Monday, February 21, 2011

'Operasi Lalang' 1987 dikatakan untuk perkukuh kuasa Dr M


Kit Siang dakwa mereka yang ditahan bukan jadi ancaman negara


KUALA LUMPUR: Lebih 100 orang, kebanyakannya pemimpin pembangkang dan aktivis, yang ditahan di bawah Operasi Lalang 1987 telah dijadikan kambing hitam dalam gerakan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memperkukuhkan kuasa politiknya, dakwa Encik Lim Kit Siang dalam satu biografi dikeluarkan semalam.
X-KPN- Tun Hanif n Tun M
Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu mendakwa mantan perdana menteri dan presiden Umno berkenaan terdesak untuk mengalih perhatian ekoran cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dalam persaingan jawatan presiden Umno, perkembangan yang turut menggugat parti itu dan cuba menutup 'skandal-skandal lain'.

Awal 1987, Umno mengadakan pemilihan jawatan-jawatan partinya dan buat pertama kali sejak 12 tahun jawatan presiden telah dicabar.
Ku Li
Tengku Razaleigh yang merupakan calon 'Pasukan B' bagi jawatan presiden mencabar Dr Mahathir daripada 'Pasukan A'.

'Operasi Lalang bukannya mengenai soal kami menjadi ancaman kepada keselamatan negara tetapi ia berkenaan dengan keperluan beliau (Dr Mahathir) memperkukuhkan kedudukan kuasanya dalam Umno,' kata Encik Lim dalam buku berjudul The Right to Differ, tulisan ahli akademik, Dr Ooi Kee Beng.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dan Dr Mahathir terlibat dalam 'perang' kenyataan mengenai Operasi Lalang, yang turut membawa kepada penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Encik Lim ditahan di bawah ISA buat kali kedua ketika itu.

Kali pertama pada 1969.

Minggu lalu, Dr Mahathir berkata, beliau sebenarnya mahu memansuhkan ISA ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.


Bagaimanapun, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut, katanya.

Sekitar seminggu sebelum itu Dr Mahathir menyalahkan polis ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 termasuk Encik Lim dan anaknya, Encik Lim Guan Eng, yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ekoran kenyataan Dr Mahathir itu, yang dirakamkan dalam buku Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad tulisan Tom Plate, Encik Lim telah mencabar Dr Mahathir agar mendedahkan nama pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau temui dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan di bawah Operasi Lalang 1987.
Tun Salleh Abas
Dalam bukunya, Encik Lim turut berkata Dr Mahathir memulakan serangan ke atas pelbagai institusi seperti kehakiman, suruhanjaya pilihan raya dan Parlimen sebab 'rakyat dapat melihat janji-janjinya tidak dipenuhi'.

'Pada ketika itu, sesetengah kes berakhir dengan penghakiman yang Mahathir mendapati tidak boleh diterima. Akhirnya, beliau bimbang bahawa bidang kehakiman akan mengambil satu keputusan yang akan membawa kepada kejatuhan Mahathir dan Umno.

'Operasi Lalang, pemecatan (Tun) Salleh Abas dan hakim-hakim Mahkamah Agung datang dalam konteks itu,' kata Encik Lim, lapor laman berita The Malaysian Insider.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...