Semalam seharian kat Ipoh..
Bermula dari pagi hingga petang sarat dengan aktiviti kerja..
Bertolak dari Langkap ke Ipoh pada pukul 7am dan sampai Ipoh pada pukul 8am..
Pada mulanya aku hanya dijemput atas tiket Taklimat berkenaan e-Gaji
Pagi ini(27/10/10) aku menghadiri Perhimpunan Bulanan ke-5 Jabatan Imigresen Negeri Perak.
Lebih kurang sejam selepas perhimpunan tersebut aku ikut team Unit Penguatkuasa Ipoh ke Lapang Sasar Perak at Lahat, Ipoh untuk kem latihan menembak.
Atas pelawaan team Unit Ipoh, aku pun follow geng2 depa. Lagipun memang tak pernah dalam hidup aku try menembak secara 'real' nih. Bagus jugak atas tiket pengalaman. Tapi biasalah, first time try aku just dapat 1markah untuk shoot jarak 25meter. hahaha. Hampagas.. Apapun that is my good try.. Memang bestzzz..
Lepas tu aku dengan kawan, Apai terus 'blah'.. Kami pi makan nasi vonggey Yong Suan kat Ipoh.
Then terus shoot balik ke Kompleks KDN, Jelapang untuk sesi taklimat e-gaji tu.
Overall pasal e-gaji ni bukan apa2 pun. 2 orang penyampai jemputan daripada Kementerian Kewangan tu just bagitau semuanya dah already create dalam website AG sendiri. Then dalam duk menyampai tu, penceramah daripada AG ni pengsan. huhuhu. Kelam kabut jugak dewan tu. Aku ada rekod video tu. Takziah untuk penceramah tersebut. Difahamkan dia pitam disebabkan tengah mengandung. Huarghh.. Harap-harap tak ada apa yang buruk terjadi. amin.
Taklimat just stop kat situ, anyway lepas ni sudah tiada lagi pemberian slip gaji kepada kakitangan awam. Semuanya perlu di'print-out' secara manual oleh penjawat awam. Dari benak fikiran aku terfikir.. Adakah ini langkah kerajaan untuk memahirkan kakitangannya untuk 'bermesra' dengan sistem on-line?? ataupun kerajaan syorkan ini sebagai langkah save budget?? hmmm..
Mungkin ya, mungkin tidak.. tetapi kerajaan mesti make sure capaian ke laman web tu mesti 'mudah dan mesra pengguna' . Aku ada try login, but.. agak susah nak masuk. Lembab,slow,punishhhh..
grrr... :(
Thursday, October 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment