Thursday, December 23, 2010

Non-Muslim terima Islam tu bagus laa wahai Zulkifli Noordin !!!

isk..isk..isk.. hairan jugak aku kadang-kadang dengan prinsip pejuang-pejuang bangsa ni. Sejak saudara Zul Noodin bersekutu dengan UMNO/BN ni, makin bercelaru kenyataan2 yang di keluarkannya kepada media.




'Usah terpedaya dengan taktik Islamik DAP'



KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen bebas menggesa masyarakat Islam di Malaysia supaya menolak Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan mendakwa parti itu menggunakan 'pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi Parti Tindakan Rakyat (PAP) ketika parti utama Singapura itu mahu mendapatkan kuasa', lapor Utusan Malaysia.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Encik Zulkifli Noordin, berkata umat Islam harus sedar dengan 'silap mata' DAP itu kerana matlamatnya hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut berkuasa.

Beliau meminta penduduk Islam melihat 'apa yang berlaku di Singapura'.

Katanya, menurutnya, umat Islam di negara tersebut 'dipinggirkan selepas menjadi alat kepada mantan Perdana Menterinya, Encik Lee Kuan Yew, dan parti PAP untuk memperoleh kuasa'.

'Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.

'Melayu yang menjadi alat mereka mendapat kuasa akhirnya diterajang dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang daripada rumpun Melayu,' katanya dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com kelmarin.

Beliau mengulas pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia kelmarin, yang antara lain menyentuh mengenai nasib masyarakat Melayu Islam di Singapura sambil mendakwa mereka semakin terpinggir selepas Encik Lee dan PAP berkuasa.

Menurut Awang, keadaan itu berlaku selepas orang Melayu menjadi alat kepada Encik Lee dan PAP mendapatkan kuasa pada awal pemerintahan mereka.

Mengulas lanjut mengenai Singapura, Datuk Zulkifli berkata sejarah Sang Nila Utama kemudian dipadamkan dengan kisah Stamford Raffles manakala nama Singa Pura (Bandar Singa) daripada sejarah penemuan singa oleh Sang Nila Utama bertukar menjadi Singapore.

Ekoran apa yang berlaku di Singapura, beliau berkata, tidak hairan Penasihat DAP, Encik Lim Kit Siang dan anaknya, Encik Lim Guan Eng, sanggup turun naik masjid serta surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu.

'Siap isytihar diri sebagai Khalifah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan pun dijual tidak apa sebab Kit Siang dan anak lelakinya itu saudara kita sekarang, kata pak janggut,' tulisnya lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap umat Islam dan umat Melayu di negara ini merenung kembali sejarah yang berlaku di Singapura.

'Sejarah itu cermin suatu bangsa. Kalau bangsa itu memilih untuk membutakan mata kepada sejarahnya, maka itulah permulaan berakhirnya bangsa itu.

' Janganlah ulangi kesilapan dahulu,' katanya lagi. -- Utusan Malaysia.





pss::: Sesekali terlintas di fikiran aku bagaimana agaknya puak2 UMNO/BN ni brain wash geng2 yang join parti mereka seperti Zulkifli Noordin ni. Heran seyhh.. Dulu masa duk dalam PKR bukan main lagi jadi hero rakyat. Tapi bila masuk ja UMNO semuanya jadi terbalik.. hahaha. apa agaknya UMNO/BN ni jamu puak2 lompat ni. 


Ni la contoh mangsa paling haprak kena tarbiyah dengan politik UMNO. Mr Zulkifli Noordin.

Wahai Saudara Zul, dulu saya sangat menghormati saudara kerana suara2 lantang saudara telah menyedarkan umat Islam di Malaysia akan berleluasanya gejala murtad. Syabas kepada saudara, kerana kuasa suara, pengaruh yang saudara miliki ketika itu telah membongkar puak2 yang bertopengkan Islam yang punya agenda jahat pada Islam.

Tetapi sekarang suara saudara itu sudah jauh berbeza dari dulu, dan memberi saya point untuk membuat tanggapan bahawa saudara sebenarnya tidaklah sehebat suara lantang saudara tu.

Wahai saudara, kalau dulu DAP ni jahil bab Islam, memang lagik la sebab kerajaan kita sendiri pun tak laksana Islam pun. Tapi saudara kena sedar, hari ini keadaan sudah berubah la saudara. Dah tak macam dulu dah. 

Siapa sangka DAP boleh bergabung dengan PAS, bahkan penerimaan mereka pada Islam juga menampakkan suatu yang sangat positif!!  Inilah yang kita mahukan.

Alhamdulillah, usaha dakwah berterusan dan pendekatan PAS kepada golongan bukan Islam telah membuahkan titik-titik penerimaan bukan Islam kepada ajaran Islam yang sebenar. 

Apa yang penting ialah golongan bukan Islam sudah semakin menghakis tanggapan bahawa Islam ini sebenarnya bukanlah agama dan ajaran yang zalim serta menindas seperti tanggapan kebanyakkan non-muslim ketika dulu.. 

Satu perkara yang rakyat perlu sedar ialah penerimaan mereka(bukan Islam) pada Islam ini sangat2 baik daripada golongan2 yang mengaku Islam tapi sangat susah nak menerima Islam. Jadi!! Golongan bukan Islam nak mendekati Islam tu bagus laa!! Jangan la saudara Zul Noordin jadi batu api pulak?

Oleh itu,
Wahai saudaraku, janganlah terlalu bongkak dan bahalul. Sedangkan ALLAH SWT sebagai Maha Pencipta pun mengampuni dosa-dosa hamba-NYA. 

Cerita yang dah berlalu tu biarkanlah berlalu. Sejarah lampau kita jadikanlah iktibar, tauladan dan peringatan. Manusia boleh berubah la saudara (except UMNO ja yang susah lagi bebal). 

DAP bukan nak masuk Melayu la wei!! 

So, lebih elok jika saudara jaga periuk nasi saudara. Apa punya orang!! Dimana maruah saudara wahai En. Zul Noordin. Sebelum ni Chua Soi Lek dok hentam Islam tak ada pulak hang bangun jadi hero!! 

Ni DAP nak dekat dengan Islam boleh pulak hang hasut rakyat jangan percaya pada pakatan pembangkang ni!! Ingatkan dah duduk dalam UMNO boleh la tarbiyah puak2 yang jahil tu, tapi lain pulak jadinya. 

Pemimpin sebumbung dengan hang, hang tak boleh tegur, pastu jadi banggang duk buat cachamerba kat rumah orang. Islam apa Encik Zul Noordin ni? Punya haprak fikiran dia..!!!

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...