januari tahun depan sebelum perkhidmatan mereka berakhir.

"Syed Hassan, bagaimanapun, memberitahu penerbitan Suara Perkasa akan disambung semula jika mempunyai dana.

"Ini bermakna, Suara Perkasa hanya sempat diterbitkan sebanyak 11 edisi sahaja di mana edisi terakhir bulan November lalu," katanya.

Bakal tiada lagikah mereka2 ini?
Suara Perkasa mempunyai enam kakitangan dan beroperasi di Setapak, Kuala Lumpur.

Menurut kakitangan tersebut, alasan utama kepada pemberhentian penerbitan tersebut ialah tidak mampu menampung kos operasi.
Katanya, Suara Perkasa dicetak sebanyak 25,000 naskhah setiap keluaran tetapi jumlah jualan tidak mencapai 50 peratus.

"Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah mengeluarkan lebih RM400,000 untuk tujuan penerbitan Suara Perkasa," katanya.

Suara Perkasa ditebitkan setiap dua minggu – pada awal dan pertengahan bulan – yang banyak memfokuskan mengenai isu-isu orang Melayu.

Ia mula diterbitkan pada 1 Julai 2010 dijual dengan harga RM2 senaskhah di Semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak.

Edisi sulung Suara Perkasa yang bertajuk "Tahan Ka Siong di Bawah ISA" menimbulkan rasa tidak senang hati Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Konflik antara Presiden Perkasa dan Wee bermula apabila anggota Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Ketua Pemuda MCA berkenaan mempersoalkan kontrak sosial serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.

Malah pemimpin-pemimpin Umno juga tidak mahu mendekati Perkasa yang mereka dakwa sebagai sebuah pertubuhan berunsur perkauman. sumber- SharpShooter
Bapak mamat ni kat gambar atas tu..

Ceramah DSAI di Wangsa Maju

Tanda-tanda 100 hari sebelum sakratul maut



Firman Allah :
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. 
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).
Firman Allah lagi :
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)


Tanda 100 hari sebelum sakaratul maut. 
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. 

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 

renunga: Sabda Rasulullah SAW, “Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (seksa) kubur.” (Hadis riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)


Tanda 40 hari sebelum hari mati 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT. 

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari 
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

Tanda 1 hari 
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir 
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. 

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

Sesengguhnya mengingati mati itu adalah perkara bijak. Ingatlah ! Saling berpesan-pesanlah sesama kita. Amin.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...