Tahukah anda?Laut Mati merupakan kawasan terendah di dunia iaitu 412 meter di bawah paras laut.Ia terletak di perbatasan antara Israel dengan Jordan.
Dari mana datangnya nama Laut Mati itu? Mungkin ada yang sudah tahu. Sebenarnya, ramai orang yang menyangka bahawa tiada makhluk pun yang boleh hidup di Laut Mati ini kerana kandungan garamnya yang terlalu tinggi.
Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7 %. Ini lebih kurang 8.6 kali ganda lebih masin dari laut biasa. Bagaimanapun, hakikatnya, ada mikroorganisma yang mampu hidup di Laut Mati.
Al-Quran menyebut bahawa Laut Mati ini adalah tempat kaum Nabi Luth a.s. dihancurkan kerana mereka begitu berleluasa melakukan hubungan homoseksual dan langsung tidak mempedulikan nasihat Nabi Luth agar menghentikan perbuatan terkutuk itu.
Maka Allah saw mengutuskan malaikat untuk menterbalikkan bumi Sodom dan Gomorrah sekali gus menghancurkan seluruh kaumnya. Kota yang didiami kaum yang ingkar itu akhirnya menjadi Laut Mati.
Airnya cukup tenang, tiada gelombang dan tiada langsung kapal yang lalu-lalang atau berlabuh di situ.
Mereka yang datang kebanyakannya orang Barat, begitu riang bermandi-manda walaupun cuaca pada ketika itu agak panas.
Di pantai pula, ada yang berjemur di bawah terik mentari dengan hanya berseluar pendek bagi si lelaki dan berbikini bagi wanitanya.
Jika dilihat sekali lalu, anda mungkin tidak menyangka bahawa pantai indah dengan air laut yang tenang itu sebenarnya terletak dalam sebuah negara Islam iaitu Jordan.
0 komen:
Post a Comment