Sunday, October 24, 2010

Melayu bakal merempat di Kuala Lumpur..

Nampaknya, semakin lama semakin lenyap tanah-tanah melayu di bumi melayu..
Sedih apabila melihat keadaan ini yang terang terangan berlaku. Orang melayu Kg Baru, Kuala Lumpur dikatakan pasti sangat bersetuju apabila kerajaan akan mengambil kira membina Menara Merdeka 100 tingkat tersebut di situ.

Benarkah begitu?? Adakah orang melayu di situ akan diberi 'privilege' setelah menara itu siap kelak?
hahahahahahahahaha.. Pasti tidak.. Paling tidak pun, PNB (Permodalan Nasional Berhad ) akan mengambil beberapa keping gambar 'bekas' orang melayu disitu sebagai kenang kenangan untuk digunakan semasa upacara launching menara tersebut, dan di beri satu space 20kaki sebagai memorial room untuk mengingati melayu-melayu Kg Baru yang sangat-sangat baik hati ini sebagai Wira Bangsa. kah kah kah.. Sampai bilakah kerajaan akan mengenang budi dan jasa mereka-mereka itu? 10 tahun? 50 tahun? 100 tahun? atau mungkin 1000 tahun?
Aduh.. entahlah, tetapi inilah kenyataanya.. baca ucapan YB melayu itu dibawah..

Menara 100 tingkat di Kampung Baru?


Di samping itu, ketika wakil Wilayah Persekutuan, Johari Abdul Ghani membahaskan usul ekonomi, beliau mencadangkan agar Menara Warisan Merdeka dibina di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sebelum mengakhiri ucapannya, perwakilan dari Bahagian Titiwangsa ini meminta agar Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Najib Razak untuk mempertimbangkan cadangan ini, walaupun tidak perlu membuat keputusan pada hari ini.

Johari Abdul Ghani (gambar kanan) melontarkan cadangannya yang disambut dengan tepukan, "Apalah salahnya Menara Warisan Merdeka 100 tingkat ini, dinaikkan di tengah-tengah tanah orang Melayu di Kampung Baru?"

"Kerana PNB mempunyai tanah di stadium itu 22 ekar. Di Kampung Baru, kita mempunyai 230 ekar. Jadi, 10% daripada tanah itu saya percaya orang-orang Melayu di Kampung Baru ini akan bersetuju sungguh kalau YAB dapat memikirkan membawa Menara Warisan Merdeka 100 tingkat ke Kampung Baru, supaya dia menjadi mercu kejayaan orang Melayu di Tanah Melayu."

Johari Abdul Ghani menyambung, "Seperti mana hari ini kita lihat KLCC menjadi satu kebanggaan. Seluruh kawasan tanah KLCC menjadi mahal. Hari ini dengan wujudnya mercu Menara Warisan Merdeka ini saya percaya 220 ekar tanah Kampung Baru ini dalam masa 10, 30, 40 tahun akan datang, menjadi satu harga yang ternilai bagi orang Melayu."

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...