Hari ini sangat misteri kerana memikirkan hari esok.. Kemisteriaan ini sangat menyelubungi hidup aku hinggakan pernah aku lupa apa makanan yg aku jamah pagi tadi walaupun hari masih petang..ataupun hasil dari rezeki aku yang menyebabkan aku menjadi pelupa..huh.. Banyak persoalan bila aku menyentuh bab keberkatan ni..
Para Jemaah Haji sudah pun berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu haji . Bilalah pulak agaknya turn mak ayah aku.. Kalau kita perasan bila sampai musim haji, para Jemaah haji pasti kebanyakkannya mereka yang berumur lingkungan 50tahun dan keatas.
Factor masa,duit,keluarga,komitmen kerja dan sebagainya mungkin menjadi penghalang untuk muslimin muslimat mengerjakannya diusia kuat atau muda.. Yang pastinya setiap orang ada alasan dan masalahnya sendiri. Lebih-lebih lagi penjawat awam, dimana masa yang paling free ialah masa pencen. tapi dari sudut lain, bersyukur kerana bila sampai gred umur end level ni kita masih di landasan keIslaman.. hari ni orang berduit pun tak boleh mengerjakan haji ikut kehendak sendiri.. kalau esok kita pergi register haji kat Tabung Haji, turn untuk kita pergi kesana ialah tahun 2034 dan keatas sahaja. Huhu..kalau tak ada duit,mmg kirim salamlah.
pss: org2 muda elok sgtlah pergi register kat Tabung Haji.
Sekali sekala bila tengok Negara tercinta ni kat peta dunia memang terasa takut sangat kalau kalau Allah taala timpakan musibah pada bumi Nusantara ni.. tapi sekiranya terjadi apakan daya kita sebagai hamba dan penumpang untuk melawan akan kehendak Maha Pencipta.. Allah taala berikan Islam sebagai agamaNYA yang benar. Al-Quran dan sunnah diberi untuk dijadikan ikutan dan panduan pada kita. Tapi hari ini sedih sekali kerana ada diantara kita yang terang-terangan menolak agamaNya.
Di Negara tercinta ini golongan yang membawa nama dan imej Islam akan diklasifikasikan sebagai musuh dek kerana asas perjuangan politik yang berbeza.. bahkan akhir-akhir ini orang bukan Islam di Negara kita sendiri dah sewenang wenang berani mengutuk dan mempersendakan agama Allah taala ini..nauzubillah..
Manakan tidak, sang pemerintah sendiri pun walaupun beragama Islam pun terang terangan bersikap menolak Islam.. Alim ulama, cerdik pandai agama makin lama makin disempitkan wadah pada mereka dalam meneruskan dakwah Islam. Sang pemerintah sangat ego hingga lansung tidak boleh ditegur mengenai perihal agama sampaikan insan berlevel Tok Guru pun boleh diperlekehkan.
Sangat munafik perilaku sang pemerintah.. bila berdiri dihadapan pemimpin dunia Islam, mereka kelihatan sangat teruja dalam membincangkan mengenai wacana dan pembangunan Islam. Lakonan mereka sangat Berjaya dan mereka akan dipuji puji oleh sekalian pemimpin Islam dan bukan Islam kerana keprihatinan dan kepekaan sang pemerintah terhadap Islam. Lakonan itu akan terjadi sebaliknya jika berhadapan dengan kepimpinan Islam di negaranya sendiri.
Setiap apa sahaja idea, pembangunan, perubahan, kemajuan yg Berjaya dilaksana kepimpinan Islam akan ditolak bulat-bulat oleh sang pemerintah rakus ini. Perjuangan bangsa yang dibawa oleh sang pemerintah pun sebenarnya telah berani di cabar oleh kaum kaum lain. Inikan pula kita mengharapkan sang pemerintah ini menerima Islam..hahaha. adakah kita masih mahu menerima perlakuan sang pemerintah yang sebegini rupa?? Nauzubillah..sedarlah kita bahawa sekarang ini dunia berada diakhir zaman..
Allah S.W.T berfirman “sesiapa yang menolak agamaku nescaya dialah musuhku”. Adakah kita sanggup mengadai agama demi kesetiaan dan akur pada sang pemerintah. Kemanakah kita selepas ditalkinkan?
Kita sanggup mengiyakan apa yang tidak benar kerana tidak sanggup kehilangan sesuap nasi. Kita sangat bongkak sebenarnya. Pernahkah kita renung dimanakah agaknya tempat kita diakhirat kelak? Tepuk dada Tanya iman..
Mahukah kita tergolong sebagai golongan yang diceritakan didalam hadis hadis sebagai golongan pendusta diakhir zaman ini.. golongan yang berjalan beriringan bersama sama Dajjal kelak?
Dunia adalah segalanya bagi mereka yang dibutakan oleh Allah taala. Bertaubatlah kita supaya tidak ditarik nikmat Islam dan keimanan itu. Sesungguhnya kita sangat kesuntukkan masa untuk beribadah jadi gunakanlah seadanya masa yang sangat singkat ini untuk mengabdikan diri dan kembali sedar bahawa kita hanyalah debu dimataNya. Nauzubillah.. Wallahualam..
pss: kata2, luahan2 dalaman masih lagi under cover kerana sebab musabab tertentu..harap maklum..

0 komen:
Post a Comment