
“Hafiz telah menunjukkan peningkatan dalam permainannya sejak di bawah kendalian saya. Saya ingin mengubahnya menjadi pemain berkelas dunia kembali dan menyasarkan 2010 sebagai tahun perubahan pemain berkenaan.
“Terdapat beberapa kejohanan utama tahun depan dan semuanya terpulang kepada dirinya sendiri. Selagi dia memiliki keazaman untuk menang, saya akan melakukan sedaya mungkin untuk memastikan dia dapat merealisasikan sasaran itu.
“Dia mempamerkan sikap positif di dalam latihan dan saya akan menyediakannya untuk beraksi pada kejohanan dan Siri Super penghujung tahun ini,” katanya.
Selain Hafiz, antara pemain yang turut berada di bawah kendalian Hendrawan adalah Arif Latif, Liew Daren, Chong Wei Feng dan Tan Chun Seang namun kegagalan menyinar di beberapa kejohanan tahun ini, tumpuan perlu diberi kepada Hafiz agar dia dapat menyaingi jaguh utama negara, Lee Chong Wei yang setakat ini masih sukar ditandingi pemain tempatan lain.
0 komen:
Post a Comment