Insan ini selalu dikritik, dinafikan hak dalam pentadbirannya, pernah dikatakan nyanyuk, dimaki, dilabel tidak layak bercakap perihal Islam walaupun berstatus Tok Guru..MasyaALLAH…
Adakah golongan itu persis syaitan yang bertopengkan Islam?? Kenapakah mereka begitu membenci sesama Islam?
Tidakkah Islam itu mengajar umatnya nasihat dan menasihati dan bukan mengkhianati?
Sedangkan bangsa yang beragama lain sanggup mengikutnya walaupun dasar parti yang berbeza..
Sedangkan parti yang dibawa insan bergelar Tok Guru ini ialah perjuangan berlandaskan agama Islam..
Kenapakah bangsa yang beragama lain sanggup menjadi pengikutnya?
Hinggakan wujud pada parti Islam itu kumpulan penyokong daripada kaum-kaum yang berbeza ajaran agamanya daripada Islam..
Kenapa tidak suasana dan keterbukaan politik Islam ini dijadikan contoh sebagai kepentingan perpaduan..
Sekiranya diantara kita khususnya Kepimpinan Negara telus untuk menyepadukan kaum, kenapakah tidak dilaksanakan keterbukaan politik Islam walaupun sama sekali tidak pada Hudud.
Kenapakah kaum-kaum lain lebih mudah menerimanya berbanding kaum bangsa seagamanya sendiri?
Tidak hairan jika golongan itu mengkritik pentadbirannya (walaupun sudah 19tahun memerintah..)
Tetapi golongan itu sangat berani menidakkan hujah-hujah seorang yang bergelar Tok Guru sambil memperlekehkannya!!!
Lebih malang kita melihat daripada komponen pemerintah sendiri secara terbukanya menghina Islam. Islam itu disignifikasikan sebagai mundur, lemah, korupsi, ekstrim bahkan dilabel sebagai pengganas..
Ulama??
Lebih malang sebenarnya kita, terutama ulama-ulama version pemerintah yang langsung tidak mampu bersuara menidakkannya.
Apakah peranan sebenarnya ulama-ulama tauliah ini? Mungkin mereka 'firewall' kepada bangsa?!! hmmmm..
Mereka sebenarnya dilihat lebih berfungsi sebagai Islam yang menentang KeIslaman..(thinking)
Tetapi ini sudah keterlaluan. Melayu itu sangat bongkak. Melayu itu seperti sangat tinggi ilmu agamanya. Melayu itu begitu handal berkata-kata. Melayu itu sangat asyik menghina KeIslaman..dan dalam diam-diam melayu itu hanyalah sekadar boneka kampung.. dan melayu itulah 'ulama bertauliah'!!
Adakah benar sebegitu? Jika benar sedemikian, adakah benar inilah yang dikatakan ‘mematikan’ golongan-golongan agama, ulama, ilmuan Islam seperti yang diriwayatkan dari Abdullah bin Amr r.a,
bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu dari umat manusia begitu sahaja, tetapi Dia mencabutnya dengan cara mematikan para ulama, sehingga manakala benar-benar sudah tidak ada lagi seorang pun yang berilmu, maka manusia mengangkat para pemimpin yang bodoh. Para pemimpin itu ditanya, mereka pun memberi fatwa tanpa ilmu. Dengan demikian mereka sesat dan menyesatkan.”
(H.D. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad )
Sedarlah kita wahai umat Muhammad SAW.. terlalu banyak ni’mat yang telah Allah taala berikan kepada kita sebagai umat Rasulullah SAW. Mahukah kita digelar melayu yang lupa dunia dan akhirat? Kembalilah kita mensyukuri ni’mat keIslaman yang zahirnya telah Allah taala beri pada kita!! Tidak terkira nilai hidayah yang telah dikurniakan Maha Pencipta ini pada kita..
Sudahkah kita lupa tentang kisah Abu Talib yakni bapa saudara kepada Nabi Muhammad SAW?
Allah SWT telah mengingatkan Nabi SAW melalui firmanNya surah al-Qashssh ayat 56, "bahawa beliau tidak dapat memberi petunjuk (hidayah) kepada orang yang dikasihi iaitu Abu Talib, bapa saudaranya."
Menceritakan bahawa Nabi SAW tidak mempunyai kuasa untuk membawa bersama orang yang dikasihi kedalam syurga, kerana kuasa memberi hidayah hak Allah SWT hanya kepada orang dikehendaki sahaja.
Haruslah kita sedar sesungguhnya kita akan kembali jua kepadaNya.. Apakah dalil yang kita ada untuk menidakkan nas al-Quran dan Sunnah yang disampaikan insan bergelar Tok Guru ini?
Dari golongan melayu ini juga ada mengatakan Tok Guru ini sudah nyanyuk, tua!! Bercakap hukum hakam mengikut kepentingan sendiri!! MasyaAllah.. Sepertinya manusia yang mengata ngata itu begitu tinggi ilmunya.. Begitu hina nilai dan tafsiran kita pada alim ulama!!!
Apakah pentingnya menipu, memperdaya rakyat pada peringkat usia seperti Tok Guru? Adakah keperibadian Tok Guru sepanjang pemerintahannya itu kelihatan sangat bermegah-megah? Dan adakah rakyat di Kelantan itu sangat bangsat untuk menerima kepimpinannya selama ini?? Pernahkah Tok Guru menonjolkan isterinya dikhalayak ramai??
Adakah anak beranaknya menjadi kroni kepada kerajaan?? Ataupun berkepentingan dalam syarikat-syarikat GLC??
Tahukah kita bila ajal itu datang menjemput kita? Mampukah kita jamin bahawa kita akan hidup sejam selepas ini??
Kamu akan katakan YA sekiranya kamu mencabar kuasa Allah SWT!! Tiada siapa yang tahu sejauh mana kita mampu hidup didunia ini. Kalaupun kita masih taksub pada kuasa pemerintah sekarang, janganlah kita memperlekehkan dakyah Islam.
Kita terlalu kerdil disisi Yang Maha Esa. Kita hanya penumpang yang hina. Kita berani mengatakan tidak pada mereka yang berjuang dengan agamaNya.
Persoalan agama begitu mudah diperkotak katikkan oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Dan mereka inilah sebenarnya yang MUNAFIK!!! Ceramah-ceramah, kuliah-kuliah dan kelas agama semakin hari semakin disusahkan dengan alasan ‘politik’. Ustaz-ustaz dan alim ulama yang berani menegur pemerintah di gam daripada bersiaran di kaca televisyen. Bahkan mereka ini akan dicanang sebagai penentang pemerintah, sesat dan sebagainya.
Adakah jenis pemerintahan sebegini yang kita agung agungkan? Melaungkan Islam sekadar pemanis.. Pemerintah yang tidak pernah menghargai perjuangan Islam. Benar!! Perlaksanaan hukum hudud diperlekehkan dengan alasan itu hukum kuno?!!
Nauzubillah. Tidakkah kita sedar bahawa hudud itu adalah hukum dan undang-undang Allah taala?? Perlaksanaan dinar dan dirham juga dipersenda oleh kejahilan mereka ini secara terang terangan. Abu Bakar Ibn Abi Maryam menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah emas dan perak.”(Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal).
Contoh link di atas what ‘Melayuss’ said about Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.
[4] Jika seseorang bertanya kepadamu: “Apakah agamamu?”
Katakanlah: Agamaku adalah agama Islam.
Dalilnya adalah firman Allah:
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (QS Al-Imran [3] : 19)
Dan Allah berfirman: “Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al Qur'an) dan agama yang benar.” (QS At-Taubah [9] : 33)
Dan Allah berfirman: “Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (QS Al-Imran [3] : 85)
1.Islam adalah jalan yang lurus (shirat). Dalilnya adalah hadits An-Nuwas bin Sam’an yang meriwayatkan bahwa Nabi bersabda: “…Dan jalan itu adalah Islam” [HR Ahmad (4/182) dan ini adalah hadits shahih]. Maka barangsiapa yang teguh di atasnya akan teguh –insya Allah- di atasshirat yang akan dibentangkan diatas neraka.
Dalilnya adalah firman Allah: “Dan tidak ada seorang pun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang- orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang lalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.” (QS Maryan [19] : 71-72).
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi bersabda: “…lalu dikirimlah amanat dan rahim supaya keduanya berdiri di sebelah kanan dan kiri jembatan (shirat). Yang pertama diantara kamu akan lewat seperti kilat, kemudian seperti angin, kemudian seperti burung. Dan kecepatan seseorang (diatas jambatan) sesuai dengan amalnya masing-masing…(Dan orang-orang akan terus melintas) sampai amal tak sanggup lagi menolongnya…
Di sis-sisi jambatan terdapat pengait yang siap menyambar siapapun yang diperintahkan untuk disambar. Oleh karena itu akan ada yang babak belur meskipun selamat dan ada pula yang terjungkal ke dalam neraka.” (HR Muslim)
Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri bahwa Nabi SAW bersabda: “Shirat akan dibentangkan( pada hari kiamat) dan diletakkan di atas neraka.” Kami berkata: “Ya Rasululllah apakah shirat itu?” Beliau menjawab: “Ia adalah permukaan yang licin yang memiliki kait dan duri… Ada orang yang selamat, ada yang selamat dengan babak belur dan ada yang terjungkal ke dalam api neraka jahannam
Pss: Saya sejujurnya mengakui sangat terpersona dengan kesederhanaan peribadi Tuan Guru sebagai Ulama Islam yang disegani dan terbukti di iktiraf antara 50 tokoh Islam yang berpengaruh di dunia dan
Suka saya nyatakan disini bahwa tulisan ini tidak bermaksud ingin membangkitkan perihal isu berkaitan dasar perjuangan parti sebaliknya menjurus kepada keperibadian Menteri Besar Kelantan yakni Tuan Guru Nik Abdul Aziz..
0 komen:
Post a Comment