Khas buat mereka yang nak kahwin.. 0




Khas buat mereka yang nak kahwin...
Yang dah kawin tu... pikir2 kalu nak kawin LAGI...

Ada kebenarannya..............!!!


Ok.. sekarang ni ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ada plan nak kahwin. Semua orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannya mudah, banyak persiapan yg perlu diadakan... . ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua belah pihak.

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin(susah,rumit,poning). Maknanya diaorang plan nak buat majlis then tak boleh agree with each other so they bergaduh and tak jadilah kahwin.

So ada orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimana sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersama.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripada memikirkan masa depan dan hala tujuan hidup bersama selepas nikah.

Ok berikut adalah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi :

At least 6 months before the proposed nikah date korang mesti kena pergi register kat jabatan, and bila korang pergi register korang mestilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register korang bolehlah book kadhi. Sorang je book... . jgn dua dua gi book plak.

kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangga:

Kena pergi... . kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus... . whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kita dah terer dlm bab rumahtangga tapi ada baiknyer kalau kita refresh balik apa yg telah kita ketahui.

kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam:

Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Lebih lebih lagi orang perempuan... .. pilih mak andam boleh makan tahun lamanya. Of courselah, lelaki nak amik mak andam buat apa kan.. At least six months mesti nak book... later than that u might have a problem finding one... .. kalau ada pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.

Kos : RM1200 (tengok baju apa... kalau ada baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)

4. Photographer:

Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenalah cari sendiri. Sekarang orang melayu dah pandai... . dah pandai amik studio, dah pandai amik outdoor.

Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah

Unless korang nak pakai loktang tak payah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.

Kos :RM300

6. Dekorasi blok dan pelamin

Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal... . kalau tak pun jadi macam lori cina mampos... . letak kacang sama kuaci sudah original beb... . tinggal nak campak keranda je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.

Kos :RM1000

7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja

Tukang masak mesti ada beb... kalau tak ada macam mana orang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mc Donald's.

Kos : RM7000 (tengok berapa kepala yg datang)

8. Kereta

Unless korang nak gi bertandang jalan kaki tak payahlah sewa kereta (*naik basikal boleh gak..) Kalau nak sewa, kenalah sewa yg special punya... Merc ke?... Jag ke?.BMW ke? kira yg besaq punya kereta lah. Janganlah pulak badan korang besaq pastu sewa Kancil... ... sampai esok pun tak boleh masuk!

Kos: RM300

9. DJ/Karaoke

Kalau majlis senyap dan sunyi saja taklah meriah kan? Lazimnyer orang akan engage DJ/ Karaoke services. Ada jugak yg ambil band industan, brass band.
At least 6 mths mesti nak kena book.

Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat

Kira door gift lah. Yg biasa telur rebus orang bagi... tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif... ada yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.

Kos : RM3000++

11. Miscellaneous

Perkara perkara kecik orang selalu overlook... perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kita terbakar. Benda benda seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan... ...

Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENA KELUARKAN IALAH : RM17,110

Belum termasuk hantaran lagi beb... . korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu sapa sapa yg dah nak berkahwin... ... . SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal... . yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnya... .. Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Maklumlah, kata orang ikut market price. Kalau harga mas naik, naik lagi harga bakal2 bini.

kalau tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah, sengkek lah, tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah kan.. hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah perempuan. Bapak selalu ikutkan je, “ni semua kerja orang perempuan, dorang kata.. Kadang2 ada jugak perempuan sendiri yang letak harga, lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey, sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah, tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal.
Hah... korang bacalah:-

Sebab
1. Anak perempuan sorang
2. Anak perempuan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak perempuan paling jambu dalam family
4. Anak perempuan kerja high post
5. Anak perempuan biasa pakai barang branded
6. Anak perempuan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin, jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak perempuan yang rasa dirinya... lengkap segala-galanya
9. Bapak perempuan tokey kayu balak, mak pulak bekas eksekutif
10. Anak perempuan tu pun jenis ek@eksyen.. semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-
1. "Eh! Nak meniaga anak ka apa?" Kadang tu mak bapak ok je tp si anak pulak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke, satu hal jugak. Ni asyik pandai mekap je."
3. "Kalau camni bagitau dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpa jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek ja."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan je budak perempuan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones ok?"

Kata2 dari sebelah perempuan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi, kita ambik je. Kami tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang, kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini, jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 laa. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-
1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikitnyaa! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak nak pakai cash la. Korang pilih nak AMEX ke, Diners ke, boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni, kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke, mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah sangat lah..?!"

Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu, bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak perempuan tu pun kalau nak letak harga, berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak terkontang kanting lelaki tu nak sediakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal, semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat... bank Islam... atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, 'loan bini',.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah. Entahlah... . dunia... dunia... "

p/s: saya pun tak tau nk ckp apa..tapi pada saya benda2 macam ni pun, ada betul ada salahnya..saja post gurau2..hehe jgn marah yer org2 yg dah plan nak kahwin? pesanan saya, mendirikan masjid tu pahalanya bessaaarrr!Cewwaaahh!!!



"Lelaki acuan Al-Quran

ialah seorang lelaki yang solatnya adalah maruah dirinya...Wallahualam"















































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...