Wednesday, March 16, 2011

AS beri amaran negara Teluk usah cabuli hak Bahrain

Amerika Syarikat memang tak guna!!!! Macam UMNO!!!

AS beri amaran negara Teluk usah cabuli hak Bahrain

WASHINGTON: Amerika Syarikat kelmarin memberi amaran kepada negara-negara Teluk supaya menghormati hak rakyat Bahrain, selepas askar-askar beberapa negara termasuk Arab Saudi menyeberang masuk ke dalam kerajaan yang bergolak itu.

Namun, Washington berkata kemasukan tentera asing itu 'bukan satu pencerobohan' dan menolak saranan supaya menggesa negara- negara itu keluar dari Bahrain, yang kini digegar pemberontakan Syiah terhadap pemerintah Sunni.

'Kami menyeru agar negara-negara rantau itu suaya bersabar,' kata jurucakap Rumah Putih, Encik Jay Carney, selepas Majlis Kerjasama Teluk (GCC) membangkitkan satu perjanjian keselamatan bersama dan setuju memperkuatkan pasukan tentera Bahrain.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Clinton, juga kelmarin menyeru agar pasukan keselamatan di Bahrain, termasuk Arab Teluk agar bersabar, dalam rundingannya di Paris bersama Menteri Luar Amiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah bin Zayed al-Nahyan, kata seorang pegawai Amerika.

Menurut seorang pegawai Saudi kelmarin, lebih 1,000 askar Saudi telah memasuki Bahrain, di mana bantahan-bantahan antirejim telah berlaku selama sebulan dan penunjuk perasaan menguasai pusat perniagaan utama di Manama.

UAE juga berkata ia telah menghantar sekitar 500 anggota polis bagi membantu 'meredakan ketegangan' kata Encik al-Nahyan.

Seorang pegawai Amerika berkata Arab Saudi telah memberitahu Washington tentang campur tangan di Bahrain itu, sebelum ia berlaku. -- AFP.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...