Monday, January 10, 2011

Pembantu rumah nafi diperkosa menteri

Bekas amah dari Jawa terkejut apabila mengetahui berita kononnya beliau diperkosa majikan tersebar luas

KUALA LUMPUR:
Setelah buat beberapa ketika mendiamkan dirinya, seorang pembantu rumah warga Indonesia, yang didakwa diperkosa oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kelmarin tampil menjelaskan bahawa tuduhan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali.


Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isterinya
Cik Robingah (seperti beberapa warga Indonesia lain, hanya menggunakan satu nama sahaja), 47 tahun, yang berkhidmat selama lapan tahun dari 1999 hingga 2007, menjelaskan, sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan Dr Rais, beliau diberi layanan baik dan tidak pernah diperlakukan seperti dakwaan yang kini tersebar luas, lapor akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) sambil memetik beberapa laporan media Indonesia, semalam.

'Saya tidak pernah diperkosa Datuk Rais. Khabar angin yang mengatakan saya diperlakukan seperti itu adalah tidak benar sama sekali,' katanya.

Cik Robingah, yang berasal dari Banjarnegara, Jawa Tengah, berkata, sepanjang berkhidmat selama lapan tahun di rumah Dr Rais, beliau bersama tiga lagi pembantu rumah berasal dari Indonesia diberi layanan yang baik dan tidak pernah berhadapan dengan masalah untuk mengambil cuti balik ke kampung halaman.



Cik Robingah
'Sepanjang bertugas, saya ditugaskan sebagai penghantar makanan sekiranya ada jamuan di rumah Datuk dan membuka pintu pagar ketika Datuk keluar dan pulang ke rumah.

'Sepanjang mengenali Datuk, beliau seorang yang baik dan sering membelikan buah tangan sekiranya pulang dari luar negara, jauh sekali berkelakuan kasar terhadap saya dan yang lain.

'Saya begitu sedih apabila mengetahui dikaitkan dengan Datuk yang jelas boleh menjejaskan namanya di Malaysia dan Indonesia,' kata beliau, yang dipetik dalam laporan laman berita Media Indonesia (MI) dan Republika.co.id, kelmarin.

Cik Robingah berkata, beliau berhenti kerja di rumah Dr Rais pada 2007 kerana kontrak kerjanya di Malaysia sudah tamat dan bukan atas sebab diperkosa sehingga mendorongnya untuk pulang ke Banjarnegara.

Sejak kebelakangan ini, beberapa laman blog menyiarkan cerita kononnya Dr Rais telah memperkosa pembantu rumahnya pada 2007.



 Bagaimanapun, Dr Rais tampil untuk menafikan tuduhan itu sambil berkata beliau tidak pernah terbabit dalam kes jenayah perkosaan pada 2007 dan menyifatkan semua dakwaan lain dilemparkan penulis blog di Internet dan parti-parti pembangkang di Malaysia sebagai tidak benar.

Suami Cik Robingah, Encik Sukirman, 52 tahun, pula berkata sepanjang isterinya bekerja di Malaysia, beliau tidak pernah mengeluh dan menceritakan keburukan majikannya.

'Kebaikan Datuk menyebabkan saya izinkan Robingah bekerja sehingga lapan tahun, namun terkejut apabila mendapati berita isteri saya diperkosa majikannya tersebar luas,' kata beliau dalam laporan-laporan itu.

Bulan lalu, sebuah laman berita parti pembangkang, HarakahDaily.Net, melaporkan bahawa seorang menteri kabinet Malaysia terus bebas walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau telah merogol pembantu rumahnya tiga tahun lalu.



                                           klik--->R O C K Y BRU vs Minister of Malaysia<---klik

Berita itu segera menjadi salah satu berita sensasi tahun lalu selepas laman berita tersebut menyiarkan pendedahan WikiLeaks berhubung dakwaan itu, sambil memetik seorang penulis blog Malaysia, RockyBru, dan kenyataan Migrant Care.




Migrant Care pula dalam sidang medianya semalam mengesahkan laporan yang dipetik oleh laman web di Malaysia, termasuk HarakahDaily.Net adalah daripada mereka.

Namun, kumpulan hak asasi itu berkata pihaknya tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menyiarkan laporan itu, yang dihantar kepada Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Indonesia.

Migrant Care juga memaklumkan, kes itu tidak dibawa ke tindakan seterusnya kerana mangsa tidak bersedia, kata HarakahDaily.Net, semalam.



pss: Ramaikah warga Indonesia mati di Malaysia???? <--- k.l.i.k


apa-apa pun janganlah kita bersikap mengaibkan seseorang tanpa kebenaran berita dan kesahihannya. Allah SWT Maha Adil lagi Maha Mengetahui.. :)



0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...