Monday, January 10, 2011

Hodgson dipecat Liverpool, Dalglish kembali..

Terkini.. Liverpool kalah kepada Man Utd hasil gol penalti yang disempurnakan Ryan Giggs pada minit ke-2 permainan.
Roy Hodgson (hanya 6 bulan di LFC)
LONDON: Khidmat Roy Hodgson selaku pengurus Liverpool berakhir malam tadi dan kelab itu melantik bekas pemain dan pengurus, Kenny Dalglish, untuk mengubah hala tuju pasukan tersebut hingga akhir musim ini.


Hodgson, 63 tahun, yang menyertai kelab itu pada Julai tahun lalu, menerima tekanan sejak akhir-akhir ini, lebih-lebih lagi selepas tewas kepada Wolverhampton Wanderers dan Blackburn Rovers.

Beliau meninggalkan Anfield ditangga ke-12 dalam Liga Perdana England dan berada empat mata di atas zon berbahaya - bakal diturunkan ke liga bahagian bawah.


Kenny Dalglish (Pemain Liverpool dari 1977-1990)
'Saya kecewa kerana tidak berjaya membuktikan keupayaan saya ke atas skuad yang ada, tidak diberi peluang membawa pemain baru dan tidak bersama untuk membangunkan pasukan di Liverpool,' kata Hodgson dalam lelaman kelab itu.- Reuters.


pss: Kenny Dalglish pernah memimpin Liverpool FC dari 1985-1991 sebelum kembali semula pada 2011.. Mampukah beliau memulihkan reputasi gah skuad The Reds ini daripada terus merosot..

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...