Wednesday, June 16, 2010

Kurang tidur pendek umur

Penyelidik berkata seseorang yang tidur kurang enam jam setiap malam berpotensi besar mati lebih awal. Bagaimanapun dalam kajian sama, mereka juga menemui kaitan tempoh tidur lebih sembilan jam sehari dengan kadar kematian awal.


Ketua penyelidik di Universiti Warwick, Francesco Cappuccio, berkata seseorang yang tidur lebih sedikit akan mengalami diabetis, kegemukan, tekanan melampau dan kadar kolestrol berlebihan.
“kami berpendapat kekurangan tidur dan penyakit mempunyai kaitan kerana mekanisma hormone dan metabolism” katanya dalam laporan disiarkan jurnal Sleep.

Kajian dilakukan di Naples, Itali, membabitkan penyelidikan selama berdekad-dekad diseluruh dunia membabitkan 1.3 juta orang. Kata Cappuccio, pihaknya yakin tempoh tidur seseorang membabitkan isu kesihatan awam dan perlu dianggap sebagai risiko oleh doctor.-AFP

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...