Saturday, September 4, 2010

KHALID : BONUS TANPA SUBSIDI, TAK MASUK AKAL

Petikan dari Malaysiakini


Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad(gambar) menuntut kerajaan supaya menjelaskan rasional di sebalik tindakan membayar 'bonus hari raya' sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam.
Katanya, beliau tidak menentang tindakan itu, tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah "tidak logik."

Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan sebelum ini bertindak menarik balik subsidi berjumlah RM750 juta.

Kerajaan sebelum ini memberi alasan bahawa subsidi berkenaan tidak lagi efektif kerana hanya dapat memberi manfaat kepada golongan kaya, katanya.

Katanya lagi, tindakan itu bagaimanapun menyebabkan kenaikan harga barangan yang perlu ditanggung kepada semua peringkat masyarakat.

"Kerajaan tarik RM750 juta subsidi, tapi tiba-tiba dia beri RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat.

"Pengarah yang gaji besar pun dapat juga. Anda tarik (subsidi) daripada orang susah untuk bagi untuk bagi (bonus berjumlah) RM900 juta lebih.

"Jadi apa logiknya? Adakah semata-mata sebab kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dapat beri juga?," soal Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Katanya, pemberian 'bonus' hari raya itu juga diumumkan dalam keadaan kerajaan mengumumkan belanjawan defisit.


Tambahnya, Pulau Pinang dan Selangor mampu berbuat demikian kerana mempunyai bajet lebihan.

"Tapi (kerajaan pusat) kata bajet defisit hingga terpaksa tarik subsidi," katanya lagi.

nananana.. 
p/s.. duet bonus gua dah abeh dah pon..huahuahua..


0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...