Sunday, November 7, 2010

Aku pun Melayu Islam:(

Apa dah jadi sebenarnya pada kualiti org Islam daripada puak melayu. Kebanyakannya masih binggung dan tak faham kepentingan diantara

  • Agama dan bangsa.
  • Bangsa dan politik.
  • Politik dan agama.

Ringkasnya pecah belah bangsa kaum di Malaysia hari ni adalah kerana mahu menuntut keADILan.

Masing-masing menyuarakan itu ini, tuduh menuduh, maki hamun, aku dapat hang tak dapat, hang istimewaH dan aku tak istimewaH dan macam macam macam masalah yang semuanya setakat awal tahun 2010 hingga sekarang tak ada yang baik pun kedengaran.

Kenapa?
Melayu Islam kena jawap soalan ini. Sekiranya tak tahu janganlah jadi bodoh maha sombong. Pergi bertanya ustaz-ustaz, tokoh agama, ulamak, geng cerdik pandai yang ada tauliah Islam.

Adakah melayu Islam kenal siapa itu Nabi Muhammad SAW? Politk jenis apa yang Rasulullah SAW amalkan ketika itu? Adakah politik berasaskan Perlembagaan versi British?

Setahu aku British ini kebanyakannya penganut agama Kristian dan sejarah Malaysia tidak pernah menyebut bahawa merekalah yang menyebarkan Islam di Tanah Melayu.Justeru, kesan peninggalanya pun masih diguna pakai oleh negara kita hingga ke hari ini.

Kebangkitan Islam
Walaupun penganut Islam ketika ini di label pengganas dan  “fobia kepada Islam” makin ramai dan bertambah bilangan bukan Islam yang telah memeluk Islam(bukan di Malaysia). Seharusnya kita menyedari hakikat bahawa yang ganas itu bukan Islam, tetapi segelintir penganutnya.

Islam itu agama Allah SWT. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa lagi Maha Agung dan mana mungkin agama yang diciptaNya itu tidak sempurna. Dikurniakan Al-Quran dan As-sunnah kepada kita sebagai panduan yang cukup lengkap. DiutusNya Nabi Muhammad SAW kepada kita. Dan hari ini kita mengaku beragama Islam tetapi kita langsung tidak sepenuhnya menerima Islam.

Benar atau tak? Sekiranya kita mengakui bahawa kita adalah Islam wajarkah kita menerima panduan selain Al-Quran dan As-Sunnah. Tidakkah itu bergelar sebagai munafik?

Hari ini dalam era pemerintahan negara kita, ada dikalangan pemimpin melayu Islam yang terusnya dan terangnya mengakui undang-undang Islam tidak releven dan tidak wajar dilaksana kerana kepelbagaian kaum.
Terlalu jauh pemikiran seorang yang mengaku Islam untuk menuju ke jalan jihad.

Jelaslah hari ini Islam di negara kita hanya diguna sebagai panduan untuk solat hajat dan solat jenazah sahaja. Islam di Malaysia bukan di tolak oleh penganut yang beragama lain tetapi terang lagi bersuluh di tolak oleh melayu Islam itu sendiri.

1 Malaysia
Mana mungkin Islam tidak releven untuk dilaksana dalam kepelbagaian kaum. Kerajaan sebenarnya secara sengaja atau tidak telah memberi idea dan mencetus  jalan untuk menyatu padukan  kaum. Kenapa tidak boleh kita mara lagi selangkah kehadapan atas nama jihad Islam sebagai kesinambungan formula 1 Malaysia untuk melaksanakan hukum dan undang-undang Islam. Mungkin...Insya Allah

Tidakkah kita melihat Makkah itu sebagai contoh. Lihat saja pada musim haji ini, perpusu-pusu umat Islam dari seluruh dunia sehala menuju ke Makkah. Berjuta-juta umat Islam daripada pelbagai bangsa, keturunanan, pangkat, gelaran, kaum akan sujud menyembah Allah dengan hanya lafaz La ila haillalah.

Islam is universal
Ini menunjukkan Islam itu sangat sederhana. Islam itu sangat mesra. Islam tidak memilih bangsa dan rupa. Islam tidak memilih kaya dan miskin. Islam tidak menolak baik dan jahat. Bahkan Islam tidak perlu dibayar dengan wang untuk berdaftar. 
Tetapi hanya dengan lafaz dua kalimah syahadah dan izin Allah akan diterimanya sebagai Islam.

Menyerah kalah
Kita langsung tidak pernah mencuba untuk menuju kearah Islam tetapi sudah beranggapan bahawa Islam itu tidak akan diterima. Awal-awal lagi kita sudah mengaku kalah. Melayu Islam mengaku kalah didalam gelanggang sendiri. Bagaimana kelak kita berada di gelanggang Allah??      
Bersambung..

pss: aku manusia biasa. lemah dan cetek ilmu. tegur aku jika aku salah.  jihad!! Islam itu benar!! Takbir!!!!

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...