Sunday, August 15, 2010

Kelantan mendahului..



















KAKITANGAN Permodalan Kelantan Berhad, Ruzaini Yaakub, 24, menunjukkan mata wang syariah Dinar Emas dan Perak Dirham Kelantan yang nilainya mengikut berat syiling pada Majlis Pelancaran Mata Wang Dinar Emas dan Perak Dirham yang disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC) di Kota Bharu, hari ini.

Tahniah kepada Kerajaan Kelantan kerana mendahului penggunaan emas dan perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham. Kerajaan Kelantan mendahului dalam pelbagai perkara. Insyaallah Kelantan sebagai pelopor akan menjadi ikutan kepada negeri-negeri lain dan Kerajaan Pusat.

Sekiranya P.Ramlee masih hidup, dia tentu akan gembira. Ini kerana dalam banyak filemnya wang emaswang perak, dinar, dirham menjadi sebutan. Dia juga mendahului mengakui akan kepentingannya.

p/s - Tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan!!! Allahhuakbar!!!

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...