Wednesday, November 10, 2010

Peraduan Halloween, melayu no 3..fasha sandha?

Sambutan halloween ini dah mula disambut oleh melayu pulak dah..
isk..pelik-pelik la manusia nama melayu Islam ni.. semuanya nak sambut..
baru-baru ni dah heboh cerita tentang artis wanita popoloq tu, apa nama ntah, sambut halloween dengan pakwe dia, Jejai. turut serta ialah, Joe Flizzow >>link cerita asal<<
Ni lah akibat kalau agama Islam tu digelapkan. Di Malaysia sambutan ini memang ada disambut oleh melayu dan hanya menjadi ikutan sesetengah anak muda kerana ia agak bertentangan dengan budaya dan masyarakat melayu, apatah lagi Islam!!!
Satu lagi kes ialah di Seri Kembangan. Dua gadis melayu, Norhafiza Abu Hassan 28 dan Noor Sharwine Halim 15 berasa sangat seronok dengan kemenangan yang diraih walaupun mendapat tempat ke-3 dalam aktiviti sambutan Halloween yang diadakan di The Mines baru-baru ini. Mereka mengenakan kostum pontianak. (berita ini disiarkan dalam surat khabar Sinar Harian selasa,09 November 2010 slot advertorial@sinar)
Dianjurkan oleh pemaju terbesar Asia, CapitaMalls Asia Ltd yang dinamakan "Peraduan Kostum Halloween Berkembar".
Mengulas kemenangan yang diraih, idea yang kami peroleh adalah spontan dan kami hanya berlatih tidak sampai 24jam kerana hanya diberitahu pada saat-saat akhir."kata Norhafiza.

Huyoo..dasat diaorang ni. Mungkin diaorang tak tau asal usul sejarah sambutan halloween ni kot. So, meh kita baca dan tahu..



Sejarah Halloween
Halloween atau Hallowe’en adalah tradisi perayaan malam tanggal 31 Oktober, dan terutama dirayakan di Amerika Syarikat. Tradisi ini berasal dari Irlandia, dan dibawa oleh orang Irlandia yang bermigrasi ke Amerika Utara. 
Halloween dirayakan dengan anak-anak memakai kostum seram,aneh dan mengelilingi dari pintu ke pintu rumah tetangga meminta gula-gula atau coklat sambil berkata "Trick or treat!"
Ucapan tersebut adalah semacam "ugutan" yang bererti "Beri kami (gula-gula) atau kami membuat kacau." Di zaman sekarang, anak-anak biasanya tidak lagi membuat kacau bilau dirumah orang yang kedekut/tidak memberi apa-apa. Sebahagian anak-anak masih membuat kacau dirumah orang yang kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.

Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.
Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow). Hari raya agama Katolik bernama All Saints Holy Day yang dirayakan 1 November pernah dikenal sebagai All Hallows' Day yang merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus (Saints).

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...