Saturday, October 16, 2010

CUEPACS HARAP KERAJAAN TIMBANG SEMULA BONUS 2 BULAN
disunting daripada laman Cuepacs


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berterima kasih atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam, namun berharap kerajaan akan mempertimbang semula pemberian bonus kepada 1.2 juta penjawat awam tahun ini. Presidennya, Omar Osman(gambar), berkata pemberian bonus sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam setiap kali pembentangan bajet kerana ia dapat meringankan beban mereka.

"Kalau tidak dua bulan sepatutnya dapat menikmati sekurang-kurangnya sebulan atau setengah bulan bonus atau RM1,000 hingga RM1,200," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Omar berkata, beliau akan membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin ini bagi memohon pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam. Secara keseluruhannya, Omar menyifatkan Bajet 2011 sebagai komprehensif kerana memberikan beberapa insentif lain kepada penjawat awam termasuk menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan pemansuhan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Mengenai pemansuhan PTK, beliau berkata: "Pemansuhan PTK amat diharapkan, ia menjadi "ubat hati" kepada ketiadaan pemberian bonus kepada penjawat awam tahun ini". Beliau turut mencadangkan dengan pemansuhan itu, kerajaan dapat menggunakan kos yang diperuntukkan untuk pengurusan peperiksaan PTK kepada pelbagai perkara lain. "Apabila tiada peperiksaan PTK, kita harap tidak berlaku banyak birokrasi dalam urusan kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat dapat dinilai berdasarkan penilaian prestasi serta kecekapan, menghadiri kursus, melihat sumbangan seseorang penjawat awam dan mengikut kekananan," katanya. Peperiksaan PTK diperkenalkan pada November 2002 yang bertujuan menghapuskan budaya mengampu ketua jabatan dan memastikan hanya mereka yang layak menerima pengiktirafan. Mengenai perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini disambung untuk tempoh setahun lagi, Omar berkata agensi yang terlibat perlu mematuhinya dan mengharapkan pegawai berkenaaan diserap sebagai penjawat awam tetap.

Omar turut menyambut baik kemudahan penjawat awam memiliki rumah serta memperbaiki syarat membuat pinjaman perumahan dengan menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, berkuatkuasa 1 Januari 2011. "Ini dikira baik, cuma perlu memastikan pelaksanaan berlaku dengan betul dalam kemudahan pinjaman perumahan termasuk kepada keluarga penjawat awam dan tiada pilih kasih termasuk Skim Rumah Pertamaku dapat dinikmati oleh golongan muda yang baru bekerja," katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata kerajaan sentiasa prihatin kepada golongan pesara yang pernah berbakti kepada negara. Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani, pula berkata bantuan RM500 itu adalah pemberian istimewa terutama kepada bekas tentera.

pss
aku yang baik berkata.."alhamdulillah..InsyaALLAH moga-moga dapat bonus ni.. pakat-pakat la kita doa.. amin.."

aku yang kureng baik berkata.."pooooooorahhhhh..poooraaahhh...pigiiiiiiidaaaaaaa....jangan dok mimpi la kerajaan nak bagi bonus..



 

Friday, October 15, 2010

Belanjawan 2011

serba sedikit aku list down pasal bajet yang Tok Jib bentang tadi..

gaji kakitangan@ penjawat awam yang sebelum ini ramai dok jangka naik rupa-rupanya tidak menjadi kenyataan.. hanya mimpi disiang hari saja..

dan ku rasakan disaat dan ketika ni jugak mungkin hancur luluh hati para para gomen sekalian..
kah kah kah..padan muka ku.. tapi kerajaan 1 Malaysia kata nak jadi negara berpendapatan tinggi..

hmmmm..
nampaknya negara aje kot yang berpendapatan tinggi, tapi kakitangan kerajaan masih akan kekal dan maintain dan steady ditakuk lama.. kah kah kah..

bajet yang dibentangkan tadi lebih memberi faedah kepada kakitangan awam dalam aspek kebajikan (kununnya)..ataupun long term benefit.. 
cnth..
*menaikan jumlah pinjaman perumahan.. 

suma ni ku lihat macam isyarat kerajaan supaya kakitangan awam jangan dok bising-bising nak request macam-macam dah.. 
kah kah kuah kuah kuah..
tapi diharapkan Ceupacs tetap akan pulun seperti sediakala.. Tok Man pujuklah Tok Jib sementara masih ada masa ni..

dan yang aku taw, aku list down kat bawah ni pasal bajet tadi.. haria haria haria..
  • kos urus pengebumian telah ditambah kepada RM3000 daripada RM1000. 
  • RM500 akan diberikan kepada semua kakitangan awam Gred 54 dan kebawah sebagai wang untuk meringankan beban mak bapak sebelum sesi persekolahan anak-anak bermula. 
  • pinjaman perumahan dinaikkan(tapi cukai perkhidmatan naik gak..huhuhu..) 
  • Sistem penilaian tahap kecekapan(PTK) akan dimansuh dan diganti dengan satu sistem baru.(sistem apa?)
  • cuti bersalin up to 90hari.. mana2 jabatan/kementerian yang majoriti kaum ibu lebih dari kaum bapa tu rancang2 dan pakat2 lah sesama korang. boleh cacamerba nanti kalau semua pakat duk pregnant.. kah kah kah... 
apa-apa pun.. bersyukur la dengan apa yang dah diberikan kerajaan ni.. nak pot pet pot pen pon tak guna..
menambahkan uncang dosa saja..
coming soon, make sure kan lah kalian semua membuat pilihan yang bijak dan cerdik dalam PRU 13 nanti..

takbir..takbir..takbir.. Allahu akbar.. wallahualam..

Kentang Spring - Peluang Jana Pendapatan!!!
  • Mahu pendapatan tambahan? 
  • Adakah anda berminat untuk berniaga? 
  • Tertekan dengan pekerjaan anda?
Memperkenalkan produk terkini yang ringkas,murah dan mudahKentang Spring.
potato spring


Kentang atau Potato Spring menjelmakan impian anda untuk menjadi usahawan dengan peluang perniagaan dengan cara yang mudah dan boleh dimulakan oleh sesiapa sahaja.

Keistimewaan perniagaan potato spring ini ialah:
  • Produk yang kompentitif kerana potato spring adalah cabang perniagaan makanan terbaru.
  • Boleh dijalan oleh sesiapa sahaja walau tanpa pengalaman
  • Produk potato spring mudah dijual kerana permintaan yang tinggi
  • Design kiosk yang menarik dan mudah alih
  • Boleh terus berniaga
  • Panduan lengkap penyediaan dengan video

Maklumat penuh layari –> KENTANG SPRING

Thursday, October 14, 2010

Adakah Perkasa ini anti Islam?


Aku terasa menyesal setelah mendaftar diri didalam Perkasa walaupun aku juga berbangsa Melayu. Terlintas dikepala otak samada Perkasa ini ditubuhkan untuk kepentingan UMNO ataupun benar benar membela dan mempertahan bangsa melayu. Atau mungkin juga bertindak menyusur bawah secara licik sebagai tali barut untuk tugas khas kepentingan politik Umno.



Namun ngo ini kononnya perjuangkan Melayu tetapi kelihatan sangat anti pada Melayu beragama Islam.. Sebagai Melayu beragama Islam, aku pada mulanya melihat Perkasa mungkin boleh menjadi platform penyatupadukan bangsa Melayu Islam yang makin hari makin dikikis haknya. Pedulikan itu.. Aku tidak punya apa-apa pun yang boleh aku banggakan ditanah tumpah darah aku sendiri. Namun aku tidak pernah tidak bersyukur.


Aku ahli Perkasa. Terpapar pada kad dan sijil memperakukan aku sebagai ahli Perkasa ataupun Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia. Nombor keahlianku sudah menjengah angka 20079. Agak ramai bangsa melayu yang berdaftar dibawah pertubuhan bukan kerajaan ini termasuk kemelayuan aku sendiri yang turut berdaftar. Kemungkinan keahlian aku selepas ini akan di’banned’ kerana keceluparan ini. Aku tidak kisah bahkan gembira daripada aku dihisab kelak sebagai bersubahat.

Sebenarnya aku patut menarik nafas lega kerana aku masih lagi dibawah Nur keIslaman. Syukur aku pada Allah S.W.T kerana tidak butakan mata hatiku bersama sebahagian melayu ini yang sentiasa membenci Islam. Dibawah Presidennya sendiri yang mungkin ‘pior’ Melayu ini dilihat sangat taksub menghentam Islam lebih-lebih lagi jika kenyataan itu keluar dari mulut Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Ada ada sahaja isu yang mahu dikritik jika Tok Guru yang bercakap. Tak cukup Presidennya hentam Pemimpin Islam kemudian timbul pulak dua tiga kerat pak turut koboi melayu debe itu untuk jadi batu api padahal entah setakat mana pengetahuan agamanya itu. Kalaulah kamu semua masih lagi melayu Islam, gunalah etika Islam kalau tidak bersetuju dengan hujah-hujah seseorang. Islam mengajar umatnya saling nasihat menasihati. Bukannya hentam menghentam. 28tahun aku mengabdikan diri dalam melayu walaupun tidak berdaftar tetapi tidak pula aku diterapkan nilai nilai serta adab hentam menghentam orang ni.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu dari umat manusia begitu sahaja, tetapi Dia mencabutnya dengan cara mematikan para ulama, sehingga manakala benar-benar sudah tidak ada lagi seorang pun yang berilmu, maka manusia mengangkat para pemimpin yang bodoh. para pemimpin itu ditanya, mereka pun memberi fatwatanpa ilmu. Dengan demikian mereka sesat dan menyesatkan." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Sungguh sebahagian mereka-mereka yang berdaftar dibawah pertubuhan melayu ini begitu menjengkelkan. Mungkin kalian kalian ini hero melayu dari kampung cina. Kenapa pengaruh media yang ada pada kalian tidak digunakan ketika isu Chua Soi Lek, Ng Yen Yen, Si Paderi itu mengherdik dan menghentam Islam? Aku mohon maaf sekiranya aku ini digelar melayu yang kurang ajar. Memang aku akui. Tetapi aku sangat sayangkan agamaku. Islam!!!

Allah taala meletakkan agamanya ini pada level yang tiada ternilai. Tetapi kita ini yang bertuah dilahir dari keluarga Islam sepatutnya berasa syukur, rendah diri supaya nama melayu islam yang kita bawa dapat dijadikan contoh kepada bangsa dan penganut agama lain. Kalian bercakap, mengkritik mengenai agama seolah-olah kalian itu benar-benar memahaminya. Setakat mana pengorbanan kalian pada agama? Suluhlah diri, renung kembali amal dan sumbangan kita pada bangsa dan agama. 
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekahatau berbuat maaruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia”. (Surah An-Nisa, ayat 114) 


Kita sangat angkuh hingga melarang dan menghentam orang-orang bukan Islam ke rumah Allah seolah-olah kita ini tidak pernah tidak ke masjid-masjid dan surau-surau. Sungguh lantang mulut tuan Presiden aku bila menghentam kenyataan Tok Guru dalam isu ini. Kalian sangat bongkak. Kalian tidak ubah seperti pembenci keIslaman. Kenapakah darjah dan gelaran ‘Datuk” Presiden aku ini ditarik balik oleh DYMM Sultan Kelantan ke V?. Biarlah apa pun cerita disebalik itu dan yang pasti nilai dan etika sebeginikah yang mahu kita ikut sebagai kepala ketua? Hahaha.. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya." (Surah Al-Anbiya' ayat 1) 


Dunia sudah cukup tua. Dunia sudah banyak bagi tanda tanda untuk kiamat. Dengan masa hayat yang masih ada ini cubalah kita menginsafi diri sendiri. Apakah yang kita banggakan untuk dipertontonkan dihadapanNya kelak? Melayu? Setahu aku di dalam kubur pun malaikat tidak bertanya perihal melayu. Ingatlah..adakah kita ini masih hidup selepas 1 jam dari sekarang? Hmmm..

Marilah kita tempatkan diri didalam kelompok umatNya yang benar. Diriwayatkan dari Tsauban r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ertinya,

"Akan tetap ada segolongan dari umatku yang mengatakan kebenaran. Mereka tidak peduli dengan siapa pun yang menghinakan mereka dan siapa pun yang menentang mereka, sehingga datangnya perintah Allah(kiamat), sedang mereka tetap seperti itu." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah).
Marilah kita hiasi diri dengan sifat pemaaf. Di dalam al-Quran Allah SWT memuji orang orang yang menahan kemarahan dan memaafkan orang lain. 

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 134 bermaksud: “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan(ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik”. 

Aku mohon seribu kemaafan kepada kalian-kalian. Aku bukan anti-Melayu kerana aku sendiri berbangsa Melayu. Aku bukan pembenci Presiden Perkasa. Aku bukan siapa-siapa untuk menbenci sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri sentiasa bersifat pemaaf. Tiada siapa yang mampu tegakkan tiang Islam dihati kita selain dari kita sendiri. wallahualam
















http://gengjaat.blogspot.com

Wednesday, October 13, 2010

Islam Menghebatkan Melayu


dipetik daripada blog Tok Guru




Kita berbangga kerana kejayaan satu-satu usaha. Menjadi satu-satu bangsa bukan kerana usaha apa-apa, ditakdirkan Allah begitu.
Tidak adil bagi Allah kiranya Dia melebihkan satu-satu bangsa atas bangsa lain.  Bangsa yang tidak dilebihkan akan terasa hina tak pasal-pasal.    
Allah sendiri berfirman:
Bermaksud: “Hai, manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.  Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.   Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengenal.” (Surah Al Hujuraat, ayat 13)
Persoalan penegasan Allah ini, satu-satu bangsa itu akan menjadi hebat apabila bangsa itu mencapai tahap kemuliaan dan diperkasakan dengan ketakwaan. Kemuliaan bermakna beriman dengan penuh yakin dan istiqamah kepada ajaran Islam. Sementara takwa merupakan ukuran kehebatan dan keperkasaan bangsa itu berusaha menegak apa yang diperintah (perkara maaruf) di sisi Allah dan sentiasa meninggalkan malah mencegah daripada melakukan apa yang dilarang (perkara mungkar) di sisi Allah. Maknanya nilai bangsa itu akan dipandang hebat apabila ia mencapai tahap kemuliaan dan ketakwaan menurut acuan Allah SWT. Bukannya hebat bangsa itu kerana namanya atau kuatnya semangat perkauman Melayu atau Cina atau India dan sebagainya. (Seterusnya...)

Monday, October 11, 2010

Taubat Nasuha

Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.

Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia. Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."

Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan terhadap Allah. Dengan segala rahmatnya, Allah memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Seperti diterangkan dalam surat Al Baqarah: 160 "Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal itu justru akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya karena sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Sebagaimana firmanya dalam surat Al-Baqarah: 222, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

Taubat dalam Islam tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. Seperti terungkap dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari: "SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat."

Merugilah orang-orang yang berputus asa dari rahmat Allah dan membiarkan dirinya terus-menerus melampai batas. Padahal, pintu taubat selalu terbuka dan sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya karena sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang.

Tepatlah kiranya firman Allah dalam surat Ali Imran ayat: 133 ;
"Bersegaralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. 
Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."

Taubat yang tingkatannya paling tinggi di hadapan Allah adalah "Taubat Nasuha", yaitu taubat yang murni. 

Sebagaimana dijelaskan dalam surat At-Tahrim: 66,
"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kamidan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Taubat Nasuha adalah bertaubat dari dosa yang diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu dan berjanji untuk tidak melakukannya lagi di masa medatang. Apabila dosa atau kesalahan tersebut terhadap bani Adam (sesama manusia), maka caranya adalah dengan meminta maaf kepadanya. 

Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, 
"Apakah penyesalan itu taubat?", "Ya", kata Rasulullah (H.R. Ibnu Majah).

Amr bin Ala pernah mengatakan: "Taubat Nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya".

Sunday, October 10, 2010

Sifat yang tak elok untuk kita..

Sombong
Penyakit sombong yang menimpa umat adalah suatu gejala emosi apabila seseorang itu berasa diri lebih daripada orang lain kerana seseorang itu berasa lebih cantik, lebih kaya, lebih berpangkat dan sebagainya.

Malah kalau sifat sombong itu sudah sampai kepada tingkat yang lebih tinggi, seseorang itu akan menjadi takbur. Islam melarang umatnya berlaku sombong, baik dalam sikap, tingkah laku mahupun dalam perkataan. Sebagaimana 
Firman Allah SWT yang ertinya:
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan diatas muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan diri."
Apabila sifat sombong itu bersarang dalam jiwa orang yang berkuasa, maka akan timbullah perbuatan yang kejam terhadap masyarakat atau rakyat

Tamak
Penyakit tamak ini adalah suatu sifat ingin menguasai atau mendapatkan bahagian lebih banyak daripada orang lain. Nama lain bagi sifat tamak ini ialah loba atau serakah. 

Pada umumnya, sifat tamak itu berkenaan dengan perkara kepuasan dan kemewahan hidup didunia. Tamak terhadap harta benda dengan jalan mengumpulkan harta benda dan kekayaan dengan sebanyaknya.

Tidak peduli apakah dengan cara yang halal mahupun dengan cara yang haram merampas hak orang lain, merugikan kepentingan umum dan sebagainya. 
Nabi Isa a.s. pernah mengatakan bahawa tamaknya manusia terhadap harta benda itu tak ubah seperti orang yang sedang minum minuman yang memabukkan semakin diminum semakin berkurang rasanya dan tak puas-puas. Barulah mereka akan berhenti minum kalau sudah mabuk atau tidak sedar diri.
Sejarah telah menunjukkan bahawa tamak tehadap harta benda atau tamak terhadap kekuasaan itu tidak akan bertahan lama, dan pada tingkat terakhir pasti akan mengalami kejatuhan sebab tidak sesuai dengan menilai-nilai keadilan dan kemanusian. 

Islam mengendalikan hawa nafsu terhadap harta benda itu dengan mengadakan batasan.
Penyakit rohani itu banyak macam. Dalam satu hadis dijelaskan 

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh suatu penyakit umat. Para sahabat bertanya: Apakah panyakit umat itu? Nabi menjawab: Kufur nikmat, sombong, tamak, berlumba-lumba, benci, dengki sehingga melampaui batas (berlaku kejam) dan kemudian bunuh membunuh."


Kufur Nikmat
Orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah, lebih-lebih lagi yang mempergunakan nikmat yang diterimanya untuk mendurhakai Allah, mengerjakan perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah, maka sikap yang demikian itu dinamakan kufur nikmat.

Akibat daripada sifat kufur nikmat itu, pada suatu ketika nanti Allah akan menimpakan bencana terhadap pelakunya. Kadang-kadang dalam bentuk kesengsaraan, malapetaka, selalu ditimpa penyakit dan sebagainya. Apalagi kalau yang kufur nikmat itu banyak jumlahnya sampai satu negeri, maka kaum dan negeri tersebut pada suatu ketika akan dihancurkan oleh Allah.

Berlumba-Lumba
Penyakit berlumba-lumba ini dapat juga dikatakan sebagai kelanjutan daripada sifat tamak. Jika berlumba-lumba itu masih dalam batas-batas yang dibolehkan oleh agama tidaklah mengapa, tetapi jika berlumba-lumba itu sudah sampai kepada perkara saling buruk memburukan, jatuh menjatuhkan, maka akan sampailah manusia itu pada tingkat permusuhan.

Dalam pada itu, Islam memang menganjurkan supaya orang berlumba-lumba dalam segala bidang kehidupan, baik untuk kemajuan peribadi, mahupun untuk kemajuan bersama. Akan tetapi berlumba-lumba yang dianjurkan oleh Islam adalah berlumba-lumba yang membawa kepada kebaikan.

Benci-Membenci
Penyakit benci membenci ini adalah satu sifat yang biasanya ada dalam pergaulan masyarakat. Penyakit ini jika dibiarkan akan meningkat kepada permusuhan. Sebab timbulnya sifat benci membenci itu kadangkala disebabkan oleh masalah kecil, seperti pembawaan seseorang, sikap, ucapan, tidak bertimbang rasa dan sebagainya. Oleh kerana itu dalam pergaulan sehari-hari hendaklah dijaga dan dipelihara sebab-sebab yang dapat menimbulkan perasaan benci.

Biasanya kebencian itu tidak sepihak sahaja, tetapi pada kedua-dua belah pihak. Umpamanya antara keluarga sesama keluarga atau antara tetangga sesama tetangga. Apabila sifat itu sudah mula dirasakan dalam hidup bertetangga maka hidup akan terasa seakan-akan duduk diatas bara api.

Hasad
Hasad adalah berkenaan dengki dan iri hati terhadap nikmat yang diperolehi oleh orang lain. Bukan hanya semata-mata iri hati sahaja tetapi yang diinginkannya supaya nikmat tersebut hilang daripada tangan orang yang berkenaan.

Pada hakikatnya hati kecilnya menginginkan supaya dia hendaknya dapat pula memperolehi nikmat seperti itu, tetapi tidak ada kemampuan untuk mendapatnya, maka timbullah sikap buruk dalam dirinya iaitu hasad dan dengki.

Akibat daripada sifat dengki itu, bukan sahaja merusakkan diri orang lain, tetapi juga akan merusakkan diri sendiri. Oleh itu Allah memerintahkan supaya orang yang beriman baik lelaki dan perempuan selalu memohon perlindungan daripada penyakit yang bahaya ini seperti dijelaskan dalam Al-Quran maksudnya:
"Dan aku berlindung kepada Tuhan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki" (Al-Falak:5)
Kesemua sifat yang dinyatakan diatas, kebanyakkannya terdapat pada kaum wanita. Oleh kerana itu, untuk menghilangkan sifat tersebut hendaknya selalu melakukan muhasabah (berjuang melawan nafsu) serta hendaknya melatih diri dalam membiasakan mengerjakan amalan-amalan yang sifatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...