Salam,
Pembuka bicara : ISLAM ADALAH JAWAPAN SEGALANYA!!!
Takziah diucapkan kepada ketiga-tiga insan berbangsa melayu ini. Berkenaan isu kenyataan rasis pegawai Biro Tata Negara (BTN),dan dua lagi pegawai kerajaan yang berkhidmat sebagai Guru Besar dan Pengetua sekolah. <<(klik link untuk berita penuh)
Terimalah bahawa sesungguhnya, inilah ragam duniawi dan itulah Qada dan Qadar dari Illahi. Menyatakan yang benar tetapi menyentuh perihal perkauman itu telah menjadi sesuatu yang sangat menakutkan di negara kita sekarang.
Pasti sesiapa pun tidak menginginkan perkara seperti digantung tugas apatah lagi diberhentikan perkhidmatannya.
Yang pasti dulu mungkin mereka dianggap hero atau heroin, tetapi sekarang pasti berbeza tanggapan orang pada mereka..(ex: itulah hang! kan dah kena.nak jadi hero konon.hahaha)
Akibat mulut, badan binasa..
Mungkin marah, sensitif, atau dendam yang menjadi punca mereka berkata-kata sebegitu. Tidak mungkin menyatakan perkara berkaitan perkauman yang tercatit dalam sejarah negara itu pun bersifat perkauman. Paling malang bagi mereka, dihujung-hujung kerjaya inilah juga yang terjadi perkara buruk dalam berbakti pada nusa bangsa ini.
Dendam
Takut aku pada perkataan ini. Sesuatu yang mungkin tercetus tanpa disedari. Siapa tahu apa sebenarnya maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh mereka. Mungkin juga mereka tidak berniat sedemikian. Bagaimanapun ceritanya aku harapkan mereka redha pada apa yang telah tersurat itu.
Redha
Telah tersusun didalam buku kehidupan yang telah Allah Taala sediakan untuk kita. Tidak ada perjalanan kehidupan yang sentiasa indah dan tidak ada hari yang selalunya cerah. Terimalah segalanya dengan hati yang luhur dan redha. Kepada guru-guru dan mereka yang berkhidmat dalam sektor awam, gunakanlah topik Islam sebagai wacana bicara. Secara tidak langsung kita mendapat pahala kerana menyampaikan sunnah Nabi SAW.
Islam
Bagaimana jika Islam yang mereka(kerajaan) pilih dan yang mereka katakan? Itulah sebenarnya yang harus kita sedar. Inilah sebenarnya hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang berlaku.
Tidakkah Islam itu menyuruh umat manusia menerima sesama mereka?
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai manusia, sesungguhnya kami menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." - surah al-Hujurat ayat 13.Tiada siapa tahu bahawa apa yang menimpa mereka itu dijadikan contoh balasan daripada Allah untuk menyedarkan kita.
Berbuat baiklah kita sesama kita untuk memudahkan jalan jihad melalui berdakwah pada jalan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Amal-amal yang paling disukai (dicintai) Allah ialah, sembahyang pada awal waktu, berbuat baik kepada ibu-bapa dan berjihad pada jalan Allah."(Hadis diriwayatkan oleh Baihaki, al-Hakim dan Abu Daud r.a)Pelbagai ragam manusia dapat di lihat pada masa kini yang makin membinasakan diri sendiri. Tidak mengejutkan jika selepas ini makin ramai yang menjadi mangsa disebabkan mahu membela anak bangsa sendiri dan sudah sampai masanya sekarang kita sama-sama umat manusia memahami dan bertolak-ansur dalam perkara-perkara yang melibatkan perbezaan budaya, kaum, keistimewaan, mahupun pandangan.
Penting sebagai umat dan Melayu Islam berkata-kata tentang Islam daripada kita berbalah kerana ia hanya memberi kesan yang negatif kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dengan Islam. Mohon semoga Allah Taala tidak menarik nikmat iman dan nikmat hidayah daripada kita. Azabnya amat berat jika kita dibutakan hati oleh Allah yang Maha Esa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan sesiapa yang buta hatinya di dunia ini, nescaya di akhirat nanti ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari (jalan yang benar)" -Surah al-Isra', ayat 72.Jangan kita mengatakan tidak sebelum melaksanakan dakwah. Lihat saja contoh apa yang terjadi di Barat walaupun kutukan dan kritikan oleh pihak Barat hanya memberi kemenangan kepada Islam. Berdakwahlah, mencuba dan terus mencuba dan bukannya terus menolak ataupun melalui paksaan.
Dapat hidayah selepas hina Rasulullah SAW
Ada satu kisah di Barat melalui bacaan tentang keperibadian Rasulullah yang tidak pernah berdendam telah membawa seseorang terbuka hati dan mendapat hidayah.
Cerita ini berlaku baru-baru ini ketika heboh mengenai 'kartun yang menghina Rasulullah' dan penghinaan tersebut telah membuat seorang insan membeli buku mengenai kisah hidup Rasulullah dan dia terbaca tentang Rasulullah dibaling batu oleh seorang Yahudi setiap hari. Tetapi Rasulullah tetap menziarahinya ketika ia sakit. Ini telah membuat hatinya tertarik dengan Islamdan beliau memeluk Islam. Walaupun beliau telah diperkenalkan kepada Islam melalui kutukan dan cacian tetapi beliau telah mendapat hidayah.
Bersabarlah dalam berdakwah.
Semoga segalanya di jadikan iktibar kepada kita semua.
Sebagai pengakhir kata sedarilah isu perkauman juga dijadikan senjata Yahudi untuk menghapuskan lebihan rakyat Palestin.
kata-kata Goldman dalam Perhimpunan Intelektual Yahudi.
''Jika kita mahunegara Israel tetap kekal dan berterusan di Timur Tengah, kita perlu cerai beraikan kaum minoriti yang tinggal di sekitar negara Israel kepada beberapa golongan kecil yang saling curiga mencurigai. Negara Israel pula perlu memainkan peranannya dalam membentuk kaum minoriti tersebut. Ini boleh dijalankan dengan memberi galakan yang berterusan ke arah kewujudan wilayah Syiah Alawiyyah di Syria, Maruniyah di Lubnan, Kristianisasi di Jordan, semangat Kurdis di Iraq serta PERKAUMAN qibtiyyah di Mesir."
nauzubillah.. Wassalam..
TAKBIR!!!!
0 komen:
Post a Comment