Thursday, December 23, 2010

Non-Muslim terima Islam tu bagus laa wahai Zulkifli Noordin !!!

isk..isk..isk.. hairan jugak aku kadang-kadang dengan prinsip pejuang-pejuang bangsa ni. Sejak saudara Zul Noodin bersekutu dengan UMNO/BN ni, makin bercelaru kenyataan2 yang di keluarkannya kepada media.




'Usah terpedaya dengan taktik Islamik DAP'



KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen bebas menggesa masyarakat Islam di Malaysia supaya menolak Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan mendakwa parti itu menggunakan 'pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi Parti Tindakan Rakyat (PAP) ketika parti utama Singapura itu mahu mendapatkan kuasa', lapor Utusan Malaysia.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Encik Zulkifli Noordin, berkata umat Islam harus sedar dengan 'silap mata' DAP itu kerana matlamatnya hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut berkuasa.

Beliau meminta penduduk Islam melihat 'apa yang berlaku di Singapura'.

Katanya, menurutnya, umat Islam di negara tersebut 'dipinggirkan selepas menjadi alat kepada mantan Perdana Menterinya, Encik Lee Kuan Yew, dan parti PAP untuk memperoleh kuasa'.

'Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.

'Melayu yang menjadi alat mereka mendapat kuasa akhirnya diterajang dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang daripada rumpun Melayu,' katanya dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com kelmarin.

Beliau mengulas pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia kelmarin, yang antara lain menyentuh mengenai nasib masyarakat Melayu Islam di Singapura sambil mendakwa mereka semakin terpinggir selepas Encik Lee dan PAP berkuasa.

Menurut Awang, keadaan itu berlaku selepas orang Melayu menjadi alat kepada Encik Lee dan PAP mendapatkan kuasa pada awal pemerintahan mereka.

Mengulas lanjut mengenai Singapura, Datuk Zulkifli berkata sejarah Sang Nila Utama kemudian dipadamkan dengan kisah Stamford Raffles manakala nama Singa Pura (Bandar Singa) daripada sejarah penemuan singa oleh Sang Nila Utama bertukar menjadi Singapore.

Ekoran apa yang berlaku di Singapura, beliau berkata, tidak hairan Penasihat DAP, Encik Lim Kit Siang dan anaknya, Encik Lim Guan Eng, sanggup turun naik masjid serta surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu.

'Siap isytihar diri sebagai Khalifah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan pun dijual tidak apa sebab Kit Siang dan anak lelakinya itu saudara kita sekarang, kata pak janggut,' tulisnya lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap umat Islam dan umat Melayu di negara ini merenung kembali sejarah yang berlaku di Singapura.

'Sejarah itu cermin suatu bangsa. Kalau bangsa itu memilih untuk membutakan mata kepada sejarahnya, maka itulah permulaan berakhirnya bangsa itu.

' Janganlah ulangi kesilapan dahulu,' katanya lagi. -- Utusan Malaysia.





pss::: Sesekali terlintas di fikiran aku bagaimana agaknya puak2 UMNO/BN ni brain wash geng2 yang join parti mereka seperti Zulkifli Noordin ni. Heran seyhh.. Dulu masa duk dalam PKR bukan main lagi jadi hero rakyat. Tapi bila masuk ja UMNO semuanya jadi terbalik.. hahaha. apa agaknya UMNO/BN ni jamu puak2 lompat ni. 


Ni la contoh mangsa paling haprak kena tarbiyah dengan politik UMNO. Mr Zulkifli Noordin.

Wahai Saudara Zul, dulu saya sangat menghormati saudara kerana suara2 lantang saudara telah menyedarkan umat Islam di Malaysia akan berleluasanya gejala murtad. Syabas kepada saudara, kerana kuasa suara, pengaruh yang saudara miliki ketika itu telah membongkar puak2 yang bertopengkan Islam yang punya agenda jahat pada Islam.

Tetapi sekarang suara saudara itu sudah jauh berbeza dari dulu, dan memberi saya point untuk membuat tanggapan bahawa saudara sebenarnya tidaklah sehebat suara lantang saudara tu.

Wahai saudara, kalau dulu DAP ni jahil bab Islam, memang lagik la sebab kerajaan kita sendiri pun tak laksana Islam pun. Tapi saudara kena sedar, hari ini keadaan sudah berubah la saudara. Dah tak macam dulu dah. 

Siapa sangka DAP boleh bergabung dengan PAS, bahkan penerimaan mereka pada Islam juga menampakkan suatu yang sangat positif!!  Inilah yang kita mahukan.

Alhamdulillah, usaha dakwah berterusan dan pendekatan PAS kepada golongan bukan Islam telah membuahkan titik-titik penerimaan bukan Islam kepada ajaran Islam yang sebenar. 

Apa yang penting ialah golongan bukan Islam sudah semakin menghakis tanggapan bahawa Islam ini sebenarnya bukanlah agama dan ajaran yang zalim serta menindas seperti tanggapan kebanyakkan non-muslim ketika dulu.. 

Satu perkara yang rakyat perlu sedar ialah penerimaan mereka(bukan Islam) pada Islam ini sangat2 baik daripada golongan2 yang mengaku Islam tapi sangat susah nak menerima Islam. Jadi!! Golongan bukan Islam nak mendekati Islam tu bagus laa!! Jangan la saudara Zul Noordin jadi batu api pulak?

Oleh itu,
Wahai saudaraku, janganlah terlalu bongkak dan bahalul. Sedangkan ALLAH SWT sebagai Maha Pencipta pun mengampuni dosa-dosa hamba-NYA. 

Cerita yang dah berlalu tu biarkanlah berlalu. Sejarah lampau kita jadikanlah iktibar, tauladan dan peringatan. Manusia boleh berubah la saudara (except UMNO ja yang susah lagi bebal). 

DAP bukan nak masuk Melayu la wei!! 

So, lebih elok jika saudara jaga periuk nasi saudara. Apa punya orang!! Dimana maruah saudara wahai En. Zul Noordin. Sebelum ni Chua Soi Lek dok hentam Islam tak ada pulak hang bangun jadi hero!! 

Ni DAP nak dekat dengan Islam boleh pulak hang hasut rakyat jangan percaya pada pakatan pembangkang ni!! Ingatkan dah duduk dalam UMNO boleh la tarbiyah puak2 yang jahil tu, tapi lain pulak jadinya. 

Pemimpin sebumbung dengan hang, hang tak boleh tegur, pastu jadi banggang duk buat cachamerba kat rumah orang. Islam apa Encik Zul Noordin ni? Punya haprak fikiran dia..!!!

Wednesday, December 22, 2010

Salasiah Nabi dan Rasul

** klik pada gambar untuk view yang lebih jelas.

Ustaz Zakaria saman Utusan, NST dan, Tn Haji Shabudin Yahaya

Alhamdulillah, aku sangat menyokong tindakan Ustaz Zakaria Ahmad untuk saman Utusan, NST dan ADUN Permatang Berangan, Shabudin Yahaya dalam kes fitnah berkenaan isu khutbah yang dicanang geng UMNO sebelum ni. 
(Berita asal scroll ke bawah.. Mukadimah yang aku dok merungut ni adalah dari pandangan peribadi dan 'kritikan manja' untuk setidaknya menjana kesedaran dan fikiran sesetengah mereka yang masih taksub, tak sedar ditipu, buta perut, tak sedar diri dan masih bahlol dengan kejahilan UMNO/BN berhubung soal ISLAM dan agama ALLAH SWT ni).
Ustaz Zakaria Ahmad
Aku doakan agar Ustaz Zakaria menang kes ni untuk membuka mata rakyat dan penyokong tegar UMNO/BN akan busuknya hati puak UMNO/BN ini yang sanggup gunakan fitnah isu agama demi meraih sokongan rakyat. (Mari kita sepakat berdoa supaya kemenangan berpihak kepada Ustaz Zakaria).

UMNO/BN ni memang tak serik-serik menfitnah!!! Sudahlah mengaku Islam lepas tu berani pulak politikkan isu agama semata-mata untuk menghasut rakyat. Golongan pemimpin macam inikah yang harus menjadi pilihan rakyat. 

Sengaja memporak perandakan hal berkaitan agama ALLAH untuk kepentingan politik mereka. Kemudian hebohkan kepada dunia bahawa teruknya Islam ini hanya kerana Islam ini di bawah naungan pembangkang. Yang baik itu pasti akan di bolehkan hingga berpihak pada mereka. Media akan senyap membisu jika sesuatu perkara tidak menyebelahi pemerintah!!!. 

Rakyat diperbodohkan dengan tafsiran Islam suatu agama yang sempit. Apa bezanya Islam pemerintah dengan Islam pembangkang??? Pastinya ini menjadi wadah yang makin menjarakkan golongan yang jahil dari memahami untuk menerima Islam. Bukan Islam pasti tidak akan melihat@mengadili isu ini pada dua cabang(Islam) yang berbeza!! Pada mereka, Islam tetap Islam !! Pembangkang 'menerima' bukan Islam tetapi Pemerintah 'menolak' bukan Islam!! Dimana logiknya Pemerintah akan menerima Islam?

INGAT!!! Jangan rakyat jadi bodoh dengan mempercayai fitnah jahat UMNO/BN ini. Berubahlah! Sampai bila kita nak memusuhi parti yang memperjuangkan Islam?? 
Fikirlah beb !!!
 
Ok, berhubung isu tajuk di atas..

Aku nak tanya korang dengan pengetahuan Islam paling lemah,

       *korang rasa wajibkah kita menyebut nama-nama pemerintah di dalam isi kandungan teks doa especially doa khutbah!!!? Terbatalkah solat sekalian jamaah itu jika tidak menyebut nama yang 'digazetkan' pada teks doa tersebut? atau terbatalkah solat itu sekiranya nama yang disebut dalam doa(di'amin'kan) itu ialah dari kalangan orang bukan Muslim? 
{kalau tak reti jawab jangan berlagak pandai, jangan bodoh sombong!}

Fikirkan.. Adakah pemimpin itu titlenya sama level dengan Nabi dan Rasul? Tidakkah golongan pemerintah itu juga sama seperti manusia biasa di dalam agama ISLAM? 

Weh!!! Islam itu adil, Islam itu terbuka, Islam itu mudah, Islam itu bukan hanya untuk melayu!!! Jangan jadikan Islam itu seperti UMNO/BN yang zalim dan tamak!!!

(Sultan sememangnya diakui sebagai ketua agama Islam di negara kita dan diakui rakyat tetapi tidak menjadi kewajipan pada suruhan agama@Islam)
(Doa tidak menjadi syarat sah dalam menunaikan solat. Doa itu sekadar sunat la weii..kalau tak berdoa pun tak batal solat la wehhh!!!)
(Jangan anggap ini isu kecil, korang tau ka apa yang apek, nyonya tu describe pasal fitnah ni?)
(Melayu UMNO sendiri yang tolak Islam, apatah lagi Chua Soi Lek! Memang tak hairan la kalau Soi Lek, bukan Islam yang menghina Islam..tak guna punya Melayu Umno ni!!)

Tuan Haji?? Shabudin Yahaya
Ustaz Zakaria Ahmad saman Utusan Melayu, NST, penfitnah Shabudin Yahaya 

PULAU PINANG (21 Dis 2010): Ekoran mengalami tekanan dan fitnah yang berleluasa ekoran penyiaran berita doa khutbah Jumaat yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Melayu, NST dan ADUN Permatang Berangan, Shabudin Yahaya <--(lihat profil?klik la) disaman oleh Ustaz Zakaria Ahmad.

Dalam kenyataannya kepada media di sini malam tadi, beliau berkata saman itu adalah bagi mempertahankan kebenaran yang dibawa oleh beliau sebagai seorang tokoh agama daripada terus diperlekehkan oleh mereka yang mempunyai motif tertentu dalam membesarkan isu yang tidak benar lagi batil itu.

"Saman ini adalah bagi mengingatkan mereka yang jauh tersasar supaya tidak dengan sewenang-wenangnya menggunakan platform agama untuk mencari pengaruh.

"Saya bercakap atas dasar agama Islam yang sebenarnya. Mereka telah memfitnah saya melalui akhbar sehingga memberi satu impak yang negatif terhadap kepercayaan, kewibawaan dan reputasi masyarakat terhadap saya," tegasnya lagi.

Seperti mana dalam salinan saman yang diperolehi menyebut penyiaran dalam Mingguan Malaysia bertarikh 22 Ogos dengan perkataan fitnah oleh Shabudin 'tindakan menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah itu seolah-olah ada agenda politik dan membawa imej beliau'.

Begitu juga dengan penyiaran berita mengenai unsur fitnah yang mengaitkan isu khutbah dalam Berita Harian bertarikh 23 dan 25 Ogos lalu.

"Kenyataan yang menyatakan etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain serta pengesahan Shabudin sebagai bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam bahawa saya tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam adalah bersifat fitnah sedangkan saya mempunyai tauliah sejak 29 Mac 2003 lagi," tambahnya lagi.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan penyalahgunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam khutbah Jumaat di beberapa buah masjid di Pulau Pinang ketika mempengerusikan mesyuarat perhubungan di Tasek Gelugor.

Ekoran pendedahan tersebut Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang melalui Pemuda Umno bahagian telah membuat beberapa laporan polis supaya perkara itu disiasat.

Zakaria memfailkan saman itu Oktober lepas di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Tetuan Aswar, Simon dan Azhar.

Katanya lagi, apa yang diharapkan ialah keadilan tertegak tanpa menidakkan kebenaran yang sepatutnya dijadikan asas dalam penyiaran oleh mana-mana media dalam negara ini.

Beliau juga turut dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 24 Ogos lalu.

Namun begitu, tiada apa-apa tindakan diambil terhadap beliau setelah keterangan yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ellias Zakaria diadakan pada 24 Ogos lalu.

sumber : berita panas dan terkini ---->> SharpShooter

  • Sedarlah, kita ini sekadar penumpang di bumi Allah SWT!!
  • Sedarlah, dunia ini hanya nikmat sementara.
  • Sedarlah, kita ini hanya insan yang lemah dan bodoh.
  • Sedarlah, siapa kita untuk menentukan siapa yang layak pada agama ALLAH.
  • Sedarlah, kita ini sebenarnya (kononnya Islam) sedang menjayakan ISLAMOPHOBIA.
  • Sedarlah, kita masih bodoh dan tidak sedar bahawa nikmat Iman dan Islam yang automatik diberikan kepada bangsa melayu ini hanyalah sekadar UJIAN.
  • Sedarlah, kita bukan ISTIMEWA untuk senang dan mudah diterima di akhirat apatah lagi di Syurga-NYA.
  • Sedarlah, kita secara tidak langsung sedang menjadikan bangsa Melayu ini sama seperti bangsa Yahudi yang tidak boleh menerima bangsa lain demi AGAMAnya.
  • Sedarlah, kita tidak di jamin untuk terus hidup walau 30 minit dari sekarang.
  • Sedarlah kita ini sangat lemah yang nyata mudah dilalaikan oleh musuh2 Islam demi menjayakan agenda mereka  mengekang pergerakkan dakwah ISLAM.
Tidakkah kita malu, setiap hari kita memohon nikmat, limpah rezeki, kebaikkan, kesempurnaan hidup daripada-NYA walhal kita dengan zalim enggan menerima undang-undang dan segala yang telah diWAJIBkan-NYA kepada kita.

Taubatlah kalian sementara masih punya waktu dan kesempatan !!!
Jangan kita menempah seksaan yang dijanjikan ALLAH di akhirat kelak.

Bahkan kita dengan megahnya menegakkan undang-undang ciptaan manusia dan lebih malang ianya daripada telunjuk orang2 kafir, musuh2 Islam. (Malaysia@wikipedia) , (undang2 Malaysia)

Bagaimana kita sanggup mengelarkan negara kita sebagai negara Islam sedangkan kita jelas mengamalkan sistem  undang-undang daripada musuh2 Islam. (tidakkah ia seperti mempermainkan suruhan dan kehendak ALLAH SWT sebagai Pencipta langit dan bumi).

Adakah Islam yang di cipta-NYA hanya untuk solat, puasa, dan menunaikan haji? (nauzubillah, jika itu yang kita labelkan pada agama ALLAH yakni Islam secara tidak langsung kita sudahpun terkeluar daripada agama ISLAM atau MURTAD!!!.)

Nescaya tidak ada gunanya kita mengaku beriman pada ajaran Allah SWT jika kita memilih mereka yang menolak perlaksanaan ISLAM (undang-undang) dan mereka yang sekadar mengaku ISLAM dengan kepura-puraan.

Inilah sebenarnya ujian besar ALLAH SWT kepada kita (Melayu) dengan memberikan nikmat Islam secara baka@semulajadi tanpa perlu menghadapi rintangan dan cabaran.

Fikirlah sejenak sekiranya kita ini dilahirkan sebagai bukan Islam@ dari kalangan keluarga bukan Islam!!!, 

Agaknya adakah kita layak untuk mendapat tempat dan kelebihan nikmat hidayah keISLAMan daripada ALLAH SWT.

Jika kita percaya pada agama ALLAH SWT, bertaubatlah dan mohonlah pada-NYA agar diberikan petunjuk dalam menilai perkara yang benar untuk meraih keredhaan serta petunjuk menuju jalan-NYA yang benar lagi lurus.

Serulah pada mereka yang memperjuangkan ISLAM tanpa perlu rasa syak dan janganlah kita sewenangnya menilai perjuangan mereka dengan tafsiran negatif.

pss: PAS memperjuangkan agama ALLAH, dan jika kita menolaknya sama seperti kita menolak agama ALLAH SWT. Percayalah ALLAH itu Maha Besar lagi Maha Adil. 

Jika benarpun PAS itu berpura-pura memperjuangkan ISLAM pasti ALLAH SWT akan memberikan balasan pada mereka di akhirat kelak.

Jangan kita menghukum mendahului ketentuan Allah SWT dan kita WAJIB bersama-sama PAS jika kita mengakui kita adalah umat ISLAM!!!. 

Marilah kita berjuang menegakkan agama ALLAH.

Bangunlah wei bangsaku!!!!
Bangkitlah Melayu dari mainan politik kotor UMNO/BN. Tidak nampakkah kita bagaimana UMNO/BN menggunakan sepenuhnya kuasa memerintah untuk memperalatkan media-media saluran perdana dengan menabur fitnah dan berita yang sangat2 jarang memberi kelebihan pada pembangkang. 


Bandingkan Islam yang di tadbir kerajaan PAS dengan UMNO/BN!!
Kelantan yang ditadbir oleh kepimpinan Islam tetap membangun dengan pesat walaupun dana peruntukkan untuk negeri itu disekat oleh kerajaan persekutuan.

Jauh sekali perbezaannya jika di bandingkan dengan negeri2 naungan UMNO/BN seperti Sabah dan Sarawak. Walaupun negeri ini mempunyai sumber asli dan hasil semulajadi yang melimpah ruah tetapi pembangunanya masih lemah dan lembab jika dibandingkan dengan negeri Kelantan.
(dimana dana yang diperuntukkan itu disalurkan?).
(kemewahan hanya di kecapi oleh pemimpin2 UMNO/BN).
(rakyat negeri itu dibiarkan hidup dengan amalan nenek moyang mereka demi kerakusan dan sikap tamak mereka!!) (Masuk akal ke? takkan la dah lama memerintah masih tak mampu membangun? lembabnya UMNO/BN ni..)


Tak guna punya UMNO/BN !!
Isu-isu berkaitan agama di jadikan sumber untuk meraih simpati murahan daripada rakyat marhaen..

Lihatlah betapa jahatnya mereka-mereka yang kononnya melayu Islam ini meracuni fikiran rakyat berhubung isu agama. Hal ini secara tidak langsung akan memberi perspektif dan gambaran negetif kepada mereka yang ingin mendekati Islam dan khususnya pasti kepada golongan bukan Islam. 

Perosak Fikiran Rakyat (motto sebenar untuk Utusan Melayu)
Inilah perosak fikiran rakyat yang pasti akan menggambarkan Islam ini sesuatu yang sempit dan lebih parah ialah ISLAM ini akan kekal dilihat sebagai ISLAMOPHOBIA. 

Paling penting disini ialah insan-insan, manusia-manusia yang beragama Islam ini turut mengiyakan hal ini tanpa usul periksa. Sudahlah ilmu di dada tidak seberapa, lepas tu pandai-pandai pula menjatuhkan hukum pasai agama ni. (insan2 itu ialah blogger2 pro Umno/BN yang tak cerdik tapi tak reti malu, eksyen cerdik)

Kalau dah tak cerdik tu rujuk la pada mereka yang arif perihal agama. Rujuklah ustaz2, guru agama, para ilmiah agama, badan2 agama sebelum provoke sesuatu berita. Mereka-mereka inilah sebenarnya yang merosakkan ISLAM. (bukti sahih tak ada pun, cuma dok jaja repot polis ja, tapi dok reka cerita macam hantu raya!! mangkok betoi la puak ni!!)

Weh Melayu Islam, janganlah kita jadi manusia yang angkuh dalam  mempropagandakan hal dan isu berkaitan agama demi kepentingan politik.(Islam mengajar umatnya merujuk,berbincang sekiranya menghadapi kesulitan@salah faham@pertikaian berkaitan agama. Jika tidak, apa gunanya cerdik pandai(agama), alim ulama, selain kurniaan (panduan dan sumber rujukan) iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw, kitab-kitab, fatwa2,.)

Tidakkah Al-Quran itu diturunkan kepada umat Nabi Muhammad saw sebagai rujukan dan panduan? Nauzubillah.. Janganlah tunjukkan diri kamu terlalu bangang sempitkan agama ALLAH Taala ini. Janganlah jadi golongan yang sangat bodoh lagi sombong.

Cukuplah Islam itu di burukkan di barat!!! Janganlah kita yang dah Allah taala berikan nikmat iman dan Islam ni mengiyakan tanggapan musuh-musuh Islam. Seolah-olah Islam ini lebih teruk daripada bangsa Yahudi !!!

Bukalah mata weh.. Jadilah manusia yang cerdik. Adililah sesuatu berita dengan sumber-sumber yang sahih khususnya perihal agama ni!! Ini bukan berita sukan, bukan berita bisnes, bukan berita dunia, ini berita agama ALLAH!!!. 

Sudahlah.. Taubatlah.. Insafkan diri dan berdoalah kepada Allah taala moga-moga Dia tidak butakan mata hati kita, supaya kita tidak termasuk dikalangan orang-orang yang rugi dan golongan yang sia-sia ataupun MUNAFIK.

pss: apa yang istimewa sangat backing umno/bn ni? korang dapat half price ke isi minyak kereta? Gula dapat diskaun ka? Robert Kuok (taikoon gula Malaysia no 33 paling kaya di dunia! rakyat? Sanggup gadai nyawa(meragut) RM10 demi sesuap nasi!) dan keturunan dia kaya raya tapi rakyat masih merungut tak cukup gula, dah la harga makin naik!! tu pun kita tak nampak ka??

lagi cerita berkaitan..

Speaker Dewan Rakyat yang sangat berat sebelah!!

Aku rasa bersalah sangat sebab tak post pasal related issue (sebab dah beberapa hari isu ni di warwarkan di media), tindakan speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bersetuju dengan keputusan majoriti untuk menggantung tiga ahli Parlimennya selama enam bulan. Tindakan speaker sangat jelas dan nyata bersikap berat sebelah.


Tengoklah gelagat speaker yang sangat memalukan. Menggunakan kuasanya untuk menyebelahi Barisan Nasional secara terang-terangan.


lagi cerita:


Berita ini juga turut disiarkan di akhbar Sinar Harian bertarikh 16 Dis 2010 (Khamis)


Kerajaan Perlu Kurangkan Jumlah Penjawat Awam

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengurangkan jumlah pengambilan penjawat awam selain mencari jalan meningkatkan produktiviti kerja golongan itu bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon (gambar atas) berkata, berdasarkan jumlah rakyat negara ini yang dianggap masih belum terlalu ramai, kadar penjawat awam di negara ini adalah tinggi berbanding kadar di negara maju.

"Malaysia mempunyai 1.2 juta kakitangan awam sedangkan rakyatnya cuma kira-kira 28 juta. Bandingkan pula dengan Korea Selatan yang mempunyai 48 juta rakyat tetapi hanya mempunyai dua juta penjawat awam.

"Begitu juga dengan Jerman yang hanya mempunyai dua juta kakitangan awam untuk 82 juta rakyatnya dan Jepun dengan hanya 4,449,900 penjawat awam berbanding 126,804,433 rakyat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Seminar Pendidikan Sempena Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Ke-25 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Cuepacs, Omar Osman serta dua timbalannya, Azih Muda dan Husain Mohd. Yasin.

Beliau berkata, jika pengurangan kakitangan dan peningkatan produktiviti dilakukan, ia mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain mempercepatkan proses kemajuan negara.

"Di negara-negara maju hari ini, kebanyakan rakyatnya rajin bekerja dan melakukan tugas secara 'pelbagai kerja'. Melalui cara itu, kerajaan boleh menjimatkan perbelanjaan walaupun mungkin terpaksa membayar lebih sedikit kepada seseorang kakitangan awam kerana beban kerjanya bertambah.

"Produktiviti pula berkait rapat dengan sikap rakyat itu sendiri. Jika di negara maju, para eksekutifnya hanya akan pulang pada pukul 10 malam sementara profesor dan mahasiswa universiti pula akan pulang selewat 12 malam. Budaya rajin bekerja ini yang perlu kita bentuk," katanya.
sumber : Cuepacs , Utusan.


kahkahkah..

mari kita lihat adakah nota yang di suarakan oleh Naib Canselor UM ini akan mendapat feedback daripada kerajaan kita..

sebenarnya inilah strategi (kerajaan) untuk memberi tanggapan dari rakyat kepada kerajaan bahawa kerajaan peka kepada masalah rakyat dan secara tidak langsung rakyat yang berjaya berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan akan punya spiritual sense 'terima kasih' a.k.a terhutang budi pada kerajaan. (dah lama dah nisbah ni dipaparkan oleh agensi antarabangsa seperti nationmaster dan transparency international) <-- (klik link sebelah)

kita akan takut kehilangan jawatan sebagai kakitangan kerajaan kerana nisbah untuk menjawat jawatan di dalam kerajaan persekutuan ialah 1:15

pss: tidak kurang ada 'family' yang buat kenduri jika anak mereka berjaya mendapat tempat sebagai kakitangan awam.

pss: gab antara pekerja swasta (especially golongan bawahan) dan kakitangan bawahan kerajaan pun masih tinggi. So, pastilah jawatan di dalam yang menjadi pilihan. kan..?

Manusia Pertama

Manusia merupakan makhluk Allah yang sempurna. Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah iaitu Adam AS (Alaihi Salam). Beliau yang juga dikenali sebagai bapa manusia dicipta daripada tanah liat yang kering, sebagaimana 

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran; 
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk'."
(Surah Al-Hijr, ayat 28). 

Dari diri Adam, Allah kemudiannya menciptakan Hawa, sebagaimana 

Firman Allah SWT; 
"Dialah yang menciptakan kamu semua dari jiwa yang satu (Adam) dan darinya Dia menciptakan pasangannya, agar dia merasa senang kepadanya."
(Surah Al-A'raf, ayat 189 )

Setelah Nabi Adam AS dan Hawa diturunkan ke dunia, zuriat mereka mula berkembang dan tersebar serta memenuhi seluruh pelusuk dunia dengan dialek yang berbeza-beza, padahal mereka dilahirkan dari rahim dan moyang yang sama. 

Firman Allah SWT;
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu dari pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNYA." 
(Surah Al-Hujurat, ayat 13).

Untuk menyempurnakan kehidupan manusia, para nabi dan rasul diutus sebagai pemimpin. Mereka adalah pemimpin kebenaran dan merupakan tonggak ketakwaan yang telah dipilih oleh Allah SWT dari seluruh makhluk-NYA. 

Mereka merupakan teladan yang sempurna, tanda keagungan Allah, serta ikutan bagi orang yang teguh imannya dan yang merenungi kebesaran-NYA. HK

Monday, December 20, 2010

Malaysia rancang bina dua loji kuasa nuklear

Antara rancangan jangka panjang untuk imbangi bekalan tenaga

KUALA LUMPUR: Malaysia merancang membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.

Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian, lapor sebuah agensi berita rasmi Malaysia.

Agensi berita Bernama semalam memetik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia, Datuk Seri Peter Chin, berkata Malaysia akan mengambil perunding cara antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji tersebut.

Sementara itu, lebih banyak program kesedaran dan pendidikan akan dijalankan bagi memaklumkan kepada rakyat keperluan demikian.

'Diharapkan, menjelang 2013 atau 2014, kami akan dapat menyiapkan penilaian ini.

'Tentang penawaran tender, kami berharap ia dapat dilakukan menjelang 2016,' kata Datuk Seri Chin kepada Bernama dalam satu wawancara.

Beliau berkata Malaysia amat bergantung kepada gas dan arang batu bagi bekalan elektriknya kerana memang menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan penggantungan kepada bahan api fosil.

Gas menyumbang 64 peratus kepada penjanaan tenaga negara itu, manakala selebihnya disumbangkan oleh arang batu.

'Kita mesti mengelakkan ini. Ini amat tidak seimbang. Kita mahu hidro memainkan peranan utama kerana ia bersih tetapi ini hanya boleh dicapai di Sabah dan Sarawak yang ada banyak potensi, tetapi tidak di Semenanjung Malaysia,' jelasnya.

Selain daripada itu, menurut Datuk Seri Chin, sumber tenaga lain seperti biojisim dan angin terlalu sedikit, manakala tenaga suria merupakan potensi yang baik tetapi teknologinya masih terlalu mahal.

'Biojisim dan angin, terlalu sedikit. Melainkan dan hingga tenaga suria boleh diperbaharui menjadi cukup besar, tenaga begitu hanya menambah (kepada apa yang kami sedia ada) kerana kami tidak boleh menjana banyak tenaga (suria) disebabkan kosnya yang tinggi,' jelasnya lagi.

Datuk Seri Chin juga dipetik agensi berita Bernama sebagai berkata kerajaan Malaysia perlu ada pendekatan seimbang terhadap tenaga boleh diperbaharui kerana ia tidak mahu tarif meningkat disebabkan kos yang tinggi.

'Memanglah, semua orang mahukan tenaga boleh diperbaharui, tetapi kosnya? Bolehkah kita paksa orang menerima kenaikan tarif? Kita perlu kaji cara yang seimbang, itulah sebabnya kita tidak boleh bergantung kepada bahan api fosil semata-mata,' katanya.

Beliau berkata tenaga nuklear menjadi pilihan yang semakin penting dalam mengimbangi sumber tenaga disebabkan kos penyenggaraan dan tarifnya yang lebih rendah dalam jangka panjang.

lagi cerita..

Hanis Zalikha lebih 'popular' dari Siti Nurhaliza

Siapa Hanis Zalikha Zainal?

Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara iaitu, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Hanis Zalikha
Secara tiba-tiba nama itu melonjak sedangkan sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya berbanding seorang lagi artis tempatan dan seorang penulis blog, yang turut tersenarai dalam 10 individu paling dicari menerusi enjin carian berkenaan baru-baru ini.
Selain daripada Siti, yang menduduki tempat kesembilan, artis tempatan itu adalah Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi (keempat), dan blogger bidang automotif, Paul Tan (10).

Dalam enjin carian itu, penyanyi berketurunan Arab, Maher Zain, berada di tempat pertama, diikuti penyanyi remaja antarabangsa, Justin Bieber, dan Luna Maya, artis kontroversial dari Indonesia.

Penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga, di tempat kelima; aktor popular Korea, Lee Min Ho, ketujuh; manakala naib juara American Idol, Adam Lambert, di tempat kelapan.
Datuk Siti Nurhaliza
Akhbar Metro Ahad berkesempatan bertemu dengan Hanis bagi merungkai 'misteri' hingga namanya tersenarai sebagai individu tempatan kedua paling dicari selepas Din Beramboi.
'Saya tidak sangka nama tersenarai dalam carian berkenaan kerana saya hanya insan biasa bukannya bertaraf selebriti popular seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain.

'Memang saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara ini dan saya yakin ia disebabkan blog yang saya wujudkan lebih dua tahun lalu,' kata gadis tinggi lampai berusia 20 tahun itu.

Mengenai pencarian namanya yang mengatasi Datuk Siti Nurhaliza, Hanis berkata maklumat mengenai penyanyi popular itu mungkin mudah dicari peminat dan tidak bergantung kepada enjin carian Google semata-mata kerana media cetak atau penyiaran sentiasa memaparkan beritanya.- Metro Ahad.

Anjing-Anjing Neraka

~sekadar gambar hiasan~
Sabda Rasulullah SAW kepada Mu'az, "Wahai Mu'az, apabila, di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan:

Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
  1. Bacalah Al-Quran. 
  2. Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. 
  3. Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. 
  4. Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. 
  5. Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. 
  6. Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. 
  7. Jangan enkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. 
  8. Jangan engkau berasa tinggi dan mulia daripada orang lain. 
  9. Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. 
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. 
Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Demi (binatang-binatang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain." 

Sabda Rasulullah SAW;
"Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta mengigit tulangnya." 
Kata Mu'adz, "Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" 

Sabda Rasulullah SAW; 
"Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah SWT." HK

Pemuda parah dan kehilangan bapa angkara nyamuk

Kaherah, Mesir : Seorang pemuda berusia 29 tahun mengalami kecelakaan hingga menyebabkannya patah tulang dan paling memilukan beliau ialah kehilangan bapanya Raphael Zahir, 64 tahun apabila kereta yang di pandunya terbabas.



Beliau mendakwa kejadian itu disebabkan oleh nyamuk yang memasuki matanya hingga menyebabkan kemalangan. Bapanya meninggal dunia disebabkan mengalami pendarahan pada otak.


''Tiada unsur-unsur jenayah yang dikaitkan dengan kemalangan itu,'' kata Mejar Jenaral Adel Mehanna hasil daripada laporan bedah siasat hospital.


Al-fatihah kita sedekahkan kepada mangsa. Lihatlah kebesaran Allah. Pasti ada hikmahnya di sebalik kecelakaan itu. 

Sumber - Al-Ahram

Kumpulan Syiah dan Sunni bergaduh di Madinah ketika sambutan Hari Asyura

Pasukan keselamatan Saudi meronda di jalan-jalan raya sekitar Masjid Quba untuk mencegah berlaku keganasan di kejiranan tersebut

RIYADH: Pasukan keselamatan Arab Saudi berjaya meleraikan pergaduhan antara sekumpulan pengikut puak Syiah dengan sekumpulan golongan Sunni di bandar Madinah.




Pergaduhan tersebut tercetus semasa puak Syiah itu menyambut Hari Asyura lewat kelmarin, kata sumber-sumber Syiah dan seorang wartawan tempatan.

Arab Saudi, sebuah negara pengeksport minyak utama di dunia, mengamalkan versi fahaman Sunnah Wal Jamaah atau Sunni yang tegar yang sering dikaitkan dengan fahaman Wahhabi.

Puak minoriti Syiah di Arab Saudi pula berkata, sedang layanan terhadap mereka bertambah baik di negara itu di bawah perubahan yang dilancarkan oleh Raja Abdullah, mereka masih lagi menghadapi banyak halangan dan diskriminasi.

Kerajaan Arab Saudi bagaimanapun menafikan dakwaan-dakwaan itu.

Sebuah laman web kumpulan Syiah, Rasid.com, berkata sekumpulan pengikut Sunni telah menyerang beberapa anggota kumpulan Syiah dengan batu-batu sedang mereka berada di luar untuk memperingati hari cuti Asyura di Madinah, salah satu daripada dua bandar suci Islam di Arab Saudi.

Potret Imam Ali dan 11 Imam Syiah yang lain
Seorang penduduk Syiah juga mengesahkan kejadian itu kepada agensi berita Reuters.

Beliau berkata, insiden itu terjadi dekat Masjid Quba.

Lazimnya, pada perayaan Hari Asyura, para pengikut puak Syiah memperingati pembunuhan cucu Nabi Muhammad, Imam Hussein, secara tradisional dengan menjalani satu upacara mencambuk diri sendiri sehingga berdarah.

Namun, para pengikut Syiah di Arab Saudi berkata, mereka tidak dapat memperingati hari tersebut di khalayak awam, di luar beberapa kawasan di wilayah timur negara tersebut, yang mana mereka merupakan penduduk majoritinya.

'Pasukan keselamatan tiba untuk meleraikan orang ramai,' kata seorang wartawan, yang bercakap dengan syarat namanya tidak didedahkan.

'Kakitangan pasukan keselamatan muncul dengan ramainya di Madinah sejak itu, dengan anggota polis meronda jalan-jalan rayanya,' tambah beliau.

Sebuah laman web ehwal semasa Arab Saudi, sabq.org, memetik seorang jurucakap polis sebagai berkata bahawa pihak polis telah campur tangan untuk menghentikan pertelingkahan antara dua kumpulan terdiri daripada orang muda yang terbabit dalam insiden melontar batu itu.

'Suasananya sekarang ini sudah reda sepenuhnya,' kata jurucakap itu, Encik Muhsin al-Radadi, yang dipetik oleh laman tersebut.

Ikutlah pada sunnah Rasulullah SAW
Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca pertelingkahan itu. Pasukan polis sudah ditempatkan di kawasan itu untuk mengelakkan berlaku keganasan dalam kejiranan itu,' kata Encik al-Raddadi, seperti yang dipetik oleh laman berita Arab News.

Kementerian Dalam Negeri di Riyadh tidak segera dapat dihubungi untuk memberi ulasannya mengenai insiden tersebut. Para pegawai berkata, puak Syiah membentuk sehingga 10 peratus penduduk di Arab Saudi, sementara para diplomat pula berkata golongan itu membentuk hampir 15 peratus keseluruhan penduduk negara yang kaya dengan minyak itu.

Golongan Syiah sering mengadu bahawa mereka biasanya diserang secara lisan oleh ulama-ulama Sunni dan sukar mendapat jawatan kanan dalam kerajaan dan jawatan dalam pasukan keselamatan.

Kerajaan Arab Saudi menafikan dakwaan itu. - Agensi.

Sunday, December 19, 2010

Apa yang menyebabkan kodok jantan menjadi betina?

ATRAZIN, satu dari jenis racun perosak yang kerap digunakan di dunia, mengubah alat kelamin kodok menjelang dewasa.


Hasilnya satu dari sepuluh kodok jantan berubah menjadi betina berdasarkanpenyelidikan yang dijalankan oleh ahli biologi Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat (AS).

Sebanyak 75 peratus racun makhluk perosak atrazin menyebabkan kurang kemampuan dalam pembiakan di dalam habitat semulajadi.

Profesor dari universiti berkenaan, Tyrone B Hayes, berkata kodok jantan kehilangan hormon dan semua fungsi kawalan pada testesteron.

"Kemampuan mereka membiak turun sehingga sepuluh peratus tetapi kodok jantan berkenaan masih boleh membiak jika terdapat kodok betina," kata Hayes.

Bagaimapun jika kodok berkenaan diletakkan bersama-sama kodok jantan lain, ia tidak berpeluang untuk membiak.

Sebelum ini, keadaan berkenaan dianggap biasa dalam alam haiwan amfibia mempunyai gen yang memungkinkan mereka membiak dengan kodok jantan.

"Ketika kodok jantan meningkat dewasa, kami dapati bahawa di mana-mana 10 sampai 50 peratus kodok adalah betina".

"Dalam populasi, gen jantan betina dapat doseimbangkan mengikut keperluan populasi," kata Hayes.

Kajian lapangan ke atas African clawed frog (Xenopus laevis) menunjukkan atrazin mungkin menjadi sebagai salah satu penyebab perubahan gen amfibia.

Kajian menunjukkan atrazin mempengaruhi kemampuan hormon pembiakan binatang seperti ikan, amfibia, burung dan reptilia.

EPL da latest update..18, 19 Dis 2010

Tahniah kepada pasukan kebangsaan Malaysia kerana berjaya menempah tiket ke final Piala Suzuki. Lawan yang menanti di final ialah samada Indonesia ataupun Filipina. Sama-sama kita memberi sokongan kepada negara !! :)


 England - Premier League
 19:04December 18 
 FTSunderland1 - 0Bolton W.
 Postp.Arsenal? - ?Stoke C.
 Postp.Birmingham C.? - ?Newcastle U.
 FTBlackburn R.1 - 1West Ham U.
 Postp.Wigan Athletic? - ?Aston Villa
 Postp.Liverpool? - ?Fulham
 December 19 
 12:00West Bromwich A.? - ?Wolverhampton W.
 13:30Blackpool? - ?Tottenham H.
 Postp.Chelsea? - ?Manchester U.
 December 20 
 20:00Manchester C.? - ?Everton

Tok Guru Nik Aziz temui blogger jelaskan isu semasa

Adakah anda seorang penulis blog. Peluang terbaik untuk mereka yang bergelar blogger menghadiri majlis makan malam dan dialog bersama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program anjuran kerajaan negeri itu turut melibatkan kesemua anggota Exco kerajaan negeri dijangka diadakan pada awal tahun depan. Program berkenaan dijangka diadakan di Kuala Lumpur.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus berkata, pertemuan tersebut terbuka kepada semua blogger tanpa mengira ideologi politik mereka.


“Diharap melalui pertemuan terbabit blogger akan mendapat gambaran sebenar perkembangan semasa di Kelantan sepanjang di bawah pentadbiran PAS,” katanya di sini.

Oleh itu blogger yang berminat boleh menghubungi pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di talian 09 7433529 (Puan Hazami) atau email: mnyahya65@gmail.com.
sumber: HD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...