Saturday, October 30, 2010

Bagaimana jerawat terbentuk? Tips mengatasinya?

Masalah jerawat sering muncul pada bahagian-bahagian kulit yang sensitif seperti muka dan juga badan. Jerawat biasanya terbentuk apabila liang pada kulit tersumbat dengan sebum, bakteria, hormon dan juga sel kulit mati.

Sebum dihasilkan oleh folikel rambut dan semakin banyak sebum dikeluarkan semakin tinggi kebarangkalian jerawat akan muncul. Jika liang yang tersumbat kekal tertutup membengkak, ia dikenali sebagai jerawat putih manakala jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya menjadi gelap, ia dipanggil jerawat hitam.
Antara faktor yang menyebabkan pembentukan jerawat adalah kerana tekanan psikologi, faktor kelembapan persekitaran, penggunaan kosmetik, ubat-ubatan dan juga jenis pekerjaan. Terlalu banyak mengambil makanan yang mengandungi kalori juga antara faktor yang meransang pertumbuhan jerawat atau anda sendiri yang malas cuci muka. haha.


Dibawah ada beberapa tips dan petua mengubati jerawat tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak, safe budget la sikit daripada membeli kosmetik yang mahal-mahal.
Bukan hanya digunakan untuk meredakan rasa sakit tetapi juga mampu mencegah jerawat menjadi parah. Caranya: Ambil sebutir aspirin dan hancurkan hingga halus, kemudian basahkan sedikit dengan air hingga ia agak kental(macam guna bedak sejuk). Tampalkan cairan kental aspirin pada jerawat selama beberapa minit hingga kering. Kemudian bersihkan dengan air. Cara ini akan mengurangkan kemerahan dan meredakan rasa sakit jerawat.
Buat ramuan dengan mencampurkan 4 sudu garam dan 3 sudu minyak zaitun(sudu besar). Sapu dan usap ramuan tersebut pada wajah menggunakan jari jemari anda. (important! Kulit muka sangat sensitif pada kuku, sebab tu tak digalakkan picit picit jerawat.)
Biarkan selama 1-2 minit, kemudian bilas dengan air suam dan sabun.
Lakukan cara ini 2-3 kali seminggu. InsyaAllah anda akan lihat perubahan nyata pada kulit wajah anda.
fakta- Garam boleh membersihkan pori-pori dengan eksfoliasi. Kandungan mineralnya membuat kulit lebih sihat dan minyak zaitun boleh mengembalikan kelembapan semulajadi kulit.
Sapukan sedikit ubat gigi pada jerawat(jgn plak sapu ubat gigi satu muka;) .Biarkan semalaman. Sebaiknya sebelum tidur. Ini adalah petua emergancy sekiranya jerawat membuatkan keyakinan diri anda 'down' untuk menghadiri sesuatu majlis atau date pada keesokkan harinya. Tetapi ini bergantung pada jenis kulit muka anda.


Ok? Diharapkan tips dan petua ini membawa manfaat kepada anda. Tawakal pada Allah taala. Selamat mencuba.


pss: Wudhuk itu adalah sebaik-baik penawar pada kesucian wajah.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...