dipetik dari..
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua anggota Kelab Umno Luar Negara supaya tidak lupa asal usul diri dan sejarah negara ketika berada di luar negara.
Beliau berkata ia adalah penting bagi memastikan jati diri di kalangan mahasiswa di luar negara akan terus dapat diperkukuhkan.
"Setiap daripada kita ini mempunyai sejarah dan sebelum ke luar negara ini, siapa kita (dan) di mana (kedudukan) kita. Tanya diri masing-masing dan barulah kita sedar.
"Kebanyakan kita ini lupa diri dan dah lupa kepada sejarah negara kerana sejarah itulah akan memperbaiki keadaan masa depan diri dan negara," katanya menutup kursus kepimpinan Kelab Umno Luar Negara yang berlangsung selama tiga hari, di Kuala Lumpur hari ini.
pss:
seelok-eloknya Tengku Nan perbaikilah dulu mana yang di dalam negara ni..
saya yakin ahli2 Umno luar negara lagi bijak dalam memilih sumber berita untuk mereka perbandingkan..
hmm..lagi satu.. sejauh manakah agaknya pembelajaran sejarah itu membuatkan kita untuk tidak lupa diri?
atau kita semakin dilupakan...hahahah..
bercakap memang senang(sebab ikut skrip)..tapi adakah Tengku Nan sendiri tau erti dan nilai sejarah itu?
aku pon dah lama tinggal sejarah ni.. lepas ni kena khatam balik laa nampaknya..
kah kah kah..
Sunday, October 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment