Pyongyang military |
Korea Utara menganggap latihan itu sebagai raptai pencerobohan.
Korea Utara mengancam akan menjadikan Seoul satu 'lautan api' jika terjadi sebarang pencerobohan.
Korea Utara mengancam akan menjadikan Seoul satu 'lautan api' jika terjadi sebarang pencerobohan.
Polis Unit Senjata Khas dan Taktik (Swat) dan anjing-anjing penghidu meronda stesen-stesen kereta api bawah tanah utama dan lapangan terbang. Kawalan keselamatan di kemudahan-kemudahan awam utama lain turut diperketat, kata satu kenyataan Agensi Polis Negara.
Polis komando dan kenderaan berperisai juga telah dihantar ke tengah Seoul bagi melindungi kedutaan Amerika, tambah kenyataan itu.
Korea Selatan |
Pyongyang telah melabel latihan-latihan kawat Key Resolve/Foal Eagle itu, yang melibatkan sekitar 200,000 askar Korea Selatan dan 12,300 askar Amerika, sebagai satu langkah pencerobohan dan mengancam akan bertindak balas.
Sejak latihan-latihan itu bermula Isnin lalu, polis Korea Selatan telah mengadakan latihan terhadap 'pelbagai bentuk perang luar biasa dan penerobosan oleh pasukan-pasukan khas musuh,' kata kenyataan itu.

Latihan bersama itu dilaporkan bagi menghadapi pelbagai senario misalnya latihan bagi melawan provokasi, mengesan senjata pemusnah besar-besaran, serta menangani satu perubahan mendadak rejim dalam negara komunis itu dan perpindahan pelarian.
Inilah BATU API no 1 di Dunia - Amerika Syarikat |
Key Resolve, satu latihan pos kawalan melibatkan simulasi komputer, akan berterusan hingga 10 Mac.
Beberapa bahagian Foal Eagle, satu gabungan tentera udara, darat dan laut, diteruskan hingga 30 April.
Beberapa bahagian Foal Eagle, satu gabungan tentera udara, darat dan laut, diteruskan hingga 30 April.
Pyongyang Army |
Latihan-latihan ini berikutan ketegangan setahun.
Korea Selatan menuduh Korea Utara menenggelamkan sebuah kapal perangnya Mac tahun lalu berhampiran sempadan Laut Kuning, membunuh 46 orang. Namun Korea Utara menafikannya.
November lalu, Pyongyang telah menyerang sebuah pulau Korea Selatan berhampiran sempadan, hingga dua anggota marin dan dua orang awam maut.

Korea Selatan n deretan kereta kebalnya |
Tentera Korea Selatan akan menghantar helikopter serangan ringan 500MD ke pulau-pulau barisan hadapan bagi menghadapi sebarang penyusupan hoverkraf oleh pasukan khas Korea Utara, kata seorang pegawai tentera, ditukil agensi berita Yonhap. -- AFP.
Kem Tentera Amerika yang bertapak di Korea Selatan pss: Nauzubillah, peperangan2 seperti inilah yang sebenarnya mempercepatkan kehancuran bumi |
0 komen:
Post a Comment