Monday, June 29, 2009

RAHSIA TARIKH LAHIR ANDA

1. Tarikh lahir 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan
orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh
ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang
tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap
serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal
percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala
keinginan pasangannya.
Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada
percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan
yang telah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri
membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul
denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika
cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar
dicintainya.
Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam
bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering
mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak
terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan
yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia
akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan
bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam
bergaul.
Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di
mengertikan.


4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka
bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan
diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata
keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang
tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat
dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor
penyebab timbulnya masalah.
Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap
keanak-anakkan.


5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita
tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah
seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.
Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi
sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta,
berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.


6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.
Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.

Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah
mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.
Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara
mudah.
Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa
bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau
pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.


8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat
lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana
rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang
seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.

Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan
khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia
seorang yang tabah dan rela berkorban.


9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai
cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah
tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam
menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia
mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia
sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.


10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia
berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya
dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering
membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan
sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat
kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam
pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah
untuk dipercayai.


11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh
ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap B***h dalam
menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian
bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara
yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal
percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang
mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh
kawan-kawan.


12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana
kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat
teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi
dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan
kelebihannya pada orang lain.
Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...