Thursday, November 11, 2010

Kenyataan yang memilukan

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.


Aku tidak pasti apa sebenaqnya yang ingin di jelaskan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin. Kenyataan yang sangat menduka citakan.
Klik untuk baca artikel penuh


Menteri tersebut mengulas kepada media selepas Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Sepanjang Hayat 2010. Beliau memberi ulasan berhubung isu penyanyi terkenal, Fazley Yaakob ekoran laporan BBC bahawa Fazley memiliki ijazah doktof falsafah(ph.D) palsu.
Dato Khaled juga berkata pemilik atau pengarah kolej tidak wajib mempunyai kelayakan akademik. "Tidak perlu kelayakan akademik untuk pemilik kolej." kata beliau kepada media.


Isu tersebut telah menyebabkan Wales University telah menggantung seketika hubungannya dengan Fazley International College(FIC) demi menjaga nama Wales Universiti.


Cuba kita fikir dan timbulkan kesedaran peka kepada keilmuan. Jika Wales University mementingkan hubungan bisnes daripada maruah akademik, mungkin pihak mereka tidak akan mengambil tindakan serta merta sebelum siasatan dan laporan berkenaan disahkan.


Jelas, inilah yang merungkaikan satu sebab mudah mengapa universiti-universiti di Eropah, Jepun, Korea dan lainnya di Asia mengekalkan dan berterusan meningkatkan tahap kualiti akademiknya melalui nama. Jika berfikir cara mudah, bila nama dan pemiliknya telah dicemari malah dipertikai kelayakan akademiknya, tidak mustahil  tenaga pengajar, pihak pengurusan juga akan turut busuk.


Secara tidak langsung, ia memberi kesan kepada pelajar FIC apatah lagi kepada Wales Universiti. Sudah pasti mereka tidak akan mendiamkan diri untuk langkah drastik menampakan imej, reputasi, dan ketegasan mereka. Bermakna nama yang baik itu wajib disedari pemilik sebagai pelaris dan tangga mengunggul 'standard' nya.


Nama institusi juga menjadi 1 tarikan, sumber inspirasi, dan penilaian secara tidak lansung kepada sesiapa pun. Contoh, Fazley mungkin kurang dikenali jika dia tidak pernah bergelar artis. Sukar untuk seseorang mendapatkan pekerjaan pada hari ini walaupun tidak punya title pemegang spm. (saya pelajar melayu)
Fazley Yaacob
Dan jika hari ini kita hanya ada sijil 'saya pelajar melayu'(spm) belum tentu diterima bekerja di sektor awam apatah lagi swasta yang sekarang ini lebih di dominasi oleh pekerja asing.


Berbalik pada ulasan--> Sungguh berbeza ketegasan kenyataan pihak Wales University dengan Menteri(KPT) yang menerajui pihak Kerajaan Malaysia di Kementerian Pengajian Tinggi.


Dua pendapat yang umum akan mengukurnya berbeza dari segi  prinsip(ketegasan?keyakinan?), penilaian (pendirian? meyakinkan?), dan penilaian integriti.mmm


ini ringkasan petikan dari Wales University  :

The University of Wales’ validated provision at FIC was considered as part of the Quality Assurance Agency’s (QAA) overseas audit of UK HE provision in Malaysia in 2010. The QAA for Higher Education is the body that checks how effectively UK universities and colleges meet their responsibility for maintaining academic standards both in the UK, and wherever in the world those degrees are offered. 
Three representatives from the QAA visited FIA in March and, while making some recommendations to develop the relationship, concluded that they had ‘confidence in the University’s management of academic standards and systems for the maintenance and enhancement of the quality of learning opportunities for students studying under its collaborative arrangements overseas.’ (See: http://www.qaa.ac.uk/reviews/international/malaysia10
Artikel penuh : KLIK disini !!!

pss: kenyataan Menteri ini mungkin di salah translate oleh media. Siapa yang lebih tahu melainkanNya kan..
tapi, jika ini benar, aku memungkinkan inilah faktor yang menyumbang Sistem Pendidikan kita makin ketinggalan. Inilah bukti wang lebih bermakna daripada bergunung gunung ilmu di dada. Bergulung-gulung sijil akan laku bila diri yang berduit dah tak berguna.

Fakta daripada kajian TimesHigherEducation
Ranking 200 terbaik Universiti-universiti di Dunia

dari 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010

Universiti Malaya tersenarai ke-180/200 pada 2009 dan
Universiti 'Kebanggaan' Malaysia kali terakhir tersenarai pada 2006
+ve improved?

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...