Thursday, September 16, 2010

Share
Tun Siti tak menyibuk 

disunting dari...
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah saya lihat ketika beliau memakai telekung untuk solat.

Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN). Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. Masya-Allah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah arwah nenek saya.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara, khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah.

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi.

Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi 'menteri tambahan'. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara.

Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London.

Saya masih ingat jawapan Tun Siti: "Ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan".

Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Benci pemimpin 'pasal bini dia'

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, sama ada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir.

Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap 'busy body' bagi negara ini ketika beliau menjadi perdana menteri.


Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampuk kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita 'kegarangannya' kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri.

Bahasanya tidak bongkak, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang 'tidak menyibuk' seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya.

Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin 'pasal bini dia'. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya. Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

Tuesday, September 14, 2010



Khas buat mereka yang nak kahwin...
Yang dah kawin tu... pikir2 kalu nak kawin LAGI...

Ada kebenarannya..............!!!


Ok.. sekarang ni ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ada plan nak kahwin. Semua orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannya mudah, banyak persiapan yg perlu diadakan... . ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua belah pihak.

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin(susah,rumit,poning). Maknanya diaorang plan nak buat majlis then tak boleh agree with each other so they bergaduh and tak jadilah kahwin.

So ada orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimana sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersama.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripada memikirkan masa depan dan hala tujuan hidup bersama selepas nikah.

Ok berikut adalah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.(baca selanjutnya)







Monday, September 13, 2010


ALLAH S.W.T Menolak 1 Diantara 3 Doa Rasulullah S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T 
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.


3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Cerita syawal yang sedih..

10.9.2010..syawal yang aku rasakan penuh hiba dan sedih sepanjang hidup aku..
sehari sebelum syawal aku sempat balik kerumah..bersahur dan berbuka bersama family..
mak dan ayah tak sihat..demam teruk..1st time aku rasa ayah aku demam teruk macam ni.. lansung tak dapat bangun..tak pernah aku tgk keadaan dia macam tu..

huhuhu..malam sebelum syawal..tiada langsung persiapan kat umah aku..lain dari kebiasaannya..
tapi dlm keadaan tak sihat pon mak aku mampu lagi gagahkan diri buat gulai daging untuk dimakan dengan ketupat..tp ketupat yang mak mampu buat tak sampai 50 biji pon..mmmm..

malam sebelum Syawal...aku tak tidur..wat preparation yang mana aku mampu..isi kuih dalam bekas n kemas2 rumah..nasib baik itu semua rutin yg biasa aku buat..overnight aku berjaga.. harapnya besok hari mak aku lega n tak kelam kabut tengok keadaan rumah..nak dijadikan cerita adik perempuan aku(kakngah) pon demam..mmm..
1 syawal..ayah mak still tak sihat..ayah x pergi pon solat aidilfitri pon..
then t.hari after solat jumaat..mak aku decide untuk balik kg..Kg Alor Kumbang, Bukit Jenun Pendang, Kedah..

kami 1 family balik kg mak. 2 biji kereta..kebiasaannya lepas solat raya kat sini (Pengkalan Hulu) kami 1 family akan ke kg ayah di Bukit Tok Haji, Sg Tiang ,Kedah..then baru ke kg mak.. Tp tahun ni 1st time sepanjang life aku, kami tak pi ke sana n ziarah kubur tok n tokwan sebelah ayah aku..
kami terus gerak pergi ke Bukit Jenun..kg mak aku..atas sebab kesihatan, mak ayah aku pon x pergi ziarah kubur tok(gambar) n tokwan sebelah mak aku..huhuhu..just aku n adik aku ja yang pergi ziarah..



3 malam kami tidur kat umah pak lang(except adik aku no 2,3,4)diaorang balik Pengkalan Hulu at malam raya ke-2..then just aku n adik bongsu(no 5) je kat kg. Mak ayah memang betul2 tak sihat..satu rumah pon kami tak pergi beraya except umah pak lang n pak ndak yang bersebelahan.. memang hiba sangat tengok keadaan depa(diaorang)..

macam2 terlintas dalam fikiran aku..adakah ini kali terakhir aku bersyawal bersama mak ayah aku..uhhhh..
ajal maut adalah rahsia Allah taala...aku tak boleh tak pk macam tu..sesiapa pon taknak kehilangan org yang terdekat apatah lagi yang tersayang!!..see video link

sepanjang kat umah pak lang, mak ayah aku terlantar baring..memang tak mampu bangun.. nasib baik la ada paklang Lah n lang Pishah(kakak kepada mak aku..) depa memang sangat baik n memahami..
hanya Allah yg mampu balas jasa depa.. 
walaupun 3 hari kami stay kat umah depa, langsung sikit pun depa tak bermasam muka..layanan depa selama 3 hari tu tak pernah berubah walaupun sedikit..memang cukup baik..aku sendiri pun tak mampu buat macam tu..pak lang,mak lang sendiri pon tak pi beraya mana2 sebab tgk keadaan mak ayah aku macam tu..

siang tadi, 12.9.2010.. keadaan ayah aku nampak makin sihat..alhamdulillah..ayah dah mampu jamah nasi..huu..lega sangat2 aku tgk keadaan dia..tp mak aku still tak ok..petang tu pak lang aku sempat bawak mak ayah aku pergi berubat tradisional kat area kg tu.. then ayah aku decide nak balik rumah malam ni(pengkalan hulu)..
malam..at 9pm.. kami siap2 n gerak balik..pertama kali aku tgk ayah aku menitis airmata.. dia menangis teresak2..setahu aku ayah aku memang seorg yg susah nak keluarkan airmata dia..suasana luar dari kebiasaan aku rasakan malam ni..dia sedih sebab pengorbanan paklang n maklang aku memang tak dapat digambarkan dengan kata kata..
aku pon sedih..memang aku tak nafikan paklang aku memang sukar dicari ganti.. walaupun life dia n family tak seberapa tapi dia tak pernah sedikit pon merungut especially bab makan minum..then kalau boleh dia tak mau seekor nyamuk pon hinggap kat mak ayah aku..huhuhu..terima kasih sangat2 paklang Lah n Lang Pishah..
sampai ayah aku kata ''adik beradik aku sendiri pon tak pernah layan aku macam tu malah aku sendiri pon belum mampu buat macam apa yang dia(paklang) buat'' huuu..
terkenang dosa dosa aku pada mak ayah aku selama ni..aku cuma berharap dapat buat yang terbaik pada mereka dengan masa yang aku ada sekarang ni..

Ya Allah!!, ampunkanlah dosa-dosa aku Ya Allah..dosaku pada kedua orang tuaku selama aku bernafas Ya Allah.. Engkau sihatkanlah kedua orang tuaku Ya Allah.. berikanlah kesakitan yang mereka deritai itu padaku Ya Allah agar dapat aku tebus dosa-dosaku pada mereka...amin ya rabbal alamin..

dengan izin Allah taala aku berharap sgt mak ayah aku sihat walafiat sebelum aku balik ke Langkap..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...