Wednesday, March 16, 2011

Loji nuklear rosak Jepun keluarkan radiasi di tahap bahaya

Loji nuklear rosak Jepun keluarkan radiasi di tahap bahaya

Orang ramai ketakutan, borong makanan dan air minum


SENDAI (Jepun): Letupan dan kebakaran di loji nuklear Jepun yang rosak akibat gempa bumi Jumaat lalu telah mengeluarkan radiasi pada tahap bahaya semalam, menyebabkan pasaran saham jatuh teruk dan orang ramai menyerbu pasar- pasar raya kerana panik.

Saham Tokyo, yang menjunam kelmarin dalam penjualan terburu-buru hingga menyebabkan indeks seluruh dunia terjejas, jatuh lagi 14 peratus semalam sebelum mengurangkan beberapa kerugian dan berakhir dengan kejatuhan 10.55 peratus.



MASA DEPAN NEGARA TERANCAM: Seorang bayi diperiksa bagi tahap radiasi di Nihonmatsu di wilayah Fukushima, utara Jepun semalam. Penduduk Tokyo panik apabila paras keradioaktifan naik di sekitar loji nuklear di utara ibu kota itu semalam, hingga ada yang meninggalkan bandar itu atau mula menyimpan bekalan makanan dan keperluan lain. -- Foto REUTERS
Di pekan-pekan dan bandar-bandar, penduduk ketakutan memborong makanan dan air minum hingga mendorong pemerintah Jepun mengeluarkan amaran pembelian panik itu boleh menjejas keupayaannya menyampaikan bantuan ke kawasan-kawasan terjejas teruk oleh gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Namun penduduk Tokyo yang ketakutan tetap memenuhi kereta api untuk keluar dari bandar itu atau terburu-buru membeli pelitup muka dan keperluan kecemasan kerana takut terkena radiasi.

Paras radiasi di sekeliling loji Fukushima Nombor 1 di pantai timur telah 'naik dengan banyak', kata Perdana Menteri Naoto Kan.

Ketua jurucakapnya berkata paras itu sudah sampai peringkat membahayakan kesihatan.

Di Tokyo, pihak berkuasa juga berkata paras radiasi lebih tinggi daripada biasa telah dikesan di ibu kota itu, tetapi belum sampai tahap bahaya.

Encik Kan memberi amaran kepada penduduk yang tinggal dalam lingkungan 10 kilometer di luar satu zon lingkungan penghalang 20 kilometer di sekeliling loji itu supaya jangan keluar rumah.

Kebakaran itu, yang akhirnya dapat dipadamkan dengan bantuan askar Amerika Syarikat, terjadi di reaktor nombor 4 loji itu, bererti empat daripada enam reaktor di loji itu kini bermasalah. Suhu di dua lagi reaktor pula dilaporkan semakin naik.

Paras radiasi di loji itu dan di bandar Tokyo kemudian menurun, kata ketua jurucakap pemerintah, Encik Yukio Edano.

Agensi cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata angin yang bertiup membawa bahan radioaktif ke arah laut, dan 'tidak ada implikasi' bagi Jepun atau negaranegara berdekatan.

Pihak Berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis berkata bencana itu kini di paras enam dalam kiraan tujuh mata bagi tahap kehebatan kemalangan nuklear antarabangsa.

Ia yang kedua hebat selepas Chernobyl, di bekas Soviet Union, pada pada 1986.

Krisis itu juga mendorong Russia dan Jerman menilai semula sektor nuklear mereka, dengan Berlin berkata ia mungkin menghentikan tujuh reaktor nuklearnya selama tiga bulan sementara menunggu penyiasatan keselamatan.

Jepun terpaksa juga menghadapi kerosakan amat teruk akibat gempa itu dan tsunami, yang membinasakan daerah besar di pantai timur lautnya.

Angka kematian rasmi kini 2,424 orang, menurut polis, tetapi para pegawai berkata sekurang-kurangnya 10,000 orang mungkin maut.

Lebih 200,000 orang telah dipindahkan dari satu zon penghalang 20 kilometer di sekeliling loji nuklear rosak itu.

Bangunan-bangunan yang menempatkan reaktor 1 dan 3 meletup Sabtu lalu dan kelmarin. Semalam, satu letupan melanda reaktor 2 dan reaktor 4.

Pemerhati nuklear PBB, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), berkata Tokyo telah meminta bantuan pakar selepas gempa itu.

Namun ketua IAEA, Encik Yukiya Amano, cuba menenangkan kebimbangan dunia bahawa keadaan itu boleh mencapai kehebatan tragedi nuklear di Chernobyl. -- AFP.

Friday, March 4, 2011

Seoul bersiap hadapi kemungkinan serangan Pyongyang

SEOUL: Polis Korea Selatan berkata semalam negara itu telah meningkatkan tahap keselamatan bagi menghadapi kemungkinan serangan-serangan ganas Korea Utara, di tengah-tengah ketegangan berikutan latihan tentera Amerika Syarikat-Korea Selatan bulan ini.

Pyongyang military
Korea Utara menganggap latihan itu sebagai raptai pencerobohan.

Korea Utara mengancam akan menjadikan Seoul satu 'lautan api' jika terjadi sebarang pencerobohan. 

Polis Unit Senjata Khas dan Taktik (Swat) dan anjing-anjing penghidu meronda stesen-stesen kereta api bawah tanah utama dan lapangan terbang. Kawalan keselamatan di kemudahan-kemudahan awam utama lain turut diperketat, kata satu kenyataan Agensi Polis Negara.

Polis komando dan kenderaan berperisai juga telah dihantar ke tengah Seoul bagi melindungi kedutaan Amerika, tambah kenyataan itu. 

Korea Selatan
Pyongyang telah melabel latihan-latihan kawat Key Resolve/Foal Eagle itu, yang melibatkan sekitar 200,000 askar Korea Selatan dan 12,300 askar Amerika, sebagai satu langkah pencerobohan dan mengancam akan bertindak balas.

Sejak latihan-latihan itu bermula Isnin lalu, polis Korea Selatan telah mengadakan latihan terhadap 'pelbagai bentuk perang luar biasa dan penerobosan oleh pasukan-pasukan khas musuh,' kata kenyataan itu. 

Latihan bersama itu dilaporkan bagi menghadapi pelbagai senario misalnya latihan bagi melawan provokasi, mengesan senjata pemusnah besar-besaran, serta menangani satu perubahan mendadak rejim dalam negara komunis itu dan perpindahan pelarian. 

Inilah BATU API no 1 di Dunia - Amerika Syarikat
Key Resolve, satu latihan pos kawalan melibatkan simulasi komputer, akan berterusan hingga 10 Mac.

Beberapa bahagian Foal Eagle, satu gabungan tentera udara, darat dan laut, diteruskan hingga 30 April. 
Pyongyang Army
Latihan-latihan ini berikutan ketegangan setahun.

Korea Selatan menuduh Korea Utara menenggelamkan sebuah kapal perangnya Mac tahun lalu berhampiran sempadan Laut Kuning, membunuh 46 orang. Namun Korea Utara menafikannya.

November lalu, Pyongyang telah menyerang sebuah pulau Korea Selatan berhampiran sempadan, hingga dua anggota marin dan dua orang awam maut. 

Korea Selatan n deretan kereta kebalnya
Tentera Korea Selatan akan menghantar helikopter serangan ringan 500MD ke pulau-pulau barisan hadapan bagi menghadapi sebarang penyusupan hoverkraf oleh pasukan khas Korea Utara, kata seorang pegawai tentera, ditukil agensi berita Yonhap. -- AFP.

Kem Tentera Amerika yang bertapak di Korea Selatan

pss: Nauzubillah, peperangan2 seperti inilah yang sebenarnya mempercepatkan kehancuran bumi

Wednesday, March 2, 2011

Hohohoho: Malaysia Offers Multiple Entry Visa

Tourism Malaysia is offering a multiple-entry visa to visit and live in Malaysia for 10 years. “With this visa, Indonesians can buy property, vehicles and do business,” said Zahrul Layali, Tourism Malaysia’s marketing executive in Jakarta last weekend.

Visa holders will be permitted to continue their education, bring their and family and extend after the 10-year period. According to Zahrul, Indonesian citizens are the 10th biggest holder of Malaysian visas, as many Indonesians own property in Malaysia.


p/s: Kementerian Sumber Manusia luluskan 45,000 kemasukkan w/n India ke Malaysia untuk penuhi kekosongan sektor2 pekerjaan kosong di Malaysia. Rujuk : BHO

W/n asing yang ada kat dalam negara sekarang ni pun dah berjuta-juta. Rakyat Malaysia yang tak ada kerja pun berduyun-duyun lagi.. Aduhai Kerajaan Malaysia yang pemurah!!! :(
S Subramaniam a.k.a Menteri Sumber Manusia

Samy Vellu a.k.a Duta Khas Malaysia di India.

Brader Bangla pun PERKASA?? Hayoyoyoyoyo..







Wednesday, February 23, 2011

Dr Mashitah lawan hukum Allah

Walaupun video ini sudah agak lama, namun aku pasti masih ramai yang tak sedar dan tak tahu tentang kedangkalan pemimpin agama yang mewakili pemerintah negara@kerajaan Malaysia,. Apa bezanya situasi ini dengan negara2 tanah Arab yang mana ulama2 mereka turut menyembunyikan segalanya yang benar daripada ayat2 Al-Quran dan As-Sunnah semata-mata untuk menjaga periuk nasi mereka sendiri..
**rujuk Surah Al-Maidah ayat 33

adakah pemimpin seumpama ini yang kalian pilih? nauzubillah.. berubahlah.. janganlah kita cipta pelbagai alasan untuk berjuang dengan agama ALLAH ini. Sedangkan kita ini umat yang lemah lagi hina!!!

Monday, February 21, 2011

Marcos, Mubarak and Mahathir - Who's The Richest Man?

The mounting pressure from 18 days of historic protests finally drove Egyptian President Hosni Mubarak from office, after 30-years as his nation’s iron-fisted ruler. But the dictator should not shed a single drop of tear because the fortune he amassed is more than enough to finance his retirement comfortably. It would be nice and jaw-dropping if Forbes can compile the world’s richest dictators or politicians simply because it would put world’s richest man, Mexican Carlos Slim (worth about US$54 billion) and Bill Gates (net worth about US$53 billion) to shame.

Armed with suspended constitution for 30 years, Hosni Mubarak was in virtually every piece of business deal in the country thanks to guaranteed profit from monopolies, red-tape fees, bribery fees, nepotism and whatnot. The British Guardian newspaper estimated the wealth of Mubarak and his family at somewhere between US$40 billion and US$70 billion. That’s about US$1 billion to US$2 billion net profit annually on average, not bad for a job as a president ruling a nation with GDP per capita of just $6,300.



Hosni Mubarak Demoracy 
In fact, Mubarak knew it was game over when the protesters persisted even after he cut the nation’s internet access and use of forces to intimidate the tens of hundreds of protesters. And his delayed exit was definitely not to pray for a dignified exit but rather to buy time to move money around and hide significant parts of his fortune. If former Philippine President Marcos had US$684 million on deposits in various Swiss banks alone, expect nothing less than that from Mubarak’s Swiss accounts. The Swiss government has said it is temporarily freezing any assets in Swiss banks that could be linked to Mubarak.

Believed to have flown to the Red Sea resort of Sharm el-Sheikh, much of Mubarak’s wealth were from investment deals in British and Swiss banks or tied up in upmarket real estate in London, New York, Los Angeles and expensive tracts of the Red Sea coast, not to mention commissions from arm deals. Mubarak’s half-Welsh wife, Suzanne and their sons, Gamal and Alaa, accumulated wealth through partnerships with foreign investors and companies. Mubarak’s wife’s fortune alone was estimated at about US$5 billion.



Regardless whether Mubarak’s wealth is US$40 billion, US$70 billion or more, the fact remains that tracking the money trail would be almost impossible,let alone claiming it back to the people of Egypt. If the Philippine government couldn’t even bring back billions of dollars plundered by former dictator Marcos more than 20 years after his death, what more can the new government of Egypt do to recover it with today’s information technology?


 Marcos Mubarak Mahathir Richest Man
Obviously top army officials were on Mubarak’s payroll judging from his ease of exit from the country. Mubarak may no be the President of Egypt anymore but his tentacles are still in the country. His worry is not about money but more on possible prosecution or assassination. But if you think Hosni Mubarak is the richest man on earth, wait till you hear what has former dictator Mahathir Mohamad plundered. How about US$100 billion?

Using the same rule of thumb that Mubarak “earned” about US1 billion to US2 billion annually, Mahathir’s wealth easily top US$22 to US$44 billion over his 22-year of iron-fist rule. However Malaysia has more natural resources than Egypt and economically, Malaysia is richer although not necessary less corrupted than Egypt. Just like Egypt, corruption in Malaysia is so entrenched that every institutions are tainted – from the monarchy, judiciary, executive, legislature to the lowest ranking policemen on the street. Hence Mahathir is easily worth more than that.


If there’s one factor that is separating Malaysia from Egypt, that’s unemployment. The present government of Malaysia may be more corrupt than previous Mubarak’s administration but Malaysia’s ruling party is smart enough to generate jobs in various government departments especially to cater for the ethnic-Malay, though the jobs created are not needed. If there’s one group that would take to the street just like the Egypt uprising, it would be the ethnic-Malay themselves.



Mubarak Red Sea Resort Sharm el-Sheikh 
As long as the Malaysia government can provide them with jobs, the scale of demonstration seen in Egypt would not happen in Malaysia. And as long as PM Najib Razak and his mentor Mahathir Mohamad can keep the pace in feeding these mouths and play the racial cards in their “divide and rule” doctrine, they can rule the country for many more decades and in the process continue to plunder the country.

By the time they’re ousted from the country the same way as Marcos and Mubarak, provided there would be an uprising of the same scale as Egypt in the first place, Mahathir and his followers could easily become the richest man on earth. And if there’s an uprising in Malaysia, do not expect any friendly police or military men in sympathy of the demonstrators. Again, Malaysia is very different from Egypt so an uprising of such stamina and scale is very distant.


pss: CAN YOU SEE IT ?

'Operasi Lalang' 1987 dikatakan untuk perkukuh kuasa Dr M


Kit Siang dakwa mereka yang ditahan bukan jadi ancaman negara


KUALA LUMPUR: Lebih 100 orang, kebanyakannya pemimpin pembangkang dan aktivis, yang ditahan di bawah Operasi Lalang 1987 telah dijadikan kambing hitam dalam gerakan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memperkukuhkan kuasa politiknya, dakwa Encik Lim Kit Siang dalam satu biografi dikeluarkan semalam.
X-KPN- Tun Hanif n Tun M
Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu mendakwa mantan perdana menteri dan presiden Umno berkenaan terdesak untuk mengalih perhatian ekoran cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dalam persaingan jawatan presiden Umno, perkembangan yang turut menggugat parti itu dan cuba menutup 'skandal-skandal lain'.

Awal 1987, Umno mengadakan pemilihan jawatan-jawatan partinya dan buat pertama kali sejak 12 tahun jawatan presiden telah dicabar.
Ku Li
Tengku Razaleigh yang merupakan calon 'Pasukan B' bagi jawatan presiden mencabar Dr Mahathir daripada 'Pasukan A'.

'Operasi Lalang bukannya mengenai soal kami menjadi ancaman kepada keselamatan negara tetapi ia berkenaan dengan keperluan beliau (Dr Mahathir) memperkukuhkan kedudukan kuasanya dalam Umno,' kata Encik Lim dalam buku berjudul The Right to Differ, tulisan ahli akademik, Dr Ooi Kee Beng.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dan Dr Mahathir terlibat dalam 'perang' kenyataan mengenai Operasi Lalang, yang turut membawa kepada penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Encik Lim ditahan di bawah ISA buat kali kedua ketika itu.

Kali pertama pada 1969.

Minggu lalu, Dr Mahathir berkata, beliau sebenarnya mahu memansuhkan ISA ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.


Bagaimanapun, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut, katanya.

Sekitar seminggu sebelum itu Dr Mahathir menyalahkan polis ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 termasuk Encik Lim dan anaknya, Encik Lim Guan Eng, yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ekoran kenyataan Dr Mahathir itu, yang dirakamkan dalam buku Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad tulisan Tom Plate, Encik Lim telah mencabar Dr Mahathir agar mendedahkan nama pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau temui dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan di bawah Operasi Lalang 1987.
Tun Salleh Abas
Dalam bukunya, Encik Lim turut berkata Dr Mahathir memulakan serangan ke atas pelbagai institusi seperti kehakiman, suruhanjaya pilihan raya dan Parlimen sebab 'rakyat dapat melihat janji-janjinya tidak dipenuhi'.

'Pada ketika itu, sesetengah kes berakhir dengan penghakiman yang Mahathir mendapati tidak boleh diterima. Akhirnya, beliau bimbang bahawa bidang kehakiman akan mengambil satu keputusan yang akan membawa kepada kejatuhan Mahathir dan Umno.

'Operasi Lalang, pemecatan (Tun) Salleh Abas dan hakim-hakim Mahkamah Agung datang dalam konteks itu,' kata Encik Lim, lapor laman berita The Malaysian Insider.

Thursday, February 17, 2011

UMNOOOO NOO NO NO!!!!!!!


SIAPAAAA?????


Dah takdak modal nak buat cerita bodoo bodoo bodooo dok laa diam-diam.. Yang Si Gennnndut Pehh Lady tu hang tak komplen plak.. Baru ja lepas Maulud Nabi, ingat kot makin cerdik.. Rupanya makin jahannnammmm. Link--> Wan Azizah dikatakan pemboros..




Bila saya boleh SAVING sikit ni Dato PM Malaysia?? Duit gaji saya lebih dari separuh dok ''DERMA'' kat kerajaan. Seminggu ja dah clean wahai Dato PM. Yang makin kaya raya balaci-balaci Dato PM jugak. Bohong sana sini duit masukkk. Rakyat di bawah macam haramj%$#%^$ .. Gila$%$i.. Dari dulu dulu dulu sampai sekarang asyik kena tipu saja.. Buta perut btoi Melayu ni!! (Dapat dosa pun tarak hal! Geram punya pasal)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...