Sunday, October 17, 2010

Adun Kuala Nerang- Pi Korek Telaga Lagi Baguih..

Hairan melihat segenap manusia daripada pihak pembangkang di negeri Kedah yang sekarang ni kelihatannya sangat seronok bermain dengan isu air..

Kalau tak silap aku Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan dah beri penjelasan yang terang lagi jelas berhubung isu kenaikkan tarif air tersebut. Akan tetapi, oleh kerana kebengapan otak kegerombolan ahli dacing ini telah membuatkan aku gelak ketawa sendirian.. kah kah kah..

Takdak siapa-siapa kot yang nak menyusahkan dan cari pasal dengan isu air ni.. Takkan exco-exco mahupun MB Kedah sendiri tak ada saudara mara kat area-area tu.. Pikiaq la guna kepala otak mu wahai manusia..

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berhasrat untuk mengadakan promosi mengajak rakyat memboikot pembayaran bil air berikutan kenaikan harga dan perkhidmatan air yang tidak memuaskan menerima reaksi pelbagai pihak.

Kepada Datuk Syed Sobri...sabaq la sat.. Jangan hampa reti hentam saja..
Kalau nak cepat siap, Datuk boleh rekemen untuk guna Doremon.. 
kah kah kah..

kalau nak cepat jugak.. Datuk boleh jugak pakat ajak orang-orang kg untuk korek telaga..
untung-untung boleh jumpa emas ka,tembaga ka.. itu lagi baik dan afdal daripada dok hentam2 dan menghasut sana-sini..
kah kah kah...

Tapi hairan jugak.. 
Hari tu bila minyak naik harga hampa tak hingaq pulak..
Boleh saja redha..isk3..
Macam-macam perangai manusia bila dah akhir zaman ni..
nauzubillah..

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...